05 March 2008

2 filem dan beberapa akan datang

Aduh, bosannya, banyak sangat kerja. Siapa kata kerja dengan gomen tak banyak buat kerja, melenggang hah??? Aku nak pancung nama-nama celaka yang cakap macam tu. Biar deme rasa seksanya kerja ngan gomen sekarang ni ... tok sah kata balik awal, balik 6 petang pun tak tentu!
(haa, itu khas buat kawan lama aku Azwan yang dah lama aku tak kontek ... btw, Azwan, chkout Jimadie's site. Now, u do have a literal rival, but don't worry, I still love u, muahahahahax)
ok, selesai ...
Sekarang, dua buah filem yang aku dah tonton: The Mist(2007) dan There Will Be Blood(2007), kedua-duanya bagus buat aku.
The Mist, tentu ramai yang tak suka. Eh, lantak engkaulah palat! Sebagai sebuah filem seram, sebuah filem yang bermain dengan idea The Lord of Flies (Stephen King memang mengimpikan menulis novel itu sebelum penulis sebenarnya, aku juga), filem ini berjaya dalam pelbagai lapisan. Paling aku suka: runut bunyi, para pelakon, watak M. Gay Harden sebagai sebuah lagi Eli dari Children of the Cord/Mrs. White dari Carrie, eksperimen kemanusiaan dibawa ke sisi gelap bila segala tindakan tamadun dihentikan (rujuk: primitif. Oh ya, ingat, aku suka pasca-apokalips?), metafora kiamat, dan watak Ollie Weeks sebagai nerd yang punya hati dan semangat walaupun lurus (typical Stpehen King) serta watak Jim Grondin, seorang bodoh-tolol yang penakut yang berubah-ubah kepercayaannya seperti lalang, dan dia berjaya hidup! Untuk rekod: Frank Darabont, selain Rob Reiner dan Mick Garris adalah pengarah yang benar-benar faham dengan dunia sarwajagat ciptaan Stephen King. Antara Garris dan Reiner, Darabont melakarkan 'manusia satu sisi' King dengan kebenaran Charles Dickens, sangat 'folkish' dan sangat hidup (kita seakan-akan rasa mereka memang wujud dalam dunia sebenar). Aku suka babak-babak di mana keinginan untuk hidup, harapan dijuktaposisikan dengan kemelaratan, akhir dunia dan pesisime masa depan. Dan kaki kuda gergasi di akhir cerita menampakkan keseriusan Frank Darabont terhadap dunia King (serta Lovecraft)- cantik!
Masalah terbesar The Mist: raksasanya tak cukup memikat. CGI buruk dalam filem seram. Satu lagi- satu-satu adegan itu tampak 'lembap' (satu kebiasaan cerita Stephen King), contoh terbesar: adegan pembunuhan Norm. Ia tampak lebih slapstik dan beranimasi daripada menakutkan. Aku faham, filem ini sebenarnya satu homage terhadap semua filem-B (sekali lagi kebiasaan Stephen King, lebih-lebih lagi cerita ini ditulis sewaktu beliau terpengaruh dengan siri seram EC Comics, yang boleh dirujuk dalam filem Creepshow, cerita-cerita seram yang diulit dengan persoalan moral dan teladan) zaman 50-an dan semua filem raksasa ikutan Universal Studio pada awal 50-an. Tetapi The Relic sudah melakukannya lebih baik daripada itu. Malah, filem ini lebih merujuk tentang 'raksasa' di dalam diri kita sebagai manusia daripada raksasa yang berada di luar. Dan pemilihan 'moral' Thomas Jane tidak mengikut si perempuan pergi mencari anaknya adalah caca-merba paling ambiguiti dan mengada-ngada dalam sejarah perfileman seram. Pun begitu, filem yang aku tonton bersama adik aku sebelum dia balik ke Indon ini telah berjaya membawa bersama pelbagai pendebatan tentang 'lubang' cerita serta 'lubang' etika di dalam filem biasa Stephen King ini. Dan itu sangat mengujakan. Ya, aku dah lama tak berdebat dengan adik aku. Kesimpulan aku begini: Jika anda tidak suka akhir filem ini, anda seorang optimis dan seorang yang kuat iman, anda percaya terhadap kebaikan hati manusia tidak akan luntur walaubagaimana ia diuji ...
