04 April 2007

Zombi Tak Keluar Kubur Punya


Pertama kali. Jangan panggil Zombi Kampung Pisang (2007) sebuah filem seram. Ini bukan filem seram, aku terpaksa akur.


Aku diajak berserta pada malam gala filem ini. Mengujakan! Ini adalah kerana, aku peminat besar filem seram, serta zombi, merasa filem ini adalah sesuatu yang sangat ditunggu-tunggu. Adakah ia berbaloi?

Sebelum aku jawab soalan itu, biarlah aku kata sesuatu yang aku rasa ia tampak enteng tetapi sangat berat bercampur penting bagi aku. Aku sudah banyak kali menyertai malam-malam prebiu filem tempatan sebegini, dan setiap kali aku pergi menontonnya, bab bila seorang ustaz/imam/orang pandai baca doa membaca doa, orang kita (baik dari artis, VIP, para wartawan, mat pacak) hanya tahu menadah tangan dalam kebisuan. Sudah kelukah lidah mereka untuk mengucapkan "Amin" yang tak mengambil pun satu nafas yang panjang? Hanya prebiu Mukhsin baru-baru ini aku dengar dengan kuat orang mengucapkan "Amin", itu pun kru-kru Kak Min yang begitu. Apa, sudah hilang yakinkah kita Tuhan dapat menolong filem Melayu? Patutlah filem Melayu lesu, orang-orangnya termasuk penontonnya lesu-lesuan, macam lakonan pelakon dalam filem ini.


Filem ini, ada sesuatu strategi yang mahu ia jual kepada kita: sebuah filem zombi pertama Malaysia. Aku mungkin mengiyakan jikalau perkataan 'zombi' itu paling utama digunakan dalam sejarah filem Malaysia. Tetapi, baca dahulu artikel aku tentang sejarah Zombi di Malaysia:

ZOMBIE DI MALAYSIA
Di Malaysia, filem zombie tak lah begitu popular dan tidak dapat dikritik dengan sedalamnya. Kerana kita dan beberapa negara timur yang lain (contohnya Nang Nak Thailand) mempunyai kekuatan kaitan alam, manusia dan Tuhan, yang lebih memperincikan pada khayal atau penahanan (yang tentunya di sini escapist ngeri) pada sesuatu yang tidak dapat dimasuk akal (tahyul) lalu meletakkan penghakiman bahawa segalanya yang hidup itu mengikut 'garis' konsensus manusia sedangkan yang melawan naluri manusia itu tidak (orang mati hidup semula mengacau fitrah realiti manusia, maka mereka dianggap jahat, merosakkan, pembalas dendam). Contohnya, dalam budaya Cina, seperti adanya Yin dan Yang, saling memerlukan tapi tidak pernah bercampur antaranya, hanya melengkapkan.


Dan kalau dua unsur ini bertemu di tengah, alamatnya alam dan sekitarnya tidak harmoni, terganggu dengan paradoks, bala akan berlaku (Dalam budaya Timur, orang pandang gerun bila seseorang itu lebih suka berkawan dengan hantu).


Di Malaysia, filem-filem begini lebih jelas dengan sub-genre 'pontianak' ("jibam-jibam") yang melanda filem 50-an kita. Mainan stereotaipnya jelas. P. Ramlee seorang sahaja pernah menerajui (dengan bersahaja) konsep zombie dalam Pendekar Bujang Lapuk. Zombie dalam filem itu dipanggil 'hantu jepun' ("Tangkap orang itu. Potong dagingnya..Kita buat, SATE..!!"). Ianya benar-benar 1 dimensi, setakat membangunkan insiden komedi yang mempunyai erti bahawa setiap tuntutan ilmu itu (di sini, ilmu rohaniah), mesti ada batu penghalangnya yang boleh berbentuk di luar dugaan minda atau sebetulnya sindiran P. Ramlee sendiri pada orang Melayu yang masih terperangkap dalam ketahyulan, penakut pada kelainan serta jahil ilmu (jikalau watak Ramli itu ber'ilmu' atau dari psikologinya cekal, 'dugaan-dugaan' tidak masuk akal sebegitu didepannya senang saja dibereskannya).

