31 December 2007

Perca-perca Filem Disember 2007

Sebelum masuk tahun baharu, lebih baiklah aku luahkan apa-apa filem yang aku dah tonton tapi tak sempat-sempat tulis (lagipun aku malas nak update Kubu Buku sebab entrinya 66, yang ini baru 55), jadi biarlah ia pendek-pendek.

Tengok dengan awek. Aku perlu serius dahulu, AKU SUKA filem-filem Paul WS Anderson. It's fun, fast, no hassle and still got that slight subtle effect. Lantaklah orang nak kata, tetapi buat aku, Event Horizon(1997) adalah antara filem seram pop pada tahun 90-an yang berjaya dan seronok buat aku. Resident Evil pun seronok (techno horror) dan AVP pun seronok. Abang aku yang dok Oxford pun suka gila dengan AVP. Tetapi buat kali ini, adik-beradik Strause telah membawa semacam satu filem komik campuran One Tree Hill (ada seorang budak yang kena buli tapi dia cute dan si jelita nakkan dia) bertemu The Return of the Living Dead (jalan cerita sangat menyerupai filem klasik zombi ini, tetapi filem zombi ini lebih logik, seronok, bergaya dan efektif walaupun bajetnya lebih sedikit). Ada kalanya ia berkesan, ada kalanya ia begitu bodoh-bodoh dan terlalu klise, dan ada kalanya, ia terlalu memualkan (ada satu babak mengaitkan perempuan mengandung yang aku serius boleh buat muntah, gila!). Alien dan Predatornya, kalau ya pun, babak-babak gaduhnya perlulah lebih hebat, tapi Ya Rabbi, entah apa-apa. Shot lari habis. Cun dan lebih tersusun AVP Anderson dari segi itu. Lubang paling besar filem ni ada dua. Dalam The Return of the Living Dead, Outbreak, Andromeda Strain dan The Blob, pihak militari Amerika mengetahui 'serangan pendemik' hanya untuk satu malam, kira-kiranya beberapa jam sahaja sedangkan dalam filem ni, it toook them a whole bloody 2 days to figure out that they are having a big 'close encounter'. Satu lagi ialah, kenapa bapak predator tu (anak dia yang mati dalam AVP1) bodoh sangat tak kaji yang ada alien hibrid predator, dan kalau dah tahu, afasal tak ajak kawan2 sekali tolong, ini siap letak entah air biru apa (tahu, untuk upacara ritual yang berbentuk saintifik) untuk 'hilangkan' bukti bila sudah 'sedar' alien ITU yang perlu dicari dan dibunuh dulu dan hilangkan bukti sebelum kacau 'manusia'. Apa-apa pun, peminat Alien (walaupun aku tak lah) akan suka dengan beberapa paralel terhadap Aliens(1986), filem klasik dan kegemaran aku arahan James Cameron itu.
Filem ni syok, macam tengok Die Hard untuk perempuan campur I Spit On Your Grave versi lain (lagi ganas). Ini adalah filem pertama(?) Alexandre Aja masuk Hollywood! Hasilnya? Seronok! Penuh dengan elemen biasa Aja yang mengkaji gender wanita dan lelaki, dan kenapa mereka 'lain'. Battle of the sexes Aja style. Filem ini juga sebuah 'romantik fairy tale gone wrong'. Satu sisi, kita nak si wanita (lakonan Rachel Nichols yang berkesan, and she's strong, i like!) itu menerima si lelaki (Wes Bentley yang sedikit hebat dan serius akan buat ramai orang tergila-gilakannya walaupun dia psiko), satu keinginan 'fantasi' kita secara pra sedar, tetapi tak, kita dipaparkan dengan 'realiti' New York, hati New York itu yang tidak menerima 'fairy tale', walau betapa 'cantik' kita mahukannya (kecuali jika filem ini ditulis oleh Thomas Harris). Pelik, dalam kekejaman dalam filem ini, kita bukan saja 'simpati' terhadap si wanita dan bersorak untuk survivalnya, tetapi kita juga seakan punya perasaan 'sedih' terhadap si lelaki yang sedar, itu sahaja caranya untuk mendapatkan perempuan yang dicintainya itu. Antara filem seram-thriller terbaik tahun ini.

The Hidden Fortress (1958) http://www.imdb.com/title/tt0051808/
Antara fielm terbaik yang aku tonton tahun ini. Best best best! Epikal yang luas dan meletup te bo bo habis! Aku nak tulis panjang sebenarnya, dan mungkin aku akan untuk masa depan tentang filem ini, tetapi cukuplah aku kata, siapa yang tak nampak kehebatan Akira Kurosawa dalam memberi 'hiburan' kepada penonton, korang ni bebal ke apa?

Road To Guantanamo (2006) http://www.imdb.com/title/tt0468094/
Filem yang aku tonton selepas menonton A Mighty Heart. Filem terbaik tahun ini buat Faisal Tehrani. Idea yang mengatakan filem ini sebuah filem 'seram' mungkin tidak 'menjadi' buat aku yang sudah menonton pelbagai filem 'snuf' (filem ini juga separuhnya punya elemen sub-genre eksplotasi), garapan-garapan tahanan di Guantanamo tidak menciptakan 'keseraman' tetapi kesedihan. Mungkin juga kerana aku seorang Islam. Filem ini senang, tetapi ideanya besar. Malah, pada awal filem, ia punya satu rasa 'black comedy' apabila bebudak bandar ni tiba-tiba terasa pelik di tengah-tengah orang berperang, malah boleh berseloroh tentangnya. Kalau anda lihat dalam imdb, ramai yang mempersoalkan 'motif sebenar' "untuk menolong" budak-budak ini sewaktu melawat ke Afghanistan. Kita, sebagai Islam, separuhnya TAHU bahawa mereka BENCI orang puteh dan tujuan 'menolong' itu, walaupun secara awalnya suka-suka, tetapi kita faham dengan keinginan sebenar mereka. Jika penonton boleh 'pergi jauh' dari mempersoalkan ambiguiti perjalanan mereka yang 'gatal' ke Afghanistan, filem ini menyajikan satu perjuangan manusiawi yang kuat tentang pegangan dan berpegang pada siapa diri anda. Filem ini juga, dengan berani, memaparkan kebobrokan orang puteh dalam memahami Islam, atau secara pendeknya, penyakit ketidakfahaman orang luar terhadap Islam. Filem ini memang patut ditonton, hanya untuk itu.

Pemberian Kekure. Jika filem awal Winterbottom ialah banduan di Guantanamo, memaparkan kejahilan orang puteh terhadap orang Islam, filem ini pula memaparkan kejahilan orang Islam (secara tepat, Pakistan) terhadap orang puteh, terutamanya orang Yahudi.
Buat aku, filem ini lebih 'kuat' secara sinematik, walaupun tampak sedikit 'Hollywood' daripada filem pertama Winterbottom. Mungkin isunya kurang menyerlah daripada Guantanamo, tetapi garapan filem ini berjaya mencabar penonton, memberi satu kronologi yang boleh saja jadi membosankan, tetapi di tangan pengarah ini, kita semacam menonton sebuah filem penuh suspens.
Roh filem ini ialah Angelina Jolie yang berlakon sebagai isteri wartawan yang diculik. Dia membawa 'intelligent', tarikan dan emosi dalam lakonannya, maka apa yang penting dalam filem ini ialah melihat 'reaksi' Jolie pada setiap babak-babak saspens-drama yang dikemukakan. Angelina Jolie patut mendapat sebuah oskar untuk filem ini.
Kuasa lain dalam filem ini ialah penyuntingan yang tepat, shot doku yang sangat berjaya serta suara dan lagu latar yang bagus. Filem yang mencabar pihak orang puteh untuk benar-benar memahami pelbagai 'ekstremis' orang Islam juga orang Islam terhadap kebodohan mereka dalam 'ekstremis'.
Running With Scissors (2006) http://www.imdb.com/title/tt0439289/
Tonton filem ini di rumah Azwan dengan adik. Sebuah 'gem' buat filem tahun lepas, dan kini aku sedar sudah menjadi 'cult'. Beberapa babak tengahnya mungkin terlalu meleret dan penuh 'pathos', tetapi ini tidak menidakkan kuasa lakonan filem ini melebihi segalanya, terutamanya lakonan Annette Benning (patut menang oskar tahun lepas), Brian Cox dan Evan Rachel Wood. Filem 'gelap' ini menjadi kerana jalan ceritanya yang sangat terjaga, idea 'gila' itu boleh di dalam sesiapa dan menggertak sesiapa, hanya kita perlu tahu mengimbanginya. Filem ini juga satu serangan besar terhadap hidup 'moden' urban Amerika yang percaya terhadap psikatris, dadah dan lagu untuk pembaikian rohani, keinginan untuk dicintai dan diterima oleh orang serta harapan dan impian Amerikana yang sia-sia. Paling mengejutkan, segala yang anda tonton dalam filem ini 'benar-benar berlaku'. Sebuah filem keluarga 'gelap' terbaik tahun lepas.

27 December 2007

Kala Malam Bulan Mengambang (2007) Berahi dan Bagus


"Kalau ada filem Melayu yang lain daripada kebiasaan, inilah dia..."
Mamat Khalid sebelum tayangan filem KMBM.


Untuk tika ini selepas menonton filem ini, aku kiranya sudah boleh 'tahan' dan tangkap dengan penggayaan Mamat Khalid. Mamat Khalid ialah seperti Jerry Zucker dan Jim Abrahams, dan memang kadang-kadang ternampak Fellinisquenya. Sebuah filemnya boleh saja dicampur-campur dengan pelbagai unsur, dari kiri kanan atas bawah lalu menyusun dan menyampaikannya dalam sebuah filem bergaris lurus. Kepandaiannya dia 'menjaga' unsur-unsur itu yang penting, kerana setiap unsur-unsur yang dipilih itu patut menggerakkan cerita, mengambil perhatian penonton dan membawa fungsi kepada keseluruhan mis-en-scene termasuk keseluruhan cerita itu. Mamat Khalid pernah melakukan (buat aku) banyak kesalahan di dalam Zombi Kampung Pisangnya, agak sederhana dengan Rock dan sangat berjaya dengan Man Laksa. Paling penting ialah, jika 'genre' yang Mamat Khalid pinjam dan guna pakai di dalam filemnya, atau sesebuah 'detik babak dari filem lain' yang dipinjam di dalam filemnya, dia seharusnya menjaga dan menghormatinya baik-baik, walaupun mempersendakan 'genre' atau detik filem itu.

Di dalam Kala Malam Bulan Mengambang, idea yang terutama yang diguna pakai oleh Mamat ialah noir, atau neo-noir. Sebenarnya buat aku, tolak saja pengolahan 'big words' Mamat Khalid itu, kerana 'noirish'nya filem ini sebenarnya hanya 'means to ways'- kepada apa yang Mamat mahu sampaikan. Seperti Zombi Kampung Pisang Mamat, subgenre zombi ialah 'alat' untuk Mamat menyampaikan ceritanya. Di dalam Zombi Kg. Pisang, aku agak 'tersinggung' dengan main-mainan Mamat. Di dalam Kala Malam Bulan Mengambang, 'main-main' Mamat, gaya dekonstruksi Mamat pada unsur noirnya lebih terjaga, dan mengeluarkan keseronokan.

Kuasa sebenar Mamat, seperti yang aku terangkan dahulu terletak pada dialognya. Mamat seorang yang tahu bermain dengan kata-kata untuk membuak semangat naratif, juga tidak lupa pada kesan emosi (di sini terletak tahap teruja atau tidak teruja, terhibur atau tidak terhiburnya anda. Maggot dan Ted contohnya tidak menyukai beberapa 'garapan' babak, dialog, shot dan perletakan susun cerita dalam satu babak, mencipta 'staleness' lalu 'flow' jadi kurang menarik untuk mereka). Dalam Lang Buananya, kuasa 'wit' dialognya memainkan peranan utama daripada cerita. Mamat Khalid sangat lemah dalam pengendalian babak aksi (kuasa babak aksi ialah banyak bermain kareograf kreatif, susun atur shot berantisipasi untuk detik keterujaan dan stunt melebihi kebiasaan. Tokoh seperti Charlie Chaplin, Akira Kurosawa, Jacques Tati, Steven Spielberg, Peter Jackson, Sam Raimi, Alfred Hitchcock dan P. Ramlee sendiri ialah 'masters of action sequence'. Setiap babak kecil yang 'bergerak' mereka antara satu babak ke babak seterusnya dijaga dan membawa 'pergerakan antisipasi', dan fungsi dan kekuasaan watak di dalam babak itu sangat penting untuk diikat kuat, seakan sebuah 'okestra' lengkap yang cantik). Kelemahan ini kita dapat lihat dalam babak perang dalam Lang Buana, babak berperang/zombi serang dalam Zombi Kampung Pisang, termasuk beberapa babak 'stale' di dalam filem ini di akhir cerita dan beberapa babak tengah, yang cuba membawa keterujaan kepada kita tetapi hanya mencapai tahap yang rendah. Antisipasinya tak menjadi. Tetapi nasib baik Mamat, dengan 'mimicikry' dan 'gila-gila' skripnya kali ini, dia menyelitkan dialog-dialog dan kata-kata yang sangat mengujakan untuk 'menutup' babak-babak aksi lemah ini, menampilkan satu keseronokan dan hiburan yang sesetengahnya membuat kita tidak kering gusi, dan sesetengah yang lagi berpusing dalam fikiran kita kerana 'witty' dialog yang dimainkannya.

