20 March 2007

Satu Pendapat Vovin Tentang "Mukhsin"


Nota Fadz: Vovin meminta aku menumpangkan hasil tulisannya ini kerana dia sudah mematikan blognya (aku dengar, untuk seketika, jadi gadis-gadis di luar sana, sabar, Samsonmu akan kembali satu hari nanti, dan tidak akan dibutakan dan ditipu Delilah.)

Pendapat Vovin Tentang Mukhsin (2007)

Okey, aku tahu aku bodoh dengan menutup blog.

Lantas aku terpaksa menjilat lidah dan melutut di depan Fadz untuk memuatkan apresiasi Mukhsin (2007) ini. Ini bukan ulasan sebab aku bukannya pandai pun. Sekadar satu dua cuit rasa selepas menonton.

Juga, aku rasa hampir semua sudah tahu apa yang ada di dalam Mukhsin. Dua budak pra-akil baligh, Pak Atan dan Mak Inom sebelum menopouse, Kak Yam di zaman pra-andartu serta Kiah di zaman mono-penis-nya. Okey, aku terlalu terbawa-bawa.

Ramai yang katakan betapa cantiknya Mukhsin.

Aku tak rasa sebegitu.

Mukhsin tidak secantik filem-filem Yasmin Ahmad sebelum ini. Dia tidak sekuat rabun. Malah aku lebih sukakan Gubra. Mukhsin kurang kontroversi, tidak 'thought-provoking' (walaupun masih ada) seperti Sepet dan Gubra. Apa yang ada dalam Mukhsin selain dari budak kecil dua ekor diselang seli dengan mak abah tak macam melayu dan jiran yang suka tengok buruk orang lain tapi diri sendiri pun duduk dalam neraka?

Mukhsin penting kerana ia melengkapkan 'universe' cerita Orked. Kini orang tahu bahawa kenapa Mak Orked lebih senang berbahasa Inggeris. Dia sudah menjelaskannya dalam filem ini. Juga bagaimana Mak Yam yang sebenarnya pada awal dia bekerja dengan keluarga pelik itu, tidaklah handal pun dalam Bahasa Inggeris. Juga menceritakan zaman Kiah sebelum menceburkan diri dalam kerjaya pelacuran. Kenapa dan mengapa.

Mukhsin bukan filem yang cantik sebab aku katakan Mukhsin sebuah filem yang comel.

Kenapa dia comel?

Err, sebab yang amat jelas iaitu ada dua budak kecil yang cukup comel dan pandai di dalamnya. Orked dan Mukhsin.

Kali ini kita menyusuri laluan budak dua orang ini. Lebih-lebih lagi kita mahu tahu dari mana datangnya Orked di dalam Sepet dan Gubra. Mukhsin membentuk karakter Orked di dalam filem sebelum ini. Aku katakan comel kerana semua adegan-adegan yang disusun, err..bersifat comel. Mukhsin ajak main layang-layang, comel. Orked tengok bola dengan abah di padang, comel, Mukhsin ajar Orked panjat pokok, comel juga.

Dalam banyak filem, ada satu karakter sampingan yang akan menjadi tumpuan (kadang kala lebih 'outstanding' dari karakter utama'). Aku suka karakter budak perempuan kecil mulut neraka itu. Kalaulah tidak kerana karakter Orked sudah dibina sejak dua filem yang lepas, aku lebih merasakan budak kecil mulut neraka itu akan kelihatan lebih menonjol. Aku harap dia membesar jadi pelakon yang hebat. Aku harap dia berlakon satu filem satu tahun, bukan 25 filem satu tahun.

Seperti filem-filem Yasmin yang lain, kepala aku sibuk dengan subteks-subteks yang (mungkin) ada di dalam setiap adegan. Aku percaya ramai sungguh yang tidak faham dengan adegan Mukhsin mimpi dia duduk di sebelah Orked sebelum terbang sesudah budak kecil itu mencium tangannya. Ah!