Yang lebih segar dari itu berlaku pada 80-an, di mana filem Setinggan lakonan Yusni Jaafar, Ibrahim Pendek, Mahmud June adalah antara filem 'landmark' zombie Melayu. Nampak sahaja filemnya penuh tangkapan realis yang dangkal, tetapi ia mempunyai mesej yang halus dan amat menikam tentang politik dan sosial zaman itu, di mana ia mahu mempamerkan, orang-orang Melayu zaman itu yang sedang melalui zaman urbanisasi tidak terkawal (dari kampung ke bandar) merempat di 'tempat sendiri' di tepi bandar yang selayaknya tanah 'jin bertandang' di mana mainan ironik terkena sekali dengan apa yang mereka 'jumpa' dan 'duduk dengan' di situ.
Sinis ini benar-benar menyucuk, dengan satu lagi lapisan subtle yang ingin dikemukakan bahawa walaupun Malaysia mengharungi modenisasi, ketahyulan dan 'supernatural' mengekori di belakang modenisasi, mungkin dipinggirkan dan sudah mula tidak bermakna. Kemenangan penduduk kampung setinggan 'melawan' hantu jepun dalam finale filem itu lebih menunjukkan bahawa orang Melayu, yang mundur sekalipun sudah bersedia menerima kemajuan dalam sikap kejiranan, juga boleh kolektif dalam menghancurkan 'anasir-anasir luar'.


Itulah saja yang aku dapat, dari menonton filem-filem zombie Malaysia yang boleh dikira dengan jari saja. Memang aku tak boleh kutuk pembikin filem di sini pun (dan bukan saja kerana LPFN) kerana sememangnya, legasi filem zombie adalah dari Barat. Walaupun Hollywood pernah menyentuh filem zombie ala rentak falsafah timur yang tidak memutuskan harmoni metafizikal dengan realiti alam (sudah tentu ia ada ciri ketimuran juga walaupun yang dinyatakan di sini ialah Voodooisme, cth: I Walk With A Zombie, The Serpent & The Rainbow), tetapi orang macam aku, lebih mengenali zombie ala 'apocolypse' yang lebih kritikal dalam komentarnya tentang mengemukakan corak dan hidup masyarakat zamannya.
(Sedutan diambil dari tontonfilem.blog-city.com)


sambung balik...


Maka aku rasa, filem ini mungkin berjaya ingin mengetengahkan segerombolan zombi baharu beridentiti tempatan, walaupun aku agak tidak setuju. Zombinya, bolehlah aku katakan, dengan solekan yang tidak menarik, satu percubaan baik. Zombi ini, yang memegang parang seperti hantu Jepun Pendekar Bujang Lapuk menginginkan otak, lalu melaung "otak" kerana dahagakan otak manusia. Secara tersirat, idea ini menarik. Semua zombi adalah gambaran kutukan terhadap kebobrokan manusia yang dilingkungkan di dalam filem itu. Di dalam filem ini, zombi Mamat Khalid bukan sahaja boleh bercakap, memegang pedang, tetapi berdiri tegak sewaktu nyanyian Nergaraku, menurut kata kuasa teratas dan masih ingatkan Tuhan. Ini menarik jika dikaitkan dengan psyche masyarakat Melayu yang tidak pernah menyisihkan kesedaran mereka terhadap dunia, perasaan, dan hal-hal akhirat.


Di dalam filem ini, zombinya ialah satu simbol 'pembaharuan' (walaupun seketika?) masyarakat baharu yang perlu melenyapkan kebodohan orang Melayu hidup yang mengelilinginya. Zombi ini tidak ada perasaan individualisme, mereka sekelompok, seakan sosialis. Mereka kelihatan sama tetapi masih boleh diperbanding-bandingkan (seperti ketua zombi memberi nasihat).

Mereka juga boleh memilih, siapa yang mereka mahu makan (mereka hanya makan otak cerdik), dan bukan seperti zombi Inggeris yang hilang nilai manusianya sedang jiwa kehaiwanannya yang aktif, di mana semua jenis manusia boleh dibaham. Ini menunjukkan, ada perkara rohaniah, sahsiah dan adab dalam Zombi Mamat Khalid ini 'intact', dan bukan seperti zombi Inggeris. Ini menarik.