Kuasa kedua filem ini juga terletak pada para pelakonnya. Apa yang membuat Zombi Kampung Pisang tak menjadi ialah, Awie dan geng seboleh-bolehnya mahu kita RASA TAKUT akan zombi di dalam filem itu, tetapi dengan lakonan mereka yang lemah, yang tidak ada hala tuju (kecuali pelakon yang berlakon sebagai cikgu lembut itu yang sungguh konsisten) telah mencaca merbakan kepercayaan pelakon terhadap mereka (walaupun mereka sedaya upaya ingin menyampaikan mesej bahawa ia hanya sebuah filem). Di dalam filem ini, semua pelakonnya melakukan yang terbaik. Kesemua pelakon di pekan 'berhantu' itu serius (tak buat-buat) bahawa ada sesuatu yang mencengkam pekan itu, dan rahsia ini tidak boleh terlepas (Twin Peaks anyone?). Rosyam Nor sebagai Salleh (untuk rujukan kepada Salleh Gani abang Mamat?) adalah fallen-hero yang mahu jadi hero yang 'melawan' arkataip keseriusan watak-watak ganjil di dalam filem ini. Kadang-kadang Rosyam mengeluarkan isi hatinya betapa peliknya orang-orang yang mengelilinginya di dalam pekan itu, kadang-kadang Rosyam bermonolog. Sebenarnya kuasa filem ini memang terletak di atas bahu Rosyam. Rosyam perlu membuat kita percaya akan dunia 'hitam putih' dan 'misteri' pekan itu sangat penting, walau kadang-kadang Rosyam mengambil enteng dan main pukul (contoh, dua tiga kali dia tetap datang balik ke pekan itu walaupun dibuang keluar) terhadap 'keseriusan' situasi pekan (memaparkan idea Mamat yang tidak pernah lapuk dari awal lagi iaitu, apa yang kita sedang tonton ini ialah sebuah FILEM yang tidak perlu diambil serius. Gaya ini sebenarnya biasa dalam zaman bangsawan kita, termasuk wayang Tamil dan termasuk filem-filem Fellini). Malah, aksi Rosyam yang 'tersimpan' dan kadang-kadang dengan sambil lalu melakukan aksi 'di luar dugaan' gaya Jalan Ampasnya (larian tekan anginnya sebuah klasik!) adalah satu mutiara yang menggilap. Memang betul kata Pak Hassan Muthalib, kita tidak akan tengok kegeniusan Rosyam begini lagi. Malah monolog-monolog mencuit tapi selamba Rosyam dengan wajahnya yang serius adalah teraju utama filem ini. Di sinilah 'roh' sebenar mainan Mamat kepada genre noir ini dipermainkan dengan baiknya. Nada sinikal Rosyam terbawa kepada kuasa 'hillarious'. Dan pengolahan ini dibikin dengan tempo yang amat terjaga sekali.

Jadi akhirnya, Mamat sebenarnya mencebik para penonton yang 'serius', para pengkritik yang mengambil filem-filemnya dengan serius. Lantaklah anda nak kata filem ni komedi ke, hantu ke, detektif ke, apa ke, yang penting anda terhibur bukan? Itulah sebenarnya yang Mamat mahu sampaikan. Dan aku terpaksa akur, kali ini, walaupun dengan beraninya Mamat menaruh dan menaruh pelbagai inti dan caca merba, kali ini secara pelik, ia menjadi, aku terhibur, seakan sebuah filem yang dibikin oleh David Lynch dengan semangat lucu dan main-main. Biarlah gaya murahan pada akhir cerita ini memaparkan 'cult'nya filem ini, biarlah beberapa adegan aksi filem ini tidak berjaya memberi impak, yang penting ia membulat untuk kita sesuatu untuk kita rasa terhibur dan dapat sesuatu.

Apa yang aku dapat daripada filem ini sebenarnya ialah, filem ini penuh dengan semangat seks. Dan ini dilakukan dengan gaya yang sangat berkias dan kadang-kala mengejek, aku tidak boleh tahan, aku menepuk lantai kerana kenakalan Mamat Khalid 'menipu' penontonnya (atau aku?).

Mungkin idea ini timbul apabila ramai penonton antarabangsa apabila menonton Puteri Gunung Ledang(2004), filem tulisan Mamat Khalid itu, ramai yang terasa keris taming sari Tuah ialah simbol phallus 'jantan' untuk memikat Tiara Jacquelina.

Idea bulan mengambang juga boleh dikaitkan dengan 'datang bulan' wanita (lelaki tidak patut menyentuh para wanitanya waktu itu, jika tidak teruklah padahnya). Maka itulah idea 'bulan penuh' filem ini melebihi idea 'lunacy' yang biasa dalam filem Hollywood. Para lelaki yang tidak dapat tidur dengan wanita mereka (kerana datang haid?) mencari 'tempat' lain untuk mengisi keinginan mereka (David Teo mengungkapkan pada dua tempat, tempat urut dan kabaret), lalu mereka terjumpa simbol seksual yang tertinggi dalam Umie Aida (the perfect vagina), lalu chaos. Lelaki-lelaki ini 'hilang' seperti mana Salleh mencari kehilangan 'kelakian'nya dengan mencari jawapan terhadap kehilangan lelaki-lelaki ini.

Di dalam filem ini, Salleh yang 'tiada hala tuju' sebenarnya mencari kelakiannya yang hilang. Dia baharu hilang kerja (tiada kerja untuk orang lelaki zaman dahulu sama seperti tidak ada pelir, tak berguna. Sekarang, cuba kaitkan idea itu dengan filem Seniman Bujang Lapuk). Di tengah jalan dia menjumpai keris yang tercacak ke atas (selain sebuah cerita untuk membuatnya dapat diterima sebagai wartawan sepenuh masa sekali lagi). Keris itu pula, bila watak Umie Aida muncul, akan bergetar, menyakitkan Salleh. Vibrating dildo anyone? Kemudian, Salleh 'dirogol' oleh seorang perempuan tukang urut, lalu terunanya hilang (kerisnya sudah dipakai, atau kini dia sepatutnya tahu apa fungsi keris). Dan sewaktu itulah, dengan pelbagai 'red herring' (termasuk simbol non-seksual atau sexually absurd Tangan Merah) yang melanda dia, dia realize tujuan sebenarnya KENAPA dia lepak lama-lama kat pekan tu, untuk menyunting 'bunga' Umie Aida dengan keris tujuh incinya (opppsss!!). Di sinilah mana Mamat Khalid permain-mainkan gaya noir Hollywood betul-betul. Filem ini menjadi sebuah perjalanan seorang budak yang baru kenal dunia (dunianya yang selalu gelap, yang selalu menolak harapan, yang selalu pesimis) untuk menjadi lelaki sejati (learning to be a man). Salleh bernasib baik kerana di dalam tangan Mamat Khalid, Salleh diberikan peluang hidup tanpa penyiksaan batin yang kuat dan tidak didera cukup-cukup untuk menjadi lelaki. Apa yang Salleh mahu capai, Salleh dapat capai setelah 'kelakiaannya' dijumpai, seperti mana Kyle Maclahclan di dalam Blue Velvet(1986) atau Guy Pearce dalam L.A. Confidential(1997), dua buah filem noir yang juga tentang seorang lelaki teruna yang belajar menjadi lelaki sejati. Tetapi ini kemungkinan kerana buat Mamat, Salleh itu tahu apakah ia erti menjadi lelaki sejati, hanya dia perlu 'mengambil perjalanan' itu untuk mencapainya. Maka sexual fulfillment Salleh tercapai akhirnya apabila 'pintu terakhir' yang dipaparkan pada awal cerita terbuka akhirnya, seperti mana pada 'moment' pintu (simbol pembukaan vagina) gua dibuka untuk Salleh apabila Salleh sedar akan 'aktiviti tanpa hala tuju sekumpulan lelaki di bawah tanah' (sounds quite gay isn't it?). Itulah sebenarnya tujuan Mamat Khalid, memaparkan bagaimana lelaki boleh mengenali kelakiannya dan mencapainya pada waktu akhir. Lalu tujuan seksualnya akan sempurna. Dan segala ini dibuat sewaktu Kala Malam Bulan Mengambang.

24 December 2007

Catan Jalan 1



Poster parti alternatif
Batu Gajah.
Pilihan raya dah dekat...



Seorang India (mungkin Bangladesh) memuntahkan isinya
sewaktu perjalanan balik dari KLCC. Hasilnya,
chaos.

19 December 2007

Filem Seng Tat Ke Berlin!

Wow!

Di mana Pak cik Akmal sekarang? I wonder if he has seen this beautiful small film. Korang pulak, jangan tertinggal menonton filem terbaik Malaysia tahun ini:

Title: FLOWER IN THE POCKET COMPETES IN BERLIN AND ROTTERDAM

Flower in the Pocket will be competing in the Generation Kpluscompetition of the 58th Berlin International Film Festival which willtake place from 7-17 February 2008.The director Liew Seng Tat and two main actors Wong Zi Jiang and LimMing Wei (who are both still in school) are invited to attend the GalaPremiere in Berlin.

When asked about the news, Liew Seng Tat said he is worried aboutbringing two kids to Berlin as he is not ready to 'father' the twokids in the cold winter. He said he doesn't want to miss all the coolparties in Berlin.

"Now we are looking for a nanny for the two kids!" the director said.

Flower in the Pocket had previously won two awards in the PusanInternational Film Festival in October: the New Currents Award and KNNAudience Award. The film will also compete for the main Tiger Award inthe Rotterdam International Film Festival in The Netherlands inJanuary.

Competiting for Tiger Award in Rotterdam will be the more importantaward for Flowerin The Pocket, as Rotterdam Film Festival have the raputation ofintroducing new talented filmmakers into the world. Many festivalprogrammers, sales agents, film critics and cinephiles would be goinginto the cinemas of this harbour city of netherland to scout for thenext best film for year 2008.

Liew Seng Tat the director, Michelle Lo the producer, Gan Siong King the art director will be attending theRotterdam Film Festival.Aside from this, the film has also been invited to several other filmfestivals in Asia, Europe, Australia and North America.

Flower in the Pocket is scheduled to release in Malaysia from 20December 2007, on four screens: GSC Mid Valley, One-Utama, PavilionKL, and Penang Gurney Plaza.

For more information of the film please visit:http://www.hana.dahuangpictures.com

18 December 2007

Anak Halal (2007) Yang Haram Jadah

Ok, sebelum aku mula, ada dua 'part' dalam filem ni yang buat aku meloncat suka, terasa 'seronok' dan 'terhibur' menonton sebuah SINEMA (dalam filem, penting ada unsur-unsur yang menarik kita 'terpesona' dengan imej yang dipaparkan, contohnya sampai sekarang, aku tak faham 'cinematique moment' yang buat orang terpesona dengan tupai cute dalam Enchanted(2007), tapi ada sebuah babak itu yang kononnya deme semua suka sambil tepuk tangan bila tupai tu cuba berbahasa isyarat dengan si putera, ahh begitulah...).

Pertama adalah part sewaktu Pak Aziz Sattar yang ada cita-cita nak 'romen' dengan Fasha Sandha "Eh, janganlah makan sorang...", bila dah dapat tahu yang Fasha meloncat lalu mampus di kaki Flat PKNS Kg. Baru, Pak Aziz menunjukkan muka separa bengang-gersangnya ("aku melepas lagi...") sambil menggilap sandal, priceless!

Kedua ialah sewaktu klimaks cerita yang aku 'swear' seakan keluar daripada sebuah filem Rajinkanth! Ya, gaduh-gaduh keling style, huhuhu, Pariyapa! Walaupun orang akan meloncat menonton babak ni, dan memang pun SEMACAM babak ni langsung terkeluar dari 'makna realisme' dan logik filem ni (kita tak sedar pun Farid ada geng Mat Rempit yang beribu ala Jetsons), tetapi aku serius berkata, selepas aku sakit hati dengan rasa merewang filem ni, babak menyembelih tu macam buat aku tersengih suka, bukan saja kerana seronok tengok orang berbunuh (dalam cerita rated U, you!) tetapi semacam tengok Osman Ali sendiri bertutur "Aku tahu filem ni entah ke mana, jadi apa salahnya aku tambahkan satu lagi taik yang besar untuk selesaikan caca merbanya, seronok tak?" Aku jawab: Seronok! Itu 'jerk off moment' untuk aku. Dan waktu Zul Huzaimy bertentang mata dengan Farid Kamil, ya rabbi, hero lwn. orang jahat ala hindustan-tamil habis! huhuhu!

Ok, those are the fun part... Now, the goody-goody part..

