19 October 2007

Haloween 2007 Menjelma


Tahun ni macam takde filem yang boleh ditunggu untuk dibikin marathon. Mungkin aku perlu bukak balik dvd filem Fulci, Raimi, Argento, Carpenter dan Romero aku dan tengok yang mana aku nak tengok dulu (aku tengah cari balik filem-filem Barker, mana nak jumpa ahhh?). Apa-apa pun, aku nak kongsi laman gila ni dengan korang, namanya The Black Lodge: A Tribute to David Lynch. Korang mesti dah lupa akan Twin Peaks. Aku ingat lagi masa aku kecik, bagaimana aku tergila-gilakan siri tv tu. Ramai kawan aku tak layan sebab bagi diorang "its too weird and depressing". Oh ya, peminat-peminat Faisal Tehrani sudah tentu labelkan siri tv ni 'melawan aqidah'. Tetapi Twin Peaks lah yang mengenalkan aku pada David Lynch, pada penyiasatan FBI (yang kemudiannya diikuti Silence of the Lambs dan kemudian itu X-Files), pada lampu malap (Se7en), pada siri penyiasatan dan dunia sureal yang gila-gila (sekali lagi, Faisal termuntah mengucap nauzubillah). Serius, inilah tv siri kegemaran aku sampai sekarang. Bagaimana ia berjaya menaikkan 'par' produksi drama siri tv dengan menggunakan shot-shot seperti filem, bagaimana ia membentuk dunia 'cult'nya yang tersendiri (aku masih teringin nak makan pai epal Diner Norma tu. Sampai sekarang aku mencari pai epal terbaik dan aku hanya melahap pai epal kalori tinggi McDonalds) dan bagaimana aku jatuh cinta dengan Audrey Horne (Sherilyn Fenn zaman tu.... aduhhh). Sewaktu LD (zaman tu takde vcd) Fire Walk With Me keluar, aku terhenjut-henjut ke kedai video nak pinjam. Menontonnya, aduh, secara serius, David Lynch adalah raja seram sureal yang tiada tolok bandingan. Sebenarnya, meletakkan Lynch dalam acuan 'seram' agak tidak kena, kerana apa yang Lynch mahu luahkan ialah 'kebenaran masyarakat dalam imaginasi tak tercapai'. Jadi pseudo-seram atau senang, surreal memang gaya Lynch, yang aku terikut kadang-kadang bila mengelamun. Laman yang aku nak tunjuk ni sebuah laman gila-gila 'scary' dan menggetarkan dalam membayangkan visi dan imaginasi dunia David Lynch, terutamanya Twin Peaks. Di dalamnya, kau seperti sudah tidak mahu keluar dari sebuah lamunan yang seronok dan tiba-tiba ngeri tetapi kau mahu saja mengikut kaki engkau dibawa entah ke mana-mana lalu terperangkap di dalam keputusan kau sendiri, kau berjalan dengan api.



lihat:


12 comments:

reza said...

aku ada fire walk with me :D
dl tahun lepas..tapi..tak tgk2 lagi leh...ahahahaha

tapi ya twin peaks dulu best..walaupon aku tak faham sangat hapah!..complex sangat kot tuk aku masa kecik2 dulu...apa2 pon time laura palmer jerit cam syaitan kat season finale tuh buatkan aku ingat cerita tuh sampai sekarang

bagus kor cadangkan..mungkin halloween aku tgk ah fire walk with me..takpon back again to my scream trilogy

GAIA said...

Dedulu, lepas tamat siri Twin Peak (yg tergantung dgn Agent Dale Cooper bazirkan ubat gigi dlm tandas tu), aku menulis nama semua watak2nya dalam satu kertas panjang, lipat dan simpan dalam wallet...sekarang, sekitar 20 years later, kertas itu masih ada dalam wallet, dan tulisan2 merahnya masih belum pudar.

