23 May 2007

Lelaki Melayu bermasalah?

Pada ketika Wawasan 2020 hanya tinggal 13 tahun sahaja lagi, saya percaya kita semua harus bekerja kuat pada masa ini. Namun, saya berasa kecewa dengan sikap kaum lelaki Melayu di negara ini.
Baru-baru ini, saya dan beberapa orang rakan perempuan melalui Stadium Hoki Jalan Pantai Bahru di Lembah Pantai. Pada masa itu, ada sekumpulan pelajar lelaki sedang berehat di tepi pagar dengan hanya berseluar pendek dan tidak berbaju. Saya percaya mereka adalah pelajar sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur.
Sudahlah tidak berpakaian dengan sopan, mereka tanpa segan silu bersiul dan cuba mengganggu kami. Entah apa agaknya di fikiran mereka. Mereka ingat lulusan luar negara seperti kami ini berminat hendak berkenalan dengan budak sekolah yang belum habis belajar seperti mereka.
Saya dan kawan-kawan sebenarnya sudah banyak kali diganggu lelaki-lelaki muda tidak bertamadun seperti ini dan berasa sangat sakit hati setiap kali diganggu seperti itu. Kadang-kadang, yang mengusik itu hanya berpakaian compang-camping dan kotor, berbau seperti sudah 10 tahun tidak mandi dan kelihatan seperti penagih dadah pun masih berani mengganggu anak gadis orang.
Pernah suatu ketika saya berada di Bangsar, saya nampak seorang lelaki berpakaian selekeh dengan rokok di tepi bibirnya mengganggu dua orang pelancong wanita berbangsa Inggeris yang hendak ke restoran mamak di situ. Dua pelancong wanita itu kelihatan takut, lalu beredar dari situ dengan segera. Barangkali niat mereka untuk mencuba makanan mamak, terbatal.
Saya berpendapat, sikap lelaki Melayu tidak berubah walau betapa maju pun negara kita. Mereka masih beranggapan wanita perlukan mereka dan mereka tidak peduli untuk memalukan diri sendiri dengan berperangai seperti itu.
Banyak pelajar perempuan di universiti enggan bekerjasama dengan pelajar lelaki kerana mereka merasakan pelajar lelaki memang tidak boleh diharap. Walaupun mereka lulusan luar negara, kerap kali pelajar lelaki kaum lain jauh lebih baik daripada pelajar lelaki Melayu.
Diganggu
Saya menetap di luar negara selama dua tahun ketika belajar di sana dan dalam tempoh itu, saya tidak pernah diganggu walaupun berjalan seorang diri pada pukul 2 pagi pada malam Sabtu. Sebaik sahaja pulang ke Malaysia selama dua bulan ini, sudah ada tiga lelaki Melayu yang berperangai seperti sampah, bersiul dan mengganggu saya yang berjalan di pesiaran kaki di ibu kota. Setelah pulang dari luar negara, saya berpendapat lelaki-lelaki Inggeris lebih bersopan santun daripada lelaki Melayu, sekalipun kita selalu berpendapat mereka itu tidak bermoral. Saya tidak pernah disentuh walau seinci pun oleh lelaki-lelaki Inggeris.
Saya pernah menghadiri sebuah parti untuk mengumpul data kajian saya dan saya tidak dipaksa minum arak, sekalipun arak dihidangkan di parti itu. Setelah melihat sendiri budaya dan cara hidup bangsa Inggeris yang selalu kita katakan tidak bermoral, saya berpendapat sebenarnya mereka jauh lebih baik daripada lelaki Melayu.
Golongan wanita tidak kira daripada bangsa apa pun, lebih selamat berada di kalangan lelaki Inggeris daripada bersama lelaki Melayu. Sekumpulan lelaki Inggeris pun tidak pernah menimbulkan sebarang gangguan. Tetapi kalau lelaki Melayu, seorang pun cukuplah untuk menimbulkan masalah.
Saya tidak faham mengapa lelaki Melayu mesti berkelakuan begitu buruk sekali. Fikirkanlah. Lelaki Melayu di Kuala Lumpur pun berperangai seperti ini, bagaimana di kampung-kampung? Budak-budak sekolah semuda 16 tahun sudah pandai mengusik anak gadis orang, bagaimana sikap mereka apabila dewasa kelak?
Janganlah harap mereka akan berubah sendiri apabila dewasa kerana lelaki seperti mereka inilah yang akan mengabaikan keluarga mereka kelak. Seorang ilmuwan pernah berkata; “Jika hendak tahu keadaan masyarakat pada zaman hadapan, lihatlah anak-anak muda hari ini.”
Jika perempuan boleh dilatih sejak kecil untuk menguruskan rumah tangga, kenapa tidak lelaki juga dilatih bertanggungjawab? Kerap kali kita mendengar golongan tua meleteri gadis-gadis muda, “Kalau tidak tahu masak macam mana nak kahwin?” Kenapa tidak katakan perkara yang sama kepada anak-anak lelaki? Kenapa tidak ada yang berkata, “Kalau perangai macam sampah, macam mana hendak kahwin?”
Saya hendak berterus-terang; saya sudah bosan dengan sikap lelaki Melayu yang terus-terusan menimbulkan masalah dan sentiasa juga enggan mengaku itu ialah masalah mereka. Malah, mereka tidak pun berasa malu mempertanggungjawabkan orang lain atas masalah mereka.
Atas tujuan mewujudkan persekitaran yang lebih selesa untuk wanita supaya mereka bebas keluar masuk rumah mereka, saya mencadangkan agar lelaki-lelaki yang bersantai di tepi jalan yang mengusik anak-anak gadis didakwa atas kesalahan melakukan gangguan sosial.
Mereka ini perlu diajar menghormati wanita. Wanita bukannya bodoh seperti dahulu. Yang bodoh sekarang ini ialah lelaki Melayu, kerana tidak tahu memanfaatkan keadaan negara yang aman dan makmur ini.
Barangkali saya bersikap terlalu cauvinis wanita. Tetapi saya percaya cauvinis wanita tidak akan wujud jika puncanya tidak ada. Fikirkanlah. Lelaki Melayu sudah semakin terpinggir. Masihkah kita mahu berpeluk tubuh?
– AKMAL FAIRUZ,
Victoria University of Wellington,
New Zealand.

