23 November 2007

10 Tahun Sebelum Merdeka - Inilah Baru Filem Sejarah!


nota fadz: Sila abaikan komen ini kalau kau nak terus 'get on with the show'. Aku perlu mengaku, aku sangat pro-monarki dan aku anti-republik. Tetapi jangan takut, aku tak ada hati nak memimpin. Untuk menonton filem Fahmi Reza ini, aku membuang semangat yang sebati dalam diri aku itu lalu menonton filem ini dengan hati yang terbuka...

Pertama sekali: Shumi oh Shumi, shame shame on you, shame..! Felem pendek ni berjaya membuak berlapis-lapis makna atas nama 'sejarah' dan 'perjuangan' daripada felem Shumi yang UMNOnized play safe 'eat up your 'merdeka' medicine young-uns'!
Fuh, OK.
Aku tengah asyik mendengar lagu-lagu latar yang mengisi filem pertama Fahmi Reza ini di dalam blognya. Dan itu baru lagu tu!
Secara jujur, filem ni sudah jadi 'cult classic' buat aku. Bayangkan secara senyap-senyap, The Rocky Horror Picture Show(1975) membentuk grup kultusnya setiap tahun lalu bila dibuat road-show festival tayangan filem itu, lalu berduyun-duyun manusia memakai pelbagai bra hitam, gincu merah dan wig gerbang-gerbang ikal, lalu menyanyi dan melontar pelbagai suara di skrin sewaktu tayangan. Dalam masa 10 tahun lagi, filem ini, dalam senyap-senyap, grup-grup kultus akan menontonnya sekali lagi, dengan kopiah, kain pelekat, baju putih, lalu menyanyi lagu Clash, Sex Pistol dan Black, dan bersorak seakan di dalam politic rally setiap kali 5 perwira 'tanpa nama' melonjak kata-kata perjuangan mereka, lalu menyanyi lagu semboyan Putera-AMCJA pada kredit akhir filem dan babak 'apa jadi kat' 5 perwira itu.
Itu tilikan aku lah.
Secara keseluruhan, filem dokumentari ini dibuat dengan semangat yang penuh kejujuran. Suatu perkara yang sangat baik tentang filem ini ialah, ia hanya MENUNJUK, dan bukan MENYUAP (walaupun filem pendek ini hanya mengfokus kepada 5 tokoh parti sayap kiri pada ambang kemerdekaan Malaya) para penontonnya.
Gayanya laju, segar dan bersahaja. Seperti menonton kerja darah orang muda (memang pun), suntingannya cepat- setiap montaj, imej statik dan gambar bergeraknya diselang-seli dengan suara temuramah dan latar lagu yang membuat kepala anda melentuk-lentuk. Ya, filem ini lebih menghiburkan daripada 1957: Hati Malaya. Malah aku gerenti, kalau ditunjukkan kepada murid sekolah rendah, mereka akan pilih filem ini sebagai bahan kajian sejarah.
Sebagai seorang yang baru, Fahmi Reza memang menakutkan. Banyak 'trick' yang tersimpan di dalam kocek Michael Moore (yang pandai bermain dengan kerja siasatan buat sendiri dan memaparkan imej/montaj/babak kreatif untuk 'memberi pengetahun berguna' pada penonton), Rob Epstein(pandai menyusun montaj/sedutan klip lalu seakan membentuk 'cerita' dan hilang idea 'dokumentasi'nya) atau Errol Morris (mengaitkan fakta dan 'pengalaman tentang fakta' dengan sangat efektif) telah dihadaminya dan digunakan dengan baik.
Fahmi juga 'sly'. Punya 'wit' dalam mainan suntingannya. Apa yang membuatkan gambar-gambar foto lama dan baru yang disunting laju serta saling ditindan oleh Fahmi efektif ialah, Fahmi menyusun dan memilih gambar-gambar/suara itu dengan ketelitian yang punya akal mainnya yang tersendiri. Seakan dia mengaku 'aku konduktor dalam ini felem'. Dan simfoni okestranya menjadi. Bila sesebuah montaj bersunting Melayu/Cina atau wajah-wajah tokoh sayap kanan-kiri-Inggeris-Jepun dimainkan, kuasa yang dicernakan ialah subjektiviti. Tetapi dalam subjektiviti Fahmi, Fahmi juga ber'cerita', meluahkan 'sindiran'nya. Ada yang kelakar, ada yang offensive, dan ada yang mencapai suatu tenaga yang sangat mendalam, yang kadangkala mencuit intelektual, dan yang menyentuh perasaan.
Lihat sahaja babak, sewaktu seorang perwira 'Melayu' mengisytiharkan, "Kami akan tentang/berjuang(?) habis-habisan', Fahmi lalu mengfokus tangan tua berkerut lelaki itu, sebuah lagi tangan yang 'menunggu mati' (tetapi wajah perwira itu masih bersinar) milik seorang lagi perwira 'Melayu'. Inilah ke'subtle'lan yang Fahmi berjaya cungkil. Babak ini sendiri memaparkan kuasa Fahmi yang faham 'menjaga' kesatuan imej dan suara. Babak itu sekaligus kuat dan pedih. Malah hati aku tersentak kerana babak itu (merasai seakan perjuangan mereka sudah ke penghujung, sia-sia, menghentak tentang keinginan bernostalgik).
Susunan terjaga Fahmi, dari awal (saspens tinggi, buat orang teruja dan langsung tidak ingat bahawa isu yang dipaparkan ialah politik dan sejarah, isu yang memang berat untuk difikirkan) sehingga akhir, Fahmi menyusun imej dan suaranya seperti menyusun emosi yang dia inginkan keluarkan dari kita. Manipulasi ini menjadi, apabila, selepas hartal diumumkan, Fahmi, memaparkan skrin gelap, kemudian 'kredit filem' disulami dengan 'apa berlaku kepada tokoh selepas itu', merundum dan membawa satu klimaks yang menyentuh. Fahmi, adalah Michael Moore baru kita.
Walaupun mungkin orang akan memperkatakan, kenapa tokoh sayap kiri sahaja yang ditemuramah dan bukan tokoh Parti Perikatan. Secara jelas, filem ini memang mahu memaparkan suatu 'detik sejarah' yang dihitamkan oleh buku teks sejarah. Tetapi, perlu diteliti, filem ini masih membuka pelbagai ruang buat penonton mengisi 'persoalan', 'perbincangan' dan 'legenda' . Ia tidak menjurus kepada 'kamu mesti percaya' ala-ala An Inconvenient Truth(2006) tetapi membuka 'meja kopi' untuk memperbincangkan lagi apa yang sebenarnya berlaku pada hari hartal, isu sensitif keris dan kecenderungan raja Melayu menyokong UMNO, dan isi sebenar konstitusi rakyat. Perkara-perkara pokok ini sengaja tidak dibincangkan secara terperinci kerana Fahmi sendiri mahu penonton 'mencari', menggeladah dan menyoal. Keinginan segar ini sama efektifnya dengan The Big Durian(2003) Amir Muhammad.
Silalah tonton filem ini kerana sebetul-betulnya, filem ini seronok (serius, ada drama you!) dan menghiburkan! Tetapi tontonilah filem ini berulang-ulang kali untuk mencari dan memperkembangkan perjuangan yang sudah pengarah Fahmi mulakan.