Konsep filem ni bagus. Konsepnya ingin menjurus ke 'epikal', malah, jika kita baca hikayat-hikayat lama, cerita di mana raja yang terpaksa buang anaknya (lihat Caya Langkara) lalu anaknya membesar dan jadi seorang perwira budiman yang melalui pelbagai rintangan, lalu kembali ke istana lalu bertemu dengan raja lalu menyambung kerja ayahandanya, watak Farid Kamil sebagai Indera Putera (diambil dari nama hikayat Melayu itu) mewakili simbol itu. Tapi, jeng-jeng-jeng, tiba-tiba ada Greek Tragedy, ada sentuhan Oedipus bila Farid bertemu dengan ayahnya yang jahat (Rosyam Nor) lalu nak bunuh ayah dia (dia tak tahu masa tu Rosyam Nor ayah dia). Tiba-tiba aku rasa macam tengok Star Wars versi hindustan pulak.

Osman Ali sebenarnya ada sesuatu dalam tangannya. Dia mahu mencampuri dua unsur yang aku faham sangat dekat dengannya. Pertama ialah unsur realisme. Ini dipapar baik dengan filem pertamanya, Bukak Api(2000). Ini ditolong lagi kerana Osman Ali adalah seorang aktivis NGO yang menyedarkan masyarakat akan AIDS. Realisme Osman terletak pada keberaniannya memaparkan seksualiti yang tidak tersorok (kalau kau gay, kau gay, kau patut hidup) serta manusia 'bawah tanah' yang hidup melarat (tak lah melarat, deme hidup gak), baik pengemis, penagih dadah serta buruh. Suara ini tampak dalam golongan muda yang diwakili Farid Kamil dan geng yang suka makan burger, jual burger, main raba-raba bawah jambatan (mana-mana pun boleh asalkan jambatan), merempit (tapi tak tunjuk), bergesel dan gusti jika tengah tidur sama sejenis di ruang tamu atau dalam penjara dan mencarut, tanpa mak ayah nak sibuk meleter. Antogonis mereka ialah si samseng Zul Huzaimy (lagi sekali, Zul Huzaimy mengambil tarikan penonton setiap kali dia di dalam latar filem, kuasa fizikalnya, ya Rabbi... gila!), kemelaratan hidup, pihak berkuasa dan orang luar yang memandang rendah terhadap mereka (dalam filem ni, seorang Datuk lakonan Ahmad Tarmimi Siregar). Socialist 101 anyone?

Kedua, unsur romantisme-urbannya. Antara pengarah filem yang menangkap lanskap urban, Osman Ali adalah di antara suara muda baharu yang terbaik. Latar Flat PKNSnya sudah banyak kali dirakam olehnya, termasuk filem ini. Anak-anak urbannya (atau sub-urban) ialah anak-anak yang 'real', anak-anak yang datang dari jalan, anak-anak kelas rendah yang bekerja macam orang lain, makan di warung dan berborak tentang harapan, cinta dan impian. Cinta dan impian ini kadang-kadang menelus kepada 'fantasi' jiwa, angan-angan yang dicipta oleh anak-anak ini untuk keluar dari kesusahan atau 'mundane' hidup mereka, seperti mana yang ditunjukkan dalam iklan penjaga kaunter LRT Fair & Lovely.

Di sinilah terletak kesukaan kedua Osman Ali, iaitu kepada novel-novel picisan/popular. Novel ini mencerminkan falsafah dan impian anak-anak ini, atau secara sinis, dadah kepada anak-anak ini. Idea Osman ialah membawa 'fairy tale' dalam novel-novel 'berbahagialah akhirnya bersama kekasih' ini ke dalam hidup anak-anak ini. Anak-anak dalam filemnya, yang tinggal di bandar ini selalu 'mengimpikan' sesuatu yang keluar dari ruang dan habuk 'real' bandar. Kedua-dua watak utama telefilem Osman, Surat Untuk Bulan(?) serta Toll Gate Girl(2001) membaca novel picisan, serta mengalami atau melalui satu evolusi atau 'makeover' yang serupa untuk mencapai 'impian' mereka berlatarkan kekelabuan udara Kuala Lumpur.


Di sinilah, Osman Ali sampai ke peringkat ketiga filemnya, iaitu filem-filem yang mencampuri unsur realisme serta urban-romantisme, menyuntik sebuah roman yang ditunggang tebalikkan, suatu dekonstruksi terhadap erti 'fairy tale' , tradisi dan pengertian baik atau jahat. Ini adalah eksperimen Osman Ali. Puaka Tebing Biru(2007)nya adalah contoh terawal, membaur konsep roman serta realis sekitar.

Di dalam filem ini sendiri, kita nampak simbol 'pembauran' ini bercampur. Lihat saja Raja Farah yang memegang buku Perempuan Politikus Melayu (buku separa picisan roman dan realis, berakhir dengan pesismis yang kuat), gubuk cantik di atas flat PKNS atau Fasha Sandha mengimpikan terbang sewaktu tengah high dengan ganja. Farid Kamil sendiri, seorang hero yang anti-hero. Farid mempunyai semangat dan keinginan 'betul' seorang perwira Melayu lama, menjaga martabat, mengejar cinta agung, berlawan kerana benar dan maruah, berpegang pada prinsip, tetapi dia diajar di dalam filem ini, apa-apa yang dipegangnya, dijuangkannya, semuanya mempunyai consequences, dan consequences itu selalunya negatif dan pesimis. Maka Osman menyoal, manusia romantis seperti Farid tidak ada tempatkah dalam dunia ini? Ini dipertunjukkan pada babak akhir filem ini apabila Farid merangkul Bonda (Mislina Mustapha, memang 'cover girl' Osman Ali sejak Bukak Api) dan Maya Karin di depan polis. Sebenarnya pengkahiran filem ini lebih lesu daripada memberi satu keinginan jujur kepada penonton. Jikalau saja Osman Ali lebih provokatif, dan menjalankan opus tragedi yunaninya dengan betul, dengan betul-betul menyiksa Farid untuk sedar 'tidak ada maknanya lagi untuk romantisme' seperti mana yang dilalui oleh anak malang Salaam Bombay!(1988) atau Grave of the Fireflies(1988), filem ini akan lebih bermakna.

Malah, seperti Puaka Tebing Biru juga, filem ini banyak tersasar, atau banyak mencipta kecelaruan demi kecelaruan. Kecelaruan yang pertama dan boleh dipersoalkan, malah meruntuhkan segala 'harapan' terhadap filem ini ialah, pengenalan Fasha Sandha dengan Farid di tepi jalan (semacam betul-betul plot yang keluar dari sebuah novel picisan!). Kita mula persoalkan kenapa Fasha terlalu baik dengan Farid dan mahukan Farid (kenapa memilih Farid?), apakah relatif psikologinya dan apakah sejarahnya? Keadaan ini sangat longgar sehingga Vovin dan Nazim Masnawi mengingatkan Fasha itu psycho bimbo ala-ala Single White Female(1992) mengejar Farid sedang aku secara serius ingatkan Fasha saja gatal dengan Farid supaya dapat main dengan Maya (well, they did have a tenee weeny lesbo dance ala-ala Salon).

Persoalan Fasha tidak jelas, sehinggakan aku teringat, perwatakan Dynaz dan Betty Benafe dalam Haru Biru(2007) adalah langit terhadap bumi Fasha (membandingkan Haru Biru dengan filem ini ialah seperti membandingkan filem indie segar yang raw dengan filem pro kerajaan -hidup sihat tanpa dadah :) ). Malah, maaf cakap, Fasha, entah kenapa, setiap gerak-geri dia di dalam filem ini seakan menyakitkan. Semuanya kerana suaranya. Aku dapat bayangkan, produser filem porno pun tidak akan memilih Fasha kerana takut, suara nyaringnya membingitkan dari mengghairahkan. Dan paling sedih, Fasha 'cemerlang' hanya sewaktu babak-babak dia sedang 'high'. Aku terfikir, siapalah yang orang dulu heboh-hebohkan di Istana Budaya tentang seorang pelakon wanita yang amik dadah tu.

Oleh kerana Osman Ali terlalu mengambil masa kita dengan Fasha dan Farid, Osman lupa untuk mengembangkan perkara-perkara yang lebih baik untuk kita lihat, iaitu Adi Putera dan Raja Farah (suka dengan dia! Suka sangat!) serta cerita latar Rosyam Nor, geng mat rempit, dadah, bonda dan Zulhuzaimy. Aku faham, ini sengaja dibikin untuk memberi jalan heroik Farid untuk menemui ayahnya dengan dramatis (selepas kekasihnya dah mampus, dia perlukan satu lagi tujuan untuk dicapai), lalu mengangkat idea 'hikayat' yang diinginkan oleh Osman (anak putera bertemu ayahandanya) sewaktu penyelesaian ala-ala melodrama hindustan Farid menangis merangkul Bonda-Maya-Rosyam. Tetapi, di situlah kerosakannya. Bayangkan idea besar 'hikayat', romantisme yang terletak di atas bahu Farid, lalu didekonstruksi dengan tragedi yunani, pesisme hidup urban, dan kumpulan gelap yang kemudiannya diselang-selikan dengan kesengajaan demi kesengajaan yang sangat jelas. Kesengajaan yang aku tidak boleh maafkan ialah, bagaimana secara sengaja Fasha boleh bertemu dengan Adi di tepi jambatan, bila sebelum itu Fasha dipaparkan di'penjara' ala-ala Repunzel di dalam mahligai ayahnya.

Teknik filem ini memburukkan lagi suasana filem ini. Penyuntingan kelam-terang filem ini malas, malah banyak shot yang tidak bersambung dengan baik, semacam fregmen-fregmen tanpa konti yang teliti. Ada beberapa shot yang mengambil gambar watak semacam snap shot lalu statik sementara. Ideanya menarik pada mulanya, tetapi lama-kelamaan, semangat realis itu berubah kepada 'pretentious', kepada 'fashion shot' (Osman Ali seakan mahu idolasisasikan imej-imej ini) dan akhirnya membuak kedivaan semacam menonton filem hindustan (kita seakan terasa watak-watak itu 'dewa' yang perlu diingat). Kemudian, ya rabbi, orang dah kata, JANGAN GUNA LAGU ORGAN untuk latar lagu. Buruk betul! Malah, kalau filem ini 'senyap', mungkin aku boleh maafkan lagi.

Nasib baiklah, filem ini ada Raja Farah dan Farid Kamil yang 'constant' dan intrig dalam tempo lakonan mereka. Lebih-lebih lagi Raja Farah. Babak sewaktu Raja Farah mengamuk untuk darah, dengan baju dan wajahnya yang berdarah, lalu bila Farid menjerit untuk masuk ke rumah, Raja Farah mengilai, aku merasakan itu adalah antara babak bersejarah dalam perfileman cult Melayu tentang feminiti dan keganasan. Maya Karin juga bagus. Pada awalnya, Maya Karin macam tiada kesungguhan dan klise (ketawa gediknya), tetapi setelah filem ini berjalan, Maya Karin bersinar dan bersinar.

Filem ini, seperti Puaka Tebing Biru adalah filem-filem 'susah'. Ideanya besar dan segar tetapi memerlukan kerja rumah yang lama, pusingan draf skrip yang berulang-ulang dan produksi yang mantap untuk mendapatkan kesempurnaan. Osman Ali ialah seorang pejuang sebenarnya, dia benar-benar mahu mencuba sesuatu yang baharu, sesuatu yang pascamoden. Tetapi dia perlu banyak bersabar dan mencari lopong dan ketelitian. Jika tidak, filem yang menjadi antisipasi seperti ini, yang mempunyai semangat untuk marhaen-urban merasa mereka ada 'hero' akhirnya, hanya akan mengejek Osman Ali kerana gagal merealisasikan fantasi mereka walaupun sebentar.



ps: Saudara Ajami Bicaraskrip, terima kasih atas undangan, dan harap jangan bosan ajak saya lagi ya :)

12 December 2007

Jauh dan Dekat

Kali ini, ada dua buah filem yang jarang-jarang disukai terus apabila menontonnya untuk pertama kali. Mungkin ada beberapa 'bahagian' (atau keseluruhan?) di dalam filem itu yang menyebabkan ia menjadi 'busuk' terhadap beberapa penonton. Dua buah filem itu ialah di bawah:-
Across The Universe (2007)

Aku menonton filem ini tanpa mengetahui bagaimana sinopsisnya dan apa yang ia akan berikan kepadaku. Aku tahu ia sebuah 'musical' dan ia mengitar semula lagu-lagu hebat Beatles (ya, aku ni sangat oldies, minat sangat dengan Beatles). Ini ditambah dengan masalah bila beberapa 'pasukan' penonton di belakang aku yang menonton filem ini yang punya niat yang sama seperti aku tapi ketawa-marah-bengang dengan babak-babak MTV nyanyi broadway filem ini (mereka terus-terang meluah mereka dah salah beli tiket). Menjengkelkan! Aku serius, pertama kali dalam hidup aku, aku rasa nak cepuk je minah-minah kat belakang yang meroyan, "Haaa, dah nyanyi balik pulak..!"

Tetapi aku cuba bersabar. Dan paling pelik ialah, bila aku terpaksa terkejar-kejar keluar (malam Isnin, esok nak kerja) sewaktu "Lucy In the Sky with Diamonds" berkumandang, bebudak yang melalak tak tentu fasal pulak yang terpegun dan terdiam mendengar melodi Beatles tu.

