18 December 2007

Anak Halal (2007) Yang Haram Jadah

Ok, sebelum aku mula, ada dua 'part' dalam filem ni yang buat aku meloncat suka, terasa 'seronok' dan 'terhibur' menonton sebuah SINEMA (dalam filem, penting ada unsur-unsur yang menarik kita 'terpesona' dengan imej yang dipaparkan, contohnya sampai sekarang, aku tak faham 'cinematique moment' yang buat orang terpesona dengan tupai cute dalam Enchanted(2007), tapi ada sebuah babak itu yang kononnya deme semua suka sambil tepuk tangan bila tupai tu cuba berbahasa isyarat dengan si putera, ahh begitulah...).

Pertama adalah part sewaktu Pak Aziz Sattar yang ada cita-cita nak 'romen' dengan Fasha Sandha "Eh, janganlah makan sorang...", bila dah dapat tahu yang Fasha meloncat lalu mampus di kaki Flat PKNS Kg. Baru, Pak Aziz menunjukkan muka separa bengang-gersangnya ("aku melepas lagi...") sambil menggilap sandal, priceless!

Kedua ialah sewaktu klimaks cerita yang aku 'swear' seakan keluar daripada sebuah filem Rajinkanth! Ya, gaduh-gaduh keling style, huhuhu, Pariyapa! Walaupun orang akan meloncat menonton babak ni, dan memang pun SEMACAM babak ni langsung terkeluar dari 'makna realisme' dan logik filem ni (kita tak sedar pun Farid ada geng Mat Rempit yang beribu ala Jetsons), tetapi aku serius berkata, selepas aku sakit hati dengan rasa merewang filem ni, babak menyembelih tu macam buat aku tersengih suka, bukan saja kerana seronok tengok orang berbunuh (dalam cerita rated U, you!) tetapi semacam tengok Osman Ali sendiri bertutur "Aku tahu filem ni entah ke mana, jadi apa salahnya aku tambahkan satu lagi taik yang besar untuk selesaikan caca merbanya, seronok tak?" Aku jawab: Seronok! Itu 'jerk off moment' untuk aku. Dan waktu Zul Huzaimy bertentang mata dengan Farid Kamil, ya rabbi, hero lwn. orang jahat ala hindustan-tamil habis! huhuhu!

Ok, those are the fun part... Now, the goody-goody part..

Konsep filem ni bagus. Konsepnya ingin menjurus ke 'epikal', malah, jika kita baca hikayat-hikayat lama, cerita di mana raja yang terpaksa buang anaknya (lihat Caya Langkara) lalu anaknya membesar dan jadi seorang perwira budiman yang melalui pelbagai rintangan, lalu kembali ke istana lalu bertemu dengan raja lalu menyambung kerja ayahandanya, watak Farid Kamil sebagai Indera Putera (diambil dari nama hikayat Melayu itu) mewakili simbol itu. Tapi, jeng-jeng-jeng, tiba-tiba ada Greek Tragedy, ada sentuhan Oedipus bila Farid bertemu dengan ayahnya yang jahat (Rosyam Nor) lalu nak bunuh ayah dia (dia tak tahu masa tu Rosyam Nor ayah dia). Tiba-tiba aku rasa macam tengok Star Wars versi hindustan pulak.

Osman Ali sebenarnya ada sesuatu dalam tangannya. Dia mahu mencampuri dua unsur yang aku faham sangat dekat dengannya. Pertama ialah unsur realisme. Ini dipapar baik dengan filem pertamanya, Bukak Api(2000). Ini ditolong lagi kerana Osman Ali adalah seorang aktivis NGO yang menyedarkan masyarakat akan AIDS. Realisme Osman terletak pada keberaniannya memaparkan seksualiti yang tidak tersorok (kalau kau gay, kau gay, kau patut hidup) serta manusia 'bawah tanah' yang hidup melarat (tak lah melarat, deme hidup gak), baik pengemis, penagih dadah serta buruh. Suara ini tampak dalam golongan muda yang diwakili Farid Kamil dan geng yang suka makan burger, jual burger, main raba-raba bawah jambatan (mana-mana pun boleh asalkan jambatan), merempit (tapi tak tunjuk), bergesel dan gusti jika tengah tidur sama sejenis di ruang tamu atau dalam penjara dan mencarut, tanpa mak ayah nak sibuk meleter. Antogonis mereka ialah si samseng Zul Huzaimy (lagi sekali, Zul Huzaimy mengambil tarikan penonton setiap kali dia di dalam latar filem, kuasa fizikalnya, ya Rabbi... gila!), kemelaratan hidup, pihak berkuasa dan orang luar yang memandang rendah terhadap mereka (dalam filem ni, seorang Datuk lakonan Ahmad Tarmimi Siregar). Socialist 101 anyone?

Kedua, unsur romantisme-urbannya. Antara pengarah filem yang menangkap lanskap urban, Osman Ali adalah di antara suara muda baharu yang terbaik. Latar Flat PKNSnya sudah banyak kali dirakam olehnya, termasuk filem ini. Anak-anak urbannya (atau sub-urban) ialah anak-anak yang 'real', anak-anak yang datang dari jalan, anak-anak kelas rendah yang bekerja macam orang lain, makan di warung dan berborak tentang harapan, cinta dan impian. Cinta dan impian ini kadang-kadang menelus kepada 'fantasi' jiwa, angan-angan yang dicipta oleh anak-anak ini untuk keluar dari kesusahan atau 'mundane' hidup mereka, seperti mana yang ditunjukkan dalam iklan penjaga kaunter LRT Fair & Lovely.

