01 August 2007

Haru Biru -Visi Baru


"Filem saya tak pernah gagal. Siapa kata filem saya gagal?"
Raja Azmi, penerbit filem Haru Biru di Melodi Ahad lepas.

"Filem ini sebuah pembaharuan sinema Malaysia"
U-Wei tentang filem Haru Biru.

"Kau nak f*** aku, kau nak f*** dia, kau nak f*** semua orang!"
Ariyana kepada ke'jalangan' Kid dalam Haru Biru.


Pertama sekali, Raja Azmi semacam tiada pendirian. Faisal Tehrani lagi baik, jujur dan tetap. Raja Azmi kutuk filem Sepet dan Gubra 'kotor', 'tak menunjukkan kemurnian budaya Melayu dan Islam' dan lain-lain lagi. Raja Azmi rupa-rupanya Pemaisuri Kontreversi. Nasib baik filem kontreversinya ini adalah tebusan, bahawa sekurang-kurangnya dia buat juga satu perkara yang betul dan pandai.

Aku tak mahu membuat ulasan filem, sekurang-kurangnya selepas aku siap buat satu kerja satu semakan manuskrip. Lagipun Vovin (http://www.dunia-vovin.com/) sudah membuat satu ulasan yang baik tentang filem ini. Tapi Raja Azmi kacau aku dengan "aku mahu publisiti" di Berita Harian hari ini. Jadi aku terpaksa menulis.


Aku suka Haru Biru.


Haru Biru ialah nafas baru filem Melayu yang lesu (yang aku maksudkan ialah filem roman yang entah apa-apa, malah termasuk filem bodoh Waris Jari Hantu(2007) itu yang memang juri FFM tahun ini buat kerja tak masuk akal dan bodoh. Aku tahu agenda mereka ialah mahu paparkan sebuah filem 'berbudaya Malaysia' yang boleh dipasarkan kepada penonton antarabangsa. Are you nuts that you wanna show a half sane gay movie with tiger claws to the whole world?). Haru Biru 'raw'. Haru Biru ialah sebuah filem 'underground' yang dibawa masuk ke pawagam 'mainstream'. Haru Biru ialah semangat baharu pembikin muda kita, dengan kos yang rendah, tetapi semangat yang tinggi, semangat yang aku tonton ada dalam filem-filem kecil tetapi besar generasi baharu seperti Bukak Api, Gedebe, Rabun, Room to Let dan The Gravel Road. Rakusnya mengalahkan mana-mana filem 'pondan' (walaupun masih belum mencapai tahap melampau yang setaraf filem barat) seperti Gangster atau Remp-It yang ingin memaparkan adegan ranjang dan dadah (tapi bayangkan, filem ini dibuka untuk tontonan kanak-kanak, memaparkan sistem klasifikasi kita masih bodoh) tetapi segan.

Dan paling penting, filem ini langsung tidak ada mesej moral atau didaktisme terlalu, malah berjaya memaparkan realiti orang Melayu muda zaman sekarang yang terumbang-ambing tetapi punya jiwa dan semangat muda. Filem ini BETUL. Inilah baharu sebuah filem.

Sebenarnya, dadah, seks (sila tonton babak klasik Eman Manan tentang ini, merumuskan segala 'haru biru' filem ini) dan hiburan malam adalah kosmetik filem ini. Roh sebenar filem ini ialah persahabatan atau hubungan sesama manusia dalam keadaan yang menyiksa mereka. Kita dapat lihat ini pada awal permulaan filem ini apabila Ariyana (lakonan bermutu Dynaz) 'kehilangan' seorang kawan. Inilah titik cerita filem ini. Ariyana mewakili gadis Melayu kota yang seakan ada semua tetapi rapuh dan ingingkan 'hubungan'. Pengarah filem ini tidak pun perlu memaparkan keterasingan dalam kelajuan hidup bandar yang kosong itu, kerana kekosongan jiwa itu kita dapat 'baca' terdapat dalam manusia seperti Ariyana, Kid, Suzi dan Dani. Cara mereka mengisi kekosongan ini adalah dalam dua bentuk: melihat atau menghubungkan diri mereka dengan objek/watak itu.

