Perca Kata Kritik Filem

Malas nak tulis panjang-panjang jadi ini pengalaman dan pandangan:


Nightcrawler(2014). Arahan Dan Gilroy (produksi adik-beradik Gilroy untuk filem-filem bebas, mungkin tulisan Dan) Awalnya, kita melihat papan iklan kosong, dengan kebijaksanaan suntingan, judul Nightcrawler keluar di sudut yang sama. Kita menyedari, filem ini bukan sahaja mengambil premis Taxi Driver ataupun Rear Window atau Drive, filem ini tentang anak zaman sekarang, Gen-Y yang gila dan komited dengan Imam Google dalam membina diri untuk secebis "American Dream" pada keadaan yang tidak pernah dibayangkan. Rumusannya, "This is the film where the killer got away. Because in your eyes, he is just a participating voyeur." Ya, temanya boleh sahaja jatuh ke dalam perangkap B-movie (seorang yang sadis menangkap sesuatu melangkau moral) dengan gaya mudah rakaman 1980-an. Tetapi Dan dan kumpulannya menyampaikan suatu kisah pengejaran cita-cita yang sebenarnya menakutkan, menakutkan kerana cita-cita ini terdampar jelas di hadapan kita tanpa dipantaui, dan kita sendiri ialah "participating voyeur" itu tanpa kita sedari. Filem ini tampak besar dengan lakonan memberangsangkan daripada Jake Gyllenhall (pasti dapat pencalonan tahun ini), seorang kalkulatif dan penyendiri yang menapak tempatnya dalam dunia penerbitan berita. Matanya merupakan ekspresi sebenar yang harus ditonton (selain daripada kekuatan matanya untuk menangkap imej yang diperlukan oleh stesen TV), dingin, luas dan menakutkan. Mata yang ada dalam mana-mana penonton tegar filem. Mata itu juga mengingatkan aku dengan mata yang terperangkap dalam filem sunyi era 20-an German Expressionisme, lebih-lebih lagi filem Robert Wiene dan FW Murnau. Terdapat tiga kali mata itu disinari dengan cahaya: lampu malam, api, refelksi berita TV, semuanya memaparkan: realisasi rezeki ... dunia yang terperangkap dalam kota materalisme (semua yang kita buat atas keuntungan semata-mata) - perkara yang menjawab mengapa David Teoh tidak akan berganjak sedikit pun dalam pembikinan "adikarya" kilangnya selagi terdapat mata-mata yang terus terpegun dengan layar cahayanya. Filem yang sebenarnya meletakkan keseraman dunia kita tentang moral berita, dadah kapitalisme dan kehebatan-kejahatan anak generasi-Y tanpa nilai. Kelakar sekali gus, menakutkan.

17 October 2007

Perca-perca Filem Oktober 2007

Ada dua perkara yang buat aku tertunggu-tunggu Oktober. Pertama, Oktober adalah masa Haloween, hari raya paling agung buat aku (maaf mak). Sekali lagi, marathon filem seram akan dilakukan dan menggila sampai pagi akan berlaku (the witching hour they say, no booze sorry). Kedua, kedatangan Kuntilanak 2 ke Malaysia. Kuntilanak 2 dikatakan berjaya meningkatkan cara filem seram Indonesia dibikin. Aku hanya mahu ucapkan syabas pada Rizal dan Handojo kerana kerja berat itu.

The Magic Gourd (2007)
I hate this movie. Full stop. It is sad something like this, from the great land of China and the great land of Walt Disney has the 'niat' to create such a wasteful movie like this. Sekali lagi, aku tak suka filem ni. Benda yang aku suka dari filem ini hanya efek cantik 'Rakan Ajaib' memasuki dunia realisme manusia (i love the cute frog) dan sebuah adegan cantik di mana beribu barang permainan mengejar si budak dari belakang. Magikal, gula-gula sekali gus ngeri pada satu masa (ada satu babak akan mengingatkan anda pada Akira). Yang lain-lain, masuk tong sampah, terutamanya lagu latar organ yang menjengkelkan.