Di sinilah terletak kesukaan kedua Osman Ali, iaitu kepada novel-novel picisan/popular. Novel ini mencerminkan falsafah dan impian anak-anak ini, atau secara sinis, dadah kepada anak-anak ini. Idea Osman ialah membawa 'fairy tale' dalam novel-novel 'berbahagialah akhirnya bersama kekasih' ini ke dalam hidup anak-anak ini. Anak-anak dalam filemnya, yang tinggal di bandar ini selalu 'mengimpikan' sesuatu yang keluar dari ruang dan habuk 'real' bandar. Kedua-dua watak utama telefilem Osman, Surat Untuk Bulan(?) serta Toll Gate Girl(2001) membaca novel picisan, serta mengalami atau melalui satu evolusi atau 'makeover' yang serupa untuk mencapai 'impian' mereka berlatarkan kekelabuan udara Kuala Lumpur.


Di sinilah, Osman Ali sampai ke peringkat ketiga filemnya, iaitu filem-filem yang mencampuri unsur realisme serta urban-romantisme, menyuntik sebuah roman yang ditunggang tebalikkan, suatu dekonstruksi terhadap erti 'fairy tale' , tradisi dan pengertian baik atau jahat. Ini adalah eksperimen Osman Ali. Puaka Tebing Biru(2007)nya adalah contoh terawal, membaur konsep roman serta realis sekitar.

Di dalam filem ini sendiri, kita nampak simbol 'pembauran' ini bercampur. Lihat saja Raja Farah yang memegang buku Perempuan Politikus Melayu (buku separa picisan roman dan realis, berakhir dengan pesismis yang kuat), gubuk cantik di atas flat PKNS atau Fasha Sandha mengimpikan terbang sewaktu tengah high dengan ganja. Farid Kamil sendiri, seorang hero yang anti-hero. Farid mempunyai semangat dan keinginan 'betul' seorang perwira Melayu lama, menjaga martabat, mengejar cinta agung, berlawan kerana benar dan maruah, berpegang pada prinsip, tetapi dia diajar di dalam filem ini, apa-apa yang dipegangnya, dijuangkannya, semuanya mempunyai consequences, dan consequences itu selalunya negatif dan pesimis. Maka Osman menyoal, manusia romantis seperti Farid tidak ada tempatkah dalam dunia ini? Ini dipertunjukkan pada babak akhir filem ini apabila Farid merangkul Bonda (Mislina Mustapha, memang 'cover girl' Osman Ali sejak Bukak Api) dan Maya Karin di depan polis. Sebenarnya pengkahiran filem ini lebih lesu daripada memberi satu keinginan jujur kepada penonton. Jikalau saja Osman Ali lebih provokatif, dan menjalankan opus tragedi yunaninya dengan betul, dengan betul-betul menyiksa Farid untuk sedar 'tidak ada maknanya lagi untuk romantisme' seperti mana yang dilalui oleh anak malang Salaam Bombay!(1988) atau Grave of the Fireflies(1988), filem ini akan lebih bermakna.

Malah, seperti Puaka Tebing Biru juga, filem ini banyak tersasar, atau banyak mencipta kecelaruan demi kecelaruan. Kecelaruan yang pertama dan boleh dipersoalkan, malah meruntuhkan segala 'harapan' terhadap filem ini ialah, pengenalan Fasha Sandha dengan Farid di tepi jalan (semacam betul-betul plot yang keluar dari sebuah novel picisan!). Kita mula persoalkan kenapa Fasha terlalu baik dengan Farid dan mahukan Farid (kenapa memilih Farid?), apakah relatif psikologinya dan apakah sejarahnya? Keadaan ini sangat longgar sehingga Vovin dan Nazim Masnawi mengingatkan Fasha itu psycho bimbo ala-ala Single White Female(1992) mengejar Farid sedang aku secara serius ingatkan Fasha saja gatal dengan Farid supaya dapat main dengan Maya (well, they did have a tenee weeny lesbo dance ala-ala Salon).

Persoalan Fasha tidak jelas, sehinggakan aku teringat, perwatakan Dynaz dan Betty Benafe dalam Haru Biru(2007) adalah langit terhadap bumi Fasha (membandingkan Haru Biru dengan filem ini ialah seperti membandingkan filem indie segar yang raw dengan filem pro kerajaan -hidup sihat tanpa dadah :) ). Malah, maaf cakap, Fasha, entah kenapa, setiap gerak-geri dia di dalam filem ini seakan menyakitkan. Semuanya kerana suaranya. Aku dapat bayangkan, produser filem porno pun tidak akan memilih Fasha kerana takut, suara nyaringnya membingitkan dari mengghairahkan. Dan paling sedih, Fasha 'cemerlang' hanya sewaktu babak-babak dia sedang 'high'. Aku terfikir, siapalah yang orang dulu heboh-hebohkan di Istana Budaya tentang seorang pelakon wanita yang amik dadah tu.

Oleh kerana Osman Ali terlalu mengambil masa kita dengan Fasha dan Farid, Osman lupa untuk mengembangkan perkara-perkara yang lebih baik untuk kita lihat, iaitu Adi Putera dan Raja Farah (suka dengan dia! Suka sangat!) serta cerita latar Rosyam Nor, geng mat rempit, dadah, bonda dan Zulhuzaimy. Aku faham, ini sengaja dibikin untuk memberi jalan heroik Farid untuk menemui ayahnya dengan dramatis (selepas kekasihnya dah mampus, dia perlukan satu lagi tujuan untuk dicapai), lalu mengangkat idea 'hikayat' yang diinginkan oleh Osman (anak putera bertemu ayahandanya) sewaktu penyelesaian ala-ala melodrama hindustan Farid menangis merangkul Bonda-Maya-Rosyam. Tetapi, di situlah kerosakannya. Bayangkan idea besar 'hikayat', romantisme yang terletak di atas bahu Farid, lalu didekonstruksi dengan tragedi yunani, pesisme hidup urban, dan kumpulan gelap yang kemudiannya diselang-selikan dengan kesengajaan demi kesengajaan yang sangat jelas. Kesengajaan yang aku tidak boleh maafkan ialah, bagaimana secara sengaja Fasha boleh bertemu dengan Adi di tepi jambatan, bila sebelum itu Fasha dipaparkan di'penjara' ala-ala Repunzel di dalam mahligai ayahnya.

