18 February 2008

Micheal Clayton (2007) Memberangsangkan

"I'm not the guy u kill, I'm the guy you fire!"

Micheal Clayton


"I'm Shiva the god of death!"

Micheal Clayton


"Take this 50 dollars worth, just drive..."

Micheal Clayton


Aku tak tahu korang tapi aku rasa, filem ini, kerana keseimbangannya dalam semua sudut (walaupun ada yang menyatakan garapan jarak filem ini agak lembap) menjadi antara potensi terbesar untuk merangkul filem terbaik malam anugerah Oskar nanti. Aku menonton filem ini daripada DVD Kekure. Dan filem ini memberangsangkan.


Filem ini mempunyai plot yang bagus, tentang Micheal Clayton, seorang 'tukang cuci' masalah guaman di sebuah pejabat peguam yang besar sedang dalam ambang 'kejatuhannya' yang perlu melakukan sesuatu untuk kawan/ahli syarikatnya, Arthur (lakonan baik Tom Wilkinson) apabila Arthur, tiba-tiba merosakkan prosiding perbicaraan luar mahkamah dengan membogelkan dirinya di depan khalayak.


Ada dua perkara yang membuat aku terus terpikat dan terselam di dalam dunia arahan/tulisan Tony Gilroy ini. Pertamanya adalah keberanian Gilroy memusing-musingkan perkembangan watak di dalam filem ini, memberi kita kefahaman 'thrill', bukan daripada segi antisipasi terhadap pembukaan plot demi plot (kebiasaan ngeri noir dan filem Hitchcock) atau sekuen aksi demi aksi (selalunya arahan filem Micheal Bay), tetapi bagaimana Tony membawa satu-satu watak, dipersoalkan, dianalisa dan kemudian memberi satu 'jalan' terhadapnya, walaupun beberapa penonton yang biasa menonton filem genre ngeri/penyiasatan/paranoia akan 'sedar' akan pembukaan yang mengangkat jawapan filem (siapa dalang, siapa kunci dan selanjutnya). Dan dengan mengejutkan, Tony menggunakan tempo drama 'character driven' serta melodrama (tanpa runut bunyi yang terlalu, malah kadang-kala pelik, kerana latarnya bukan 'moody' seperti dalam Crash tetapi bertempo laju seakan memang dalam sebuah filem ngeri aksi semacam saga Bourne) untuk menggerakkan cerita.


Maka perkara kedua yang berjaya Tony sentuh ialah, bagaimana pada awalnya penonton 'sedar' akan tempo ngeri filem ini menjurus kepada sebuah plot filem ngeri-mahkamah semacam novel John Grisham, tetapi kita akan tersedar bahawa, ia bukanlah lebih daripada cerita 'konspirasi' di balik korupsi sistem perundangan kerana kuasa besar guaman yang mengepalainya tetapi tentang Micheal Clayton yang perlu 'memuhasabah' dirinya tentang segala baik-buruk yang telah dilakukan, sebuah filem moral yang meneliti kegagalan hidup seorang watak separa 'diperkudakan' dan ke mana dia perlu pergi, titik pembawaan yang sama dibuat dalam Jerry Magguire (yang memberi kesudahan cinta) tetapi di sini lain kerana filem ini memberi pengkakhiran terhadap watak Micheal Clayton itu sendiri (serta moral yang dia pilih mengatasi kuasa syarikat gergasi seperti Jerry Magguire). Pencapaian diri ini, disulam dengan drama separa tragedi Shakespeare (pengkhianatan yang lazat, selazat-lazat Macbeth, tapi mempunyai rempah Hollywood di akhir cerita yang tidak menjengkelkan aku malah dipuji) serta kekeluargaan membuka sebuah filem yang segar, emosional dan masih memberi kuasa drama yang kuat. Malah, kuasa sebenar filem ini adalah daripada dialog-dialognya yang mencengkam dan akan diingati. Setakat ini, aku sudah menonton 3 buah filem yang akan dinominasi untuk filem terbaik (Atonement dan There Will Be Blood belum) dan daripada tiga filem ini, walaupun Juno mempunyai beberapa tempat yang menyentuh, serta No Country ... mempunyai beberapa imej dan dialog berkuasa, sebagai kebiasaan filem, perlu ada sebuah 'dialog' yang boleh diingat oleh para penonton dan dipegang sehingga berzaman. Dan adat kebiasaan Hollywood ini dipegang oleh filem ini dengan kebanyakan dialognya yang memang mengancam.


Ya, memang filem ini mungkin tidak setanding kuasa sinematik No Country ... yang sangat memberangsangkan, gelap dan kuat, atau mempunyai himpunan pelakon yang sangat memberangsangkan seperti No Country ... tetapi filem ini mempunyai kesegaran yang disulam dalam tradisi filem-filem yang biasa baik dan boleh menang untuk filem terbaik Hollywood. Filem ini, sekurang-kurangnya perlu memenangi satu anugerah Oskar pada 24 Februari nanti.

4 comments:

kekure said...

Nampak ngat le aku nie pengedar DVD haram hahaha..btw juz watched the assassination of jesse james..slow tp best..benci cassey affleck in this movie (he's nominated alongside johnny depp) fuckin cool..tp camne pun aku akan tetap cakap brad pitt gak le best dlmm cite nie harharharun salim bachik

kekure said...

Nampak ngat le aku nie pengedar DVD haram hahaha..btw juz watched the assassination of jesse james..slow tp best..benci cassey affleck in this movie (he's nominated alongside javier bardem) fuckin cool..tp camne pun aku akan tetap cakap brad pitt gak le best dlmm cite nie harharharun salim bachik

18 February, 2008

Nazim Masnawi said...

God, I hate this movie! I hate the ending!

fadz said...

kekure, well no..

nazim, well its up to u lah.. but i loveeeee the lines...