Dino (lakonan memberangsangkan oleh Ijoy. Beliau adalah antara pelakon baru yang ada gaya dan 'signature') mengisi kekosongannya dengan memerhati. Malah filem ini dinarasi mengikut kaca matanya (dia membuat pemerhatian). Dialah penulis filem ini, memaparkan keinginan kawan-kawannya, serta kesiksaan mereka. Dengan lebih tepat, Dino mengambil Ariyana sebagai objek yang diperhatikannya, dan kemudiannya dia cuba berhubung. Dia inginkan Ariyana.

Kid (lakonan pertama Que Haidar, lebih baik dari filem-filem terkemudiannya, aku terkejut! Walaupun beliau tiada persona seperti Zul Huzaimy, tetapi beliau berani. Aku boleh samakan auranya sama seperti Joe Pesci - bingit, kontreversi, bagus tetapi tidak ada kuasa 'bintang') pula seorang yang 'self-centred'. Kerana itu dia menghisap ganja (hidup dan jadi raja dalam dunianya sendiri). Walaupun dia 'women's man' tetapi itu bukan keinginan sebenarnya. Cara 'memerhati' dan 'menghubung'nya celaru kerana dia selalu ikut hati bila diperlukan. Hubungannya dengan watak lain hanya untuk kepuasannya, dan kadang-kala menghancurkannya. Sebenarnya, dia tidak tahu apa yang dia hendak. Watak ini ialah watak paling kompleks dan enigma dalam filem Melayu, sama taraf dengan gila Sidi Oraza dalam Sayang Salmah (yang aku sebenarnya langsung tak faham gilanya). Kid ialah manusia 'existialist' sebenar dalam dunia materialistik Malaysia sekarang.

Ariyana pula mahukan kawan. Itu sahaja, kerana itu, dia kasihan akan Kid yang dibelasah teruk. Ariyana ialah klise wanita KL yang kesunyian. Dia tidak banyak melihat, tetapi dia hanya memerlukan perhubungan- kalau boleh ramai-ramai. Kerana itu dia senang dengan parti dan menjadi model. Dia mahu manusia menyukainya. Sebenarnya, dia selalu terasa keseorangan.

Suzi (lakonan baik Betty Benafe) pula seperti kid, pemerhatian dan perhubungannya celaru. Dia ialah Yin kepada Yang Kid. Dia menghancurkan perhubungan orang lain kerana dalam pemerhatiannya, ia tidak memberinya kepuasan. Suzi bermusuh dengan Ariyana, bukan musuh 'saja-saja', tetapi musuh kerana dengki akan kebebasan Ariyana, dan bukan sepertinya yang sentiasa perlu dikuruung dalam 'sangkar emas' Abang Kecik.

Kesemua 'pemerhatian' dan 'perhubungan' ini pula dikuasai oleh satu kuasa Abang Kecik dan Abang Besar (simbol Big Brother is Watching You dalam novel 1984, atau, seperti yang kita boleh intepretasikan: kerajaan dan pemimpin negara), sebuah kumpulan samseng Melayu yang melihat dari atas terhadap orang-orang muda yang boleh mereka perguna sesukanya, dan hanya akan bertindak jika anak-anak muda ini 'tunjuk pandai' dengan mereka. Semangat ini sama dengan filem pertama Scorsese yang berjaya itu, Mean Streets(1973) di mana kedua-dua filem ini memaparkan semangat radikal, terumbang-ambing dan 'melawan arus' orang-orang muda, yang mana, bila mereka melampaui batas (melampaui batas abang-abang yang memerhati mereka dari bawah, bukan Tuhan), mereka akan disedarkan dengan tragedi. Di situ sajalah sekucil didaktik yang ada dalam filem ini!