Filem ni ada sesuatu. Ya, mungkin ada beberapa tempo filem ini dipersoalkan. Lebih-lebih lagi persoalan watak Prudence yang entah apa-apa (kita tahu dia lesbian dan keinginannya, tapi so what?), watak Sadie dan Jojo yang tidak begitu menonjol dan diperkembangkan dengan baik (tiba-tiba mereka bergaduh), kemudian ada sebuah babak psychedelic yang sangat 60s dan Beatles bertema Yellow Submarine(1968) dan dimasukkan di tengah cerita yang buat orang terpinga-pinga, kemudian campuran realisme perwatakan sewaktu menyanyi dengan surreal fantasma yang kadang-kala terlalu memaksa dan tidak menjadi. Tetapi semua itu boleh dimaafkan kerana dua perkara: mesej lagu Beatles yang disampaikan serta ikatan pelakon-pelakon itu yang membuat kita mahu menonton keinginan mereka, lebih-lebih lagi Lucy (lakonan baik Evan Rachel Wood) dan Jude.

Pembikinan menggunapakai lagu hits dan menyusunnya dengan membentuk sebuah cerita pernah dibikin dengan Mamma Mia!, kompilasi lagu-lagu hebat ABBA (dan antara musical broadway yang terkenal di Britain). Caranya ialah, dengan kreativiti, penulis dan pengarah perlu menyusun detik cerita dengan susulan lagu dan 'tema' lagu itu. Secara jelas, filem ini berjaya mengambil 'nafas' zaman 60-an sewaktu Amerika memerangi Vietnam dan zaman punk di Britain baharu hendak bermula (atau mods datang dulu, aku tak pasti, kena tanya Azwan), dan zaman flower people sedang berkumandang di US sewaktu ramai pemimpin dan golongan minoritinya dibunuh (atau mereka sudah dibunuh sebelumnya, aku tak pasti, kena tanya Azwan). Semangat ini berjaya diangkat oleh filem ini, memaparkan semangat orang muda Amerika waktu itu, dengan revolusi 'cinta bukan perang' mereka serta semangat 'liberalisasi tanpa sempadan' mereka (kalau tak silap aku, zaman ini juga Beat datang dengan menjenguk alam spiritual timur, betul tak Azwan?) dan kekeliruan di antaranya.

Maka untuk menggerakkan cerita, Jude dari Liverpool (tempat John Lennon dan Beatles) telah menjelajah Amerika bertemu Max dan adiknya, Lucy. Di sinilah 'lagu-lagu' mula bermula. Memang, jika penonton yang tidak kenal akan transisi Beatles dan tidak tahu falsafah lagu-lagu mereka, mereka tidak mungkin menyukai filem ini. Lebih-lebih lagi dengan alam surreal (sebenarnya mereka ambil candu) yang dialami oleh watak-watak itu apabila bertemu dengan Mr. Kite (menonton Eddie Izzard menggila-gila sangat mengujakan! Ingat Tim Curry?). Tetapi itulah idea filem ini, sebenarnya suatu 'sepah-sepah' lagu hebat Beatles yang ingin diterjemah sekali lagi dengan pautan sebuah cerita yang perdu. Lebih mengujakan jika penonton itu sekurang-kurangnya 'ada hati' dengan Beatles, mereka dapat menggoyang kepala dengan makna dan imej yang dipaparkan, sambil didendang dengan lagu yang semestinya evergreen dan terbaik buat abad lepas.

Contohnya segmen lagu yang terbaik ialah segmen lagu "Strawberry Fields Forever", sewaktu Lucy gundah teringat Max bila melihat kaca TV perang Vietnam ("mereka kini membawa peperangan ke dalam ruang rumah dengan TV") dan sewaktu itu Jude dengan perasaan sangsi dan kecintaannya terhadap Lucy (dengan idealisme cinta itu derita) tetapi tahu dia perlu melaluinya dengan reda, dan Max yang di dalam 'alam surreal yang menakutkan' di tengah medan peperangan di Vietnam. Tangkapan itu antara 'lapisan' yang sangat berjaya dipaparkan di dalam sebuah 'MTV'. Perkara yang terpenting ialah, filem ini menimbulkan rasa dan pemahaman bahawa Beatles, bukan sahaja menjadi penggerak revolusi cinta (terutamanya John Lennon) tetapi mereka adalah pemerhati dan perakam pragmatis pada zaman itu, mereka melihat sesuatu dari semua sudut dan menafikan satu-satu idealogi abadi. Ini mungkin membingit para romantis dan aktivis yang biasa berpegang pada satu kekuatan (termasuk juga para liberalis yang kadang-kala cenderung melihat suatu yang positif terhadap pendirian mereka) sahaja, tetapi inilah idea 'moden' yang sangat jujur dari Beatles, yang mungkin tidak dapat diterima oleh kebanyakan orang, tetapi kita sedar kebenaran 'wasatiah'nya.

Akhir yang pasti, filem ini semestinya buat mereka yang mahu kembali kepada zaman bila orang muda berani bersuara walaupun betapa mengarut dan bodoh kelihatannya, zaman orang muda bercinta, putus dan bertemu kembali, serta semangat melawan pelbagai sempadan walaupun angkasa (across the universe) dengan pendirian mereka. Filem ini membuat anda rasa muda kembali.



Legenda Sundel Bolong (2007)
Hanung Baramantyo ialah antara sutradara baharu yang sedang naik di Indonesia. Dia sangat dikenali dengan Brownies(2005) dan kemudiannya Jomblo(2006). Rapi Films pula sebuah produser filem seram yang dahulunya pernah menjadi juara pembikin filem seram pop zaman 80-an. Suzanna dengan 'Sundel Bolong'nya terkenal di bawah penerbit ini. Malah, filem-filem Suzanna sangat popular, ia menjadi buah mulut seantaro orang sehingga Rough Guide to Horror Films telah mengiktiraf Suzanna sebagai Ratu Seram Indonesia pada masa itu.

Jadi, filem ini sebenarnya sebuah 'homage' dan sekali gus suatu 'kitaran semula' atau intepretasi semula filem-filem seram 80-an Rapi Films (seakan Hammer Films Indonesialah) terutamanya filem lawanan dengan pontianak kita ini.

Aku menonton filem ini dengan Azwan dan Diela. Diela terus-terang menyukainya. Azwan pula, dengan lantang mengatakan filem ini sebuah filem seram yang 'memalukan', malah sangat kucar-kacir, dengan imej puak Islam berbunuhan dengan puak PKI memaparkan caca-merbanya filem ini, lalu menyatakan dengan geram, "PHSM kita jauh lebih baik dan lebih masuk akal daripada filem ini".

Sebenarnya penyataan Azwan pada akhir ayat itu agak membuat aku rasa 'bangga' kerana rupa-rupanya, ada juga filem Malaysia yang boleh mengalahkan filem Indonesia.

Memang, beberapa perkara dalam filem ini menjengkelkan. Pinjaman idea Nang Nak(1999) (aku mengaku, aku tak suka Nang Nak) dan efek-efek hantunya ala-ala 80-an, malah mengikut gaya PHSM sangat tidak takut dan tidak membawa perasaan apa-apa. Malah, filem ini adalah antara filem seram yang paling tidak seram pernah aku tonton, kerana efeknya (secara jujur, efek yang pernah diperjelaskan memaparkan kegagalan seram PHSM di entri lalu menyelubungi keseluruhan produksi filem ni) yang tidak diangkat dengan baik. Aku perlu jujur, bila aku pertama kali menonton gezetnya di pawagam, aku sangat teruja, ia sangat menakutkan! Tetapi bila menontonnya, perasaan takut itu takde. Mungkin filem ini elok untuk bawa awek yang penakut, sebab dia sorang je yang akan cuit-cuit lengan kita atau cuba menyorok di bawah ketiak kita sewaktu hantu itu muncul sedangkan kita tak rasa apa-apa.

Tetapi bukan semuanya bermasalah dengan filem ni, jauh daripada mengatakan filem ni 'busuk'. Filem ni pun ada sesuatu. Tidak perlulah aku bedah filem ni betul-betul (sebab entri ni pun dah panjang) tapi aku hanya mahu katakan, ada beberapa tempat di dalam filem ini berjaya mengangkat idea dan semangat filem seram Rapi Films untuk generasi baru, walaupun aku tidak suka dengan caranya.

Pertamanya yang paling menarik, terdapat satu babak di mana golongan Islam dan PKI menuju ke rumah orang kaya (babak ini kurang berkesan kerana kita semacam diberi 'penantian palsu', mereka berlari dan berlari menuju ke bango si kaya sedang konflik protagonis terlerai dengan mudah dan protagonis menuju ke rumah dengan masa yang sangat singkat). Kita teringat akan babak Frankenstein(1931) sewaktu gerombolan massa menuju ke bukit untuk bunuh Boris Karloff. Kita sedar, bahawa setiap filem seram Rapi Films 'meminjam' plot/efek/imej filem seram Hollywood (lalu mendabik dada mereka pun sehebat Hollywood) dan di dalam filem ini, penggayaan ini berhasil. Frankenstein menceritakan tentang moral keinginan manusia yang melampaui batas, dan bagaimana pelampauan itu ditekan oleh massa, sedang filem ini memaparkan tentang 'kekeliruan' moral dan kelas yang melampau batas telah mengakibatkan kemusnahan kelas itu sendiri.

Filem ini juga menjawab persoalan 'bolong' puntianak serta perkaitan 'sundel' (sundal) kepada watak. Secara halus, beberapa gaya feminisme yang mengikut era Suzanna (wanita suci dikacau oleh sistem lelaki yang rakus, lalu terletak atas tangan wanita yang ternoda itu untuk membalas dendam terhadap lelaki yang rakus), gaya wanita balas dendam, disulam dengan baik dalam filem ini (efek hantunya, wajah putihnya mengikut Suzanna, lagu ala-ala Rock 80-an dengan synthetizer membingitkan, hantu yang lari ke celah-celah hutan). Malah, untuk men'twist'kan gaya ini, filem ini memaparkan bapak (orang kaya) kepada kerosakan wanita ini datang juga dari wanita yang membalas dendam terhadap kebodohan suaminya (ibu orang kaya). Filem ini penuh dengan simbolisme feminiti ini, dan langsung lebih berani memaparkan lelaki langsung mandul dan perempuan sahaja yang perlu menjalankan kerja dengan betul. Perkara yang radikal (chaotic- mengambil idea jahat patriaki lelaki bahawa segala yang diputuskan oleh perempuan mencipta chaos) ini disampaikan dalam filem ini.

Penggayaan semi-dokumentari dan tangkapan siang untuk malam kadang-kala menjadi, kadang-kala dirasa 'palsu'. Lagunya antara yang membingitkan dan langsung merosakkan cerita (mungkin elok untuk zaman 80-an, tapi buat masa sekarang?), dan efek suaranya antara yang terburuk. Tetapi pengarahan seninya antara yang terbaik keluar daripada produksi filem perdana Indonesia. Bentuk 'desa', lanskap dan budaya tempat mengambil pakai zaman itu sungguh teliti dipilih. Kita merasakan seakan memang filem yang dibikin sebuah filem lama, walaupun kita terasa akan teknologi HDnya.

Sebuah filem yang rata-rata menghiburkan tetapi kurang menyeramkan.