fadz: Adakah saya bukan Melayu lagi? Oh ya, jangan lupa ke rumah PENA 2 Jun ini. Ada temasya hedonistik sopan di sana. Maklumat lanjut, sila ke http://fadliakiti.blogspot.com

15 comments:

Raja Shaiful Azizul Azuan said...

tak semua lelaki melayu bermasalah, contohnya fadz, masih tebal dengan kemelayuannya. pemalu, berhemah dan bijak menyusun kata *matiler mengampu!!*

fadz said...

En. Raja, anda biar betul..?

Apa2pun, penulis ni dah buat 'swweping generalization' walaupun isunya sangat menarik utk diutarakan.

Anonymous said...

alahai, baru dua tahun tinggal kat new zealand... melayu mudah perasan.
hehe

mukhsen_x said...

Aku rasa dia ni muda lagi, biasalah tu kekadang emosional dan ikut perasaan. Nanti bila dah banyak pengalaman, mngkin dia akan rasa malu dengan apa yang dia tulis. :P
oh ya, saya cukup tidak suka ayat ini:
Lelaki Melayu di Kuala Lumpur pun berperangai seperti ini, bagaimana di kampung-kampung?

Azwan Ismail said...

Ada perkara yang aku setuju dengan dia. Tapi bukan pasal malay-stereotyping, termasuk isu melayu bandar & kampung tu. Pasal kelakuan buruk tu yang ada kawan-kawan aku dekat U dulu buat, dan masih setiap hari boleh didapati berlaku di sekeliling kita. Budak-budak tingkat bawah & atas apartmen aku contohnya. Apa saja kelakuan buruk macam tu memang tak boleh dimaafkan walaupun nakal, sebab merendahkan martabat perempuan sebagai 'objek' & juga merendahkan martabat lelaki tersebut sebagai manusia bermoral. Kita boleh fahamlah kenapa dia stereotype lelaki melayu macam tu, kerana marah sangatnya dia. Budaya 'mengacau perempuan' ni sebenarnya ada dalam banyak masyarakat lain juga. Malahan lelaki juga ada yang dikacau! Tapi bila sudah menjadi sesuatu yang buruk, maka buruklah ia. Dan kita perlu meletakkan diri kita pada tempat orang yang dikacau untuk mengetahui betapa buruknya benda tu. Encik Mukhsen yang dihormati, ingat, kamu juga telah men"stereotype" apabila menggunakan perkataan "emosional" & "ikut perasaan" tu! Tapi nasib baik menggunakannya ke atas perkataan "muda" & bukannya p********. Jadi kita perlu berhati-hati sebelum bercakap/bertindak. Cauvinisme dalam bentuk apa pun tidak boleh dimaafkan! Dan stereotyping juga berbahaya!