Ada Scary tak? Surreal tak? Sekian secebis kisah Halloowen dari aku :P

fadz said...

reza, so unfair!!

gaia, ko mmg menakutkan!!! Afsal ko tak citer kat aku ko dulu macam aku? muahahah... aku nak cari balik 'the secret diary of laura palmer' aku dan Dale Cooper's FBI Tapes yg entah kat mana ntah.. Ko realize tak Black Lodge tu sebenarnya apa?

Edd Vedder said...

"..bagaimana aku jatuh cinta dengan Audrey Horne (Sherilyn Fenn zaman tu.... aduhhh)."

- kau tahu, aku beli VHS Three of Hearts dan Ruby semata-mata kerana Sherilyn Fenn. Dan aku masih teringat betapa gembiranya aku bila dapat tahu dia akan berlakon dlm Boxing Helena. Filem tu dh jadi mcm fetish aku yg kadang2 datang menghantui fikiran. She still looks amazing..

kau dah tonton Inland Empire? Koleksi David Lynch aku jadi lengkap dgn filem itu. Filem Lynch yang paling memeningkan (tapi fun) dan perlu intepretasi sendiri, lebih dari Mulholland Drive. Tapi macam filem2nya yg lain.. buat aku x tidur malam sbb asyik memikirkan "WTF??!!"

fadz said...

kau pernah tengok 2 moon junction? itu lagilah ..! huhuhu.

Inland Empire, macam reza cakap perlu didonwnload dan aku tak mahir dalam biang tu...aku tunggulah nanti keluar dvd..aku tgh cari pun dan mmg wajib kena tgk, sebab reza pun dah cakap, 8 1/2 lynch.

Amir said...

'cherry pie', kan? bukan pai epal.

siri tu membuat saya mula makan pai ceri. mwahaha!

mardhiah said...

Tak pe kau tak gemuk... Pai Epel, waima dibuat sendiri atau dibeli di Mc D memang berkalori tinggilah.

Anonymous said...

tak nak ke reviu Anak Pontianak?

Anak Alam

Nazim Masnawi said...

Inland Empire adalah sebuah filem yang kantoi. The good news is, filem ni ada momen-momen of great strangeness and beauty seperti kebiasaan Lynch dan Lynch serius shit has outdone himself in terms of creating a dreamlike reality on screen. Gentle cakap, so much so sampai Inland Empire ni buatkan the dreams in Science of Sleep nampak even more contrived than they were. And there are thematic aspects about masa, identiti dan art that are fascinating. But the unrelenting and unnecessary durasi of the film sabotages it kaw-kaw (tiga jam tu, poit!), and bila movie tersebut masuk ke dalam complete surreality dia pada jam ketiga, it feels like Lynch is testing diri kita dan komitmen kita, a test that pays off dalam bentuk muzikal yang dimainkan waktu kredit penutup but with nothing remotely resembling closure.

Meanwhile, dari jauh, Vovin tengah duduk gelakkan aku...

P/S: Oh, ya, nilah filem paling buruk our visual master, Lynch has ever made. The movie takde the trademark usual visual lushness of Lynch’s movies – nampak blur and washed out, looking ratty and macam takde visual. Yelah, filem digital mungkin buatkan dia senang nak shoot dan mengedit filem dia, tapi ia juga buatkan visi yang dia cuba nak sampaikan... well, terkantoi.

fadz said...

amir, hey thanks..u know me, always get confuse, but i remember Twin Peaks did create that kegilaan for me to munch pies.. Ceri pai, mana jumpa???????

mardhiah, well, thank you!

anak alam, tak leh lah, malam jumaat bro... u know kan malam jumaat for what kan?

nazim, as usual, mata sinematik kau adalah antara yang paling berkesan dalam menonton filem. Tetapi, aku tetap nak tengok Inland Empire sebab macam Almadovar, dua ekor mamat ni bagi tahi pun aku jilat..

fadz said...

emm, Nazim, jangan ambil 'jilat tahi' tu secara literal ala De Sade ok?

Anonymous said...

mlm jumaat? ada apa ya? errr h you got married??

Anak Alam