04 April 2007

Chermin (2007)


Selepas merasa dukacita apabila Dukun tidak dapat ditayangkan, sekurang-kurangnya tahun ini, filem sebegini ada dalam pasaran.

Filem ini bukan sebuah filem seram, ia lebih kepada filem fantasi-ngeri atau 'supernatural thriller'. Filem ini juga bukan yang terbaik di dalam genrenya, tetapi sebagai sebuah filem sulung sutradaranya, filem ini bolehlah dibanggakan.

Yang paling penting, filem ini ada jiwa. Malah, 'hantu' di dalam filem ini (Deanna Yusof) mempunyai kewujudan tiga dimensi (ditolong juga dengan kekuatan lakonan Deanna), malah kadang-kala 'kemanusiaan' (mempunyai kelemahan diri, sedar dirinya juga mahu dicintai). Idea seorang perempuan yang sangat cantik menandingi wanita-wanita cantik yang lain serta berperadaban tinggi yang ditakuti adalah idea tradisi yang disulami feminisme (Deanna ditakuti bukan sebenarnya kerana kuasa sihirnya, tetapi kuasa kecantikannya dan peradabannya). Malah, Deanna sebenarnya mengajar (walaupun terpesong) Natasha untuk menjadi seorang wanita yang lebih kuat, feminis. Dan Deanna berjaya dalam ini.

Simbol feminisme dalam filem ini kuat, dan menariknya membawa juga maksud-maksud Melayu tradisi (andartu, janda muda, perempuan buruk, perempuan gila royan, perempuan mengumpat, ibu penyayang). Beberapa simbol kewanitaan dibawa cantik dalam filem ini, malah simbol-simbol ini menandingi lelaki (ayam dibunuh), dan membunuh perempuan yang 'lemah'. Maka itu lelaki dalam filem ini disengajakan 'lemah', malah tidak ada kuasa mempengaruh (kecuali sheikh di akhir cerita, yang sememangnya seksualitinya neutral). Perempuan adalah pembuat pilihan, yang kadang-kala dalam dunia mereka, mereka 'terperangkap' (yang mengumpat, yang terikut-ikutkan hati yang lara) dan kadang-kala juga, mereka boleh menghancur kehidupan orang lain dengan kuasa mereka.

Filem ini juga mempunyai persoalan tentang mitos feminisme. Secara prasedar, filem ini memaparkan bagaimana mitos 'kuasa' tercipta dari cakap-cakap orang, yang selalu menjadi fungsi utamanya ialah perempuan (kerana perempuan suka buat cerita, mengumpat). Perempuan yang mencipta mitos, tentang lelaki (bagaimana sempurnanya lelaki atau perempuan dalam cerita mereka, atau sebaliknya), tentang perempuan. Mungkin merekalah agen sosial sebenar dalam masyarakat Melayu yang mendefinasikan nilai atau kewujudan manusia-manusia disekelilingnya (pengertian mandul dalam masyarakat, pengertian ahli sihir). Di dalam filem ini, terdapat dua bentuk mitos yang diceritakan, memberi dua pandangan terhadap penonton. Satunya dibuat oleh sekumpulan perempuan 'penyibuk', mitos yang 'samar-samar' (tiba-tiba apabila bercakap, suasana jadi hitam) terhadap Deanna dan kuasanya. Kedua ialah mitos yang diceritakan oleh seorang wanita alim kepada Khatijah Tan, mitos yang 'kuat' tentang Deanna. Kita sebagai penontonlah yang akan memperlihatkan kebenarannya. Adakah kita akan menyalahi Deanna atau syaitan yang membelenggunya (kita sedar akhirnya, syaitan itu yang membelenggu, kerana Deanna akhirnya sedar, dia telah melampaui batas). Untuk 'cerita' pertama, dengan kuasa perempuan-perempuan ini 'membawa mulut', ia hampir-hampir membinasakan keharmonian penduduk kampung (sehingga ketua kampung dibawa masuk campur), sedang 'cerita' kedua yang lebih dijaga, akhirnya dapat membantu keluarga yang tersiksa itu. Perbezaan 'cerita' ini menarik untuk diperlihatkan dalam konteks fungsi media dalam masyarakat Melayu dalam penciptaan mitos 'baik' atau 'jahat' (kita juga banyak mitos yang tercipta dalam medan media, terutamanya hal-hal politik dan perkauman).

