30 September 2007

Lust, Caution(2007) - Vertigo(1958)

Dua hari yang lepas, aku menonton Lust, Caution, filem arahan Ang Lee yang memenangi Golden Lion dan penggambaran terbaik di Venice Film Festival (Di mana Puteri Gunung Ledang pernah dibawa) baru-baru ini. Filem ini juga terkenal sebagai filem yang menggunakan Malaysia sebagai lanskap Hong Kong dalam filem ini, juga babak seks (Ang memang terkenal dengan cetusan intimasi seks di dalam filemnya, tetapi tidak segrafik filem ini, dilaporkan) yang paling berani dalam sejarah perfileman Taiwan-China. Perkara kedua ini anda perlu lupakan kerana LPFN kita dengan selamba sudah memotongnya.

Pagi tadi, aku juga menonton Vertigo, filem klasik Alfred Hitchcock yang tidak meletup sewaktu ia ditayangkan pada 1958 tetapi diiktiraf beberapa tahun selepas itu sebagai filem terbaik, paling peribadi dan 'masterpiece' terpenting Alfred Hitchcock oleh penggemar filem dan pengkritik.

Aku mendapati seakan-akan kedua-dua filem ini mempunyai satu garisan persamaan yang sangat halus. Walaupun plot dan perwatakannya tidak sama, tetapi beberapa tema, teknik cerita dan 'keinginan' filem itu memaparkan satu persamaan yang agak memeranjatkan.



Walaupun aku tidak patut membuat perbandingan melulu, tetapi aku merasakan bahawa Vertigo mempunyai kuasa yang lebih 'sinematik' daripada Lust, Caution, walaupun mungkin tahun ini, filem terbaru Ang Lee akan memasuki Academy Awards, sekurang-kurangnya dalam kategori filem terbaik luar negara.



Kedua-dua filem ini menceritakan tentang obsesi, cinta yang silap dan salah, penciptaan fantasi dan seterusnya kesamaran dengan realiti apabila fantasi itu diambil terlalu berat dan pengkhianatan cinta. Di dalam Lust, kita melihat keinginan, obsesi yang tidak tertahan beberapa kumpulan dalam mencapaikan keinginan mereka itu. Terdapat dua bentuk yang lazim- kumpulan patriotik yang diketuai Wong Lee Hom dan 'pelakon' utamanya Wei Tang (sebagai penggoda yang perlu mengumpan Tony Leung untuk masuk ke dalam perangkap mereka) yang mempunyai cita-cita bagi menjatuhkan para pengkhianat orang Cina seperti Tony Leung; dan keduanya ialah watak Tony Leung (mewakili orang yang disasarkan), yang mempunyai segala-galanya, tetapi keinginan sebenarnya ialah memenuhi nafsu tingginya (seorang yang sadis dalam perbuatan seks terhadap wanita) dan seterusnya yang kita faham, nafsu cintanya.

Dalam lapisan 'patriotik', 'cat and mouse' dan 'sex and passion' itu, tersimpan keinginan kedua yang mungkin ramai penonton yang tidak nampak, iaitu keinginan Wei Tang (lakonan yang memberangsangkan tetapi tidak sehebat atau seikon Zhang Zi Yi) sebagai seorang pelajar biasa yang dibukakan dengan pelbagai fantasi ini (dia suka menonton wayang Hollywood) di mana dia diberi peluang untuk MEREALISASIKAN fantasi itu ke dalam realiti (ingat, di dalam filem ini, dia bukan sahaja seorang yang mempunyai dendam untuk berjaya sebagai pelakon, tetapi mahu 'merealisasikan' sebagai seorang pelakon yang 'terbaik' yang pernah dilihat oleh mata dunia- ikatkan lakonan pelakon dengan 'deception' lakonan para perisik, yang dimainkan baik oleh Wei Tang) di depan matanya (dua fantasi: pintu masuk ke dalam dunia lakonan yang 'glamour', dan pintu masuk ke dalam dunia orang kaya yang penuh sofistikasi) dan ianya di dalam tangannya untuk menentukan apa yang dia mahu di dalam hidupnya (ada suatu lapisan eskapis lwn. realiti di dalam filem ini, di mana, kita faham di tengah-tengah filem ini, Wei Tang 'terperangkap' dalam ilusi yang dia sendiri cipta).