Malah, ada sebuah babak yang telah berjaya 'melawan undang-undang zombi', iaitu zombi boleh naik ke atas atap! Ini menunjukkan betapa cerdiknya zombi ini! Tetapi, adegan selepas itu, digambarkan bagaimana Awie dan kawan-kawannya bermati-matian (simbolisme bersatu menentang penjajah) mengusir zombi-zombi ini dari masuk ke dalam balai, dengan satu simbol Tugu Negara, tanpa langsung pertunjukan gore dan kuasa ngeri kemasukan zombi ini ke dalam balai, sedang mengambil shot-shot yang entah apa-apa berpusing dan memaparkan satu klitch yang aku kira, menjatuhkan maruah filem ini.


Inilah masalah besar filem ini. Memasukkan zombi tanpa gore (menggunakan darah CGI adalah satu idea yang tidak bijak!), malah keganasan yang terlalu slapstik (walaupun Dead Alive, Evil Dead dan Night of the Living Dead menggunakan ganas slapstik, tetapi gorenya tetap ada, dan pelakonnya tepat merasa takut akan zombi-zombi itu), ia agak melemahkan idealisme zombiisme.


OK, aku sebenarnya tidak peduli pun kalaulah filem ini sebuah komedi trash yang caca-merba, tetapi jangan, aku kata, jangan mempersenda-sendakan kesabaran penonton. Filem ini, dengan banyak melawan undang-undang filem seram (pintu disengajakan terbuka, zombi naik atap, zombi mengelilingi pelakon bodoh dan masih tidak mati!, tiada darah, baju zombi koyak rabai kerana apa? si pemandu dalam bas boleh mati tetapi Awie atas motor tidak? Dan paling aku tak boleh maafkan, zombi boleh diubati!) juga telah mengkoyak-koyakkan kepercayaan penonton untuk mempercayai 'alam' yang diciptanya, alam Kampung Pisang. Persoalan seperti, kenapa pihak askar lambat bertindak (siap beri alasan), Berdialog di luar balai yang berjela-jela, dialog cintan-cintun tanpa emosi, dan paling teruk, lakonan Ezlynn yang telah memberi kita satu pembohongan dengan lakonannya (sila tunggu dan lihat aksinya waktu dia bercakap tentang kakaknya yang dicolek).


Filem zombi jangan dipersenda-sendakan. Ia mempunyai alamnya yang tersendiri, juga undang-undangnya. Filem ini sudah betul bila memaparkan satu pandangan 'jika orang Melayu diberi sedikit masa lagi untuk hidup sebelum kiamat' di mana ia memperlihatkan bagaimana orang Melayu bereaksi jika benar-benar mereka akan 'hilang dari bumi ini'. Idea ini sangat besar (kerana itu dipamirkan idea nasionalisme dan perpaduan Melayu dalam filem ini untuk menentang 'anasir' luar) tetapi cara ia dibikin dalam filem ini, sungguh menghibakan.


Bayangkan dengan permulaan yang baik bila seorang perempuan mengandung di bawa masuk ke dalam ambulans (satu kelahiran baharu, atau era baharu bagi Melayu), atau idea Sofi itu U-Wei Haji Shaari ("dia sangat jahat, dia pernah menjadi pengarah filem") disimpulkan dengan plot seorang budak yang tidak membawa apa-apa kesan terhadap cerita (walaupun mahu menunjukkan budak sekarang jauh lebih cerdik, 'resourceful' dan berdikari), zombi bertanduk yang masuk 'frame' filem secara tiba-tiba (adakah saya dalam sebuah filem Fulci?), sisa toksik, Tugu Negara- ia seakan mahu membawa perubahan dengan memecah beberapa genre, tetapi apa yang ia dapat lakukan ialah memecah dan memecahkan genre itu hancur luluh sehingga serbuk malah tidak dapat dipastikan filem apakah ini.


Mamat Khalid sudah memberi sindiran baik dalam Lang Buana, memberi pembaharuan dalam Man Laksa, tetapi filem ini, sangat mengecewakan. Kesimpulannya, kalau anda bukan pengarah filem seram, janganlah gatal membikin filem seram, melainkan anda tahu atas bawah apa itu filem seram. Bukan apa, takut, dikutuk orang nanti.

26 comments:

Spiral said...

boleh aku tambah sikit lagi fadz, walaupun aku belom tonton, (dari pengamatan rebiu kau) mamat khalid juga perlu rujuk bagaimana Edgar Wright bikin Shaun of the Dead utk spoof atau komedikan filem zombie atau brian yuzna dlm return of the living dead 3 DAN termasuk juga Peter Jackson dalam Brain Dead!

fadz said...

yes, true true..u know, the real letdown was, no gore man!! no gore!! macam kuah tak cukup air sial! at least, kalau dia bagi a beautiful girl kena makan, atau bebudak bodoh dalam filem ni kena makan, aku dah cam lepaskan filem ni sebagai cool zombi..tapi, ada ke zombi yg tak makan, dan hanya dapat makan 3 ekor je manusia, logik tak?

ajami said...

salaam en. fadli al-akiti..