20 comments:

mardhiah said...

Yang, boleh applicable ka mornaki kat Malaysia, kita ada 14 state tau. Mau digilir-gilirkan? Kakak lebih suka sistem demokrasi tulen seperti yang terkandung dalam Gattysburg speach, cuma diubah suai, not for the people, tapi for Allah swt Muhammad pesuruh Allah.

Sistem yang ada sekarang ini pun sudah molek, cuma perlu dikemaskinikan mana yang perlu. Yang jadi tidak moleknya orang yang dalam sistem. Dr Kakak selalu kata kalau sesuatu sistem tu fail orang selalu salahkan sistem dan mau ubah sistem.

Oklah kalau monarki pun tinguk ajahlah empayar Othmaniah, Pattani, Melaka apa dah jadi? Apa yang aku kuar dari tajuk nih? Tak semestinya the blue blood fit to rulellah.

fadz said...

Ya, setakat 'raja berperlambagaan' yang dibikin sekarang kira-kira lebih baik dari republik keseluruhan seperti Indonesia.. Saya nak cerita lebih, tapi saya sangsi Kak Mar akan dengar dan terima. Apa2pun, cuba cari buku Ahl Bait Salasilah Raja Melayu yang ada dijual di Kino, MPH dan rata2 kedai buku, ditulis oleh suami isteri.

Saya masih menolak republik yang sepenuh2nya ditajai rakyat tanpa raja.

kekure said...

saya da tengok citer nie banyak kali sebelum ni dan masih belum jemu..dan saya setuju ianya berilmu dan lebih kemas pembikinannya dri 1957..

midyx said...

thanx fadz sbb promote citer nih ... 100 x lebih bagus dr 1957. Aku layan 1957,tak rasa pun semangat merdeka tuh.setengah jam yg padat dgn maklumat yg aku tak boleh dapat dlm buku teks kementerian pendidikan + soundtracknye pun sedap2..satu lagi, sape sebenarnye Fahmi Reza nih? new generation film maker ke?

fadz said...

yeah for kekura.. sama..

midyx, hullo.. saya pun tak tahu, tanyalah empunya blog.. saya ingat dia kugiran underground.

Anonymous said...

michael moore jahat. dia selalu jugak main tipu macam bush.

mardhiah said...