Teknik filem ini memburukkan lagi suasana filem ini. Penyuntingan kelam-terang filem ini malas, malah banyak shot yang tidak bersambung dengan baik, semacam fregmen-fregmen tanpa konti yang teliti. Ada beberapa shot yang mengambil gambar watak semacam snap shot lalu statik sementara. Ideanya menarik pada mulanya, tetapi lama-kelamaan, semangat realis itu berubah kepada 'pretentious', kepada 'fashion shot' (Osman Ali seakan mahu idolasisasikan imej-imej ini) dan akhirnya membuak kedivaan semacam menonton filem hindustan (kita seakan terasa watak-watak itu 'dewa' yang perlu diingat). Kemudian, ya rabbi, orang dah kata, JANGAN GUNA LAGU ORGAN untuk latar lagu. Buruk betul! Malah, kalau filem ini 'senyap', mungkin aku boleh maafkan lagi.

Nasib baiklah, filem ini ada Raja Farah dan Farid Kamil yang 'constant' dan intrig dalam tempo lakonan mereka. Lebih-lebih lagi Raja Farah. Babak sewaktu Raja Farah mengamuk untuk darah, dengan baju dan wajahnya yang berdarah, lalu bila Farid menjerit untuk masuk ke rumah, Raja Farah mengilai, aku merasakan itu adalah antara babak bersejarah dalam perfileman cult Melayu tentang feminiti dan keganasan. Maya Karin juga bagus. Pada awalnya, Maya Karin macam tiada kesungguhan dan klise (ketawa gediknya), tetapi setelah filem ini berjalan, Maya Karin bersinar dan bersinar.

Filem ini, seperti Puaka Tebing Biru adalah filem-filem 'susah'. Ideanya besar dan segar tetapi memerlukan kerja rumah yang lama, pusingan draf skrip yang berulang-ulang dan produksi yang mantap untuk mendapatkan kesempurnaan. Osman Ali ialah seorang pejuang sebenarnya, dia benar-benar mahu mencuba sesuatu yang baharu, sesuatu yang pascamoden. Tetapi dia perlu banyak bersabar dan mencari lopong dan ketelitian. Jika tidak, filem yang menjadi antisipasi seperti ini, yang mempunyai semangat untuk marhaen-urban merasa mereka ada 'hero' akhirnya, hanya akan mengejek Osman Ali kerana gagal merealisasikan fantasi mereka walaupun sebentar.



ps: Saudara Ajami Bicaraskrip, terima kasih atas undangan, dan harap jangan bosan ajak saya lagi ya :)

48 comments:

kekure said...

Saya suka Maya karin..dia berjaya keluar dari kepompong watak hantunya..tp ada jugak scene di mana dia jegilkan mata seperti pontianak harum jadah itu huhuhuhuhuhuuhuhuhu

fadz said...

Btw, i think i did hear that Bonda bila kena ragut masuk kereta polis, meneriak, "P**I Mak!!" Wowoww!!! ke tolong mak??

ray eusouff said...

I heard the p***mak jugak. huhuhuhu

fadz, good review...very interesting point of view. Educational.

kekure said...

U heard right I suppose..I pun rasa cam dengar camtu gak kwang3...kene check ngan ajami nie

ajami said...

kekure - aku dgr bonda ckp "alamak! alamak! alamak!" [versi LPF imaginasi aku ler! huhu!]

fadz - Mamat Khalid nx film KALA MLM BULAN MENGAMBANG 10.01.08 neo-noir.. mau?

*kau nak beli dvd BUKAK API & MALAIKAT DI JENDELA tak? contact ler:

En. Yusneezam Yusop [Nuansa Sdn. Bhd.]
email: yusneezamyusop@yahoo.com atau tel: 017-2081733

*depa tak jual kat kedai, just for collector's item ajer ;-)

yasmin said...

konsisten dari 'bukak api', to 'malaikat di jendela', to 'toll gate girl', to 'intan mahsuri', dan sekarang to 'anak halal', osman shows me his innermost feeling -- and that is, orang-orang yang selalu di labelkan sebagai "orang kelas bawahan" or even "sampah masyarakat" sebenarnya lebih mulia dari orang biasa, khususnya orang atasan.

osman is an AUTEUR!

and i would be very interested to see osman buat sebuah filem di mana he is left ALONE to freely express that belief, tanpa meddling dari producers. so far he did it most successfully with 'bukak api'.

cathay keris said...

dah tengok bukak api... jauh lagi... dah tengok prebiew anak halal jauhhhh pilem dia rasa lebih kurang cam komen kau laa realism? formalist kut... tak ori ... tapi usaha tu aku respect laa... tau nie tak da filem yg gempak lansung.... para2 tukang komen apa lagi buat laaa... termasukla aku... maaplaa... maaplaa... sori nie iklas

fadz said...

ajami, nak nak nak join..!!! did i tell u i love mamat khalid? huhuhuhu..