Aku faham kenapa orang Melayu tidak suka dengan hasil kerja Yasmin. Sama seperti Sepet dan Gubra, ada beberapa bahagian yang sibuk mendedahkan keburukan orang Melayu. Orang Melayu kan suka puji-pujian sahaja?

Ada orang yang tiba-tiba terkejut bagaimana Orked zaman tidak dara boleh muncul satu jalur masa dengan Orked pra-akil baligh. Siap ada Jason yang (kata orang) tidak mampus. Macam mana? Macam mana? (ambil pistol dan tembak kepala kamu). Fadz ada idea dia yang tersendiri mengenai hal itu. Aku nampak 'David Lynch'. Satu bentuk surreal (mungkin, entah, aku bukannya tinggi ilmu filem dan falsafah). Maka Mukhsin, seperti Sepet dan Gubra berjalan dalam suasana surrealisme. Tak hairan orang pening kenapa Orked tak dara muncul satu zaman dengan Orked pra-akil baligh.

Aku suka dengan lagu-lagu keroncong itu. Juga aku suka dengan lagu Nina Simone itu. Adegan Orked lari ke rumah Mukhsin berlatarkan lagu itu buat aku teringat filem-filem Itali atau Sepanyol atau Perancis. Ditambah dengan lagu itu, impak larian Orked itu cukup berkesan. Ia boleh buat orang menangis. Aku tak menangis, sebab ego aku tinggi. Aku kan lelaki paling bongkak di muka bumi.

Okey, aku sudah tidak tahu apa lagi untuk ditulis. Aku sebenarnya menunggu hentaman dari beberapa pihak yang kurasa sekarang ini sibuk mencari setiap inci kesalahan Mukhsin.

Untuk nota peribadi, aku lebih sukakan Gubra.

Tapi Muhksin penting sebagai pelengkap. Lagi pun seperti yang aku katakan tadi, ianya sebuah filem yang...

Comel.

33 comments:

fadz said...

Ada orang akan kata surealisme itu Fellini, atau Lynch. Bagiku, itu memang 'universe' Orkid. Sudah diketahui 4 filem ini ialah quartret Orkid, atau quatret Mata. Aku pun kedengaran, waktu menonton, sekali di primiere, dan sekali dengan Vovin, ramai yang merungut tentang babak Jason dan Orkid. Sampai akhirnya, ada kawan aku keluar pawagam dan dia kata dia tak faham banyak perkara.

areyoung said...

Hiks! Huhu! Hoho! Ha!

Haha! Hahahaaa!

Muahahahahaaaaa...

yasmin said...

salaam, vovin.

mukhsin is 3 times more complex and darker than gubra. figure that one out.

JIMI said...

Aku ader kawan, dia cakap GUBRA is the best EVER malaysian filem he ever watched. Which surprised me.And he hated Mukhsin.

Sesiapa yang suka gila GUBRA mesti tak suka MUKHSIN. Dan sebaliknya.(my theory)

Peribadinya, suka Mukhsin dan Sepet tetapi Gubra masih okay saja bagi aku.

JIMI said...

Terlupa nak mengucapkan Selamat datang ke "rumah" baru. Tahniah.

Edd Vedder said...

Leh main tumpang2 plak.. hehe.

Anyway, ini adalah review Mukhsin yg aku paling suka. Honest. Yg paling aku suka bila ko 'nampak' David Lynch..sbb itu jugak yg aku nampak.

Perkara pertama yg terlintas di fikiran aku ialah imej koboi misteri yg melintas di background dlm filem 'Mullholand Drive'. Aku pun tak tahu kenapa.. ilmu filem aku juga tak tinggi.

yasmin said...

"Aku faham kenapa orang Melayu tidak suka dengan hasil kerja Yasmin."

salaam, vovin. alhamdulillah, mukhsin's box office takings is touching 1.7 million. 90% of the audience has been melayu. sampai hati awak cakap orang melayu tak suka filem saya. :-(

fadz said...

chk out my bro's blog: akitiano.blogspot.com

Nazri said...