03 December 2007

Enchanted (2007)

Ada orang kata, filem ni gila gabeng bagus.
Bila aku tonton, hmmm...
Selamat datang ke dunia Disney. Kalau di Malaysia, kita kenal akan dunia Bolehland Malaysia di mana kita boleh capai apa-apa kalau kita punya niat dan kemahuan yang betul (atau tidak betul, mengikut niat kiasu kita). Kalau di Amerika Syarikat, kita akan kenal dengan dunia Disneyland, di mana kita lihat semua para lelaki heronya tidak berjanggut dan misai dan para heroinnya memakai baju gerbang-gerbang yang cantik disulam dengan senyuman yang sentiasa dan beradab sopan selalu dan sentiasa berniat baik dengan semua orang (kecuali orang jahatnya), lalu semua orang akan mencapai pengkahiran yang baik seperti filem hindustan yang bagus, seperti mana filem-filem Melayu lama iaitu 'kahwin' dan mereka semua akan hidup bahagia selama-lamanya.
Jadi, bagaimana dunia/impian Disney ini, betul-betul terbuka dan masuk ke dalam dunia realiti pasca 9-11 Amerika yang menjerit "Ini realiti, boleh tak hidup dengannya?" Kalau di Malaysia, puak Hindraf akan berkawat meminta yang bukan-bukan kepada pengasuh Brisith mereka dahulu (yang mereka dapat bahasa ibunda Inggeris dengan baik dan menjadi kebanggaan rakyat India) kerana dua buah kuil mereka diranapkan. Kalau di Amerika, mereka punya pelbagai masalah luar dan dalam yang mereka kini tidak ada masa untuk memikirkan 'boleh berbahagia selama-lamanya'. Bang, datang si cantik manis ke alam ini, berserta tunangnya dan bakal ibu mertuanya, dari dunia Andalusia, dunia ala-ala Disney (all in one) Snow White, Cinderella dan Little Mermaid (siap ada reference mengutuk Shrek balik), masuk ke dalam dunia BENAR manusia New York di mana semua orangnya garang, kasar, pesimis dan kerja-kerja-kerja.
Aku tidak ada masalah dengan filem ni. Filem ni sebenarnya ditulis oleh penulis skrip Blast From The Past yang aku suka. Tetapi itu yang membuatkan aku yang menonton filem ini, merasakan filem ini seakan satu 'kitar semula formulaik' yang sudah dibikin di dalam Blast From The Past dengan amat persis sekali. Bukan lah perkara tu ada masalah. Awal cerita ini menarik. Membawa sebuah stereotaip separa dekonstruksi Disney, lalu mencampakkan idea ini ke dalam realiti hidup manusia. Apa akan jadi? Jadilah sebuah 'feel good' sepertimana filem-filem feel good yang pernah aku tonton tetapi dengan lumrah garis plot dan pencapaian akhir yang menjerit "kausudah tahu pun apa yang akan berlaku!"
Ada satu sahaja idea menarik, mencantumkan idealisme Disney ini ke dalam hidup terumbang-ambing kejar material orang New York. Ini adalah sewaktu si gadis Disney mendepani realiti 'penceraian' pasangan New York di pejabat peguam si lelaki. Yang lain-lain, Tuhan, cerita ini, cerita ini sangat senang, baik, play safe. Tidak ada apa-apa yang memberi keterujaan, tidak ada apa-apa yang baru. Malah, maaf cakap, Shrek yang mendekonstruksikan Disney (walaupun akut ak suka bahagian pertamanya) habis-habisan lebih berjaya dalam memaparkan alam realiti menyiksa di balik warna pelangi Disney. Malah, ada sebuah babak lagu-lagu menjerit "HINDUSTAN" di Central Park, di mana aku rasa pembikin filem hindustan lebih hebat kalau mereka buat babak lagu itu (kerana mereka tak ada industri animasi).
Maaf Reza, aku rasa amat rugi menonton filem ni. Buat aku, fantasi berani Stardust lebih menarik, lebih matang dan menghiburkan. Enchanted terlalu berstruktur, terlalu mengikut keinginan penonton, terlalu baik, tak ada edge. Filem ini, seperti My Big Fat Greek Wedding adalah filem-filem 'feel good' yang bolehlah dilupakan berlaku dalam realiti hidup aku.

25 November 2007

Mintak Pizza Masa Rusuhan

Tadi pagi, malas nak keluar ke gim fasal segelintir (1,000-1,500) masyarakat India Malaysia tidak puas hati dengan Britain/Malaysia(?) menangani hak mereka. Nampak mereka berkawat dari luar rumah, menuju ke City Plaza (dulu Yow Han Plaza, ya, tempat best nak k-oke). Nasib baik pihak berkuasa ada, rasa selamat sikit.
Telefon Domino's untuk pizza. Penghantar pizza datang lambat, "Masih Jam lah", dia jawab. Dapat kupon pizza percuma untuk dipakai. Moral: Kalau 'riot' berlaku di kawasan kejiranan anda, hubungi Domino's. Bukan sahaja anda akan menyebabkan nyawa penghantar pizza anda "at stake" tetapi anda akan dapat kupon pizza free. The clash of democracy and capitalism couldn't be better than this.

23 November 2007

10 Tahun Sebelum Merdeka - Inilah Baru Filem Sejarah!


nota fadz: Sila abaikan komen ini kalau kau nak terus 'get on with the show'. Aku perlu mengaku, aku sangat pro-monarki dan aku anti-republik. Tetapi jangan takut, aku tak ada hati nak memimpin. Untuk menonton filem Fahmi Reza ini, aku membuang semangat yang sebati dalam diri aku itu lalu menonton filem ini dengan hati yang terbuka...

Pertama sekali: Shumi oh Shumi, shame shame on you, shame..! Felem pendek ni berjaya membuak berlapis-lapis makna atas nama 'sejarah' dan 'perjuangan' daripada felem Shumi yang UMNOnized play safe 'eat up your 'merdeka' medicine young-uns'!
Fuh, OK.
Aku tengah asyik mendengar lagu-lagu latar yang mengisi filem pertama Fahmi Reza ini di dalam blognya. Dan itu baru lagu tu!
Secara jujur, filem ni sudah jadi 'cult classic' buat aku. Bayangkan secara senyap-senyap, The Rocky Horror Picture Show(1975) membentuk grup kultusnya setiap tahun lalu bila dibuat road-show festival tayangan filem itu, lalu berduyun-duyun manusia memakai pelbagai bra hitam, gincu merah dan wig gerbang-gerbang ikal, lalu menyanyi dan melontar pelbagai suara di skrin sewaktu tayangan. Dalam masa 10 tahun lagi, filem ini, dalam senyap-senyap, grup-grup kultus akan menontonnya sekali lagi, dengan kopiah, kain pelekat, baju putih, lalu menyanyi lagu Clash, Sex Pistol dan Black, dan bersorak seakan di dalam politic rally setiap kali 5 perwira 'tanpa nama' melonjak kata-kata perjuangan mereka, lalu menyanyi lagu semboyan Putera-AMCJA pada kredit akhir filem dan babak 'apa jadi kat' 5 perwira itu.
Itu tilikan aku lah.
Secara keseluruhan, filem dokumentari ini dibuat dengan semangat yang penuh kejujuran. Suatu perkara yang sangat baik tentang filem ini ialah, ia hanya MENUNJUK, dan bukan MENYUAP (walaupun filem pendek ini hanya mengfokus kepada 5 tokoh parti sayap kiri pada ambang kemerdekaan Malaya) para penontonnya.
Gayanya laju, segar dan bersahaja. Seperti menonton kerja darah orang muda (memang pun), suntingannya cepat- setiap montaj, imej statik dan gambar bergeraknya diselang-seli dengan suara temuramah dan latar lagu yang membuat kepala anda melentuk-lentuk. Ya, filem ini lebih menghiburkan daripada 1957: Hati Malaya. Malah aku gerenti, kalau ditunjukkan kepada murid sekolah rendah, mereka akan pilih filem ini sebagai bahan kajian sejarah.
Sebagai seorang yang baru, Fahmi Reza memang menakutkan. Banyak 'trick' yang tersimpan di dalam kocek Michael Moore (yang pandai bermain dengan kerja siasatan buat sendiri dan memaparkan imej/montaj/babak kreatif untuk 'memberi pengetahun berguna' pada penonton), Rob Epstein(pandai menyusun montaj/sedutan klip lalu seakan membentuk 'cerita' dan hilang idea 'dokumentasi'nya) atau Errol Morris (mengaitkan fakta dan 'pengalaman tentang fakta' dengan sangat efektif) telah dihadaminya dan digunakan dengan baik.
Fahmi juga 'sly'. Punya 'wit' dalam mainan suntingannya. Apa yang membuatkan gambar-gambar foto lama dan baru yang disunting laju serta saling ditindan oleh Fahmi efektif ialah, Fahmi menyusun dan memilih gambar-gambar/suara itu dengan ketelitian yang punya akal mainnya yang tersendiri. Seakan dia mengaku 'aku konduktor dalam ini felem'. Dan simfoni okestranya menjadi. Bila sesebuah montaj bersunting Melayu/Cina atau wajah-wajah tokoh sayap kanan-kiri-Inggeris-Jepun dimainkan, kuasa yang dicernakan ialah subjektiviti. Tetapi dalam subjektiviti Fahmi, Fahmi juga ber'cerita', meluahkan 'sindiran'nya. Ada yang kelakar, ada yang offensive, dan ada yang mencapai suatu tenaga yang sangat mendalam, yang kadangkala mencuit intelektual, dan yang menyentuh perasaan.
Lihat sahaja babak, sewaktu seorang perwira 'Melayu' mengisytiharkan, "Kami akan tentang/berjuang(?) habis-habisan', Fahmi lalu mengfokus tangan tua berkerut lelaki itu, sebuah lagi tangan yang 'menunggu mati' (tetapi wajah perwira itu masih bersinar) milik seorang lagi perwira 'Melayu'. Inilah ke'subtle'lan yang Fahmi berjaya cungkil. Babak ini sendiri memaparkan kuasa Fahmi yang faham 'menjaga' kesatuan imej dan suara. Babak itu sekaligus kuat dan pedih. Malah hati aku tersentak kerana babak itu (merasai seakan perjuangan mereka sudah ke penghujung, sia-sia, menghentak tentang keinginan bernostalgik).
Susunan terjaga Fahmi, dari awal (saspens tinggi, buat orang teruja dan langsung tidak ingat bahawa isu yang dipaparkan ialah politik dan sejarah, isu yang memang berat untuk difikirkan) sehingga akhir, Fahmi menyusun imej dan suaranya seperti menyusun emosi yang dia inginkan keluarkan dari kita. Manipulasi ini menjadi, apabila, selepas hartal diumumkan, Fahmi, memaparkan skrin gelap, kemudian 'kredit filem' disulami dengan 'apa berlaku kepada tokoh selepas itu', merundum dan membawa satu klimaks yang menyentuh. Fahmi, adalah Michael Moore baru kita.
Walaupun mungkin orang akan memperkatakan, kenapa tokoh sayap kiri sahaja yang ditemuramah dan bukan tokoh Parti Perikatan. Secara jelas, filem ini memang mahu memaparkan suatu 'detik sejarah' yang dihitamkan oleh buku teks sejarah. Tetapi, perlu diteliti, filem ini masih membuka pelbagai ruang buat penonton mengisi 'persoalan', 'perbincangan' dan 'legenda' . Ia tidak menjurus kepada 'kamu mesti percaya' ala-ala An Inconvenient Truth(2006) tetapi membuka 'meja kopi' untuk memperbincangkan lagi apa yang sebenarnya berlaku pada hari hartal, isu sensitif keris dan kecenderungan raja Melayu menyokong UMNO, dan isi sebenar konstitusi rakyat. Perkara-perkara pokok ini sengaja tidak dibincangkan secara terperinci kerana Fahmi sendiri mahu penonton 'mencari', menggeladah dan menyoal. Keinginan segar ini sama efektifnya dengan The Big Durian(2003) Amir Muhammad.
Silalah tonton filem ini kerana sebetul-betulnya, filem ini seronok (serius, ada drama you!) dan menghiburkan! Tetapi tontonilah filem ini berulang-ulang kali untuk mencari dan memperkembangkan perjuangan yang sudah pengarah Fahmi mulakan.