Babak-babak ini boleh diperlihatkan dalam waktu Wei Tang yang taksub melihat para pelakon Hollywood di dalam teater wayang (malah geram apabila 'footage' berita Jepun "Asia untuk orang Asia" memotong filem Hollywood yang sedang ditontoninya, lalu dia keluar dari pawagam), waktu dia melihat diri dia di dalam cermin (ada tiga babak yang perlu dilihat, satu sewaktu dia mula 'mengubah diri' menjadi Mai Tai Tai, kedua sewaktu dia duduk di kawasan setinggan di Shang Hai di mana dia kelihatan tidak bermaya, dan ketiga sewaktu dia di hotel lumayan di Shanghai sebagai Mai Tai Tai sekali lagi), dan sewaktu dia melihat dirinya sekali lagi di cermin kedai di mana 'fur', 'barang kemas' dan 'fesyen couture' dipaparkan di depan kedai.

Di dalam Vertigo pula, obsesi ini lebih kompleks dan berbentuk tiga perwakilan, pertama daripada Midge, seorang wanita yang begitu menyukai watak James Steward (obsesi yang normal bagi konsensus masyarakat), kedua ialah James Steward sendiri yang berobsesi dalam me'reenact' fantasi atau 'ilusi' yang dia ada tentang Kim Novack, insan yang dia jatuh cinta dalam filem ini (perlu diketahui, perwatakan James Steward ini yang paling kompleks kerana beliau mempunyai perwatakan yang fobia dengan ketinggian, dan kedua ialah idea dia seorang penyiasata yang perlu menjadi seorang 'voyeur' kepada yang disiasat, di mana kita faham, menjadi seorang penyiasat, seseorang itu sendiri menjadi 'obses' dengan objek yang disiasat, dan lebih susah untuk James kerana dia 'jatuh cinta' dengan objek itu- sama seperti Jack Nicholson dalam Chinatown, maka 'voyeur' yang saintifik, teknikal dan struktural telah bertukar menjadi 'passionate', 'romantik', malah 'heroic'), dan ketiga ialah Kim Novack sendiri (lakonan yang sangat memberangsangkan oleh Kim Novack) yang obses dalam mengenakan James dan sekali gus menyintai James. Kekelabuan perwatakan 'penipu' dan obsesi Kim Novack ini sama dengan perwatakan yang dibawa oleh Wei Tang yang juga 'tersilap jatuh cinta' dengan objek yang ingin dikenakannya.

Di sinilah kelemahan yang dipertontonkan oleh Ang Lee dan kehebatan yang dipertayangkan oleh 'master' Alfred Hitchcock. Di dalam Lust, kita tidak faham, kenapa Tony begitu 'beringin' sangat dengan Wei Tang (kita selalu diperingat akan Wei Tang "tidak menipu" dan "punya mata yang boleh dipercayai"). Ada sebuah babak memaparkan Wei Tang menyanyikan lagu tradisi Cina di dalam tempat pelacuran Geisha. Adakah ketulenan, keperadaban, dan kecintaan Wei Tang terhadap tradisi Cina menyebabkan Tony yang menjadi pengkhianat bangsa (bekerja untuk Jepun) untuk merasa 'dekat' dengan Wei Tang? Kita mahu mempercayai ini, tetapi kita tidak menjumpainya. Lebih-lebih lagi, pada waktu akhir bila Tony Leung sedar dia sudah ditipu (cinta buta), dikhianati cintanya, dia melihat 'kosong' dengan mata yang penuh rasa dikhianat ke ruang bilik Wei Tang. Perasaan 'ditumpas oleh cinta' ini langsung tidak tampak, malah 'ambigious' kepada 'standard' aku. Apa yang aku nampak ialah 'kekosongan yang tidak terisi' (walaupun di'intercut' dengan Wie Tang yang akan dihukum bunuh tersenyum puas kerana berjaya 'keluar' dari fantasi yang diciptanya dan keduanya, puas kerana berjaya 'menumpaskan' Tony di dalam khianat cintanya) dan tidak terikat cantik.