"dunia fantasi mana yang tidak.." [amik blk dr rebiu chermin kau..] so utk zombi nih naper kau terlalu ptgkan logic origin sebenar zombi?.. hahahaha!.. igt tak apa ve handojo ckp psl kuntilanak 'berkaki' kuda?.. it's NOT ORIGINAL.. coz it's just A FILM dude!..

p/s.. ok! sexs ganass jom!.. tapi aku TOP ok!.. hahahaharammm!

maberik said...

Mamat Khalid takut LPF gam kot filem ni kalau buat zombi banyak makan orang. diorg akan kata "menggalakkan cannibalism!"

fadz said...

ajami, well, ini mungkin salah aku, sebab aku suka zombi..tapi gi tgk Dead Alive, logik filem tu 'o', tapi tetap aku suka sebab setiap ketidaklogikan filem tu ada 'maksud' yg kuat, or at least ada kaitan dengan babak seterusnya. Mungkin aku masih lagi CUBA munch, kenapa zombi RELA tu meloncat dan meloncat tapi tak makan sorang pun manusia dlm kandang tu kecuali mamat yg masih fikir di Presley. Mungkin idea tu cute gila, tapi cara dia buat, dengan zombi tu meloncat macam budak kecil, aku rasa, hmmppp..sedih aaaa, sedih gila. Scene 'all hell break loose' kat balai tu pun entah apa-apa..aku rasa scene tu fail. Soalan paling besar, kalau ada zombi boleh pegang chainsaw (haa, ini mmg gila babeng punya langgar tradisi), kenapa dia tak potong kepala manusia dgn chainsaw tu?

Maberik, aku, sorilah, filem zombi kau rasa mmg jangan dibuat di malaysia, sebab gore dan zombi macam adik beradik. Ambil contoh, filem pertama Peter jackson, filem zombi-alien tu mmg gila babeng trash, tapi syok, dan lots of blood (siap rumah boleh naik jadi UFO, gila!)

Aku seriously kata OKLah filem 1st time 'zombi' ni, tapi BILA pegawai RELA tu siap bagitau "Kami sebenarnya sudah lama memerhati kampung ni.." wat de fak was dat? Hancur sial, hancur! Kalaulah deme gi buat pasukan pertahanan tu dtg lebih awal (haa, and some conspiracy theory akan muncul!), takdelah deus ex machine (pasukan tentera tu cam kuasa tuhan, siap semua zombi ikut, kenapa? nak sindir pemimpin kita yg selalu lewat buat tindakan tapi 'tahu' mereka memerhatikan? Takat tu aku dah cam tak percaya lagi, sebab kuasa TUHAN selalunya tak sepatutnya masuk dlm filem, unless it really make sense. Cth baik kuasa tuhan ialah Exorcist 3: Legion dan The Final Conflict. Sila tontoni The Stand dan tgk bagaimana idea 'kuasa tuhan' boleh jahanamkan sesebuah filem..), Kami yg kuat melihat yg lemah akan merosakkan ide filem ni..

fadz said...

ha, aku nak sambung sikit, dah la mamat tu dah DICEKIK (ada ke zombi yg mencekik?), last2 tak mati..camne tu? execution sial, execution...Satu lagi, aku mmg bingit tgk budak tembak ngan senapang yg tembak zombi keluar darah CGI tu..Seriously, ni dah masuk area Uwe Boll dah..

fadz said...

at least, kalau deme bagi point kaitan, yg budak lelaki tu akan 'save the day' (kenapa this self-centered innard yg dia nak dok umah je?) dgn satu motivasi yg dia akan keluar (kenapa dia dok umah?), aku masih boleh maafkan cerita ni.

ajami said...

oklah! oklah! aku akui kau mmg giler babeng die-hard zombie's films!.. nak wat camnerlah kan?..

aku ada ckp kt kwn aku, zombi 'mamat khalid' BUKAN original zombi umpamanya kita buat gubahan hidangan kt meja pengantin dr buah tembikai [potong2 & cucuk2 dgn hiasan segala-bagai] menjadi spt berbentuk sebiji durian!.. ofcourselah org yg kenal buah durian akan kata: it's NOT durian! it's tembikai!!...tapi tembikai tuh tetap sejenis buah-buahan cuma sesaja nak 'jadikan' durian!.. it's just a 'gubahan' tembikai spt durian! [hahahaha! matilah aku cerita tembikai & durian pulak instead of zombi!]

per2 hal aku sker baca rebiu kau walaupun.. walaupun.. walaupun.. errr! memang giler babeng lahh! wa cakap luuuu!...