19 November 2007

Perca-perca Filem November 2007

Lions For Lambs (2007)
Aku tonton filem ini dengan Azwan. Aku tonton ini sebab, dalam kalangan pengkritik barat (termasuk pengkritik film tersohor kita, A. Wahab Hamzah), hanya tokoh pengkritik yang paling aku suka, Leonard Maltin yang sibuk memperkatakan tentang filem ni. Dan akhirnya? Memang, apa yang dicanang-canangkan oleh Leonard tidak merugikan, filem ini sebuah filem separa hiburan dan separa medan pendebatan Hollywood tentang reaksi mereka terhadap "War on Terror" Presiden Bush. Para sayap kanan dan konvensionalis tentu membenci filem ini, malah ada liberal yang tidak sanggup dengan dakwah dan dakyah meleret-leret filem ini yang semacam diambil dari sebuah karya drama. Tetapi itulah yang filem ini paparkan, sebuah persoalan yang tidak memberi jawapan tetapi meminta penonton memberi 'pendapat' rasional mereka (walaupun secara lembut, filem ini meminta rakyat Amerika membuka mata terhadap 'kezaliman Bush membuta dan memperbodohkan rakyat dengan media') tentang aksi dan reaksi para kabinet Bush dalam menyelesaikan masalah negara mereka sekarang. Lakonan hebat oleh Redford, Meryl dan beberapa pelakon baru.
Beowulf (2007)
Aku tak faham kenapa ramai pengkritik dan sejarawan filem bengang sangat dengan filem ni. Aku memang tidak akan faham sejarah dan mitos Beowulf (dan Azwan sendiri mengaku, puisi panjangnya antara hasil sastera lama yang susah dibaca), tetapi filem ini membayangkan sebuah filem yang senang, menghiburkan dan jujur tentang definisi sebenar seorang 'hero'.
Memang, beberapa aksi sewaktu Beowulf meloncat dan berakrobat dalam keadaan bogel untuk membunuh Grendel, atau waktu ibu Grendel, si ANGELINA JOLIE menggoda Beowulf, kebanyakan penonton akan terliur untuk montok buah dada Angelina yang sudah dimamah Brad Pitt dan anaknya, atau terkekek kerana kamera 'malu' ala-ala Austin Power terhadap anu Beowulf. Menjengkelkan. Tetapi ideanya melebihi kejenggelan ini (contoh: siapa yang tak tahan bila melihat buah dada Angelina, yang akan dimeterai di dalam sejarah filem sebagai buah dada animasi paling montok dan seksi, atau siapa pun nak tengok anu Beowulf terjelir tak tentu fasal, oh, jangan lupa, filem aksi masih terikat dengan machoismo), ideanya murni: memaparkan bagaimana seorang perwira yang sudah jatuh dari martabatnya, mengambil balik tempat sebetulnya dengan mengorbankan dirinya untuk negaranya(!)
Malah pengakhiran filem ini, yang dikira dipersoalkan adalah perlu (ingat, kejahatan tidak pernah mati), malah memberi pilihan kepada penonton membuat pemilihan tentang isu moral yang dipaparkan (mungkin kerana ini, filem ini dibidas, kerana persoalan moralnya terlalu satu lapisan).
Funny Games (1997)
Secara jujur, seluruh minda dan rohani aku jadi 'kebas' selepas menonton filem ni, sebuah perasaan yang sudah lama aku tak rasa sejak menonton Caligula. Aku benci filem ini kerana ia efektif. Efektifnya filem ini membuat kau rasa sakit hati yang amat sangat terhadap kematian harapan kebaikan dan keadilan manusia. Dan ia hanya sebuah filem tentang sebuah keluarga yang dibunuh dengabn kejam oleh dua orang pemuda yang pandai.
Beberapa babak filem ini menghala ke arah 'art cinema', tiba-tiba ke 'satira', kemudian 'ngeri' dan akhirnya 'seram'. Sememangnya filem ini filem seram, dan ia berjaya dalam pelabagai cara. Satu, ia menolak keinginan penonton untuk memenuhi kebiasaan filem-filem sebegini (lihat Cape Fear, Deliverence dan The River Wild), memaparkan bahawa mangsa yang dikenakan memang 'bodoh', atau semacam, secara realistik, mangsa yang terkena tekanan memang begitu (membuat kau menjerit, afsal lah bodoh sangat?? macam mangsa dalam filem slasher). Keduanya ialah 'coincidence' yang logik (Anna ditangkap kembali di jalan) dan tidak logik (babak alat perakam jauh) yang memang membuat penonton betul-betul meloncat marah dan kecewa. Apa yang menyebabkan filem ini sebuah 'klasik' ialah ia menidakkan 'grafik' aksi membunuh yang sangat grafik, tetapi suntingan, ketiadaan imej kejam itu dan hanya suara. Ia kejam dalam bentuk yang sangat kejam, meminta penonton 'mencipta' kekejaman di dalam fikiran (gaya Yasmin Ahmad).
Aku tetap tidak suka filem ini kerana keberaniannya menolak konvensi tatacara filem. Tetapi aku terpaksa kata, filem ini adalah antara filem seram terpenting yang keluar pada abad ini, malah akan dijadikan rujukan buat masa depan.
Dot The i (2003)
Untuk menghilangkan 'kekebasan' minda aku selepas menonton Funny Games, aku terpaksa cara sebuah filem yang boleh menawarkan rasa 'kebas' itu, lalu aku tonton filem ini. Nasib baik! Aku suka filem ini. Ia sebuah filem yang 'menipu', dan sedikit bongkak (seperti Funny Games), tetapi sungguh menyeronokkan.
Filemnya senang, jika Funny Games menyentak penonton supaya 'jangan jadi penonton', Dot The i menyentak penonton supaya 'jadi saja seorang penonton'- maknanya, selusuri saja mana-mana filem sebagai seorang penonton kerana idea sebalik mana-mana filem ialah penonton mahu merasa emosi-emosi yang menipu dipaparkan dengan 'efek' tidak menipu. Ini sebuah filem 'manipulasi' bertaraf tinggi, gaya permain-mainkannya semacam sudah mencapai tahap 'inilah akhirnya'. Jika penonton tidak suka akan 'mainan' yang dicipta oleh pengarahnya, Matthew Parkhill, penonton tidak akan suka filem ini, lalu mencari 'lubang' filem ini dan mempersoalkan 'lakonan dalam lakonan' yang dipaparkan dalam filem ini. Tetapi penggayaan itu sahaja, seperti kebanyakan filem-filem alaf baru di pasaran yang mencari 'real' di dalam filem, memaparkan sesuatu 'idea' yang sangat segar dan mengujakan.
Death Proof, Planet Terror (2007) - Grindhouse
Ohhh, ini berita baik buat peminat filem. Jangan lupa untuk menonton dua buah filem yang menarik ini! Antara dua ini, aku memilih Planet Terror arahan Rodriguez sebagai filem kegemaran aku. Kenapa? Zombi-zombi-zombi..! Dan semua heroin dalam filem ni 'rocks'! Apa yang aku nak mulakan dengan filem santai-separa mainan tapi penuh kekuatan Rodriguez ini? Perlu diumumkan, sebuah lagi filem gore-zombi yang menarik sudah sampai dan masukkan Planet Terror di dalam simpanan rak filem zombi terbaik anda. Mungkin plot dan jalan cerita seakan sama, tetapi CARA ia memusing idea (dengan banyak mengambil, baik filem bajet seram sehingga filem seram klasik) dan memberinya input baru membuatkan filem ini sekaligus semacam kartun Walt Disney di alam yang menakutkan. Watak-watak dalam filem ini, kesemuanya berwarna dan menarik, walaupun yang menjengkelkan, dan beberapa konvensi seram 50-an berjaya dipusingkan. Ini antara filem seram terbaik buat aku tahun ini.
Death Proof juga menyeronokkan, datang daripada hasil buah tangan Tarantino. Awal-awalnya memang membosankan, bosan sampai aku terlelap! Tetapi selepas itu, sewaktu Zoe Bell dan kawan-kawan mahu mencuba gaya stunt, filem ini jadi gila-gila adrenalin yang memancut dan memancut kita untuk tahu kesudahannya.
Kedua-dua filem ini senang, dan melangsungkan kembali pembacaan dua pengarah itu terhadap wanita, lebih-lebih lagi Tarantino (selepas Kill Bill Vol.1 & 2). Kawan saya sendiri mendefinasikan filem ini sebagai filem 'girl power'. Memang, kalau dilihat betul-betul, itulah 'permintaan' filem ini, mensuarakan kekuasaan wanita terhadap seluloid yang selalu dieksplotasi oleh kreativiti lelaki. Dan Tarantino serta Rodriguez memberi penghormatan yang sebetulnya (dan tak betulnya) untuk para wanita memakarkan mereka bukan lagi hamba lelaki, baik seks, kejam dan derita.
Saawariya (2007)
Pada hari Deepavali, saya memilih filem ini, kerana saya suka sangat tengok posternya (saya ingat filem ni semacam sebuah filem fantasi bajet tinggi dari India). Well, memang filem ni filem fantasi, kerana latar cerita ini semacam campuran set Moulin Rogue!(2001) dan Alladin. Satu perkara tentang Bollywood ialah (saya benci filem hindustan, saya mengaku), mereka pandai mengulit sebuah cerita yang pendek, senang, lalu bermain dengan masa (memanjangkan cerita) dengan pelbagai konflik-konflik yang datang dan datang semacam pelakonnya akan mengeluarkan segala emosi dan kalau tidak, mereka akan mati. Dan secara pelik, filem ini berjaya 'bermain dengan masa' dengan konflik-konflik yang datang dan semacam pelakonnya akan mati jika tidak mengeluarkan segala emosi mereka. Malah, beberapa babak dalam filem ini memang cantik, membawa kembali latar Sita Devi bercinta dengan Rama lalu dikacau oleh Rangga (perebutan cinta 3 segi ini sentiasa dikitar semula dalam filem hindustan dengan kreatif mengikut zaman, antara yang paling terkenal ialah Sangam). Buat penonton barat, filem ini melemaskan, kerana hero filem ini (yang tampil agak berkesan) tidak memaparkan macho orang barat yang diinginkan, tidak mencium atau meraba tetek aweknya bila berkasih. Segalanya tertimbul dalam kitaran psedo-erotik-platonik, dan ini membuat penonton barat marah.
Filem ini OKlah, seronok, sedikit lama, tapi Oh, lakonan Rani Mukherjee sangat mengesankan!
Orang Minyak (2007)
Gaia, kawan baik aku dan pembaca setia tontonfilem memberitahu aku dalam SMS, "diumumkan, Orang Minyak mendapat anugerah The Worst Film of 2007 buat Razzies Award Malaysia tahun ini!". Aku terus tak nak tengok filem ni. Serius! Aku sekarang sudah percaya pada kawan-kawan aku yang sudah banyak 'membaca filem' (waalupun kau suruh aku tengok Gaia, aku takkan habiskan rm10 aku untuk filem macam ni, lagi, ever! Kecuali kalau ada sesuatu yang menariklah). Lagipun, aku dengar bahawa skrip filem ini ditolak habis oleh panel Finas kerana 'bodoh yang amat melampau', tetapi jeng-jeng-jeng, kuasa politik dan orang kaya mana telah mengangkat filem ini, lalu ditayangkan di sebuah perhimpunan Pemuda UMNO (aku baca dalam surat khabar) dengan pelbagai komen tentang 'suara dia cam tak betul lah'. Tengok, aku tak perlu pun tengok filem ni nak tahu filem ni bodoh, hebat tak aku?
Mat Bond (1967)
Tonton filem ni Sabtu lepas di Colliseum (sehari sebelum Hindraf KLCC). Pembukaannya bagus. Mat Sentul bersiul, lalu semua kereta di bandar Singapura berhenti secara tiba-tiba, lalu Mat Sentul memecut keretanya (teringat Bruce Almighty). Pembukaan ini penting kerana tiga perkara: 1. Filem ni memungkinkan pelbagai kemungkinan kerana kuasa protagonisnya (ingat, dia punya kuasa mentakrif filem ini, semacam deus ex machine), maka 2. Filem ini segaya filem surealis, fantastik dan pelbagai lagi filem yang elanggar undang-undang logik fizik, maka plot dan garapan filem ini boleh saja tersasar ke mana-mana pintu dan gambaran, dan 3. Mat Sentul mewakili rakyat Malaysia baru, atau Melayu baru khususnya, melawan tindakan Mat Jenin dengan berani 'berangan', malah kerana angannya itu 'menjadi' dalam seluloid 2 jam filem ini. Semua ini menandakan filem ini bergaya bukan? Tidak. Selepas suatu adegan gadis bikini berjoget depan Melayu Tua (simbol birokrat lama Melayu), filem ini jatuh jatuh dan jatuh, hanya kerana Mat Bond yang berangan kuat yang boleh menghentikan sesak lintas kereta mahu memancing saja di tepi rumahnya. Memalukan! Malah pengakhirannya yang caca merba, walaupun pesimis, seakan menjawab lagi bentuk orang Melayu zaman itu yang berperangai 'saya hanya nak lari dari sini dan duduk senyap-senyap tak nak orang kacau'. Pada awalnya, saya suka gaya Get Smart dan The Avenger filem ini, dan gaya 'outdated' (lawan semua hero barat) filem ini yang saya fikir seronok pada awalnya, jadi hanyir dan busuk apabila masuk bab Mat Bond yang bodoh-bodoh, mencipta teknologi yang pelik-pelik tapi masih lurus bendul ("Kenapa awak asyik ikut aku?") dan dungu mindanya di depan orang lain.
Malam Jumat Kliwon (2007)
Sudah, lepas ni, aku perlu beritahu pada diri aku, jangan lagi tonton filem pengarah Indonesia yang satu ni, dah hatrik tiga kali aku kena kelentong dengan pengarah ni (Hantu Jeruk tu, Lorong Casablanca dan ini). Gaya dia senang, semacam sebuah plot drama bersiri Janji Diana (malah produksi Yusof Haslam sekarang lebih tebal ceritanya) fasal orang merebut kekasih, dan kemudian bebudak ni suka ke disko (tiga kali dibuat juga!) dan kemudian masuk ke satu tempat dengan BODOH lalu semua pun mati. Malah aku tertidur masa nonton filem ni. Nasib baiklah teman yang ikut aku tonton memang seorang teman yang berharga untuk ditemani, kalau tak... Filem ni jauh dari menakutkan. Adalah satu babak seronok ala Exorcist bila katil dipusing-pusing (suntingan laju, efek bunyi tinggi dan close-ups adalah perkara biasa pengarah ni) atau bila SEMUA PUN MAMPUS, tapi melalui menyiksakan mata dan duit yang membayar untuk filem ni. Malah kebiasaan pengarah ni dah jadi semacam stereotaip dan bukan auteur (dalam ceritanya, sekumpulan budak Indon mesti jahat, mabuk, suka seks dan suka ke disko) dan lebih menyerupai suatu cerita moralis yang diperpanjangkan. Siri Friday the 13th lebih seronok daripada filem ini.

08 November 2007

9 September- Romantik Gagal


9 September (2007)

Aku menonton filem ini kerana suka sangat akan apa yang Pierre Andre lakukan dalam Jangan Pandang Belakang(2007), jadi aku berharapan sangat Andre melakukan sebuah 'hatrik'. Sungguh tidak aku sangka, filem ini agak 'stale' garapannya dan banyak 'hit and misses'. Filem ini mempunyai sesuatu pada bahagian setengah awal tetapi mula merundum pada bahagian setengah akhir. Gaya yang digunakan (iaitu mengikut formula bahagian awal menggunakan komedi lalu bahagian kedua menggunakan tragedi untuk menggerakkan cerita) semacam Ibu Mertuaku(1962), Windstruck(2004) dan paling dekat, Heart(2006), malah Heart yang aku tidak suka lebih sempurna dan berjiwa pembuatannya.

