31 October 2007

Stardust- Filem Fantasi Mempesona

fadz: Saya menonton filem ini semalam bersama Azlina dengan tiket percuma pemberian Aliah. Terima kasih Aliah.


"You are the star? Oh, you are the star!"
Tristan terhadap 'Star girl'

Sebenarnya, pada mula-mulanya saya agak kurang pasti jika filem ini bagus. Menonton gezet filem ini di pawagam beberapa bulan lepas, saya ingat filem ini satu 'joke' Hollywood (gezetnya sangat murahan dengan memaparkan gaya Hollywood ala 80-an dengan ensemble cast besar, yang semacam mahu menyuntik para pelakon bintangnya kerana tahu, ia takde apa-apa). Oh, boy was I wrong! Inilah filem di mana filem tayangannya 100 kali lebih baik daripada filem gezetnya! Inilah sebuah filem fantasi yang sudah jarang-jarang dibikin Hollywood. Ya, mungkin pernah dan selalu dicuba tetapi tidak pernah menjadi (tahun ini, sebuah lagi, "Enchanted" dari Disney mungkin dalam sepatu yang sama). Antara filem yang seakan sama dengan filem ini ialah The Princess Bride(1987) yang punya semangat, kelajuan, keseronokan dan hiburan yang sama seperti filem ini (sebuah lagi, Labyrinth(1986) punya gaya ini, tetapi filem itu sedikit 'dark' dan agak mengambil dirinya serius dalam beberapa babak, yang memang saya mengaku, lebih sesuai dengan diri saya).

Tetapi buat saya, mungkin filem ini lebih baik, malah lebih menyeronokkan. Semua ini kerana kebagusan penulis skripnya, Jane Goldman dan Matthew Vaughn mengadaptasi sebuah novel fantasi (modern-adult fairy tale actually) Neil Gaiman dan mencampakkan segalanya yang kena, lawak, mendebarkan, formulaik dan mencuitkan, di mana Speilberg di dalam Hook gagal mencapainya. Saya mengaku, dari awal filem ini sehinggalah akhirnya, tidak ada satu saat pun saya menguap dan rasa penat dan bosan. Ia bergerak dan bergerak cepat, membina antisipasi penonton dan terus membawa kita terpesona dengan budaya, watak dan gila-gila dunianya.

Paling baik, kesemua pelakon dalam filem ini berjaya membawa eksentrik, kebiasaan dan keseronokan yang diingini oleh roh filem ini. Setiap watak adalah 'memorable' dan bukan dipacak main-main sahaja, walaupun mereka terpampang di skrin hanya untuk beberapa saat. Karisma mereka kuat, dan lakonan mereka, sekali masuk sahaja sudah memberi penampilan dan tarikan yang kuat. Ini juga dibantu dengan skrip yang pedas-sejuk yang sangat menyeronokkan (pendek kata, doesn't take the story seriously and all for the fun). Lihat sahaja pada awal cerita bila watak seperti raja yang gering lakonan Peter O' Toole atau putera bodoh seperti Rupert Evert. Watak mereka 'kecil' tetapi memberi warna terhadap latar dan keseluruhan filem ini. Ini sesuatu yang jarang-jarang boleh dibuat (Scrooged pernah melakukannya tetapi tidak sehebat yang ini di mana plot dan struktur cerita terjaga kemas) dalam sebuah filem 'kemasukan pelbagai pelakon'. Jangan ceritalah, seronoknya main-main Robert De Niro sebagai Kapten Shakespeare(!), Michelle Priffier sebagai ahli sihir, Ricky Gervais sebagai pemborong, Kate Magowan, Sienna Miller, Nathaniel Parker, Melanie Hill, Mark Strong dan lain-lain punya kegilaan dan semangat mereka sendiri membawa watak gila-gila mereka di skrin.

Tetapi semua itu sudah tentu tidak cukup dengan keserasian dan 'kemistri' yang sangat memikat di antara Charlie Cox sebagai 'si pemuda yang akan mengembara sebuah pengembaraan yang tidak boleh dilupakan' dengan si gadis Claire Danes yang jatuh dari langit. Ini adalah antara 'kemistri' cinta yang pendek, kena dan seronok pernah saya tonton untuk tahun ini. Dialog, mainan mata dan keserasian di antara watak ini semacam menjadi 'pusat' terhadap filem ini di mana, jika mereka gagal, seluruh filem ini gagal, dan filem ini memaparkan gandingan mereka adalah ciptaan syurga. Menyeronokkan sekali gus menyentuh perasaan. Saya hampir-hampir menangis bila Charlie meluahkan perasaanya dan mengatakan apa yang kapten lanun sudah membisiknya. Walaupun ia formulaik dan pernah dibikin banyak kali oleh Hollywood, mereka, Charlie dan Claire memaparkan 'magis' begini boleh berlaku lagi jika ia dibuat dengan betul, jujur dan penuh semangat cinta.