Nazri said...

Aku kurang minat dengan filem yang menggunakan deus ex machina sebagai solution pengakhiran.

Mungkin, mungkin ada beberapa filem yang nampak hebat dengan kaedah ini, tapi menggunakan deus ex machina ini merupakan satu risiko yang amat besar. Silap sikit sahaja, memang hancur.

Jadi, katakan tidak kepada deus ex machina.

Lagipun, bagi aku, semacam tak kreatif la pulak guna kaedah ini. (Dan aku pandang orang yang gunanya semacam malas nak fikir panjang-panjang).

fadz said...

ajami, aku tak suka durian, muntah..tapi aku mmg suka tembikai. satu biji boleh habis, minus the seed and kulit.

nazri, yeap...

i just realize smtg..Jalil Hamid was the only zombie who said no to the authority..let us see what he can do, really..

ted said...

rating berapa bintang ko bagi kat gore-less zombie film ni?
belum tgk lagi nih, masa preview aritu aku bz le plak, tak tu boleh gebang2 post-screening, agak dah ko mesti byk komen punya.

fadz said...

ted, aku tak suka rate-rate, remember?

ted said...

demm. terlupa.

ajami said...

http://www.hmetro.com.my/Monday/Bintang/20070409100301

mamat khalid kata:

“Selain itu, saya juga sudah bersedia jika ada pihak kata filem ini merepek. Cuma yang membimbangkan saya jika orang tak faham dengan jalan cerita filem ini."

“Tapi, apa yang penting bagi saya filem Zombi Kampung Pisang sarat dengan mesej serta hiburan sesuai untuk semua peringkat usia dari kanak-kanak hingga dewasa,” katanya selepas malam gala dan tayangan filem ini di GSC Mid Valley, baru-baru ini.

Mamat yang meminati karya George A Romero berkata, filem itu juga lari dari norma lazim filem tempatan kerana tampil dengan unsur ‘spoof’.

“Saya banyak menggunakan asap dan cahaya samar untuk beberapa babak yang menggunakan ciri-ciri teknik filem jenis ‘noir’ seperti mood, stail dan warna dalam filem ini. “Filem ini juga banyak memaparkan metafora di dalamnya, sebagai contoh zombi yang makan otak manusia dan babak budak tembak zombi sampai mati.

“Jika saya buat cerita zombi ini filem serius, mungkin orang tidak berminat menontonnya. “Saya buat filem ini dalam genre komedi supaya orang boleh terima dan dapat mesej yang disampaikan seperti jangan terbabit dengan vandalisme, gejala dadah dan Mat Rempit. “Mungkin ada orang nak tahu macam mana rupa zombi Melayu? Jika ikut cerita Barat, orang mati boleh hidup semula, tapi zombi yang saya paparkan ini tidak begitu kerana ia zombi Melayu,” katanya.

p/s: aku tak berkesempatan lagik jumpa abg mamat nak kasi printed review & komen kau pd dia.. sabar yer dik!

fadz said...

ajami, tok sah lah, nanti dia mengamuk...! ohh, begitukah? banyaknya mesej kerajaan kan? tapi dia sinikal ke jujur?