Ini boleh disalahkan kerana lakonan Fasha Sanda yang memang 'miscast'. Kesalahan pertama: tidak ada chemistry kuat antara Sanda dengan Andre (suatu yang sangat-sangat penting dalam filem romantik). Andre sangat bagus, lakonannya memaparkan kesegaran, detik komedinya memikat. Sandra adalah sebaliknya. Mungkin juga kerana skripnya atau dia. Sebenarnya, Fasha Sanda sepatutnya melakonkan wataknya semacam watak gadis gila-gila dalam filem-filem komedi korea (yang kita nampak pengaruhnya), tetapi dia melakonkan watak seakan seorang perempuan gedik dari filem hindustan. Suaranya membingitkan dan langsung tidak menjiwai skrip Andre. Lakonannya sangat dibuat-buat.

Ini ditambah lagi dengan lakonan menghampakan oleh penerbitnya sendiri, David Teo yang entah apa-apa. Menggelek-gelek lehernya semacam ikan buntal separa lemas di darat memaparkan betapa 'murah' atau 'cheesy' filem ini jadinya.

Skrip Andre punya sesuatu, malah sudah menyeronokkan. Tetapi entah mengapa, sewaktu Fahrin Ahmad tiba sebagai bekas kekasih Fasha Sanda, semuanya mula merundum pada saat itu. Skrip ini menjadi klise, dan tidak ada magisnya lagi sewaktu itu. Ia seakan tampak, skrip ini dibuat terburu-buru selepas kehebatan Jangan Pandang Belakang. Kesalahan demi kesalahan dibuat. Kesalahan yang paling tampak berlaku pada awal-awal filem- kenapa Fasha Sanda mengetuk pintu Pierre? Untuk apa? Di mana logiknya kaitan Fahrin dengan Pierre? Sampai ke akhir, ia tidak memberitahu. Kedua ialah, tidak mungkin secara 'coincidence' Fasha memilih 9 September untuk melancong bersama Pierre di Pulau Tioman. Detik 'coincidence' adalah perkara yang paling perlu dijauhi dalam filem, hanya jika mahu mencipta saspens atau tidak ada jalan lain yang logik. Dan ia akan jadi lebih memikat jika Fasha sendiri mengaku bahawa dia terlihat di kalendar Pierre tentang pemergiannya ke Pulau Tioman. Dengan itu, kita memahami bahawa Fasha punya 'taruh hati' terhadap Pierre, tetapi ini tidak. Malah pada akhirnya, Fasha yang sepatutnya belajar sesuatu tentang cinta sejati (seperti yang dibuat dengan sempurna dalam Heart, walaupun aku tidak suka!) bagi aku masih budak manja merengek yang tidak belajar apa-apa bila melihat dinding penuh melankolia ciptaan Pierre Andre.

Akhirnya, kita rasa buntu dan tidak puas melihat sebuah filem 'bagai pungguk rindukan bulan' yang mana banyak yang perlu dibaiki 'pungguk' dan 'bulan'nya.

07 November 2007

Bunga Di Dalam Poket Cantik Menawan


Flower In The Pocket (2007)

Aku sudah bertemu dengan seorang lagi pengarah yang pandai benar mengarah 'filem kanak-kanak'. Habislah Yasmin Ahmad, seorang lagi 'budak celik' telah berjaya menawan hati aku dengan cerita 'simple' budak-budak tetapi memaut aku dan tidak mahu lepas (walaupun ia tidak 'perfect' kerana suaranya dan seorang pelakon kanak-kanak memerhati tepat ke kamera). Filem terbaharu (filem panjang pertama) Liew Seng Tat memang tidak menjemukan.

Aku tersedar bahawa beberapa peranan penting di dalam filem ini, mempunyai ikatan dengan beberapa filem bebas yang lain yang pernah ditayangkan. Mereka, Liew Seng Tat, Amir Muhammad (dikatakan Bapa Pencetus Filem Bebas yang bermula dengan Lips To Lips), Tan Chui Mui, dan James Lee saling berlakon/menerbit dan memainkan peranan belakang tabir filem masing-masing, termasuklah 'meminjam-minjam' pengarah fotografi, pencipta muzik, penyunting, kru, penyunting suara sampailah ke pelakon-pelakon. Mereka juga saling pinjam meminjam pula pelakon, pengarah fotografi, kru, pencipta muzik, dan lain-lain 'pe' pengarah filem bebas lain seperti Zan Azlee, Yasmin Ahmad, Osman Ali, Deepak Kumaran Menon, Ho Yuhang, Azhar Rudin dan lain-lain. Seperti filem ini, Mak Inom, ibu kepada Yasmin Ahmad(!) berlakon di dalam filem ini sebagai Nenek Ayu, Amira Nasuha (amboi, budak ni memang boleh jadi bintang!) dari Mukhsin dan James Lee berlakon sebagai ayah kandung Li Ohm (Lee Hom, hahah!) dan Li Ahh. Keberkesanan dan saling berinteraksi antara para pengarah/penerbit ini semacam membina suatu alam muhibah yang diingin-inginkan sangat dilihat dalam persada dunia sosial dan politik tempatan. Dan interaksi dan usahasama inilah yang mencipta keajaiban, hasil-hasil yang bermutu dalam filem-filem pengarah/penerbit ini (kerana kesemua pembikinan filem ialah sebuah projek berkumpulan).

Walaupun Amir atau James atau Yasmin menidakkan sebuah pergerakan (movement/wave) sedang berlaku dalam arus pembikinan filem bebas sejak akhir tahun 90-an, ia sememangnya sebuah semangat pergerakan, tetapi tidak perlu ditakrif sebagai suatu yang 'rasmi'. Seperti mana industri kampung yang berlaku kecil-kecilan dan sesama-sendiri, 'industri' yang para pemain arus bebas ini sedang lakukan juga sebenarnya sebuah pergerakan bukan rasmi yang membanting potensi perfileman tempatan. Betapa pelbagai kreativiti, profesionalisme dan warna yang sudah berjaya mereka lakukan dalam tempoh yang pendek, dan kini kita hanya menunggu para penonton tempatan sahaja yang memeriahkan arus baru yang sangat membanggakan ini. Dengan itu saya, seperti 'line' dalam filem ini, mengglamorkan pergerakan ini sebagai 'desa' (village), sebuah aspirasi baru yang mengangkat martabat filem tempatan kepada tempat yang sepatutnya.

Dan yang paling menarik akan arus 'desa' ini ialah, mereka hanya 'mahu bercerita'. Seperti yang aku tonton di dalam filem ini.

Ia sebuah filem yang senang ditonton (walaupun dibikin tanpa banyak suntingan), dari segi cerita mahupun para wataknya. Sebuah cerita tentang dua anak Cina yang tinggal di Jinjang KL, Ma Li Ohm dan Ma Li Ahh (lakonan memberangsangkan Wong Zi Jiang dan Lim Ming Wei) yang tidak beribu dan sentiasa bersendirian kerana ayahnya tidak ada masa untuk mereka. Kita akan mengenali mereka dengan kebosanan mereka di sekolah, buang-buang masa mereka sewaktu balik dari sekolah, dan masa yang mereka habiskan sewaktu di rumah. Apa yang membuat filem ini 'menjadi' dan menjentik hati ialah, ia dibikin tanpa memancarkan sentimentaliti ala hindustan yang sudah terbiasa dalam filem-filem Melayu. Kita tidak dipaksa untuk bersimpati dengan budak-budak ini, perasaan 'simpati' itu datang jujur dan terus ke jiwa.


Ini adalah kepandaian Liew Seng Tat, membentuk perkara-perkara yang tampak slapstik, canggung dan cilik kelakar tetapi langsung tidak melupakan kesan 'menyentuh'nya. Ada beberapa babak yang aku sendiri, selepas saja ketawa, rasa nak menangis sebab sangat-sangat tersentuh dengan gambar-gambar Seng Tat (juga ditolong oleh penjagaan fotografi Albert Hue). Babak yang paling berkesan buat aku sebagai contoh ialah sewaktu Li Ohm memaparkan lukisannya yang 'putih' dan membilang itu 'langit', lalu dia diketawakan oleh kawan-kawannya. Aku ketawa terbahak, tetapi turut terus menangis, memahami betapa keinginan yang dalam (tanpa perlu disebut) oleh Li Ohm untuk sekilas kasih-sayang dan bimbingan. Ataupun beriya-iya Li Ohm dan Li Aah menyedut sos tomato KFC semacam gula-gula paling sedap di dunia. Babak-babak kecil inilah, yang diputar dan berterusan, memunggah hati aku.

Seng Tat juga mempunyai 'kenakalan'nya yang tersendiri, baik menyindir (seorang budak Cina tidak boleh berbahasa Melayu dalam kelas bahasa Melayu dan ditegur 'pemalas') atau memaparkan humor tandas (toilet humour). Seng Tat semacam adik-beradik Farrelly, memaparkan perkara nakal luar batas di dalam filemnya, tetapi yang baiknya, 'kenakalan' Seng Tat terjaga dan mempunyai fungsi kuat dalam menggerakkan cerita, membentuk watak dan memberi gambaran yang 'real' (tidak dicipta untuk main-main) dan bukan slapstik tempelan memeras gaya untuk luah ketawa (walaupun ia kelakar). 'Kenakalan' Seng Tat kena dalam pelbagai lapisan, bukan seperti Farrelly yang bertujuan untuk efek bahak ketawa. Seng Tat juga memaparkan tandas, binatang mati, aksi mengarut, bogel dan pelbagai yang dibuat oleh Farrelly tetapi ia lebih 'bermutu' dari air mani, tandas, binatang mati dan aksi mengarut Farrelly. Lihat sahaja babak 'bunga' yang dibiarkan untuk makan malam ayah mereka, ia sekali gus kelakar, menyentuh perasaan serta memberi isi yang dalam. Dan baiknya, Seng Tat tidak perlu meluahkannya dalam kata-kata panjang.

Menonton filem keluarga ini (ya, ini sebuah filem keluarga!), kita memahami akan kepentingan pautan kasih-sayang dan interaksi dalam sebuah keluarga, melawan kekosongan hati dan kesunyian yang tanpa sengaja dicipta di dalam institusi keluarga. Aku teringat akan perasaan sebegini dengan berkesan sekali di dalam The 400 Blows(1959) Truffaut. Dan sekali lagi, tema-tema seteliti ini digambarkan di dalam filem ini dengan penuh warna dan kebiasaan. Ini juga ditolong oleh tangkapan baik Albert Hue dalam menangkap betapa warna-warninya dunia dua budak ini dalam keheningan dan kesunyian yang mereka lalui. Lihat sahaja 'orang-orang' yang disembur dan jadi barang mainan budak urban ini, atau bagaimana mereka membuka seragam sekolah mereka di depan-depan penduduk KL (sebenarnya rakaman ini nampak seakan di PJ).

Tetapi di sini juga kekuatan Seng Tat. Seng Tat langsung tidak menyuap mesej 'jadi, inilah yang perlu kita buat untuk anak-anak tanpa kasih-sayang ini' secara terus kepada penonton, tetapi melakukannya dengan sangat lembut (tanpa memberi konotasi yang kelam dan pesimistik, walaupun secara subjektif, ia boleh berarah ke situ), ia membuat anda bersorak dan bertepuk tangan kerana kejujuran yang diangkat oleh Seng Tat bercerita.

Amira Nasuha sebagai kawan baru Li Ohm dan Li Ahh juga sangat mencuitkan hati. Babak-babak dia mula berkawan dengan dua beradik Cina itu, teknik bermain anjing bersama kawan-kawan lalu membawa kawan barunya ke rumahnya untuk makan, memberi keceriaan dan langsung tidak mengundang kebosanan. Amira Nasuha ialah seorang pelakon cilik yang sedang dalam medan menjadi pelakon harapan yang baik pada masa depan (harap-harap, tidaklah menjadi seorang Baby Jane).

Inilah filem komedi kanak-kanak/keluarga tempatan yang aku tunggu-tunggu. Sebuah filem yang 'simple' tetapi berjaya menyentuh pelbagai perasaan yang senang dirasa oleh kanak-kanak, baik orang dewasa lalu memberi kita suatu kepuasan yang sangat memikat tentang pengalaman belajar untuk membesar.

05 November 2007

Tiga Filem untuk Halloween

Pertama: Ya, aku dah jumpa filem Halloween aku..!
Halloween (2007)





Ini adalah filem halloween tahun ini buat aku.

Pertamanya, membuat perbandingan akan filem arahan/tulisan semula Rob Zombie ini dengan John Carpenter memang tidak munasabah. Lagi-lagi buat peminat filem seram seperti aku. Buat filem originalnya, seram dan ceritanya datang daripada pengamatan Carpenter terhadap filem-filem klasik yang diminatinya sewaktu kecil. Filem 'pengimajinasi semula' Rob Zombie ini pula ialah pengamatan dan 'cinta' Zombie terhadap filem original, filem seram secara umum dan pencarian punca kejahatan secara rohaniah. Bagi aku, ini adalah filem termatang, terkuat dan terbaik Rob Zombie. Sangat-sangat baik. Dan ironisnya, ia datang daripada sebuah filem yang di'bikin' semula daripada sebuah filem seram klasik yang sudah begitu kuat (and a double irony that it would be my halloween movie this year). Zombie mendapat kuasa daripada mengitar semual hasil kerja orang. Kita kenal seperti masterpiecenya The Devil's Rejects(2005) mengambil latar dan anti-hero "Texas Chainsaw Massacre" dan "Bonnie and Clyde" dan memusingnya dengan babak-babak horrid dan gila manusia. Buat kali ini, sekali lagi, dengan penuh gaya, Halloween Zombie dipenuhi dengan kata-kata lancang, kekejaman depan mata dan pencarian kejahatan dalam roh manusia, sesuatu yang sudah sebati dalam filem-filem Zombie dan dibuat dengan teliti sekali buat filem ini.