Penulis skrip filem ini juga sangat baik dalam membawa 'psikologi' yang menyeluruh, malah 'intact' terhadap mitos yang tercipta tentang Deanna. Natasha mungkin melalui depresi, dan kita dapat sedar ini dalam gaya dan sikapnya yang berubah setiap masa. Ini disulam pula dengan pengaruh Deanna terhadapnya, yang mahu 'jiwa'nya dirasa (empati). Kadang-kala, kita sedar akan sentuhan lesbianisme dalam penyantuman ini.

Lagu dalam filem ini 'top class', juga dengan penataan seninya yang bagi aku, walaupun ada yang merintih tidak masuk akal (dunia fantasi mana yang tidak), mencantikkan filem ini. Natasha seorang pelakon baru yang tidak boleh dibawa main-main, dia seorang pakar, dan filem ini membuktikannya.

Walaupun begitu, filem ini ada cacat-celanya. Ini terdapat dalam efek CGInya yang sangat memalukan. Ia bukan menakutkan, malah memberi efek 'kelakar' terhadap filem ini. Bagi filem-filem seram, eloklah CGInya dikurangkan, melainkan anda Peter Jackson dan anda tahu bagaimana mahu menyeramkan penonton. Lihat sahaja pengakhiran filem ini bila hantu keluar dari mulut Natasha, sangat memalukan, dan hampir-hampir anti klimaks. Keduanya ialah, serpihan cermin pada akhir filem. Tak mungkin pengarahnya mahu memberi kunci bahawa kita akan melihat sebuah lagi sekuel (atau memang menjadi kebiasaan dalam filem-filem seram, kejahatan/iblis tidak pernah mati) dan menampangkan seserpih cermin yang agak besar dan sudah tentu dapat dilihat oleh pembantu rumahnya. Ini yang menjengkelkan filem ini.

Walau apa pun, filem ini satu suntikan segar dalam perfileman Malaysia tahun ini, walaupun ia jauh bagi menandingi mana-mana filem Thai atau Indonesia.

9 comments:

ajami said...

Salaam fadz,

aku cuba 'menyoal-balik' rebiu kau.. [matilah nak 'menyoal-balik' tontonfilem!.. hahaha!]

para 3: 'hantu' wujud 3-dimensi..
..yes! mastura dlm versi 'manusia' semasa zaman dahulu is 3-dimensi dr segi fizikal & mental TAPI mastura dlm versi 'hantu' zaman sekrg is just an evil yg cuba merasuk zahir & batin nasrin?.. mmm, dlm dimensi brapa byk? 1,2,3,4... unknown?

para 4: ayam dibunuh = simbol menandingi lelaki..
..pls elaborate.. saja nk lebih faham katanyaa..

para 4: sheikh seksualitinya neutral..
..neutral maksudnya TIADA bernafsu syahwat?.. bukan kebykkannya org2 alim [tak semua] ada sampai maxs bini 4?.. or kau merujuk kpd apa sebenarnya?

para 5: mastura akhirnya sedar dia telah melampaui batas..
..bukan mastura sendiri yg rela 'menghantukan' dirinya sendiri utk membalas dendam?.. sekiranya dia sedar, 'hantunya' tidak sepatut 'menurunkan' evilnya kpd nasrin utk meneruskan revenge?..

para 6: sentuhan lesbianisme?..
..ker lebih kpd 'saka' yg diturunkan kpd perempuan yg lemah semangat atau terpilih NOT lesbianisme.. mastura predator vs nasrin victim.. btw, mungkin coz 'hantu perempuan' rasuk 'manusia perempuan' BUKAN lelaki atau 'lelaki berjiwa perempuan'.. so it's nampak mcm 'lesbianisme' secara kulit shj agaknyaaalah?

para 7: dunia fantasi mana yg tidak masuk akal..
..rosnah [kwn mengumpat minah] jln kaki balik rumah melalui hutan-rimba tuh MEMANG tak masuk akal ok!.. hahaha!