Anonymous said...

tengok dalam-dalam
suluh terang-terang
kaji maksud tersirat, tak salah menghurai dengan pemahaman tapi tengok juga kenapa cerita tu dibuat baru best kita komen... bila dah tahu maksud dan makna tujuan sesorang baru kita rasa ehhhh salah tafsiran aku.

kucing hutan belantara

animatot said...

base on tajuknya...
aku ingat ni cite lawak..

kenapa perlu terlampau serious pertikai tentang
undang2 zombie?
mungkin pasal ko hardcore zombie.

aku baru lepas tgk vcd Da Di Du (ar badul) ..cite mungkin pasal alam pendekar...tapi banyak dialog2 yang menggambarkan sosial ekonomi masyarakat malaysia tahun 70an...felda, koperasi dll. Same goes with cite SETINGGAN. Hantu Jepun yang digambarkan tidak seperti hantu2 jepun yang kita selalu dengar. Seperti u kata, filem tu banyak kritikan sosial dan jenaka. Itu yg lebih ingin disampaikan berbanding cite hantu jepun tu.
Mungkin u patut tengok filem tersebut dengan pandangan yang lebih terbuka. Mungkin zombie yg cuba disampaikan adalah perlambangan "hantu-hantu dalam masyarakat"

Apapun..Based on review2 lain, aku memang tabik your knowledge on film. Mungkin pengarah2 yg ada sekarang pun tak terlawan knowledge mereka dengan u punya knowledge. So..mungkin ko tak perlu carik maksud tersirat yg berlebihan dalam filem2 melayu ni..hehe..

tumpang lalu...

-ORG TERSESAT DI BLOGMU.

fadz said...

kucing, baik kucing, baik...tunjukilah saya satu sinar baharu (menunggu rebiu Pak Hassan sebenarnya coz he loves this film)..juga org tersesat.. still, Bad Taste Peter Jackson lebih hebat dari filem ni.

Anonymous said...

Fadz..ni filem parodi lah...Zombi tu kita..kita..yang dah kena sumbat dek finas/penerbit2 dengan filem-filem tempatan yang tah ape2..otak2 masyarakat kita dimakan...? En hassan dah gebang kat kami satu class pasai cerita ni..mg nampak apa yg dia kata..bukan nampak jln cerita tu aja..tp subteksnya...

afna-study penulisan kat ASK.

fadz said...

afna, aku tahu filem ni parodi, tapi kalau parodi pun, jgn sarkaskan...kalaulah zombi tu betul2 penonton Melayu (aku tak kata Malaysia, sebab Cina dan India, lain pula peelnya), apa signifikan zombi yg meloncat nak otak tapi sebenarnya tak membunuh? apa signifikan zombi yg dah sampai atap tapi tak masuk? Apakah justifikasi bila mayat jadi zombi bunuh orang lepas tu dibaikkan? Apakah signifikan 'pulihkan' oleh pihak tentera, siapa pihak tentera dlm filem ni? dan kenapa seorang saja yg bertanduk tu tak mau jadi manusia balik malah mahu balas dendam terhadap manusia, adakah dia 'penonton yg mahu balas dendam terhadap filem bodoh malaysia?' Kenapa Shaffi Jikan, kalau mastermind dan 'U-wei' semacam org sasau tetiba, apa signifikannya? Lagi aku cedok, lagi aku bengang..maybe so, aku tgk lagi sekali kot...tgklah dulu

fadz said...

A very interesting post in filemkita yahoogroup today daripada Pak Hassan, ok hands down, his a genius...still, i get irk tgk zombi meloncat tapi tak baham orang, oh btw, sebuah post dari kucing belantara pun menarik dlm blog ajami:

ONE EVENING AT A MAMAK STALL………

Jason & Orked have just come out of the cinema after
seeing ZOMBI KG PISANG. Orked belanja Jason because
pirate DVD selling now having problems. So, no more
love at first sight happenings at pasar malam. Jason &
Orked head for their favourite mamak stall.

JASON: ZOMBI KG PISANG best! I like the parody genre.

ORKED: Wah, you also know, ah - parody?

JASON: Sure-lah! My hero, P Ramlee also made parody, -
ALI BABA BUJANG LAPOK.

ORKED: Never knew that! I thought that one comedy.

JASON: You also like some entertainment writers, ah,
dunno genre? Comedy & parody different, mah but look
almost the same. ALI BABA almost banned last time.
They had to do re-dub 3 days before the release date
on Hari Raya day in Singapore.

ORKED: Wah, you also historian, ah? Which part
sensitive?

JASON: Where the rich man ask the robber chief to rob
him., so that he don’t have to pay income tax. The
original dialogue too direct.

ORKED: What other films parody?

JASON: All Mamat Khalid’s films: LANG BUANA, ROCK, MAN
LAKSA, ZOMBI KG PISANG.

ORKED: What is this parody, ah?