Kak Min, yeap, 100% sokong.. and yeap, rindu kat Bukak Api Osman..

cathay keris, jangan suruh org mengomen buat filem..itu perkara bodoh yg pernah aku dengar..(dan defensive, perangai emo biasa org Melayu) Pernah dengar Pauline Keel, Leonard Maltin, Hobbermann buat filem? Tugas pengkritik/pengulas ialah itu- "memberitahu", terletak atas pembaca nak menyokong atau tak, tetapi yang penting, berlakunya satu perbualan/perbalahan kerana tulisan mereka (sama seperti filem itu). Contoh terbaik seperti yang Kak Min katakan di atas. Dengan itu, filem itu HIDUP. Inilah namanya mengaprisiasi filem.

Contoh: Ramai pengkritik berbalah dengan filem Big Lebowski arahan adik-beradik Coen, ramai pengkritik mengatakan filem entah apa2 adik-beradik tu, filem itu tidak pecah panggung malah rugi, tetapi, ada juga penyokong yang menyokong besar, dan setelah beberapa tahun, filem itu kini sudah menjadi 'cult', bila ditayang di festival2 kecil, ditayang khas untuk permintaan orang ramai, dan kini, ramai sudah menganggapnya klasik, malah beberapa peminat telah membukukan sebuah 'definitive companion' me'rebuke' apa kata2 pengkritik tentang filem tu. Ini yang aku nak lihat berlaku dengan filem-filem kita. Pengaprisiasian dari pembikin-penonton-pengkritik, satu dinamisme yang tidak boleh dihalangi dalam mana2 industri perfileman.

cathay keris said...

fadz jgn laa marah... aku paham sangat.. sangat paham.. aku sound diri aku jer... coen brothers aku suka.. sangat suka esply Barton Fink walaupun orang kata leleh... lelehka.. kau jgn salah paham.. tabik n for yasmin... munkin betul kut director kena kacau dgn pengarah susah... memang susah... osman ali teruskan... teruskan... kalo boleh ups sikit jer takble komen banyak2 takut kena marah tabik.. iklas

fadz said...

cathay keris, huhu, aku bukan marah, suara je tegas, huhu.. BTW, ada buat filem ka? nak tgk! Filem terbaru Coen dah tgk?

Nazim Masnawi said...

Cathay Keris, Anton Ego's monologue in Ratatouille says it all. Watch and then re-watch.

Nazim Masnawi said...

"...and that is, orang-orang yang selalu di labelkan sebagai "orang kelas bawahan" or even "sampah masyarakat" sebenarnya lebih mulia dari orang biasa, khususnya orang atasan."

I have to disagree with you there, Kak Yasmin. Osman's portrayal of the issue (i.e. kelas bawahan vs. kelas atasan) is unflinching and non-judgmental*. These days, most of movies made concerning this thing go to one extreme or the other (preaching or offering unrealistic optimism *wink* *wink*), rather than following Osman's old lead and offering audiences three-dimensional characters on both sides (check out Rashid Salleh's character in Toll Gate Girl) of the conflict. Despite being about a very familiar issue, Osman Ali's earlier works are stuff like no other, and that's the reason they are rightly considered a masterpiece - which made my hate and frustration toward Anak Halal even friggin' more!

*And I'm talking about his old oeuvres

amirahsyuhada said...

woi, aku memang puas hatilah ko punyer review!! Kalu ko buat filem pun mesti best.

fadz said...

woooo...Nazim beraninya kau .. huhu..but u have a point..

amira, terima kasih tapi tak, saya takkan buat filem, sebab filem2 saya takkan masuk pawagam Malaysia punya..

vovin said...

here i share my experience:

Bebebrapa hari lepas aku pergi minum-minum dengan kwan-kawan dan kawan tas kawan. So seorang kawan aku tanya "anak Halal best?"

Sudah tentu aku kasi kritik peribadi aku. Rupanya salah seorang awek dalam geng minum itu krew anak Halal. air muka dia berubah dan dia mula keep talking betapa hebatnya Osman ali, Osman Ali baik bla bla... which takde kaitan dengan produk Anak Halal pun.

Itu bukan pointnya bila aku memberikan krtik anak Halal.

Selalunya ada satu mentaliti manusia bila kita meluahkan kritik ke atas that particular produk, seolah-olah kita di cop musuh si pembuatnya.

Aku tak ada masalah dengan Osman Ali sebagai seorang manusia dan pengarah. Yang aku tak suka ialah produk Anak Halalnya sahaja.

Ini selalu berlaku bila kita memberi komen.

Maka, sebagai contoh, jika Fadz membuat filem, aku tidak suka filemnya, aku memberi kritik terbuka, maka haruskah aku menjadi musuh Fadz keseluruannya, adakah aku dan fadz tak boleh minum sama-sama lagi?

Kalau aku tak suka that particular produk, maka ITUlah yang aku tak suka. Aku kurang ambil peduli kalau satu Malaysia suka pun, Atau aku kurang ambil peduli tentang aku yang dikatakan bodoh kerana tidak menghargai seni - sebab tak sokong.

Because, sometimes, people just agree sebab takut dicop buta seni. Padahal, they really not sure.

Yes, ini komen emo.

Selamat Raya Aidil Adha.

Hikhik...

