19 November 2007

Perca-perca Filem November 2007

Lions For Lambs (2007)
Aku tonton filem ini dengan Azwan. Aku tonton ini sebab, dalam kalangan pengkritik barat (termasuk pengkritik film tersohor kita, A. Wahab Hamzah), hanya tokoh pengkritik yang paling aku suka, Leonard Maltin yang sibuk memperkatakan tentang filem ni. Dan akhirnya? Memang, apa yang dicanang-canangkan oleh Leonard tidak merugikan, filem ini sebuah filem separa hiburan dan separa medan pendebatan Hollywood tentang reaksi mereka terhadap "War on Terror" Presiden Bush. Para sayap kanan dan konvensionalis tentu membenci filem ini, malah ada liberal yang tidak sanggup dengan dakwah dan dakyah meleret-leret filem ini yang semacam diambil dari sebuah karya drama. Tetapi itulah yang filem ini paparkan, sebuah persoalan yang tidak memberi jawapan tetapi meminta penonton memberi 'pendapat' rasional mereka (walaupun secara lembut, filem ini meminta rakyat Amerika membuka mata terhadap 'kezaliman Bush membuta dan memperbodohkan rakyat dengan media') tentang aksi dan reaksi para kabinet Bush dalam menyelesaikan masalah negara mereka sekarang. Lakonan hebat oleh Redford, Meryl dan beberapa pelakon baru.
Beowulf (2007)
Aku tak faham kenapa ramai pengkritik dan sejarawan filem bengang sangat dengan filem ni. Aku memang tidak akan faham sejarah dan mitos Beowulf (dan Azwan sendiri mengaku, puisi panjangnya antara hasil sastera lama yang susah dibaca), tetapi filem ini membayangkan sebuah filem yang senang, menghiburkan dan jujur tentang definisi sebenar seorang 'hero'.
Memang, beberapa aksi sewaktu Beowulf meloncat dan berakrobat dalam keadaan bogel untuk membunuh Grendel, atau waktu ibu Grendel, si ANGELINA JOLIE menggoda Beowulf, kebanyakan penonton akan terliur untuk montok buah dada Angelina yang sudah dimamah Brad Pitt dan anaknya, atau terkekek kerana kamera 'malu' ala-ala Austin Power terhadap anu Beowulf. Menjengkelkan. Tetapi ideanya melebihi kejenggelan ini (contoh: siapa yang tak tahan bila melihat buah dada Angelina, yang akan dimeterai di dalam sejarah filem sebagai buah dada animasi paling montok dan seksi, atau siapa pun nak tengok anu Beowulf terjelir tak tentu fasal, oh, jangan lupa, filem aksi masih terikat dengan machoismo), ideanya murni: memaparkan bagaimana seorang perwira yang sudah jatuh dari martabatnya, mengambil balik tempat sebetulnya dengan mengorbankan dirinya untuk negaranya(!)
Malah pengakhiran filem ini, yang dikira dipersoalkan adalah perlu (ingat, kejahatan tidak pernah mati), malah memberi pilihan kepada penonton membuat pemilihan tentang isu moral yang dipaparkan (mungkin kerana ini, filem ini dibidas, kerana persoalan moralnya terlalu satu lapisan).
Funny Games (1997)
Secara jujur, seluruh minda dan rohani aku jadi 'kebas' selepas menonton filem ni, sebuah perasaan yang sudah lama aku tak rasa sejak menonton Caligula. Aku benci filem ini kerana ia efektif. Efektifnya filem ini membuat kau rasa sakit hati yang amat sangat terhadap kematian harapan kebaikan dan keadilan manusia. Dan ia hanya sebuah filem tentang sebuah keluarga yang dibunuh dengabn kejam oleh dua orang pemuda yang pandai.
Beberapa babak filem ini menghala ke arah 'art cinema', tiba-tiba ke 'satira', kemudian 'ngeri' dan akhirnya 'seram'. Sememangnya filem ini filem seram, dan ia berjaya dalam pelabagai cara. Satu, ia menolak keinginan penonton untuk memenuhi kebiasaan filem-filem sebegini (lihat Cape Fear, Deliverence dan The River Wild), memaparkan bahawa mangsa yang dikenakan memang 'bodoh', atau semacam, secara realistik, mangsa yang terkena tekanan memang begitu (membuat kau menjerit, afsal lah bodoh sangat?? macam mangsa dalam filem slasher). Keduanya ialah 'coincidence' yang logik (Anna ditangkap kembali di jalan) dan tidak logik (babak alat perakam jauh) yang memang membuat penonton betul-betul meloncat marah dan kecewa. Apa yang menyebabkan filem ini sebuah 'klasik' ialah ia menidakkan 'grafik' aksi membunuh yang sangat grafik, tetapi suntingan, ketiadaan imej kejam itu dan hanya suara. Ia kejam dalam bentuk yang sangat kejam, meminta penonton 'mencipta' kekejaman di dalam fikiran (gaya Yasmin Ahmad).