Satu perkara yang saya kira 'berani' buat Zombie ialah, memberi 'kejahatan' sebuah 'wajah'. Apa jadi bila kita memberi 'wajah' kepada seorang pembunuh psiko pada sebuah genre slasher yang sudah dikitar dan dikitar semual sehingga basi? Sebenarnya gaya ini pernah dibuat, lebih-lebih lagi ciptaan Thomas Harris yang terkenal itu, Dr. Hanibal Lecter. Juga Henry: Potrait of A Serial Killer(1986), atau kalau mahu kembali ke 'cult lane', cuba Maniac(1980). Apa yang baru di sini ialah memberi 'sejarah' dan 'latar belakang', juga perasaan terhadap Micheal Myers si pembunuh. Di sinilah ramai penonton mungkin terasa janggal kerana efek suspens itu 'hilang' (mereka sudah tahu siapa pembunuhnya, satu undang-undang merosakkan filem slasher) atau marah (buat peminat setia fielm original) kerana 'true evil' atau "Boogeyman" (persona Micheal dan Jason, semacam si jahat dengan topeng yang tidak akan mata selama-lamanya sehinggalah kiamat- satu simbolisme kuasa jahat manusia itu sendiri) Micheal Myers diberi wajah. Maka bagi mereka, ketakutan terhadap Micheal hilang. Kenapa? Sebab Micheal rupanya MANUSIA. Bagi mereka, di sinilah kesalahan besar buat Zombie. Bagi aku, inilah cabaran terbesar bukan saja buat dia, tetapi buat penonton seram yang mahu 'memajukan' diri mereka.

Sedangkan sebenarnya, sejarah yang dicipta oleh Zombie, bukan sahaja kena secara psikologi yang tepat (beberapa pembunuh bersiri dan psikotik sudah diselidiki), tetapi memberi filem ini warna dengan menjadikannya sebuah filem seram saga pertama yang pernah saya tonton. Malah, idea Zombie ini secara tidak langsung memberi penghormatan tinggi terhadap ciptaan John Carpenter dan Debra Hill. Penghormatan di sini bukan saja memberi 'inti' kepada makna tersirat pada malam Halloween (kenapa Micheal membunuh pada malam halloween, kenapa topeng lelaki itu yang dipakai) tetapi kepada motif Micheal menjadi jahat dan punya 'urge' membunuh (dengan pemilihan mangsanya yang teliti dan kompleksitinya terhadap penerimaan seks).

Malah, yang paling baik, filem ini menunjukkan betapa benarnya 'superpower of evil' Micheal. Micheal seorang yang 'kuat'. Sangat-sangat kuat. Ingat di mana filem pertama, Micheal mengangkat seorang mangsa lalu dipacak di atas dinding dengan pisau? Filem ini membayangkan kekuatan Micheal itu datang dari mana. Dengan itu, kita boleh 'tangkap' kenapa Micheal tidak boleh mati-mati dan sejenis 'mean killer machine' yang tidak boleh hancur-hancur. Malah, kita tahu Micheal punya peluang dan kekuatan yang melebihi mangsanya. Hanya ia pilihan Micheal untuk memilih dan membunuh SIAPA yang dia mahu dan di mana dan bila.

Satu lagi, teknik yang paling aku suka (selain daripada pengalaman pertama Micheal membunuh dan bagaimana kesan itu memberinya suatu 'keinginan' baru, satu cara untuk dia melepaskan 'geram') ialah, filem ini memaparkan bagaimana Micheal (yang kita sudah kenal, maka kita tidak akan rasa sesak dengan 'presence'nya) melalui dinding atau sudut rumah, dan berdiri dan tidak bertindak. Lalu tiba-tiba baru dia mengejar dan mengapak. Ini yang menakutkan. Ini adalah kerana (gaya ini sama seperti yang dibuat dalam A Short Film About Killing, realisme pembunuhan ini diambil kebenarannya lalu disapu dengan stail oleh Zombie di dalam filem ini) penonton tidak diberi masa untuk bertindak dengan perilaku Micheal. Mereka akan sentiasa bertanya, "Apa yang akan dia lakukan selepas ini? Kenapa dia tidak?" Dan sedang mereka bertanya, Micheal bertindak di depan kamera, menyentak mereka. Gaya ini mempunyai unsur saspens yang sama dengan semangat 'memaparkan seram tanpa imej' atau "less is more" yang dibikin dengan efektif sekali oleh Jacques Tourneur. Di sini, kita sudah sedia kenal si penyebab (pembunuh/pemangsa), hanya kita tidak tahu gerak gerinya akan dibawa ke tahap mana dan ke mana ia akan melakukan tugas kejamnya. Di sinilah efektifnya Zombie. Bayangkan seorang budak kecil yang berwajah baik tiba-tiba mengelar tengkuk anda TANPA SEBAB. Inilah keseraman yang mahu dibawa oleh Zombie.

Filem ini juga, dengan mengejutkan, memberi watak-watak mangsa yang kita suka dan bersimpati dengan. Watak mereka memang tidak penting (tidak penting kerana mereka akan mati juga pada akhirnya), malah semacam tidak mengisi motif plot. Tetapi Zombie mengisi mereka dengan watak 'manusia', dan manusia, apabila dibunuh, yang menyebabkan manusia tersentak. Zombie memang pandai mencipta watak-watak 'that matters', walaupun sekecil mana peranan mereka di dalam filem ini. Dan di dalam filem ini belambak. Mungkin juga kerana teknik pembunuhan yang berlaku, mangsa itu memang dikacau dan digoyah dengan teruk. Mereka bukan dalam filem, tetapi di alam nyata. 'Takut' mereka 'real'. Dan ini yang mengujakan.

Halloween juga mencapai strata-strate teknikal yang tinggi selain dari lakonan dan pengarahan. Lagu latarnya kena dan menakutkan, fotografinya yang mengambil semangat filem lama lalu memberinya nafas 'wide screen' baru memberi 'epic feel' terhadap filem ini. Latar seninya juga adalah antara yang terbaik keluar dalam sebuah filem seram tahun ini. Setiap ketelitian latar tempat dijaga dengan baik.

Akhir sekali, Rob Zombie bukan saja berjaya memberi filem ini sebuah nafas baharu, tetapi suatu 'tragedi dan sumpahan' baharu yang bukan lagi berbau mistikal (walaupun masih occultish), tetapi 'real' seperti yang dibawanya dalam The Devil's Reject (Zombie percaya bahawa kemandirian manusia biasa melakukan sesuatu dengan mendepani pilihan yang dibuat membuat mereka sebagai legenda. Devil's Reject memaparkan manusia biasa yang luar biasa yang mencipta legenda, walaupun pilihan yang dibuat itu ialah keganasan di luar kemampuan kemanusiaan. Perkara ini agak menarik jika kita kaitkan legenda Dracula yang datang dari Vlad the Impaler atau Countess Erzsébet Báthory), manusia yang hanya tidak faham akan emosi dan kejahatan dalam diri mereka tetapi mahu memberi peluang untuk mengenalinya. Di dalam filem ini, jalan ke arah kejahatan itu jelas. Seperti yang dikatakan oleh Dr. Loomis- "Matanya bukan lagi manusia". Tetapi di situlah jawapannya bercelaru. Budak itu mungkin satu ciptaan Tuhan atau alam yang 'rosak', diturunkan sebagai sumpahan (seperti yang dibayangkan dalam filem original), tetapi secara didaktik, keluarga dan rumah yang rosak, membentuk anak-anak yang rosak. Filem ini menyelusuri isu ini dengan sentuhan menyentuh perasaan (walaupun dengan kejam, ini adalah suatu yang hebat tentang Rob Zombie, melakarkan kecantikan dan poignant manusia dalam kekejaman dan pemahaman kekejaman itu). Malah, kerana 'realiti' yang ditangguni oleh keluarga (bukan sahaja kerana mungkin berketurunan gila, tetapi memberi peluang persekitaran mengubah dan mengeluarkan kegilaan itu) yang mencipta legenda itu. Legenda yang menakutkan bagi orang yang tidak faham, tetapi yang memahaminya, sedar akan tragedi dan kisah sedih yang terlibat di belakang ceritanya.



Unrest (2006)




lihat: http://www.imdb.com/title/tt0453533/

Ini ialah sebuah filem bebas yang biasa. Biasa sebenarnya. Malah, efek (hantu keluar) yang tidak ditunjuk (kerana tidak ada bajet) memberi efek baik dan kadang-kala tidak baik terhadap keseluruhan filem (dari segi memberi saspens dan proses penemuan bukti, kebiasaan buat filem-filem berbentuk separa penyiasatan dalam mana-mana filem seram). Lakonan Corri English sebagai penuntut doktor (mengingatkan kita kepada Anatomy, sebuah filem slasher dari Jerman) yang dikacau oleh hantu mangsa hantu Maya baik, ditolong oleh beberapa pelakon yang Ok juga. Tetapi kadang-kala dialog dan skrip cerita meleret filem ini kepada sebuah formula yang pernah dibikin dan simptom 'bila lagi korang nak sedar sehingga terlambat?'. Aku tidak berapa suka filem ini. Mungkin 'highlight' sebenar filem ini terletak kepada dua bentuk. Pertama, mayat-mayat yang digunakan kononnya di dalam filem ini ialah mayat betul, yang di mana (itu mungkin gimik saja) itu tidak penting, tetapi bagaimana telitinya filem ini memaparkan bagaimana badan manusia itu dipotong, itu priceless. Kedua ialah latar lagu filem ini sehebat lagu Omen ciptaan Jerry Goldsmith. Malah bagi aku, lagu filem ini ialah bintang sebenar filem ini. Lain-lain perkara, filem ini bolehlah diabaikan.

Saw 4 (2007)

Apa yang boleh aku kata? Teruja? Seronok? Sudah tentu. Tetapi, yang paling tepat: Gila betul diorang masih boleh memusing-musingkan cerita ini untuk sebuah lagi sekuel yang gila-gila sebegini.
Gila!
Siapa yang buat filem ni memang gila!
Dan geliga!
Perkara utama, untuk anda yang belum menontonnya, sila perhatikan betul-betul babak filem yang paling awal dan ikatkan dengan babak filem yang paling akhir. Filem ini semacam sebuah 'jigsaw puzzle' yang sangat genius dibikin (dan mengerikan), dan seperti Halloween, kita diberi peluang untuk mengenali seorang pembunuh psiko dengan lebih dekat dan kenapa dia membunuh (dan memberi simpati terhadap watak itu, serius! Aku memang dah jatuh cinta dengan wataknya sejak Saw 2 lagi bukan kerana apa, tetapi kelicikannya).
Permainan 'moral' dalam filem kali ini lebih jelas, tetapi sebelum memberi pendapat terang-terang tentang 'kerosakan manusiawi dan kegagalan sistem apa pun untuk memperbetulkannya', filem ini membawa pula kita kepada sebuah 'pembukaan' soalan falsafah yang sangat berat: apakah kita akan berubah?
Filem ini menjawab persoalan itu dalam dua bentuk: satu tidak, kita tidak akan berubah- kebanyakan kita takkan berubah, jika kita 'tidak' percaya (dengan jelas, jika kita ikuti Saw 1 hingga 4, yang tidak ada kepercayaan (faith) dan banyak persoalan (doubt) senang gagal dan berpusing dalam neraka mereka sendiri. Ini termasuk Amanda yang melakukan kesilapan kerana tidak 'mempercayai' kuasa kemaafan (dari Saw 3). Perkara kedua ialah, kita boleh berubah jika kita SENDIRI mahu berubah (walaupun kita punya pendorong/tuan guru). Inilah idea kedua filem ini. Siapa yang akan meneruskan kerja 'keramat' Jigsaw menghukum manusia tolol? Siapa yang berani 'jadi' sepertinya? Aku tidak akan jawab (kerana akhir filem ini sebaik mana-mana filem yang suka memberi segala jawapannya di akhir cerita, dan yang paling mengejutkan, mereka boleh melakukannya untuk kali keempat!) tetapi, walaupun aku kurang mempercayai (aku tidak percaya kerana latar terhadap watak 'anak murid' baru itu terlalu kecil, dan filem ini memang banyak melepaskan red herring), ia sudah berjaya memaparkan bahawa Saw ialah sebuah francais yang sangat berjaya dan sangat ditunggu-tunggu oleh peminat seram kerana durabilitinya bertahan memberi kita saspens dan keseraman yang kejam. Aku tidak boleh tunggu apa pula yang akan mereka lakukan terhadap Saw 5 dan 6 nanti.