Anonymous said...

certain part dlm filem ni really makes me think that filem ini lebih baik dari gubra. =)
kenapa? sbb saya igt dah tade filem melayu yg bagus after gubra.

yasmin said...

it's ok, nazim. i told osman the same thing as what i wrote here. his reply was "thank you for GETTING IT!".

maybe you missed something?

there are more than one way to tell a story. which way you take depends entirely on who you are. hence the phrase "auteur".

in malaysia, as was obvious in some comments "sepet" received in kakiseni, pseudo intellectuals never seem to grow out of their teenage angst. they seem to think that the only way to tackle heavy issues is by being grim and pessimistic. that is the most dated notion of all about cinema or even art!

in cinema, there is room for personal expressions beyond the pseudo-intellectuals' obsession for heavy films. there is room for the doom-and-gloom of mikio naruse's tragedies, there is room for the levity and dignity with which ozu's people face adversity, and there is room for chaplinesque comic view of a tragic world.

is any one of these approaches more valid than the others? that's an absurd question!

so which of those approaches do i subscribe to? i can't say for sure, but i remember finding this little anecdote a long time ago and it shaped my view of the world and influenced the flavour of my films ---

"A student asked Soen Nakagawa during a meditation retreat, 'I am very discouraged. What should I do?' Soen replied, 'Encourage others.'"

we live and learn. *wink*, *wink*

Anonymous said...

Auteur ka, Auta ka, yang penting layaaaann!

Megat Eusofe said...

terima kasih couse sudi singgah2 datang my lil blog utopia nihh

yeap
gue mmg pelukis
ok la utk puaskan diri sendiri n wallet
hahahahaaa

huik
cari pelukis ?? for whut ??
menarik bunyinya

Anonymous said...

"saya takkan buat filem, sebab filem2 saya takkan masuk pawagam Malaysia punya.."

jangan le camtu. kalau tak boleh tayang kat sini, mungkin masih boleh tayang kat sana atau kat situ...

semangat lah sikit!

ajami said...

fadz, skrip yg kau e-mail arituh mcm akn jd 'cult' ajer?.. jom cari producer yg kaya-raya-raya-raya!!!

nazim - errrrrrrr.. nak lagi komen cenggituh plsss..

kak min - rajin merayau-rayau rupanyaaa.. huhu!

pangeran chinta said...

aku suka reviu nih..
aku suka jugak yang faisal tehrani tulis..

dah baca?

fadz said...

vovin, itu lah aku suka lepak ngan hang sebab hang jujur.. fasal tu org macam azwan aku letak dekat2 sebab walaupun dia benci asain aku, dia tetap kata aku boleh menulis, huhuhuhu... (dan belikan aku buku jurnal kegunaan Ernest Hemmingway yg mahal tu dari Kinokuniya, huhuhuhu) org macam ni la aku respel, tapi makwe aku suka sangat dgn asain, aku nak macam mana kan? hahahahaha


hahaha, anon, state ur case why this film is better than gubra, interesting!!! huhuhu


kak min, u too have a point, tapi nazim still has a point. masing2 punya kuasa kan? Dia semangat lain n we shd respect that semangat walaupun kita rasa betapa salah dia berpegang pada semangat tu..

anon2, ya betul..!

megat, wa serius... if u could, pls email me: fadliakiti@yahoo.com, ada beberapa kerja, tapi sebelum tu saya mahu tahu jika anda boleh melukis manual/digital dan gaya yang aanda senang, saya perlu lihat art work anda..

anon3, haahaha, mmg betul.. cik dik/kak/bang/pakcik/makcik, saya penulis dan saya mengulas, its better for me to do the things im good in (hahaha, kutuk la aku azwan, kutuk cepat, hahaha).. emm, kalau Malaysia dah mula start boleh buat filem excessive gore, S & M, good zombie effects, then tunggula i masuk lubang, sebagai penulis skrip aja lah, mengarah akut tak berani oooo! fasal tu aku still respek kt osman ali woooo..

ajami, errrrrrrrr. ye ke?

pangeran cinta.. belum baca tapi dah dengar skandal org kutuk dia dalam cari.com.my fasal rebiu tu, bagi aku kalau dia tak suka dah lah, unless dia sentuh benda2 moral dalam tu lah.. (anak halal mmg berani tapi BUKAK API 1000 kali lagi berani wooo!)

Nazim Masnawi said...

it's ok, nazim. i told osman the same thing as what i wrote here. his reply was 'thank you for GETTING IT!

maybe you missed something?


Tell me, Kak Min: Berapa banyak kali seorang penonton "Rabun" atau "Sepet" atau "Gubra" atau "Mukhsin" yang datang kat Kak Min, lalu memberikan pendapat yang positif tentang salah sebuah filem Kak Min, lalu membuatkan Kak Min ternganga sebab point dia tersangatlah betul, yet Kak Min tak pernah sedar sebelum ni? Let me guess: Millions of times?

See, tak semua pengarah fully “get” his/her own works. Study Richard Kelly's whole filmography, atau check out the ending of the "Blade Runner: The Final Cut" nanti which hints that Ridley Scott is also one of those filmmakers who just doesn't understand his own movie. Saya tak cakap saya betul 100%, tapi your debate “I was right because I got the confirmation from the director HIMSELF” is really weak and tired; meletakkan you sebaris dengan cathay keris kat atas.


there are more than one way to tell a story. which way you take depends entirely on who you are. hence the phrase "auteur."

in malaysia, as was obvious in some comments "sepet" received in kakiseni, pseudo intellectuals never seem to grow out of their teenage angst. they seem to think that the only way to tackle heavy issues is by being grim and pessimistic. that is the most dated notion of all about cinema or even art!

in cinema, there is room for personal expressions beyond the pseudo-intellectuals' obsession for heavy films. there is room for the doom-and-gloom of mikio naruse's tragedies, there is room for the levity and dignity with which ozu's people face adversity, and there is room for chaplinesque comic view of a tragic world.

is any one of these approaches more valid than the others? that's an absurd question!

so which of those approaches do i subscribe to? i can't say for sure, but i remember finding this little anecdote a long time ago and it shaped my view of the world and influenced the flavour of my films ---

"A student asked Soen Nakagawa during a meditation retreat, 'I am very discouraged. What should I do?' Soen replied, 'Encourage others.'"

we live and learn. *wink*, *wink*


Saya suka benda yang optimistik*, tapi there's a thin line between optimism and unrealistic optimism (check out my earlier comment again). Benda nilah yang membezakan great films by Jean Renoir dengan filem-filem drama Hollywood. Benda nilah yang membuatkan some intellectuals (not just pseudo) ingat films like Crash** dan most of Zemeckis' works are great arts. Dan, worst of all, benda nilah punca lahirnya golongan penonton yang nakkan wacana pesimis lagi grim macam Kak Min cakap tu.