Lain pula dengan apa yang diikat cantik oleh Alfred, dalam menjaga psikologi di antara James dan Kim (Kim Novack berlakon dalam dua watak, seorang sebagai 'the first women', Madeline, dan kedua sebagai 'the second women', Jane yang dijumpai oleh James Steward, memberi James pengharapan dan 'peluang kedua'), serta tahu, babak mana yang perlu datang dahulu dan babak mana yang perlu datang kemudian. Dua babak utama yang 'terus' menyebabkan kita benci-suka dengan perhubungan 'gila' James dan Kim ialah sewaktu Kim, yang memaparkan 'the second women' pada mata James di mana James mengikutnya balik ke hotel lalu mendepani 'the second women' dengan mesej "kau seperti mendiang kekasihku" (Ibu Mertuaku, Antara Dua Darjat anyone?), lalu apabila Kim ditinggalkan, kita dipaparkan dengan 'flashback' kemerah-merahan (merah dalam filem ini memaparkan kebenaran, sedang hijau memaparkan pengkhianatan. Merah juga bahaya dan hijau semangat cinta. Sila teliti permainan warna ini dalam filem ini. Anda juga akan tersedar bahawa permainan warna ini telah banyak ditiru oleh pembikin filem dan drama David Lynch (Twin Peaks), seperti Jean-Pierre Jeunet (Amelie), dan Adrian Lyne (Unfaithful)) dan banyak lagi yang memaparkan pengkhianatan Kim Novack dalam rancangan pembunuhan. Babak kedua ialah sewaktu James mendepani 'hantu' Kim Novack yang di'cipta kembali' dari 'the second women' dengan membentuk Kin dengan sanggul rambut blonde yang sama, baju yang sama, dan Kim disirami dengan warna hijau suram. Kita tangkap bahawa pengilusian James sangat menakutkan, ngeri tetapi sekali gus melankoli dan asyik, lalu apabila James memeluk dan mencium 'Madeline- the first women that was reeincarnated', James seakan memasuki 'dunia' zaman silam di mana James bukan lagi bersama Kim Novack 'the first women', tetapi Kim Novack si Carlotta "the source".

Apa yang bagus tentang Vertigo ialah, bahagian pertamanya memaparkan seakan satu dunia 'mistik' dan hantu. Tahap 'eerie', 'noirish' dan kecelaruannya bertambah setelah kita masuk dan masuk dalam ceritanya. Kita akan teringat akan Rebecca (juga arahan Alfren Hitchcock), malah bahagian pertama filem ini semacam sebuah cerita Gothic lama yang dimodenkan yang berbau fantastique (kita terperangkap sama ada dalam realiti atau fantasi mata James Steward). Tetapi bahagian kedualah kita terasa 'tertipu' dengan 'twist' yang diberi oleh Hitchcock, mengingati kita dengan novel Wilkie Collins (Moonstone) malah kagum dengan susunan saintifik dan metodologi Alfred Hitchcock yang sangat teliti, dan paling menakutkan- 'calculative'.

Ang Lee tidak ada benda ini. Ang Lee tidak pernah 'culculative'. Beliau lebih pandai mencernakan kebenaran dalam kemanusiaan watak-wataknya. Kerana itu, kita tidak rasa 'thrill' pada awal filem Lust (malah agak mengelirukan) apabila Tony yang tiba-tiba masuk ke dalam hotel yang menunjukkan mimik 'suspicious' terhadap Wei Tang di meja mahjong. Di sini sahaja kita sudah sesat. Malah babak kemudiannya, babak 'flashback' yang panjang di mana kita faham kenapa Wei Tang dan kawan-kawannya berkomplot mahu membunuh Tony Leung, di situ sahaja kita dapat 'merasa' semangat nasional tinggi mereka untuk menghentam watak Tony Leung. Tetapi kesalahan besar Ang Lee ialah, bukan seperti Hitchcock, Ang terlalu 'memberi' dan tidak menggunapakai rahsia sinema terunggul iaitu "less is more". Dalam Vertigo, adegan-adegan 'kunci' dipaparkan dengan campuran imej dan suara yang seimbang dan jelas, malah 'suara' diperlahankan (kadangkala kuasa imej mendahului suara), dialog dikurangkan dan hanya berlaku untuk menaikkan 'kengerian'. Di dalam Lust, dialognya 'terlalu', sehingga meng'exhaust' filem ini (seperti yang berlaku dengan banyak filem Melayu), ia seakan-akan menonton sebuah drama radio. Babak-babak Mahjong contohnya (walaupun signifikan) atau babak-babak perancangan anak-anak muda itu. 'The real fun' atau 'the real thrust' hanya berlaku sewaktu mainan 'tarik tali' Tony dan Wei Tang serta apa kesudahan yang akan berlaku terhadap dua insan ini (yang lain-lain seakan tampak tidak relevan, dan kadangkala rasa seakan tempelan, paling sedih ialah lakonan Joan Chen yang langsung tidak diberi 'fungsi' kuat oleh Ang Lee dalam filem ini). Ada suatu 'satira' dan 'keperlian' (ini kebiasaan Ang Lee dalam filem-filem Mandarinnya) yang ingin Ang Lee paparkan terhadap politik dan dunia recam ornag Cina sekarang dalam filem ini, tetapi gaya yang dibikin oleh Ang Lee, walaupun ada beberapa perkara yang boleh dibanggakan (memaparkan satu dunia Cina yang 'fluid', global dan kosmopolitan di mana orang Cina agak angkuh dalam mempertahankan budaya mereka terhadap simpang-siur campuran bangsa di negaranya) agak terlalu peribadi, dan kadang kala, terlalu sentimental. Malah, seakan Hitchcock yang 'memperli' sesiapa yang cuba mengguna pakai tema 'love and deceitnya' ini memberi satu amaran 'prophecy' di dalam kata-kata James Steward kepada Kim Novack dalam klimaks filem ini: "You shouldn't have been that sentimental"- satu kesilapan yang diambil oleh Ang Lee dalam melaksanakan subjek di dalam Lust, Caution.