Aku tetap tidak suka filem ini kerana keberaniannya menolak konvensi tatacara filem. Tetapi aku terpaksa kata, filem ini adalah antara filem seram terpenting yang keluar pada abad ini, malah akan dijadikan rujukan buat masa depan.
Dot The i (2003)
Untuk menghilangkan 'kekebasan' minda aku selepas menonton Funny Games, aku terpaksa cara sebuah filem yang boleh menawarkan rasa 'kebas' itu, lalu aku tonton filem ini. Nasib baik! Aku suka filem ini. Ia sebuah filem yang 'menipu', dan sedikit bongkak (seperti Funny Games), tetapi sungguh menyeronokkan.
Filemnya senang, jika Funny Games menyentak penonton supaya 'jangan jadi penonton', Dot The i menyentak penonton supaya 'jadi saja seorang penonton'- maknanya, selusuri saja mana-mana filem sebagai seorang penonton kerana idea sebalik mana-mana filem ialah penonton mahu merasa emosi-emosi yang menipu dipaparkan dengan 'efek' tidak menipu. Ini sebuah filem 'manipulasi' bertaraf tinggi, gaya permain-mainkannya semacam sudah mencapai tahap 'inilah akhirnya'. Jika penonton tidak suka akan 'mainan' yang dicipta oleh pengarahnya, Matthew Parkhill, penonton tidak akan suka filem ini, lalu mencari 'lubang' filem ini dan mempersoalkan 'lakonan dalam lakonan' yang dipaparkan dalam filem ini. Tetapi penggayaan itu sahaja, seperti kebanyakan filem-filem alaf baru di pasaran yang mencari 'real' di dalam filem, memaparkan sesuatu 'idea' yang sangat segar dan mengujakan.
Death Proof, Planet Terror (2007) - Grindhouse
Ohhh, ini berita baik buat peminat filem. Jangan lupa untuk menonton dua buah filem yang menarik ini! Antara dua ini, aku memilih Planet Terror arahan Rodriguez sebagai filem kegemaran aku. Kenapa? Zombi-zombi-zombi..! Dan semua heroin dalam filem ni 'rocks'! Apa yang aku nak mulakan dengan filem santai-separa mainan tapi penuh kekuatan Rodriguez ini? Perlu diumumkan, sebuah lagi filem gore-zombi yang menarik sudah sampai dan masukkan Planet Terror di dalam simpanan rak filem zombi terbaik anda. Mungkin plot dan jalan cerita seakan sama, tetapi CARA ia memusing idea (dengan banyak mengambil, baik filem bajet seram sehingga filem seram klasik) dan memberinya input baru membuatkan filem ini sekaligus semacam kartun Walt Disney di alam yang menakutkan. Watak-watak dalam filem ini, kesemuanya berwarna dan menarik, walaupun yang menjengkelkan, dan beberapa konvensi seram 50-an berjaya dipusingkan. Ini antara filem seram terbaik buat aku tahun ini.
Death Proof juga menyeronokkan, datang daripada hasil buah tangan Tarantino. Awal-awalnya memang membosankan, bosan sampai aku terlelap! Tetapi selepas itu, sewaktu Zoe Bell dan kawan-kawan mahu mencuba gaya stunt, filem ini jadi gila-gila adrenalin yang memancut dan memancut kita untuk tahu kesudahannya.
Kedua-dua filem ini senang, dan melangsungkan kembali pembacaan dua pengarah itu terhadap wanita, lebih-lebih lagi Tarantino (selepas Kill Bill Vol.1 & 2). Kawan saya sendiri mendefinasikan filem ini sebagai filem 'girl power'. Memang, kalau dilihat betul-betul, itulah 'permintaan' filem ini, mensuarakan kekuasaan wanita terhadap seluloid yang selalu dieksplotasi oleh kreativiti lelaki. Dan Tarantino serta Rodriguez memberi penghormatan yang sebetulnya (dan tak betulnya) untuk para wanita memakarkan mereka bukan lagi hamba lelaki, baik seks, kejam dan derita.
Saawariya (2007)
Pada hari Deepavali, saya memilih filem ini, kerana saya suka sangat tengok posternya (saya ingat filem ni semacam sebuah filem fantasi bajet tinggi dari India). Well, memang filem ni filem fantasi, kerana latar cerita ini semacam campuran set Moulin Rogue!(2001) dan Alladin. Satu perkara tentang Bollywood ialah (saya benci filem hindustan, saya mengaku), mereka pandai mengulit sebuah cerita yang pendek, senang, lalu bermain dengan masa (memanjangkan cerita) dengan pelbagai konflik-konflik yang datang dan datang semacam pelakonnya akan mengeluarkan segala emosi dan kalau tidak, mereka akan mati. Dan secara pelik, filem ini berjaya 'bermain dengan masa' dengan konflik-konflik yang datang dan semacam pelakonnya akan mati jika tidak mengeluarkan segala emosi mereka. Malah, beberapa babak dalam filem ini memang cantik, membawa kembali latar Sita Devi bercinta dengan Rama lalu dikacau oleh Rangga (perebutan cinta 3 segi ini sentiasa dikitar semula dalam filem hindustan dengan kreatif mengikut zaman, antara yang paling terkenal ialah Sangam). Buat penonton barat, filem ini melemaskan, kerana hero filem ini (yang tampil agak berkesan) tidak memaparkan macho orang barat yang diinginkan, tidak mencium atau meraba tetek aweknya bila berkasih. Segalanya tertimbul dalam kitaran psedo-erotik-platonik, dan ini membuat penonton barat marah.