Saya suka pengarah seni dalam filem ini berserta pengarah fotografinya yang tidak segan-segan membesarkan 'lensa' dan dunia filem ini (ada beberapa babak mengikut gaya LOTR Peter Jackson iaitu melompat ke sebuah wilayah ke sebuah wilayah di atas angin dengan laju). Wajah filem ini kadang-kadang 'grand' dengan pengambilan lanskap yang luas (gaya ini penting dalam filem fantasi) tetapi tidak melupakan 'detail' sesebuah budaya 'gila-gila fusion' penduduk alam fantasinya. Pencipta muzik Ilan Eshkeri, walaupun kedengaran seperti campuran lagu-lagu Alan Silvestri dan Danny Elfman, telah berjaya mengimbangkan dan memberi suara tanah, angin serta rasa perasaan watak-wataknya.

Ya, memang filem ini tidak seserius The Neverending Story (kegemaran saya!), Narnia, Harry Potter, Dark Crystal, Pan's Labyrinth, LOTR, Krull dan pelbagai lagi filem fantasi, ia banyak sangat 'poking fun on a situation and moment' malah seakan sebuah filem Monthy Phyton yang sedikit jinak dengan plot. Tetapi itulah yang baik tentang Stardust, ia sangat 'charming' dan dipersembahkan dengan kemahuan yang tidak masuk akal tetapi sungguh mempesona (enchanting) dan dipercayai (believable), ia tidak perlu mendabik dadanya ia perlu serius dan diambil secara serius. Ia sebuah filem penuh hiburan yang sangat mencuit dan menyeronokkan. Semacam sebuah kartun Disney yang sedikit 'zany' tetapi dibuat untuk orang besar. Yang paling baik, ia tidak menyuap dalam engkau bahawa 'magic do exist' sepertimana beberapa filem fantasi sebelum ini tetapi 'magic exist, so?', satu penggayaan yang sememangnya segar dan 'about time', ia telah meletakkan dirinya sebagai sebuah filem yang unik dengan filem fantasi yang lain. Dengan itu sahaja, filem ini adalah antara filem yang memuaskan saya sepanjang tahun ini, dan boleh ditonton dengan banyak kali kerana keseronokan dan gila-gilanya.

7 comments:

aliya :) said...

fadz, not aliah, it's aliya :P hee hee.

oh i've been wanting to watch The Princess Bride since God knows when but tak pernah jumpa! Mana nak dapat? Best tak?

GAIA said...

aha! Betul...Gazet dia nampak cam murah sesangat yg mulanya aku ingatkan trailer citer Golden Compass tapi mcm Hampass...pelik juga bila tgk dekat forum ramai dah kecoh2 mengintai filem ni berdasarkan trailer yg tak semenggah tu, namun lepas baca review Vovin semcam eh menarik gak, lagi-lagi bila di highlightkan nama Neil Gailman tu dan akhirnya keputusan untuk menonton stardust tengah malam ujung minggu lalu adalah satu keputusan yang betul.

apai said...

berape bintang filem ni?

reza said...

cun, lusa aku usha

adib said...

oh damn.. aku dah tak senang duduk dah pasal member2 ngajak tgk cite ni instead of "30 Days".. aku dah musykil2 dah pasal cerita ni.. so memandangkan ko buat review ni dan bunyiknya best je.. aku rasa yakin sikit la.. kot.. lagipun kalo cerita vampire tu confirm aku tidor punya.. so aku memegang kpd nukilan2 kau ni haha...

fadz said...

aliya, so soli :) (my anak buah nama aliah, itu fasal lah) thx, and kirim salah to ur hubby:) thx again:)

gaia, yeap, tak rugi!

apai, if u r a fan of this blog, ull know i dont play ratings.

reza, uhuhu, kay..

adib, i dont care, akan tgk 30 days gak!

Muhammad said...

neil gailman....
penulis hebat dalam menyusun cerita dan ayat

"Songs remain. They last...A song can last long after the events and the people in it are dust and dreams and gone. That's the power of songs."
— Neil Gaiman (Anansi Boys)