Lust, Caution mempunyai rasa dan lanskap yang hidup. 'Reenactment' Shanghai dan Hong Kong tampak hidup, sibuk dan bernyawa. Kita nampak perbezaan dua dunia- manusia yang memerintah (golongan bangsawan) dan manusia yang diperintah (rakyat biasa), dan bagaimana transisi 'perubahan' ini akan berlaku. Paling menarik ialah himpunan pelbagai bangsa dalam filem ini, seakan Ang Lee memberi penghormatan terhadap kesemua bangsa pembikin filem besar di dunia dalam sejarah (ada India, Amerika Syarikat dan Jepun).

Tetapi 'kudos' yang tinggi perlu diberi kepada Vertigo yang berjaya menangkap bandaraya San Fransisco menjadi satu lanskap yang ikonik (kita tidak akan lupa dengan Golden Gate, Taman Negara Yosemite, Restoran Ernie, Palce of Fine Arts, gereja lama, dan Istana Legion of Honour, San Fran menjadi senarai tempat yang mesti saya lawati sebelum mati dan melihat tempat-tempat yang rakam oleh Hitchcock untuk filem ini!) dan 'cultish', akan diingati bila-bila sebagai satu lanskap yang sekali gus 'dreamy' dan sofistikated. Betullah bila mendiang Alfrend Hitchcock mengatakan, San Fransisco ialah Paris untuk Amerika. Keromantikan bandarnya hidup.

Pergilah tonton Lust, Caution untuk melihat hasil baharu Ang Lee, dan jelas bahawa kadang kala apa yang diundi oleh festival filem besar antarabngsa juga boleh membuat kesilapan, tetapi wajib tontoni Vertigo, untuk melihat bagaimana penonton dunia juga pernah membuat kesilapan apabila 'terlepas' satu 'masterpice' agung yang pernah manusia bikin dalam sejarah filem, malah sebuah filem terpenting dalam sejarah perfileman dunia.

4 comments:

maberik said...

oh baru nak semangat pegi tonton Lust Caution. tunggu dvd 'uncut' version saja lah.

Vertigo aku dah tonton dulu. tapi tak terasa macam 'masterpiece Hitchcock' yang aku harapkan. ada filem2 dia yg lain yg aku rasa lagi best. mungkin kene tengok balik.

Amir said...

Thanks Fadz. How I love Vertigo. No truer images have been recorded on the car-crash of love.

Edd Vedder said...

"..tunggu dvd 'uncut' version saja lah."

- yup, sbb Fadz kata babak seks yang paling berani dalam sejarah perfileman Taiwan-China. hehe..

Serious? Kalah filem Category III?

Anyway, kalau ada Tony Leung, aku pasti akan tengok. Ditambah pulak filem ni ada Wei Tang yang bagi aku mempunyai 'classic beauty' seperti Maggie Cheung.

fadz said...

maberik, hang kena tengok Vertigo gak, aku paksa hang. Aku pun macam tu, dua kali aku pernah tgk, dua kali aku stop, Kali ketiga, haaa, engkau..! (pengalaman yg sama berlaku bila aku menonton Ivan the Terrible Part I dan Persona).

Amir, huhu, yeap, same here.

edd, Category III? Pinjam! Masalah aku, tengok dua kumbang bergaduh dalam pun aku dah teriak, "PORNO!"