Permainan pertalian ini sahaja sudah membuat filem ini 'meletup'. Paling penting, filem ini tidak membosankan (melainkan beberapa babak nyanyian yang murahan, dan beberapa babak ala-ala MTV yang tak menjadi) dan masih 'menghiburkan' walaupun idea dan temanya sangat gelap (boleh ke korang tahan tengok orang jahil menderita? Kalau Faisal Tehrani tengok ni, mesti dia nak buat forum: Filem Melayu Sudah Kiamat). 'Kudos' yang tinggi terhadap Adlin Aman Ramli, memberi cerita dan skrip yang membantai kebanyakan plot filem Melayu yang entah apa-apa tahun ini. Malah juri FFM lagi sekali buta kerana 'tak nampak' kebagusan skrip filem ini.

Mungkin filem ini tetap membangkrupkan Raja Azmi yang tidak tahu berniaga filem. Tetapi ini percubaannya yang memang perlu dibanggakannya.


ps: Korang pegilah tengok filem ni walaupun memang filem ni nampak murah. Heck, this is an indie film shown in a mainstream theatre. And it is so raw, it's beautiful. Memang laku dengan Sundance atau mana-mana festival filem bebas. Korang akan sedar bahawa filem Melayu sekarang tak boleh dibuat main-main. Filem Melayu sekarang boleh dibawa keluar negara.

16 comments:

ajami said...

how about 'kayangan'???

zubin said...

Hello,nampaknya aku mesti pegi tonton filem ni, cayalah blog tonton filem, tapi jangan buat aku menyesal ya hahaahah! Hah, apa pulak dengan Kayangan, seperti soal Ajami. Aku pula cuma suruh anak-anak buah pegi tengok Cinta Nan Satu lakonan Zul Huzaimy, tapi kata mereka filem tu tak ada apa-apa, cuma taraf telemovie, betul ke? Apa pun lawati www.saloranseni.blogspot.com untuk diskusi FFM20. Hai awak tak pegi Penang ke?

khys said...

ya ya sgt setuju dgn ulasan ini. aku tengok Haru Biru semalam, mmg nampak murah, dan pasti ramai yg tak suka filem ni (terutama juri2 ffm). sekurang-kurangnya sorang dua pelakon patut dpt pencalonan... walaupun aspek teknikalnya mmg sgt kurang. aku suka adegan gaduh tepi jln tu, dan adegan akhirnya, Ariyana meratap tepi Kid yg tengah terlantar, dan Dino berjalan ke arah kamera (tak tahu apasal, kau pun tak ulas pasal last scene tu, mcm ada sesuatu nak diberitahu pada penonton)

sebelah mlm pula dpt tonton Anak Halal selepas perasmian FFM. nampak lebih kurang Haru Biru dari segi ceritanya tentang 'budak-budak sekarang', tapi entahla, aku rasa kurang sesuatu, mungkin sebuah lagi filem 'pondan'. walaupun Anak Halal nampak mahal, tapi aku rasa cerita dia 'huru hara'. penamat paling teruk, mcm tengok Castello atau Gangster.

khys said...

nak tambah pasal last scene tu.

Ariyana seolah-olah mendapat peluang kedua utk selamatkan seorang sahabat (Kid). masa first, kawan dia mati eksiden dan dia dipersalahkan oleh boyfriend kawan dia tu. dia tak dpt buat apa2 dan terus pengsan.

penamat, bila Kid dihospitalkan, dan nampak spt dapat diselamatkan, Ariyana seolah-olah mahu beri peluang kedua pada Kid. dia meratap simpati pada Kid, dan pada masa yg sama meratap simpati pada Dino, sebab terpaksa mengecewakan Dino buat kali kedua.

seolah-olah Ariyana nak kata masa first kawan dia mati dia tak diberi peluang utk selamatkan keadaan, dan bila Kid pula jadi mangsa, dia nak ambil peluang selamatkan Kid dgn meninggalkan Dino.

Dino pula nampak mcm "here we go again. melepas lagi aku utk kali kedua". Dino nampak mcm "what the hell, inilah hidup, buatlah apa kau (Ariyana) nak" (dan terus pergi tinggalkan Kid dan Ariyana). aku suka watak Dino yg selamba, tapi agak kurang jelas latar belakang dia, yg mengambil foto2 kumpulan orang jahat (dan apa motif dia, adakah dia juga terlibat dlm komplot org jahat, mungkin pengintip, tapi utk siapa?)

apa pun, dgn last scene tu, filem ni terus 'haru biru' tanpa penghujung... ia adalah happy atau sad ending, bergantung pada interpretasi penonton...

fadz said...