Seeker: The Dark is Rising (2007)
Aku betul-betul cuba menyukai filem ini, tetapi aku tak tahu kenapa, aku tidak mencapai 'satisfaction' yang aku dapat daripada menonton filem-filem sebegini. Ada sesuatu pada mulanya, tetapi semuanya masuk ke dalam 'tong boleh dilupakan' apabila The Rider menunjukkan dirinya.

Bourne Ultimatum (2007)
Dari tulisan Robert Ludlum, trilogi 'Bourne' ini adalah 'cat and mouse gulity pleasure' aku untuk abad ini. sangat intelektual, menghiburkan dan seronok. Lakonan meletup untuk kesemua pelakon termasuk pelakon aksinya. Matt Damon mengancam (walaupun aku rasa, Casino Royale tahun lepas adalah filem aksi pengintip terbaik Hollywood, filem ini masih menjadi 'personal favourite' aku), dan lagu latar 'world music'nya mengujakan (lepas aku tengok filem ni, aku terus beli cd soundtracknya). Babak 'Tangier' adalah babak paling gila yang pernah aku tonton dalam sebuah filem 'cat and mouse', mengalahkan beberapa filem Jackie Chan, Brukenheimer atau Friedkin yang pernah aku tonton.

Ratatouille (2007)
Pixar tidak pernah menghampakan aku (kecuali The Incredibles). Dan filem terbaru ini menunjukkan kenapa Pixar adalah raja animasi sebenar abad ini. Walaupun bagi aku, Toy Story 2 masih antara filem animasi terbaik pernah dibuat (anda sedar atau tidak, kesemua filem Pixar mempunyai tema filem pertualang/'adventure'?), filem ini sebaik mana-mana filem Pixar yang lain. Dua perkara yang dimainkan dalam filem ini menjadikannya sangat mencuitkan. Satu ialah mainan 'berlakon untuk hidup' watak tikus dan Luigi, antara yang terbaik pernah dibikin dalam filem. Kedua ialah filem ini mengikut sentimen biasa filem Peranchis yang tidak menghukum manusia (dalam filem ini, termasuk haiwan) walaupun mereka melakukan perkara yang salah mengikut kanta mata masyarakat (di sini, menipu dan mencuri). Adegan terakhir dan dialog-dialog si pengkritik adalah 'magik' filem ini.

A Short Film About Killing (1988)
Krzystof Kieslowski adalah antara pengarah filem yang diminati Azwan (Azwan, kawan aku ialah seorang penggemar filem yang sangat kritis), dan DVD filem ini adalah kepunyaannya. Pada mula-mula aku menonton filem ini, aku tertidur (3 - 4 kali). Aku tersilap bila semalam aku menontonnya. Filem ini adalah antara filem terpenting yang perlu ditonton oleh semua. Malah subjek yang disentuh, iaitu 'pembunuhan' dan 'pencarian kemanusiaan' adalah antara yang terkuat pernah aku tonton. Kieslowski ingin memaparkan, kecantikan (ya, aku jumpa kecantikan!), keseraman, garisan moral dan tujuan sebenar manusia membunuh. Memang, kalau diperhatikan, isi kandungan filem ini bukan senang untuk dimakan, tetapi ia dipersembahkan dalam bentuk yang tidak memaksa, ia semacam memberi satu penjelasan yang se'real' mungkin tentang kelemahan dan ketelanjangan roh manusia. Kita cuba memupuk rasa 'simpati' terhadap pembunuh, setelah setengah daripada filem itu kita telah dibina dengan rasa 'jelek'. Kieslowski adalah 'the true master of structure and form'. Setiap objek (baik tampak atau terlindung) dan adegan mempunyai kaitan dan maknanya yang tersendiri, malah memaparkan kekuatan cerita dengan tidak memaksa kita memahaminya. Persoalan terakhir yang diangkat oleh filem ini ialah, apakah perlunya sistem atau apa-apa pendefinasian oleh manusia, bila mereka sendiri masih tidak boleh memahami keadaan manusia (human condition). Filem seberani ini tidak boleh dibawa enteng, ia perlu dipertontonkan dan diperbincangkan seterusnya oleh generasi seterusnya.