Nyek ele Fadz, nenek kakak dah bercelotehkan kakak cerita Demang Lebar Daun masa kakak kecik-kecik lagi. I'll email you the detail why saya rasa demokrasi patut dikekalkan.

Kakak lebih bersetuju kalau, Tengku-tengku mahkota tu, semua turun takhta masuk politik, dan bertanding dalam pilihanraya UMUM akan datang.

Persoalannya sekarang mau ka mereka masuk politik? I think Nazrin tu memang patut give-up all the luxurylah, kalau dia nak give-up. Kalu gue jadi dia tak hingin, wat for, nyusahkan kepala hotak jah nak belawan dengan think-tank yahudi dan nasrani yang memang pehhh gilooon wa cakap luuu. satu minit pun berkira...macam The Merchant of Vanice tu.

Tak yah aku baca buku, ko emel ajelah sapa gerangan orangnya tu. Adakah dia sehebat Sheakspear? Sheakspear jah boleh kalahkan Yahudi. "A pound of flesh without a drop of a blood"

Anonymous said...

mana nak cari DVD?

fadz said...

anon 1, hahah.. :)

anon 2, harap tanya pembikin filemnya sendiri, boleh dihubungi di blognya.. saya tonton di Tube je.

Kak Mar, maaf Kak Mar, bila masuk bab-bab Raja ni, memang saya agak sensitif sikit, sampai darah saya boleh naik kalau orang memperleceh-lecehkan institusi atau keluarga di raja (keturunan saya beraja Acheh), parang belakang rumah tu boleh saja naik kalau orang mempersendakan mereka. Jadi, maafkan saya sekali lagi. Saya pernah naik merah padam, bila seorang kawan di mana kakaknya pengikut wahabi depan-depan saya kutuk Sheikh Nazim al-Haqqani Tariqat Naqshabandiah Aliyah yang mana khalifah Malaysianya ialah Sh. Raja Ashman, adik bongsu kepada Raja Nazrin. Saya hentak meja makan masa tu dan luah, "CUKUP!" Jadi maafkan saya, masalah thariqat dan raja-raja, harap jangan ambil enteng bila depan saya. Raja2 tu mungkinlah boleh diperbahaskan, tapi thariqat, harap jangan..

Buku2 yang saya senaraikan di bawah ini boleh dibaca untuk umum dan tidak perlu dengan guru/mursheed untuk mengajarnya (buku tulisan Ibn Qayyim Al Jauziyah yg Kak Mar pinjamkan itu masih belum lagi saya berani menyentuhnya, perlu bertanya pada adik saya dahulu yang tahu jika saya boleh baca sendiri atau tidak).

Kak Mar boleh rujuk buku-buku Tun Suzana Tun Hj. Othman dan Hj Muzaffar Dato Hj Mohamad. Nama bukunya ialah Ahlul-Bait (keluarga) Rasulullah SAW & Raja-raja Melayu. Kalau Kak Mar baca, Kak Mar akan terperanjat bagaimana halusnya dan telitinya kajian yang dilakukan tentang adat istiadat dan 'rahsia' pertabalan raja. Buku Institusi Bendahara: Permata Melayu Yang Hilang juga mempunyai rumusan kajian itu. Ini berkenaan juga dengan pemahaman Amirul Mukminin, pemegang kunci Mekkah dan idea keturunan Nabi-Rasul-raja, tetapi ya, ia bercanggah dengan demokrasi mutlak.

Saya pernah baca buku mereka berjudul Ahlul-Bait Rasulullah SAW, Dinasti Melayu & Akhir Zaman, dan amat memeranjatkan, beberapa isi di dalam buku ini sama dengan beberapa pandangan Sh. Nazim tentang zaman Imam Mehdi a.s. (di dalam buku The Secrets behind the Secrets...) dan beberapa lagi pandangan orang 'alim yang pernah saya kunjungi. Sh. Nazim sendiri selalu memaparkan pandangan kebobrokan demokrasi (sepenuhnya), seperti mana yang diperjelaskan dalam buku di atas.

Tetapi ya, perkara2 sebegitu tidak relevan dengan semangat orang sekarang yang begitu segar mahu maju ke depan. Jadi, biar saya senyap saja. Maaf.

Saya langsung tidak setuju dengan raja berpelembagaan dijatuhkan dari tempat mereka lalu diberi tempat dalam politik. Ini semacam beberapa raja India dan Jawa yang diberi status gabenor oleh pentadbir dan mereka yang menentang dihalau/diturunkan takhta jadi rakyat dan seperti mana keturunan saya sendiri, di bunuh habis sampai perlu lari ke sini. Ini adalah antara 'point' kenapa UMNO mendapat tempat di hati para majoriti Melayu pada zaman itu. Filem 1957 memperjelaskannya (ingat waktu istiadat Agong mencium keris, lalu Perdana Menteri menjelaskan sumpah setianya, inilah istiadat yg diikuti zaman berzaman sejak Demang Lebar Daun itu). Memang, zaman ini bukan masanya institusi raja memerintah seperti dulu, tetapi ini tidak bermakna mereka perlu melawan perlembagaan yang ditulis untuk menceburi politik.

fadz said...