Ke, from your point of view, takde perbezaan antara optimism dan unrealistic optimism? See... all right, I think I'm starting to “get” your films now (or do I need to send to you some message and wait for your reply of confirmation?)


* I'd like to say that one of my faves is Hal Ashby, but I guess you wouldn't want to believe that.

**Kepada peminat Cronenberg, simpan dulu rifle Remington 700 anda. I was talking about Haggis' Crash.

fadz said...

wahhh, nazim, tuuu dia...i always know kau lah 'd true' film critic walaupun org akan kutuk tak, but serious man.. kau, fuuhhhhh!!

btw, aku peminat besar Croenberg, huhuhuhu!

yasmin said...

ah, nazim. how shall i put this... hmmm... ok, here goes.

actually it's ok with me whichever way you feel about my films or anyone's for that matter... if you know what i mean. ;-)

i liked most films of hal ashby, although i felt it was all downhill after "being there". but i gotta say, with the rare exception of "the fly", cronenberg's films don't do much for me.

and i'll be damned if i had the gumption/gall to tell david how i feel he should or should not make his films!

Nazim Masnawi said...

"and i'll be damned if i had the gumption/gall to tell david how i feel he should or should not make his films!"

So you mean, because you feel that way, semua orang patut praktis the same kinda of attitude jugak?

fadz said...

errr guys (Nazim & K. Min), dont u think its becoming a bit personal dah?

i love both of u, soo, errr, errr, let bygone be bygone leh?

yasmin said...

yes.

Anonymous said...

Yasmin, filem hang semua tak best! uwek!!!

yasmin said...

hehe! terima kasih kerana menonton semua filem saya. ;-)

fadz said...

hehe... baguslah filem Kak Min, orang tak suka pun boleh pegi tgk, huhu..

Megat Eusofe said...

yeap
jika di lihat jalan cerita nie
macam membaca roman tragedy

indra putra pun nama hindu dari hikayat lama

n
bila menonton anak halal
seperti menonton sebuah hikayat zaman moden

Megat Eusofe said...

yeap
jika di lihat jalan cerita nie
macam membaca roman tragedy

indra putra pun nama hindu dari hikayat lama

n
bila menonton anak halal
seperti menonton sebuah hikayat zaman moden

Anonymous said...

erk... boleh mintak refund ke?

fadz said...

megat, yeap..wei, gue masih tunggu lo punya mail daaaaaa...

anon, emmm, ini kan Malaysia, refund2 deme tak belajar kot...huhuhu

modcod said...

Fadz: "cathay keris, jangan suruh org mengomen buat filem..itu perkara bodoh yg pernah aku dengar.."

Macamana pulak dengan pengkritik yang kemudian pergi buat filem/karya sendiri kemudian jadi macam "Silat Lagenda" aje, misalnya? Kalau baca kritikan bukan main dahsyat, kira mana-mana pengarah dalam dunia dia boleh pulun.

Lagi satu: bagaimana pulak dengan pengkritik yang ada keupayaan nak buat filem sendiri, untuk memperkembangkan industri secara praktikal, bukan pakai cakap aje. (Dia kerja dengan Finas, misalnya.) Tapi dia tak buat? Sebaliknya, dia lebih happy mengkritik sana-sini?

Bolehkah kita kata yang pengkritik semacam itu -- yang suka crap atas orang macam Razak Mohideen & Yusof Haslam, kononnya filem-filem itu tak bagus -- tapi kemudian ternyata hasil karya dia sendiri pun tak setara mana; bolehkah kita kata yang sebenarnya pengkritik semacam itu sebenarnya jaki dengan sukses yang orang-orang lain itu ada?

Maksudnya begini: kalaulah aku bikin filem, aku akan boleh accept kritik dari peer. Maksudnya, kritikan dari orang yang juga buat apa yang aku buat. Sebab orang semacam itu yang akan faham, apa halangan dan apa sebab kadang-kadag visi dalam kepala otak aku tak sampai ke layar perak. Cuma orang yang dah buat saja yang akan tahu realitinya. Tapi orang yang tak pernah buat dan bicara ikut suka hati, bolehlah dia cakap apa dia suka sebab dia tahu dan tak berani mahu tahu.

Misalnya: aku pernah dengar orang yang mengarah "Silat Lagenda" tu, bila ditanya dalam satu forum pasal apa dia kritik filem orang macam-macam itu-ini, tapi bila buat sendiri "Silat Lagenda" aje jadinya, dia jawab: salah editor.

Itu maksud aku. Sebelum buat dia kritik macam-macam, dia bebas cakap, sebab dia Tak Tahu. Lepas dia buat, baru dia Tahu. Dan itu yang (sepatutnya) buat dia berasa humble. Tapi sayangnya, tidak.

Aku: tak sabar nak tunggu cerita TV dari pena Ajami.

modcod said...