Filem ini OKlah, seronok, sedikit lama, tapi Oh, lakonan Rani Mukherjee sangat mengesankan!
Orang Minyak (2007)
Gaia, kawan baik aku dan pembaca setia tontonfilem memberitahu aku dalam SMS, "diumumkan, Orang Minyak mendapat anugerah The Worst Film of 2007 buat Razzies Award Malaysia tahun ini!". Aku terus tak nak tengok filem ni. Serius! Aku sekarang sudah percaya pada kawan-kawan aku yang sudah banyak 'membaca filem' (waalupun kau suruh aku tengok Gaia, aku takkan habiskan rm10 aku untuk filem macam ni, lagi, ever! Kecuali kalau ada sesuatu yang menariklah). Lagipun, aku dengar bahawa skrip filem ini ditolak habis oleh panel Finas kerana 'bodoh yang amat melampau', tetapi jeng-jeng-jeng, kuasa politik dan orang kaya mana telah mengangkat filem ini, lalu ditayangkan di sebuah perhimpunan Pemuda UMNO (aku baca dalam surat khabar) dengan pelbagai komen tentang 'suara dia cam tak betul lah'. Tengok, aku tak perlu pun tengok filem ni nak tahu filem ni bodoh, hebat tak aku?
Mat Bond (1967)
Tonton filem ni Sabtu lepas di Colliseum (sehari sebelum Hindraf KLCC). Pembukaannya bagus. Mat Sentul bersiul, lalu semua kereta di bandar Singapura berhenti secara tiba-tiba, lalu Mat Sentul memecut keretanya (teringat Bruce Almighty). Pembukaan ini penting kerana tiga perkara: 1. Filem ni memungkinkan pelbagai kemungkinan kerana kuasa protagonisnya (ingat, dia punya kuasa mentakrif filem ini, semacam deus ex machine), maka 2. Filem ini segaya filem surealis, fantastik dan pelbagai lagi filem yang elanggar undang-undang logik fizik, maka plot dan garapan filem ini boleh saja tersasar ke mana-mana pintu dan gambaran, dan 3. Mat Sentul mewakili rakyat Malaysia baru, atau Melayu baru khususnya, melawan tindakan Mat Jenin dengan berani 'berangan', malah kerana angannya itu 'menjadi' dalam seluloid 2 jam filem ini. Semua ini menandakan filem ini bergaya bukan? Tidak. Selepas suatu adegan gadis bikini berjoget depan Melayu Tua (simbol birokrat lama Melayu), filem ini jatuh jatuh dan jatuh, hanya kerana Mat Bond yang berangan kuat yang boleh menghentikan sesak lintas kereta mahu memancing saja di tepi rumahnya. Memalukan! Malah pengakhirannya yang caca merba, walaupun pesimis, seakan menjawab lagi bentuk orang Melayu zaman itu yang berperangai 'saya hanya nak lari dari sini dan duduk senyap-senyap tak nak orang kacau'. Pada awalnya, saya suka gaya Get Smart dan The Avenger filem ini, dan gaya 'outdated' (lawan semua hero barat) filem ini yang saya fikir seronok pada awalnya, jadi hanyir dan busuk apabila masuk bab Mat Bond yang bodoh-bodoh, mencipta teknologi yang pelik-pelik tapi masih lurus bendul ("Kenapa awak asyik ikut aku?") dan dungu mindanya di depan orang lain.
Malam Jumat Kliwon (2007)
Sudah, lepas ni, aku perlu beritahu pada diri aku, jangan lagi tonton filem pengarah Indonesia yang satu ni, dah hatrik tiga kali aku kena kelentong dengan pengarah ni (Hantu Jeruk tu, Lorong Casablanca dan ini). Gaya dia senang, semacam sebuah plot drama bersiri Janji Diana (malah produksi Yusof Haslam sekarang lebih tebal ceritanya) fasal orang merebut kekasih, dan kemudian bebudak ni suka ke disko (tiga kali dibuat juga!) dan kemudian masuk ke satu tempat dengan BODOH lalu semua pun mati. Malah aku tertidur masa nonton filem ni. Nasib baiklah teman yang ikut aku tonton memang seorang teman yang berharga untuk ditemani, kalau tak... Filem ni jauh dari menakutkan. Adalah satu babak seronok ala Exorcist bila katil dipusing-pusing (suntingan laju, efek bunyi tinggi dan close-ups adalah perkara biasa pengarah ni) atau bila SEMUA PUN MAMPUS, tapi melalui menyiksakan mata dan duit yang membayar untuk filem ni. Malah kebiasaan pengarah ni dah jadi semacam stereotaip dan bukan auteur (dalam ceritanya, sekumpulan budak Indon mesti jahat, mabuk, suka seks dan suka ke disko) dan lebih menyerupai suatu cerita moralis yang diperpanjangkan. Siri Friday the 13th lebih seronok daripada filem ini.