Kahuna said...

Kerap kali kita mendengar golongan tua meleteri gadis-gadis muda, “Kalau tidak tahu masak macam mana nak kahwin?” Kenapa tidak katakan perkara yang sama kepada anak-anak lelaki? Kenapa tidak ada yang berkata, “Kalau perangai macam sampah, macam mana hendak kahwin?”

Muahaha... stuju stuju... Kalo kat sini, budak pompuan yang siul-siul panggil lelaki. Tu camne plak tu?

kekure said...

eh ada lagi ke pompuan kene siul2 camnie?last gwe kene siul2 camtu ye la 3thn lepas.tu pun budak skolah yg bersiul kat gwe coz ingat gwe budak skolah jugak.in a way this girl should consider herself lucky coz ada gak org nak ngayat dia hehehe

hantamsajalah said...

2 tahun diluar negara dan hanya berkawan dengan manusia yg educated. kemuadian membuat kesimpulan secara universal. macam sibuta yang diberi pegang belalai gajah, dikatanya gajah itu sejenis haiwan seperti ular.

saya belajar di U jugak tp dlm mesia jer. takde pon member2 even yang paling selekeh nak kaco anak2 dare. mat rempit dan kutu2 lepak ader la nampak kaco/siul2..setakat kaco kawan2 ader la.tapi masih pakai baju lengkap dan suar panjang. totop aurat gitu...

yes, yg siul2 tu memang murahan. yg educated takde pon. budak lelaki saya akui KEBANYAKAN nya kurang komitmen dlm kumpulan, tapi derang bukan bodoh atau dungu. cuma lambat sket. tapi pompuan pon ader yg macam tuh tapi minoriti.

dan sebagai org kampung, yes mentaliti orang kg masih banyak yg jenis kaco2 awek esp yg pakai sexy dan mendedah AURAT. pegi la mana kenduri kawen, pasar malam, stesen bas atau pun kedai2 makan kat kg. yang tua jeling2 jer, yg muda je akan berkata-kata. again cuma yg masih tidak menganjak paradigma dan kurang ilmu agama jer yg buat macam tuh. dia ni mebi lahir kat KLCC,so tak penah nampak bende2 yang kg so dia tak paham kg sangat.

pastuh bab tak dikaco masa kat obesi mebi sbb org jahat pon nampak dia ni selekeh, takde duit dan takde rupa kot.rogi jer kaco. hehehehe sori kalo tertusuk di kalbu

adik k said...

klcc? kan ada orang kena tikam kat sana? dah lah, meh kita semua balik brooklyn, nyc.

Anonymous said...

hahaha..mati-mati ingat fadz yang tulis...penulis tu lupa kot, kan negara kita ni penuh dengan sifat peramah, mesra alam dan sebagainya berbanding di luar negara seperti Amerika yang bersifat individualistik...sebab tu la takda orang yang nak usik-usik dia..haha...
zeera

samurai said...

Mula2 aku ingat Fadz yg kena kacau. Salah imagine. Huhuhu..

Anonymous said...

oo..kalau lelaki pakai seluar pendek dikata x bersopan.
Macam mana plak pompuan2 yang pakai mcm nak telanjang tu.takde plak kata tak sopan. dengan baju nmpak pusat, low cut jeans nmpak celah bontoto, skirt pendek, baju nmpak celah tete*.dan ramai je pompuan skang ni dah berani pakai seluar pendek keluar rumah. minah ni study oversea ke..macam tulisan budak skolah menengah je. Aku rasa ramai dah sekarabng ni lelaki yg kena sexual harassment dari pompuan. malah mungkin bilangan nya lebih ramai dari pompuan sendiri. Ni berdasarkan pengalaman aku sendiri

fadz said...

anon, peremuan koyakkan seluar kau dan kejar kau dan nak main dengan kau? wahhhh... coz i definitely know i wont chase u even if u wear short skirts, hik hik..