JASON: Make fun of people without hurting them. Also
homage to other films, copying some of the things and
then subverting them. Very funny for people who can
see all the references., like SCARY MOVIE, AIRPORT.
Mamat the only local guy who specializes in parody.
Haven’t got SPM, mah, but also got otak. Parody also
involve sarcasm. Also many kind of irony – General
Irony, Romantic Irony, Dramatic Irony, Impersonal
Irony – all kinds-lah.

ORKED: Like that one, ah? So all the characters in
ZOMBI KG PISANG based on real people, ah? They can see
themselves or not?

JASON: If can, ah, our film industry improve long ago!
The character Awie plays in the movie – that one,
Mamat Khalid-lah! He got bitten by a zombie, almost
turn into a zombie but managed to prevent it. That
one, ah, show Mamat involved in the industry - like
all the other zombies, er, directors – but he managed
not to become like them, all making silly movies. In
JOGHO, U-Wei also showed himself being in jail at the
beginning of the film. The camera floats on him for a
while. U-Wei come back from New York, study film, but
got stuck in time warp making film in Malaysia. Very
subtle, one! Shumi also say similar thing in LAYAR
LARA.

ORKED: I think, ah, that sup ekor babi you took before
the movie warp your brain! Where got audience can see
all that one?

JASON: Can see or cannot see, up to audience-lah. If
got otak, sure can see one! But our films now, ah, all
make audience stay at low level mentality. Make enjoy
only - laugh, laugh, cry, cry, scream, scream! Why our
producers want to maintain this level?
Capitalists-lah, only money in their brain! Forget
about budaya, bangsa dan negara! How to make local
audience minds rise so that film graduates who come
out from University can make better films - and create
a real Malaysian Cinema? Now only got Malaysian
Wayang. So, I Tanya you, we want to have karyawan or
orang-orang cari makan? Huh, huh? Fifty years Merdeka
but the mind not Merdeka yet!

ORKED: Hoo, big words. Big p…. Ooops, mencemar budaya!
So the guy acting as attendant in ZOMBI KG PISANG,
who, ah? Cannot figure out-lah.

JASON: Okay, I test you. He wear uniform, he sing a
song, he sit in an office, alone, then talk to
himself. He also one of the illegal toxic waste
throwers.

ORKED: (Coyly). I’ll tell you but what’s it worth?

JASON: (Whispers something in her ear & grins).

ORKED: (Shocked). Oi, you Cina, mau matikah?! If the
king of the zombie find out, you’re dead meat! But
you’re cute, so I let it pass. Okay, I answer the
question. (Thinks, then her eyes widen). Fuyoo!! It’s
someone who thinks he is very important to the
industry! Don’t want to say-lah who! I sure go inside
one! He supposed to help industry but also corrupting
it, ah?

JASON: Bingo! How about the bus driver who become
zombie?

ORKED: Our industry, ah, anyone can become director,
producer, writer, cinematographer, actor. Towkay ikan,
even mamak nasi kandar also can. Okay, the guy who
suddenly appear – Inspektor Chinhon played by Lan Pet
Pet, who that one?

JASON: Easy, close one eye can tell you.

ORKED: Don’t close. You already sepet, afterwards fall
in the drain!

JASON: Eh, Tuhan kasi sepet, tau? Cannot complain,
masuk neraka. That guy, ah, someone who suddenly
became director. Never heard of him, suddenly came
from nowhere. This case, ah, terlepas pandang-lah!
What to do? He think he so great, make fun of other
directors, ask them to see his film, learn how to make
film from him. But what happen? In the end, people
find out he’s cuckoo – in the film, I mean! So our
film industry, ah, like village growing bananas-lah –
like the banana currency during Japanese occupation.
Jaguh kampong only. How to go global? That’s why
called Kampong Pisang.

ORKED: DV filmmakers already global, what?

JASON: No-lah! Their film not in Bahasa Malaysia, also
no violence, no slapstick, no comedy, no Mat Rempit,
all very grim. Don’t show Petronas Twin Towers, only
show rubber trees, toilet, back lane, hotel room, eat
noodle all the time, look blankly for 5 minutes at the
wall. Got one story, ah - woman run away, then they
discover she got husband, also many lovers. This one
okay.* But Malaysia not like that one. Malaysia happy
place! All races happy! Can buy house, Can buy car.
Can buy saham. Got all kind of food. Malaysia truly
Asia. (Bows repeatedly). Welcome to Malaysia, Akira
san! Haven’t forgotten your grand dad who cut off many
heads with samurai sword! Arigato! Atok! Atok!