Kak Mar sendiri sudah membaca tulisan adik saya tentang NEGARA dan retorik 'kedaulatan' rakyat di dalam akitiano.blogspot.com. Saya tidak tahu jika Kak Mar sedar, adik saya sendiri sudah terang-terang memaparkan kenapa rakyat tidak 'berdaulat'.

mardhi73 said...

Sori, isu ini sensitive untuk kamu.

Well don't wory all the talk about UMNO is bullshit...I've got my job back and I've even batter. True saya memang ada bersembang-sembang bersama Datuk Abu Zahar, but that only they still wanna cut me out atas tilikan yang saya akan insane for the eternaty on that July.

Well good luck on this perjuangan. But don't drag me into this HARTAL thing yeah.

kamalariffin said...

saya baru saja habis shooting docu tajuknya The Pathfinders naktengok nanti ada kt blog shoting 6 hari dekat The Sheikh Nazim Sufi center London.... cerita tah apa tah... ada melayu ada islam ada silat ada tarin darvish.... kalo berminat turun la blog for now layan nie dulu kasi komen

http://www.nationalgallery.org.uk/collection/transcriptions/film/thefragmented/default.htm


http://kamalariffin.blogspot.com/

fadz said...

kak mar, hehehe, stay cool and great sis:)

tuan kamal, nggak ada pun..tapi filem pendek tu syok gak, thks

Anonymous said...

nak download dvd ni sila lawati:

http://salinankarbon.com/fahmireza/Sepuluh%20Tahun%20Sebelum%20Merdeka%20600x480.avi

Anonymous said...

Saya dah tengok film 10tahun ni berkali-kali, tak jemu-jemu rasanya and I agree with fadz, this film is far better than 1957...congrats and keep up the good work Fahmi -whoever you are

Anonymous said...

aku mau usaha dan niat murni diteruskan,, akan datang mungkin kebenaran yang ditegakkan ibarat telur berada dihujung tanduk...

Meaning: said...

awk minat buku tun suzana tu ye? saya ank die =P saya search name mak saya and blog awk yang nie jadi one of the result =) bagus, teruskan sokongan anda lol peace~

pendetaKUdeta said...

bro, nak kongsi satu blog nie...
mungkin ko leh dapat info tambahan psal nenek moyang ko dari perspektif lain...
http://sejarahnagarakedah.blogspot.com

sultan hari nie bkn yg mcm kite fikirkan...

fadz said...

Anon1, terima kasih.

Anon2, haha, ya.

Meaning, ya marhaban! rasa bertuah pula!

Salam Pendeta, hal yang tuan maklumkan semua itu benar melainkan benar. Ya, kita adalah keturunan Raja Iskandar Zulkarnain (bukan Alexander Magnus anak Phillip dari Macedonia), kita juga adalah keturunan Siam, Campa, Mandalay (kemudiannya Mendeleng, keturunan maharaja Cina yang melarikan diri ke Selatan selepas Shih Huang Ti naik takhta), Tanah Merah (nama lain buat Vietnam), Chermin Jeddah (kenapa dipanggil Jeddah? Apa kaitannya? Apa makna chermin?), Acheh Darussalam, Jawa dan Melaka. Semua itu kita sedia tahu.

Usah dikelar sangat bangsa Thai tu oleh sebab mereka, sedikit sebanyak juga seketurunan dengan kita, samalah dengan Vietnam, samalah Cambodia, samalah Pinoy di Filipina, Jawa d Indonesia dan Bugis di Makasar. Yang membezakan kita adalah agama sahaja. Dulu kita juga pernah Buddha-Hindu (sebenarnya keturunan dahulu kita bukan mengikut ajaran Budhha sepenuh2nya, malah ianya hanya satu bayangan pada kebenaran agama Tauhid yang sudah lama keturunan kita ikuti) dan kita menerima Islam seluas2nya, dan bukan mereka. Semoga Allah membuka jua hidayah buat mereka satu hari nanti.

Hanya kini, tinggal masa sahaja untuk pintu-pintu kebenaran dibuka. Tapi umat Nusantara, atau Jawi perlu kuat dahulu, dan batil ditelangkupkan agar cahaya merembes terang buat semua orang.

Tunggu waktu "dua bulan" boleh dilihat di langit. Saat itu, masa sudah tiba untuk satu perubahan.

hans said...

tq bagitahu
nak cuba tgok kejap