Kak Yasmin = err, i still believe Gubra is much darker than Mukhsin, well, at least itu my POV :P

Juga, pasal orang Melayu tak suka hasil kerja Kak Yasmin, mungkin ada angin perubahannya, cuma saya masih merasakan stat yang tak suka masih lagi tinggi.

Just state my opinion tanpa niat untuk offend all the production crew. :P

But then, i might wrong, but saya sudah jelaskan pendapat saya without any prejudice or any bad intention.

Tunggu your next work,

Hehe

-VOVIN-

Anonymous said...

salaam, vovin.

mukhsin is 3 times more complex and darker than gubra. figure that one out. - tuhan mosen

Anonymous said...

Saya hairan dengan kedudukan rumah antara keluarga Orked dan keluarga Ayu atau Rozi Rashid. Kalau establish shot, tepi rumah Orked adalah padang atau tempat budak2 tu main, so kat mana kedudukan rumah Ayu coz Rozi selalu pandang sebelah kanan. Adakah kedua2 babak ini bukan berlaku ditempat yang sama or macamana?SOrry if misunderstanding...hehe..

yasmin said...

salaam dearest vovin/nazri.

don't worry. no offence taken. and i understand what you're saying.

it's just that, given mukhsin (the boy) punya innocence, and how hard he tried to survive his terrible family history by pinning all his hopes on one girl who, in the end, never forgave him, i feel mukhsin's fate was so much more painful than the fate of any character in any of my films.

this, to me, is the darkest story i've ever told, despite all the bright colours and open breezy spaces that you see in the film. and i found that contrast worth exploring.

one thing interesting about mukhsin (the film) is that those who didn't like it get very upset with people who DID like it. and vice versa. very polarised opinions, especially here in malaysia.

another interesting thing is, the jury members of the berlinale never saw any of my previous films, but they gave mukhsin 2 prizes. so to say that mukhsin only has meaning as the closing of a trilogy may not be valid.

it may not sound like it sometimes, but frankly, i really am ok with all the opinions thrown at me about "mukhsin".

simply because i know that rezeki is in allah's hands, anyway.

peace.

Anonymous said...

"mukhsin is 3 times more complex and darker than gubra. figure that one out."

You don't have the right to say that, Kak Yasman. Especially that "Figure that one out." It's his POV, so he can say whatever the heck he wants.

This is a textbook example of director saying, "Fuck your POV, amateurs! Only I know my films!"

Again, it's his POV. Does he has to be one of your great, great "pals" in order to get a little respect? To have his opinion be taken seriously? I dunno, one Kevin Smith is already too much, doncha think?

fadz said...

pelik kat malaysia ni, org nak berbincang pun boleh salah sangka.. tapi tapi, aku still respek apa yg ko cakap anon.. tu lah aku tak delete mesej ko

yasmin said...

ahhh, so a film critic should be allowed to have a POV and "can say whatever the heck he wants", but a filmmaker shouldn't be allowed the same?

in any case, as fadz said, you have misinterpreted "figure that one out" as a hostile statement when it wasn't. in which case, i humbly apologise.

that said, i'm getting bored with all this angst over our small film which, to all intents and purposes, had good intentions.

so think what you like, anon. i'm outa here.

maberik said...

off topic jap...

sape2 dah tengok 'Chermin'?cambest je. lebih2 lagi sebab direktornye cute.

Anonymous said...

It's not even merely a perbincangan, she said "figure that one out." It's explicitly a pointer, like Vovin dunno shit about films.

Don't get me wrong, I love Kak Yasmin's films (Sepet is one of my favourite films of all-time). But there's so many things to say about Vovin's review there – even the poster Edd Vedder said this is his favourite Mukhsin review so far – yet she has to go down to the most personal part: His taste about which one is darker. I mean, c'mon!

ajami said...

wahhh! tuu diaaa! vovin tutup blog dia then wat havoc kt sini siap dgn tuan rumah vs pengarah vs pengkritik vs pemaki-hamun! whoaaa!...