London to Brighton (2006)
Filem ini kecil, tapi efektif dalam beberapa babak. Malah, kebagusan filem ini ialah 'manipulasi' skripnya, ia memberi sedikit demi sedikit tentang 'cerita sebenar' filem ini. Ceritanya sebenarnya 'stright foward', malah 'biasa'. Tetapi gaya pengarahan, realisme dan dialognya membuat filem ini baik. Pengakhiran filem ini, walaupun agak menakutkan dan mengharukan, tidaklah mengejutkan. Sebuah filem yang berjaya melakarkan warna dan hidup yang benar akan London dan Brighton. Sebuah filem 'cult' akan datang.

Shoot the Piano Player (1960)
Filem kedua Francois Truffaut, antara pengarah filem kegemaran aku. Filemnya senang, tetapi itu bukan 'tujuan' filem ini. Tujuan filem ini ialah mempersenda. Dan 'senda main' yang dimainkan 'kena' dan 'jadi', kalau tidak pada pertengahan filem, di akhir filem, kita akan tertusuk rasa nostalgia (kekuatan filem Truffaut ialah, ia membawa kuasa 'mengacau kembali' kita dengan perasaan 'ingin melihat lagi tetapi ia sudah habis'- falsafah ini sama dengan Mamat Khalid yang memaparkan dalam filem-filemnya sebagai 'kuasa mimpi yang bila ditinggalkan dari pawagam, ia hanya sebuah filem') dan kelam, walaupun dalam gaya penuh cahaya dan suara muzik yang menghiburkan (mainan muziknya adalah antara lagu paling 'haunting' pernah aku dengar, malah tak habis-habis aku 'hum' melodinya). Truffaut juga ialah 'pionner' dalam mainan 'penceritaan melalui monolog dengan melawan imej yang dipertontonkan', malah kita sedar, gaya Truffaut ini diikuti kuat oleh Jeunet (Amalie). Sebuah filem klasik dan 'cult' yang masih segar, menyeronokkan dan menyentuh perasaan dalam gaya yang sangat lain dari filem-filem Hollywood biasa.

Sabah (2005)
Sebuah filem intepretasi orang Islam Liberal tentang wanita dalam dunia moden barat. Ada perkara yang menyeronokkan dalam filem ini tetapi ada juga yang mempersendakan Islam dalam bentuk yang sangat halus. Penonton konvensional akan tersinggung dengan beberapa adegan, juga mungkin dengan budaya Arab yang diper'bayang'kan (ini adalah termasuk adegan meminang, perkahwinan 'interacial' dan suara wanita dalam keluarga patriach Arab). Sebenarnya, filem ini sebuah 'light comedy' malah lebih senang ditontoni dan menghiburkan dari 'My Big Fat Greek Wedding'. Aku suka 'chemistry' yang berlau terhadap lelaki Kristian dan Sabah, wanita separuh umur yang melawan dogma masyarakat yang memaksanya diutarakan sebagai 'andartu'. Sebuah filem yang 'sihat' jika mahu ditonton dengan hati yang tiada prejudis.
Resident Evil: Extinction (2007)
Aku tonton filem ni bersama vovin. Aku tak peduli korang nak kutuk filem ni, aku suka dengan francais filem ini. Pertama, ya ia sebuah filem zombi. Kedua, ya ia ada gaya 'kiamat' yang memikat (malah kita akan teringat akan beberapa filem zombi yang banyak guna helikopter, dan bukan saja filem Romero yang terkenal itu) dan ketiga, ia ada Mila Jovovich, yang walau bagaimana pun korang nak kutuk dia, aku suka gila dengan cara dan aksi dan ekspresi dia. Dia ialah bidadari malam aku. Idea yang paling menarik ialah: Kematian berlaku di luar dunia, sedangkan kehidupan masih berjalan di 'bawah tanah'. Komplen aku hanya satu, lagu latarnya terlalu membingitkan, aku terpaksa tutup telinga aku untuk 100 minit filem ini berjalan. Ada beberapa idea apokalips dan zombi yang menarik, walaupun sudah dibikin oleh beberapa pembikin filem, ia tetap menghiburkan. Oh ya, 'gore' dia seru...

2 comments:

Nazim Masnawi said...

"Pixar tidak pernah menghampakan aku (kecuali The Incredibles)."

Holy mother of God!

fadz said...

hahaha, what..? i Know u love the Incredibles...i dont know why it doesnt stick with me.