To Puan Yasmin:

itulah yang dinamakan criticism post-modernist. Pengkarya (samada author atau auteur) sudah mati. Semua interpretasi tentang karya terletak atas riba pembaca/penonton/pendengar semata-mata. Nawaitu pengkarya tidak penting dan selalunya tak masuk dalam consideration pun!

Secara peribadi, aku amat tak suka dengan principle post-modernist ini. Pada aku, niat si pengkarya sepatutnya menjadi titik-tolak atau benchmark untuk orang mengukur bagaimana hebatnya karya itu.

fadz said...

Mod cod, cakap AJA lah Pak Hassan Muthalib, menyampah aku 'dia' 'dia', JUST SAY IT FOR GOD SAKE. KAu pun, siapa sebenarnya? Anw, itu tanggapan aku, lantak hidup pak hassan nak buat filem silat ke filem kancil ke dan masih nak bantai orang, ini negara bebas kan? Tapi ingat sesuatu, Pak Hassan buat Silat Lagenda, dan selepas itu baharu beliau dikenali dengan kritik2 beliau tentang filem. Dan kini, wallahi, kalau betul dia nak buat filem, seperti yg aku dgr, masa tu hang simpanlah peluru hang betul2..Aku sendiri menaympah dengan Silat Lagenda, mmg entah apa2, bodoh yg amat, tapi aku tak kutuk sehabisnya sebab Pak Hassan juga ayah aminasi negara kita..

Orang yg patut kaau tgk ialah Mansor Puteh, seorang pengkritik yg pedas tapi kononnyaa bila buat LEMAN, semua org tak suka (Pak Hassan kata filem avant garde)..lepas tu terus lesap..

Haiii, inilh fasal, kebanyakaan PENGKRITIK FILEM AMERIKA tak buat filem, fasal jenis org macam koranglah (sebab menonton suatu hasil dan mencipta suatu hasil mmg lain)... haaii, ini yg buat aku pikir 1000 kali bila org ajak nak buat filem, bukan takut, tapi rasa mmg tak kena ..

btw, tak semua filem Razak dan Sop Selam buruk, aku baagitau, kalau ok, aku katalah ok, klau aku tak, suka, aku bantailah!

fadz said...

modcod, aku respek kat pandangan hang (tak sokong pandangaan org luar tapi pembikin filem walaupun bagaimana cikai kaitan falsafah utamanya dgn filem yg dia buat), dan begitulah sepatutnya kau pegang, tapi aku pegaang kuat2 yg sesiapa BERHAK mengintepretsi sesebuah kerja sekular (yg tak dibawa ke kubur), dan terpulang pada pembaca untuk mempercayai pembikin filem itu atau pengkritik itu. Macam aku sendiri, aku suka baca tulisan A Wahab Hamzah dan mmg terpengaruh dgnnya, tapi kadang2 apa yg dia tulis pun bukannya aku suka dan setuju, itu termasuklah sesiapa yg bacaa celoteh aku, tak semestinya mereka setuju, kalau mereka nak setuju je, matilah, mana perkembangan jangka hayat filem tu bila tak dibahaskan.. itulah kerja perbahasan cik modcod, dan ia sebenarnya utk kebaikan filem itu juga, sebab 100 tahun daari sekaarang, apa2 yg sudah dikata di sini kan dirujuk oleh merekaa pda 100 tahun depan dan siap mengintepretasi sesebuah filem tu dari kaca mata yg lain pula.. itu yg patut kit tgk berkembang buat filem kita..

Anonymous said...

tak salah rasanya kalau seorang pembikin filem berasal dari seorang pegkritik filem. sebab kadang-kadang,pembikin filem ni tak berapa nak mengkaji sangat selera masyarakat sekarang. Ha, kalau nak cakap hanya pembikin filem sahaja yang 'layak' untuk mengomen hasil pembikin filem yang lain, kenapa masih terdapat cacat cela filem-filem tempatan kita. Tengok sahaja "anak halal yang haram jadah" tu. Kehadiran para pengkritik filem kiranya sebagai wakil kepada suara -suara orang yang tidak berani atau tidak tahu bagaimana cara nak meluahkan ketidak puasan hati mereka kepada filem yang mereka tonton. Jangan sesekali memandang rendah kepada bakat orang lain. N tidak mustahil jugak suatu hari nanti, pengkritik filem dapat menghasilkan sebuah filem yang jauh lagi hebat dari pembikin filem yang berpengalaman.
Hehe!
jangan mare ya!

fadz said...

tidak tidak (aku yg perasan nak mampos) ku tetap tak berani macam Roger Egbert untuk Beyond the Valley of the Dolls atau Francoise Truffaut atau Kielowski, tidaaaak..! (masuk gaung sebab kena tolak)

modcod said...

Anonimouse,
yang cuba saya sampaikan di atas tu bukanlah pasal pengkritik tak dibenarkan buat filem. Malah, bertentangan sekali dengan itu. Aku cakap: Pengkritik yang ada kemampuan nak buat filem, kenapa dia tak pergi buat filem saja daripada mengkritik tak habis-habis?

Sdr Fadz bercerita pasal sekular. Aku anggap maksud dia ialah, sekular vs religious. Jadi kita masuk ke dalam gelanggang keugamaan sekejap, ye: bukankah dalam al-Quran Allah mencela orang yang cuma suka bercakap tapi tak buat?

End of story.

Bila tengok benda yang tak betul, setiap insan Muslim ada tiga pilihan:
1. Betulkan dengan kederat (maknanya, dalam konteks ini: BUAT!)
2. Betulkan dengan lidah (maknanya: KRITIK!)
3. Betulkan dalam hati (maknanya: tak kata apa-apa).