Khys, youve gor the answer, buat apa aku tambah lagi. Yang penting, 'connection' tu yg aku nampak- the supposed value of fulfillment in a world so distracting and lonely.

fadz said...

ffm20...happy cinta menang..tapi agak nak muntah Sumi dapat rangkul best director. takde org ajak, sapelah aku...

zubin said...

FFM20 agak pening kot, takkan Mohsyin tak dapat filem terbaik atai pengarah terbaik, bukan Yasmin, takkan Malaysia dah menjadi bias terhadap sesuatu kaum. Nampaknya kita kembali kepada era KKN, kan KP Finas tu saudara Shuhaimi Baba, nak cakap ape. Kalau filemnya memang bagus takapelah. Cinta sebagai filem terbaik juga agak menghampakan, tapi itukan Grand Brilliance, syarikat UMNO nak buat macamana. terima ajelah hakikat!

fadz said...

ada yg aku mengamuk ialah filem POSESSED menang best non malay film, WTF??????????????????????????????????????? mmg juri dah kena sondol ke apa?

Anonymous said...

Kuman di seberang laut tampak di mata. Gajah (yang dah bohsia/bohjan, rosak akhlak, life porak peranda) di pelupuk mata tak tampak. What about this 'Haru Biru' movie poster?! It appears in newspapers and being displayed in public places or at least in cinemas. I think Que Haidar is 'too sexy' here sampai nak nampak batang kote dah. Isn't it too obscene? Or maybe that Hilmi guy has forgotten that the aurat for a guy is between his belly button and his knee. or maybe he's afraid people would accuse him as being gay if he talks about the sexy Que Haidar.

Source: http://adasaje.blogspot.com/2007/08/kuman-di-seberang-laut-tampak.html

fadz said...

ANON/ adesaje, what the FUCK is your point? Nampak kote = gay? R u stupid or what? Oh ya, betul, anak hang tunjuk kote masa mandi gay sial!

fadz said...

SAJE NAK ANGKAT BAKUL AKU DAN PROMO KAT KORANG BAHAWA BLOG AKU YG ENTAH APA2 NI SELALU DIKUNJUNGI OLEH PEMBIKIN FILEM THEMSELVES (aku masih tak boleh lupa Uwe Boll lepak kat blog aku, Uwe Boll!? Gila ke apa?):-

Terima kasih banyak atas tulisan yang baik tentang
filem HARU BIRU!

review baik dari anda sebenarnya inspire saya untuk
jadi pembikin filem yang lebih baik di masa akan
datang.

boleh e-mail saya di adress ini atau boleh call
xxx-xxxxxxxx kalau nak borak2.

Thanks so much, really appreciate it.

SHADAN HASHIM,
pengarah filem harubiru.

Ted said...

aku baru tgk semalam. tinggal dua show je kat midvalley, waktu tayangan yg palingggggg eurgh - 11am and 5.30pm. mmg haru biru betul cerita ni. the roughness of the visuals buatkan dia lebih raw, pada aku la.

lepas tgk filem ni, aku rasa nak merangkak masuk kepompong ok... ia telah mengacaubilaukan ketenteraman fikiran aku. well, i meant it a way that it touches a raw nerve.. so ia berjaya dari segi itu. tgk, perkataan raw lagi haha. cam wwf pulak.

sgt sesuai untuk ditonton oleh org yg depressed, hah, ambik kau, mmg takde harapan dalam dunia ini. gile.

ya, pergilah tengok filem haru-biru supaya jiwa korang turut kacau sama, seriously. argh.

(in nothingness) said...

whoa. you make me want to watch this movie.

we are tired of watching movies with moral values.

iconoclast said...

Uwe Boll visited your blog? Ni betul ke apa? Hahaha.

sekupang said...

good stuff u got here

fadz said...

ted...muah muah muaax :)

in nothingness, u shd!

iconoclast, yeas..kalau tak caya, bukak tontonfilem.blog-city.com dan baca entri2 lepas.

sekupang, mekasih..mekasih bebanyak..