01 May 2007

Artikel Aku dalam Dewan Sastera

Satu distopik- sesuatu yang Mensh harap tidak berlaku sudah berlaku. Artikel aku tiba-tiba 'perlu dibayar' untuk membacanya. Sila beli Dewan Sastera Mei 07. Artikel aku ada dalamnya. Juga lihat bagaimana Nisah Hj. Haron koyak-koyakkan novel 'bayi' aku, JIAN dengan mengutuk kulitnya, isinya (kurang sains atau langsung tidak memaparkan fiksyen sains) selepas Berita Harian memberi liputan 'ringkasan' tentangnya dengan judul 'Sains Fiksyen Malaysia', dua kali minggu lepas. Sila dapatkan di Pesta Buku KL di PWTC (dan ada orang tanya aku soalan bodoh seperti: "Saya ingat KL Book Fair dua hari saja?") kalau susah mahu cari di kedai buku berhampiran anda. Kalau susah sangat, siksa mamak jaga kedai dekat rumah supaya dia jual Dewan Sastera (mungkin ini sudah terlalu...). Oh ya, cerpen Saharil yang 'suci' juga ada di dalamnya, juga cerpen fantasi idola aku, Ahmad Patria Abdullah, dan sebuah cerpen 'skiffy' bodoh daripada Arifin Siri. Wah, fiksyen sains di'masyarakatkan'? You wish... Kalaulah sahaja karya FS Nizam Zakaria ada di dalamnya sebagai perasa cukup rasa...


10 comments:

abdullahjones said...

fadz, tidak ada kena-mengena dengan tulisan kamu di Dewan Sastera, saya cuma ingin mencadangkan kamu menonton filim This Is England.

fadz said...

ok, walau tak kena mengena dengan kau pun, dah gi PWTC?

abdullahjones said...

jauh bang.

Mensh said...

Terkejut pulak aku tiba2 nama aku kena mention. Aku ada baca "sinopsis" yang BH siarkan pasal novel Jian kau tu. Memang ringkasan betul yang akhbar tu bagi, langsung tak ada komen apa-apa. Weekend ni lah aku pegi Pesta Buku.

Nizam Zakaria said...

Ermm, tak mungkin I'll be in their list, and you know that!

Anyways Fadz, I'll be directing my first sci-fi telemovie, Radio Gaga soon. Aku nak kau baca skripnya nanti. Kali ini, aku direct sendiri, so, kalau macam sial, aku gak yang harus dipersalahkan. Have I mentioned that it'll be a sci-fi?

fadz said...

oklah, "hamba Allah yunus", mana nak nonton This is England?

fadz said...

NZ, its their lost lah.. For not knowing who wrote the magnum opus of Malay SF (i didnt use sci-fi tau!) this decade...

BTW, okays..aku nak baca, hey, i love sci-fi ok, im not really into hardcore sf!

Mensh, ahad ni aku jaga gerai DBP...tapi aku tengah bengang, JIAN dah habis tapi Dawama tak stock up pun.

Nazri said...

Aku ingat aku nak tulis cerita cinta-cinta la.

Boleh jual.

Boleh kaya.

SF mana ada orang baca.

fadz said...

blog ini juga yang popular...ok, kalau korang yg kat luar tu tak tahu lagi, aku ada sebuah lagi blog bernama fadliakiti.blogspot.com "kubu buku" di mana aku merengek fasal sastera dan buku dan aku.

woit, nazri, laris lah, kalau orang promo betul2...tapi memang ada betulnya, sebab, kita org melayu lebih kuat agama dan fantasasme, daripada rasionalistik sains dan subliminasi fantasi..there, nisah, eat that!

the hoppers & ahli muzik said...

Fadz. curik space ko promote the hoppers & ahli muzik.

www.thehoppers.com.my

Rewan