ORKED: Hei, I thought only Malays got latah? You also,
ah?

JASON: I’m Peranakan. Got Malay blood, what.

ORKED: Okay, okay, what about the Que Haidar
character?

JASON: There’s one guy, ah, make a lot of film tapi
gertak saja. Newspaper give a lot of publicity, tapi
dia punya filem tak sampai mana!

ORKED: The young guy with the shotgun? That one Mamat
Khalid’s son-lah. Why he shoot the zombies? The zombie
give salam, what?

JASON: Message! Message! Only way for the new
generation filmmakers to get rid of the present guys
making films – shoot them with elephant gun! Oops,
sensitive! But also got another guy giving message.
The chief of the zombie giving advice to other
zombies.

ORKED: That one I know! The leader of a certain
organization – maybe society-lah - talking to the
members using 1950s Malay film dialogue: ‘Zombi-zombi
sekalian. Yang tua mesti hormat yang muda. Yang muda
mesti hormat yang tua.’ The nice looking chair signify
his position. He is old-timer. But he dunno time for
him to vacate the chair. Don’t haunt us anymore-lah!
Retire and go play with your grandchildren-lah! Aiyaa,
how to improve like this?

The mamak owner of the stall, who has been eyeing them
for some time, comes over.

MAMAK: I say, gentleman and lady, you drink 2 glass
teh tarik, sit for 2 hours, ah, how can? Business
rosaklah ini macam.

JASON: Mamak, you ever think of going into
filmmaking?

MAMAK: (Ponders). Well, I like U-Wei’s objective,
unsentimental approach, Mansor Puter’s post-modernism,
Hishamuddin Rais’s symbolic representations and Yasmin
Ahmad’s multi-racial, social-realism commentaries…..

JASON: What about mainstream films like comedies,
romance, horror……?

The mamak starts laughing uncontrollably, rolls on the
ground, still laughing. Two of his staff carry him
away, still laughing.

ORKED: Well, that answers your question!

JASON: Everybody’s a film critic. I won’t
underestimate another mamak again!

Anonymous said...

Pak hassan saja tulis macam ni...dia tak mau ulas cara konvensional..Fadz elok pi sembang dgn Pak Hassan pasai film...banyak yang akan nampak...tulis merapu beraban buat dia ketawa aja...
Zombie Kampung Pisang ada Bade Azmi, Jins Shamsudin, Yusof Haslam...ada finas, ada KSU KEKWA..semua ada dlm watak2 yg diparodikan..

CoffeeholiC said...

TAU KAH FILEM ZOMBIE MENGKRITIK DIRI KITA SENDIRI?

masa KCJ menonton filem ini sewaktu promotion Filem yang di jalankan di UiTM shah alam, KCJ tidak rasa begitu teruja kerana KCJ tahu bahawa mamat khalid mngarah filem2 yang di anggap mungkin belum sampai tahap `filem berkualiti maksima` tetapi, beliau mengkritik setiap isu berlandaskan teori dan kefahaman ideologi yang di kuasai dlm kepala otak beliau. semasa adegan-adegan lawak seperti tak hafal lagu negra ku dan banyak unsur simbolik dialog yang di lantangkan secara istilah tersirat dan tersurat, KCJ rasa kecewa sebab `orang-orang kita sibuk KETAWA TERBAHAK2 padahal mereka sebenarnya mentertawakan diri mereka sendiri`. setiap individu wajib baca filem, bukan menonton filem. *support local film ya ;-)

fadz said...

KJC, memang sedar akan itu, bukan saja penonton tetapi pembikin.. tetapi kenapa begitu rupa? Sampai aku langsung tak boleh ketawa..

Mr Up Yours! said...

setau aku, zombi ni dulu diguna symbolise isu2 semasa. racism dan commercialism contohnya. kalau tgk dlm ZKP, zombi ni siap masuk jaga kedai dan naik moto lagi. dan kalau tgk endingnya, yg datang bukan pulis, tapi rela. di malaysia ni, rela byk diguna tangkap apa? renung2kan dan selamat beramal...

fadz said...

Mr, aku tak pernah ada masalah dgn simbolisme Mamat dlm filem ni, tapi CARA dia buat tu menyakitkan bg mana2 peminat zombi. titik.