08 November 2007

9 September- Romantik Gagal


9 September (2007)

Aku menonton filem ini kerana suka sangat akan apa yang Pierre Andre lakukan dalam Jangan Pandang Belakang(2007), jadi aku berharapan sangat Andre melakukan sebuah 'hatrik'. Sungguh tidak aku sangka, filem ini agak 'stale' garapannya dan banyak 'hit and misses'. Filem ini mempunyai sesuatu pada bahagian setengah awal tetapi mula merundum pada bahagian setengah akhir. Gaya yang digunakan (iaitu mengikut formula bahagian awal menggunakan komedi lalu bahagian kedua menggunakan tragedi untuk menggerakkan cerita) semacam Ibu Mertuaku(1962), Windstruck(2004) dan paling dekat, Heart(2006), malah Heart yang aku tidak suka lebih sempurna dan berjiwa pembuatannya.

Ini boleh disalahkan kerana lakonan Fasha Sanda yang memang 'miscast'. Kesalahan pertama: tidak ada chemistry kuat antara Sanda dengan Andre (suatu yang sangat-sangat penting dalam filem romantik). Andre sangat bagus, lakonannya memaparkan kesegaran, detik komedinya memikat. Sandra adalah sebaliknya. Mungkin juga kerana skripnya atau dia. Sebenarnya, Fasha Sanda sepatutnya melakonkan wataknya semacam watak gadis gila-gila dalam filem-filem komedi korea (yang kita nampak pengaruhnya), tetapi dia melakonkan watak seakan seorang perempuan gedik dari filem hindustan. Suaranya membingitkan dan langsung tidak menjiwai skrip Andre. Lakonannya sangat dibuat-buat.

Ini ditambah lagi dengan lakonan menghampakan oleh penerbitnya sendiri, David Teo yang entah apa-apa. Menggelek-gelek lehernya semacam ikan buntal separa lemas di darat memaparkan betapa 'murah' atau 'cheesy' filem ini jadinya.

Skrip Andre punya sesuatu, malah sudah menyeronokkan. Tetapi entah mengapa, sewaktu Fahrin Ahmad tiba sebagai bekas kekasih Fasha Sanda, semuanya mula merundum pada saat itu. Skrip ini menjadi klise, dan tidak ada magisnya lagi sewaktu itu. Ia seakan tampak, skrip ini dibuat terburu-buru selepas kehebatan Jangan Pandang Belakang. Kesalahan demi kesalahan dibuat. Kesalahan yang paling tampak berlaku pada awal-awal filem- kenapa Fasha Sanda mengetuk pintu Pierre? Untuk apa? Di mana logiknya kaitan Fahrin dengan Pierre? Sampai ke akhir, ia tidak memberitahu. Kedua ialah, tidak mungkin secara 'coincidence' Fasha memilih 9 September untuk melancong bersama Pierre di Pulau Tioman. Detik 'coincidence' adalah perkara yang paling perlu dijauhi dalam filem, hanya jika mahu mencipta saspens atau tidak ada jalan lain yang logik. Dan ia akan jadi lebih memikat jika Fasha sendiri mengaku bahawa dia terlihat di kalendar Pierre tentang pemergiannya ke Pulau Tioman. Dengan itu, kita memahami bahawa Fasha punya 'taruh hati' terhadap Pierre, tetapi ini tidak. Malah pada akhirnya, Fasha yang sepatutnya belajar sesuatu tentang cinta sejati (seperti yang dibuat dengan sempurna dalam Heart, walaupun aku tidak suka!) bagi aku masih budak manja merengek yang tidak belajar apa-apa bila melihat dinding penuh melankolia ciptaan Pierre Andre.

Akhirnya, kita rasa buntu dan tidak puas melihat sebuah filem 'bagai pungguk rindukan bulan' yang mana banyak yang perlu dibaiki 'pungguk' dan 'bulan'nya.

7 comments:

GAIA said...

Ko tau? Masa aku tengok scene last tu, yg Sandra pegang perut bunting dia terus aku ingat dia "main" ngan Andre kat pulau(sblom mamat tu kiok)...so dapat anak ala-ala mcm Cold Mountain tu...

Nazim Masnawi said...

The sudden appearance by an old boyfriend in the later part, more or less, memang bodoh. I mean, macam elemen coincidence jugak, benda tulah sepatutnya filmmaker elakkan; lagi-lagi dalam filem romantik komedi gini yang memang banyak buat silap macam tu (the introduction of a worn-out contrivance to anchor the third act). Kalau kita tengok, great romantic comedies macam The Apartment, Say Anything, hell, even Shaun of the Dead pun successfully elak menatang tu. Aku tak paham Pierre yang cakap dia studi pasal romantik komedi dengan teliti untuk arah filem ni boleh bikin kesilapan TERPALING SANGAT besar SEKALI.

And, Fadz, you're spot on about the tarikh 9 September. Dalam the making filem ni, Pierre terangkan yang dia pilih tajuk rupa tu sebab it brings so much ambiguity and mysteries. In the end, there's no fucking perplexity AT ALL to it. Plot "Fasha terlihat kalender" yang kau bentangkan tu lebih masuk akal (walaupun still takleh nak repair its shitty third act). At least, dia boleh tunjuk yang even a harmless date, for example like today, can bring so much things than you can possibly imagine. (Bayangkan today, 9th of November 2007, is the day you meet your future wife bila balik dari kerja nanti.)

Ni tak, sebaliknya yang jadi, dan sekali gus buatkan Pierre (dengan apa yang dia cakap dalam the making tu) a motherfucking bombastic, chichi, exaggerated, grandiose, high-flown, la-di-da, lofty, overblown, pompous, pretentious prick!

fadz said...

gaia, r u nuts? ada feel feel Cold Mountain? hahaha..anw, yeah interesting on that point

wahhhhhhhhhhh waaaaaah wooooo, go go nazim..!!

Anonymous said...

memang bila aku tgk gezet filem ni dah agak sesuatu yg bosan dan tak menarik. tekaan memang betul di mana aku menonoton nya di pawagam setelah kawan nak sanggup nak belanja aku separuh tiket walaupun hari Rabu!

Anonymous said...

takde cadangan nak bukukan 'best of tonton filem' ke? jarang ada orang yang boleh mengulas filem sebaik kamu kat mesia ni.

fadz said...

anon1, tu lah fasal... couldnt agree more.

anon2...urp... aku bagus ke? errr, aku tak thau lah, u decidelah..i dont know how to do that.. aku mmg fail marketing bisnes ni...

Anonymous said...

tumpang lalu - diskusi menarik!
http://alexistioseco.wordpress.com/2007/09/25/
funding-world-cinemaculture/#comments