..lelain ulasan kau, AKU SETUJU BANGET!.. lariikkk!

fadz said...

ko nak lari mana jamil, tu tali kat leher kau tu akn aku pegang...oh my, S & M nya aku..

ajami said...

fadli al-akiti.. errkk! aku bukan nasrin lah!.. taulah kau mastura versi chermin brand ikea!... JANGAN RASUUUKKK akuuu!.. tolooonnngggg!..

p/s.. bukan kau mmg suka S&M [sultanmuzaffar?]... hahahahahanjeeng..

fadz said...

ok, jom pegi satu2...

1) 3 dimensi 'hantu' merujuk kepada Deanna masa lampau lah, kita faham, masa present, itu 'syaitan' Deanna dan bukan Deanna. Ada satu point kenapa aku cakap macam ni masa present juga, waktu Natasha nak gi bunuh (melalui portal) Farid, soalannya sekarang, siapa yg ter'sedar' di dah lakukan kesalahan (Farid bukan suaminya)..Kedua2 Deanna dan Natasha rasa bersalah masa tu. Malah, sebenarnya Natasha mahu 'keluar' (Natasha menjerit di dalam mulut), maka kita tahu, Natasha yg serang Farid tu ialah hantu Deanna yg tersedar. Yg. evil gila2 ialah 'saka' dlm Deanna yg kita faham, benda CGI buruk tu.

2) Ayam, ni aku dah cerita kat Kash. Rujuk kat dia. Boleh juga link ayam dengan voodoo kalau tak faham.

3) BIla ko letak kepala hotak kau fikir macma tu, mmg lah..Ini terletak pada imej luaran, atau dasar, contohnya, Father Karras atau mana2 Paderi dlm filem Exorcist, mereka berseksual neutral. Rujuk Exorcist 2, hanya bila Richard Burton di'rasuk', dia mempunyai 'sexual drive'- ini berkaitan juga dgn kes yg ko cakap, ustaz/paderi/pope/bomoh gatal kerana digoda syaitan. Adakah Sheikh dlm babak akhir itu kau kata digoda? Kesian adik aku yg belajar di pesantren, mesti org stereotaip yg dia nak kawin 4 dan kuat nafsu seks.

4) yg ini aku da jawab kat no.1, sila tonton filem ni lagi sekali. Idea ni sama seperti PHSM bila Maya karin juga 'tersedar' dlm part 2. (Idea ini menarik, kononnya dlm hantu Melayu, mungkin fasal mereka ada kepercayaan Islam, mereka ada kesedaran, hmmm)

5) Semua perempuan yg 'kuat', org selalu tuduh lesbian (aku pernah tulis fasal ni, aku panggil, wanita berpelir), idea ini sama dgn sejarah kebangkitan feminisme serta org belakangnya yg kebanyakan ialah lesbian. Mungkin ya, kemelayuan dlm filem ini tidak ada sudut lesbian itu, tetapi secara 'subtle' kita tahu ia wujud kerana rasukan Deanna ke Natasha. Cermin itu sendiri simbol perempuan (membujur, seperti, u know wat), dan cuba bayangkan, si perempuan (Deanna) itu mahu menyimpan Natasha utk dirinya (sedang melihat cermin sahaja!) dan Faird sendiri tidak boleh mengacaunya ("Dia hak aku!"- so butch...). How unlesbian u wanna get?