6 comments:

GAIA said...

Orang Minyak

Barangsiapa yg dah tertengok Orang Minyak terbaru ini, pergilah mengubat "trauma" anda dengan menonton Nana Tanjung 2 akan datang yg pastinya lebih baik dari yang ini. Malah menonton Jehan Miskin "drag" dalam tudung litup lebih "stimm" dari menonton lembaga orang minyak yang berjalan terkangkang macam baru lepas kena liwat dek Ultraman.

====

Saawariya

Aku dapat tiket free Astro Kirana utk citer nie, kalo tau ko layan aku offer je...Memang 'Moulin Rouge' sesikit...tapi aku tak ingat dlm 'Moulin Rouge' adakah heronya turut meraba tetek aweknya bila berkasih? Apa-apa pun Devdas masih lagi sedap sedangkan Saawariya tidak tinggalkan perasaan yg sama mcam tengok Devdas. Satu lagi aku terfikir bagaimanakah sekiranya "penulis mulia Malaysia" itu terTonton filem ini? Apakah kau dapat meneka reaksinya?

====

Lions for Lamb

Filem ni mcm tak berjaya mencuri pandangan org2 "pengkiritik" ni, malah kalo tengok kat rottentomatoes pun dapat busuk je. Review kat cinemaonline membandingkan dengan Babel dan kata filem ni gagal dlm bla bla bla.....camana pun lepas tonton filem ni, apa yg aku fikirkan sebijik sama cam ko kata...yg mana "filem ini paparkan, sebuah persoalan yang tidak memberi jawapan tetapi meminta penonton memberi 'pendapat' rasional mereka"...100% agree(hairan juga bila ada penonton yang tanya kenapa cerita tergantung?)...malah, walaupun ko kata secara lembut filem ni berdiri di sebelah sayap kiri, aku rasa filem ni cuba sedaya upaya utk duduk di tengah2.

====

Beowulf

Ada org kata jalan cerita tak bagus...lebih banyak usaha diperah ke CGI berbanding kekuatan jalan cerita. Aku gi tengok tanpa letak sebarang expectation tapi lepas tengok aku rasa filem ni menepati acuan filem aksi-fantasy sewajarnya.

Waris Jagat said...

Kalau bosan pun tengok zombi-zombi dalam filem. Planet Terror wajib ditonton kerana ada trailer Machette pada permulaannya. Hehehe...

Beruang Madu said...

waaaa... best lah komen ko... first time aku sampai kat sini...

Bukan Ebert said...

Setiap kali ada pengkritik kata Beowulf tak punya isi. Mulut aku ternganga, mungkin aku tengok filem lain kot.

fadz said...

gaia, ko mmg hebat..

waris jagat, ya betul..!

beruang, t.kasih dan marhaban!

ebert, tu lah fasal... !

maberik said...

haaa dah agak dah mesti kau lg suka Planet Terror dpd Death Proof. tp biasalah, aku fanboy tarantino.hoho

tp bg aku, aku suka banget first half Death Proof sebelum kemunculan Zoe Bell. sbb aku rasa geng2 zoe bell agak annoying sampai aku berharap Stuntman Mike dpt bunuh sekor2.to each his own, i guess.