..aku? dah 4 kali tgk and still dpt byk 'benda'baru setiap kali..

vovin, r u sure kiah (gubra) = rozi (mukhsin)?..

fadz! blogspot mmg best & senang nk pakai kaannn?

fadz said...

ajami, teruknya bahasa kau, huhuhu "vovin tutup blog dia then wat havoc"..my god.. apa tuh?

blogspot oklah, tapi byk lagi menda yg blog-city ada, blog ni takde, tapi alhamdulillah syukur nikmat! Chermin ko wajib ajak aku!

ajami said...

vovin ~ jgn salah faham erk! i mean in a good way lah.. rebiu kau best tahap gaban!.. tu yg aku frust kau Xnak update kt blog kau sndiri?.. cepattt! tulis balik!

fadz ~ chermin.ahad.25mac. 11am.tgv/klcc.. aku speedo kau sempena aku nya besday [org tua X sedar diri nih!].. vovin pun jom! kakmin if masuk sini lagik pon jom gak!

fadz said...

yea yea, ada org belanja..ni yg buat aku sayang kat ko ni, cayolah!

Nurul said...

Cara Orked kecik sepak samseng skolah & abg mukhsin sebijik cam cara si Orked besar sepak suami dia dalam Gubra.

Ada orang perasan tak mende ni? Cute!

spiral said...

whoaa.. dah pindah ke blogspot!

spiral said...

Vovin punya rebiu buat aku giler2 nak tengok Mukhsin. Padahal Gubra pun aku belom tengok lagi tuh.. memang tertinggal giler aku nih.

rewan ishak said...

Review yg sangat jujur. Pendapat dan pandangan berbeza amat penting kalau kita nak tgk filem tempatan maju. Aku percaya menonton filem sama seperti melihat hasil seni di art gallery. Pandangan kita mesti berbeza. Different point of view. Yg pasti Vovin telah menunaikan kewajipannya dengan menonton filem sekaligus menyumbang kepada kutipan box office utk minggu ke-3. Sebagai penonton Vovin ada hak utk suarakan pandangannya dan sebagai pengarah Yasmin ada hak utk defend hasil kerjanya. Apa2 pun aku suka Mukhsin. Classic.

faiz dwells in nothingness said...

hey, someone who likes Gubra more than Mukhsin!


however i do think Mukhsin is more than skin deep. People laugh all the time in the cinema, but i felt rather sad. i also think it's a very surrealist film. (a lot of people don't understand why they saw Jason and the older Orked, but it makes perfect sense to me in a strange thematic way).

Anonymous said...

my said is this...

kalau benar mukhsin pelengkap gubra dan sepet, i would said gubra adelah mimpi orked sebab dihujung gubra, orked baru tersedar dari tido, so ape yg ada dlam gubra adalah tak berlaku langsung dalam hidup orked sebab tu semua mimpi.. jadi disebabkan itu dalam mukhsin kite blh tengok jason hidup semula, ohh silap, die mmg x mati pon :D


-pijan

Anonymous said...

maybe la Pijan...gud imagination...i nvr think dis..
zeera

Anonymous said...

bagi aku, filem yasmin ahmad ada aftertaste 'hindustan'.

no offence, dude.tapi aku rasa itu antara pengaruhnya (kot).

yasmin said...

salaam.

i LOVE hindustani films. i've seen "bobby" eight times. i've also watched satyajit ray's "apu sansar" the same number of times.

but if foreign critics' opinions are anything to go by, then according to them, my biggest influence in terms of cinematic sensibility is yasujiro ozu.

wallahu'alam.

amir said...

hail yasmin!

yasmin said...

hail amir!

(sorry, couldn't resist that. i was such a big fan of his. mana dia sekarang ek?)

fadz said...

hail to the king and queen lah.senang cerita..huhu