6) Yg itu masih boleh dimaafkan, sebab, kita boleh faham, kampung itu tak pernah ada pembunuhan yg selalu (tragedi ya, bukan killer keliling hutan)..point aku ialah, kalau tak, SILA LIHAT kenapa rumah2 kampung itu tak tertutp pintu dan tingkapnya. Ini menunjukkan level of safety kampung 'where everyone knows everyone'..Aku ingat lagi, masa kampung aku di Gombak, mmg kita takde pagar, dan pintu rumah terbuka biasa..tapi sekarang, semua org pasang pagar, dan pintu selalu terkunci, kenapa, becoz its not safe anymore..itu point dia..Milleu dlm filem ni tunjuk awal2, this village is a safe heaven, takde pencuri dan pembunuh.

There u are, puas?

fadz said...

yikes, apa ke benda lah tu...hahaha

ajami said...

yeahhh! yeahhh!.. aku puas! puas sesangat klimaxs tahap gaban!.. sekian terimakasih..

p/s.. wanita berpelir?.. muahahahahahahaahhahahahahaha!...

p/s/s.. tgh nk publish komen nih pun aku masih hahahahahahahahahahahahahahhahah!..

fadz said...

ko bukan apa..tgh ghairah tu..

D' said...

Aku nak tambah sikitlah bang!.

Filem ini mengingatkan aku simbol feminisme yang menentang patriarki. Jika lelaki dengan symbol keris sebagai tanda kelakian. Cermin adalah simbol perempuan (mirror mirror on the wall? Who's the most beautiful woman in the world??)

Menggunakan cermin sebagai metafor, disabitkan dengan kehendak wanita membondongi nafsu untuk kelihatan 'jelita.' Dengan sengaja menawarkan susuk sebagai bahan tontonan 'spectacle', bagaimana mungkin wanita merayu agar dibebaskan daripada racun 'tenungan'? Pada hakikatnya, igauan tidak terkawal wanita terhadap kecantikan diri semata-mata demi membangkit berahi lelaki menjadi penyebab kepada pembentukan 'spectacle' erotica filem ini. Warna kebaya merah, gincu merah.

Enchi Fadz kau tau tak makna 'hantu'-'phallogocentrism'?. apa tue?

pandangan kritikal terhadap fahaman bahawa kewanitaan adalah 'masquerade': wanita adalah simulasi buat memuaskan naluri ghairah lelaki. Wanita-wanita narkisistik merupakan alat-alat untuk menghiasi arena 'spectacle of the grotesque' Tetapi ada jugak lelaki narkisistik seperti yang disebut kan di atas. Apa benar hantu nenek moyang kita nie lawa-lawa yg penting pan asia? Muka macam aku tak bleh jadi hantu ker? Ko rasa Hans Isaac boleh tak jadi hantu macam Deanna or Maya Karin. Atau dia kena tambah buah dada? Atau mangsanya juga seorang lelaki (matilah hantu gay).

Suasana etno-sosio-agama-budaya menjadikan wanita patut jadi hantu atau perempuan sihir berbanding lelaki. Kerana mereka lebih berani mati untuk suami, walaupun suami tidak cuba menyintai, dan dengan bangga kau kata ‘syurga di bawah tapak kaki aku’.

dex said...

syabas en. fadz! reviu anda paling bernas dan aku setuju. tapi aku mcm ada terpike gak pasal si minah tu dok bising bila si rosnah tu mati kendian dia dok tuduh si nasrin yg bunuh. kenapa tidak ada unsur penyiasatan polis yang dibuat? mungkin aku andaikan tada balai polis/pegawai polis dalam kampung tu kot..huhuhu kalu nak tambah babak penyiasatan mungkin cerita akan jadi meleret lagi kot tu sbb anta jer ketua kampung yg tiba2 jadi pelupa...eehehe anyway aku tetap nak puji zarina dgn anak pertamanya ni sbb cantik rupa paras dan agak berisi badannya berbanding jangan pandang belakang..aku dok tunggu waris jari hantu pula..hohoho mari melihat saka harimau pula lepas ni :)