Untuk pnegkritik macam sdr Fadz, yang tak ada access kepada nak buat filem sendiri, makanya Nombor 2 adalah pilihan yang boleh dimaafkan. Tapi untuk orang yang ada kemampuan tapi Tak Buat, sebaliknya cuma cakap banyak merata, makanya apa?

Dayus. Pengkarya yang dayus. Itulah termanya.

PS, kenapa pengkarya filem tak komen sesama sendiri? Daripada apa yang aku fahamkan sejak bergaul dengan pembikin-pembikin filem dan muzik, sebabnya senang saja. Samada:
1. Profesionalism, atau
2. Mereka tahu kenapa sesuatu karya tu selalunya tak sampai kepada visi asal pengkarya. Sebab itu kalau mereka kritik pun, kritikan mereka ada sifat praktikal.

Kalau orang yang tak reti/pernah buat filem tapi cuma setakat baca buku sahaja, makan sifat praktikal itu tak ada. Bila dia dah cuba buat sendiri barulah dia faham realiti kepayahan nak berkarya mengikut committee ni. Barulah masa tu bila orang lain pulak kritik karya dia, dia akan salahkan editor. Kenapa tak ambil tanggungjawab?

fadz said...

modcod, i see ur point dan setuju, huhu.. yeap, seorang yang ada dalam industri filem perlu tahu juga erti pembikinan dan juga sudut 'pov' penonton. Di sinilah kuasa penonton seperti vovin, nazim masnawi, maberik, jimi, ajami dll come in place.. wat do they expect from another pov. Seperti jika Pak Hassan menggunakan satu shot animasi ke sebuah bangunan berulang-ulang (shot bird eye view ke bangunan tinggi), lagi sekali dan lagi sekali dalam Silat Lagenda, Pak Hassan perlu sedar bahawa penonton tentu akan marah kerana merasakan pembikin animasi 1)tidak kreatif kerana guna shot yang sama 2)pembikin animasi malas dan 3)rasa duit mereka terbuang tengok hasil kerja 'malas'. Itu yang patut Pak Hassan anticipate seperti yang modcod umumkan (being practical when giving criticism when u r a film maker). Jika Pak Hassan kata, bajet takde dan kuasa tenaga tak ramai, saya setuju, tapi bila Pak Hassan kata 'editing tak tahu buat kerja', kerja menunding adalah kerja terbodoh buat pengarah filem untuk lakukan. Dalam pengarahan filem Hollywood, pengarahnya akan sentiasa jadi 'bapa' pada semua krunya lalu walaupun anak kru seperti cinematography atau editing atau sound macam palat, pengarahnya akan kata bagus. Jika Pak Hassan dah kata editing tak betul, sebenarnya Pak Hassan menuding jari kat diri sendiri kerana menjadi seorang pengarah yang keanak-anakan. Itu Pak Hassan kena jagalah. Contohnya, seperti David Lynch dalm DUne, kerana kebengangannya dalam banyak aspek filem tu, dia memanggil filem tu bukan ARAHANNYA (aku lupa nama nickname yg digunakan, smith or smtg jika pengarah tak ngaku arah filem tu).. Ini adalah kerana, penting buat pengarah mengikat para kurnya seperti sebuah famili, bentuk menjaga mereka, kalau nak seperti diktator seperti James Cameron atau Stanley Kubrick, atau open minded seperti Robert Altman atau Mamat Khalid untuk memaparkan 'perfection' di layar. Baharulah orang akan respek, walaupun orang tak suka gaya pengarah tu..

tapi mod cod, gua tak beranilah campurkan filem dengan agama...mak gua dah selalu banting gua tentang ni...dia kata, filem ni jangan diambil sampai nak masuk kubur, sebab ia tak bermakna... bila gua bagitau ni kat kak min, kak min sedih sebab baginya, ini kerja amal buatnya untuk Tuhan..tapi gua pegang pada ikutan ibu gua, bahawa walau bagaimana jauh gua buat kerja meroyan ni, ini hanya berhenti di dunia dna gua tak bawa ke akhirat.... malu beb depan tuhan walaupun tuhan tahu apa yg gua tgh tulis sekarang, huhu ;p

modcod said...

Pada aku Islam adalah ad-deen. Jalan hidup. Jadi apa saja yang Muslim buat dalam hidup, mestilah bercahayakan Islam dan al-Quran. Ini termasuklah dalam kes berbicara pasal filem atau apa-apa aktiviti sekular sekalipun. Sebab ugama tu diturunkan untuk membimbing pekerti. Pekerti yang baik tu mendatangkan akhlak yang baik. Itu motif mutakhir ugama.

Dan kedua, apa pasal kita tak ioleh jadikan filem sebagai sebahagian daripada dakwah? Kata Nabi berdakwah biar dengan cara bijak. Walaupun bagi sebilangan Muslim filem adalah suatu benda yang hampir kepada najis, tapi tak ada sebab pasal apa medium ini tak boleh dijadikan landasan untuk memperbetulkan apa yang bengkok dalam dunia hari ini.

Akhirkata, aku setuju dan sokong dengan falsafah Puan Yasmin seperti yang kau sebut di atas. Filem juga adalah perjuangan. Semuanya terletak pada nawaitu. Yang penting BUAT. Jangan CAKAP saja -- yang tu barulah tak bertepatan dengan konsep Islamik.

Anonymous said...

fuck u modcod, people like u make us not wat to watch movies!

drill

Anonymous said...

fuck u modcod, people like u make us not wat to watch movies!

drill

damien said...

filem ini terletak pada kekuatan farid kamil.. aku suka raja farah time berkemban :)