There Will Be Blood memang gila walaupun lembap (sebenarnya lembap yang boleh bertahan buat durasi mata aku).
Pada mulanya aku tak faham dengan 'in-joke' Milk Shake yang sibuk Nazim Masnawi serta Maberik heboh-hebohkan. Tapi bila aku bercerita bagaimana biolnya aku memahami joke milk shake tu pada seorang kawan, baru aku macam "Palat!"
OK, begini: Aku lebih suka Citizen Kane kalau mereka mahu filem ini dibandingkan dengan filem Orson Wells yang besar itu. Tetapi itu tidak menafikan aku dengan kuasa filem ini. Malah, aku baru tonton sekali. Kalau aku tonton sekali lagi, tentu filem ini akan 'hidup' dalam aku.
Kedua: aku sedar kenapa filem ini tidak menang oskar. Walaupun pengkahiran No Country For Old Men lewah remang, ia masih berjalan atas fungsi Hitchcock dalam pergerakan antisipasi penonton (rujuk North By Northwest) serta mempunyai kuasa memanipulasi penonton untuk menonton dengan anggaran-sifar tentang apa yang akan berlaku dengan tepat. Pendek kata: No Country adik-beradik Coen 'memang' lebih menghiburkan. Malah kalau dibandingkan, No Country lebih komersial daripada There Will Be Blood (Country ... mencuit anda sekali sahaja untuk menyukai jalan cerita filemnya sedangkan There Will ... mengambil masa dan mungkin tidak akan mencuit anda untuk tontonan yang pertama kerana 'keberatan' filem itu).
Tetapi, kerana itu juga, There Will Be Blood akan menjadi filem yang lebih diingati orang pada masa-masa hadapan, kerana ia juga menggunakan gaya 'selingkuh' yang kita tidak dapat anggar di mana ia boleh berakhir, tetapi hanya satu- chaos: dalam setiap kenaikan darjat kita menuju ke arah kapitalisme yang agung (rujuk Amerika, rujuk Hollywood, rujuk semua kota Babylon diranap Tuhan), jatuhlah sifat kita sebagai manusia dan dekatlah kita kepada sifat primitif kita. Walaupun pengkiraan ini tampak didaktik, ia jauh daripada 'mengajar' tetapi menunjuk, dengan sangat halus dan peribadi terhadap watak Daniel Day Lewis sebagai Daniel Plainview yang menemui 'emas' di sebuah benua tengah Amerika.
Lihat penggunaan Eli dalam Children of the Corn dan Eli yang digunakan dalam filem ini. Baca pembukaan Dan Apabila Malam Berlalu, anafora Plato dengan manusia di dalam gua dengan pembukaan There Will Be Blood. Anda akan terjumpa sesuatu yang sangat 'manusia' dalam kebiasaan fungsi 'lingkaran' dalam filem-filem Stanley Kubrick: bermula dengan bayi dan berakhir dengan bayi.
Ini memang filem Daniel Day Lewis (seperti Helen Mirren untuk The Queen), bukan untuk watak-watak sampingan lain walaupun yang lain memberi sokongan yang padu terhadap penceritaan filem ini. Lihat percakapan dan kehendak Daniel dari masa ke semasa dan lihat bagaimana naik-jatuhnya rohani dan sumber kekayaannya mempunyai satu perkaitan yang sangat terjaga. Ini sebuah filem moral buat dekad ini.
Filem Melayu akan datang ...
Wah, tahun ni hebat! Hebat kan? Dengan permulaan Kala Malam Bulan Mengambang(2008), aku sangat teruja akan senarai filem yang akan ditayangkan, walaupun ada beberapa yang 'biasa', ia tidak menafikan kemasukan pelbagai filem bagus tahun ini. Walaupun begitu, aku terdengar juga beberapa filem yang 'tersandung di tengah jalan' oleh kerana masalah-masalah kontreversi yang diutarakan. Ya, kita belum plural lagi dan mungkinkah itu sebuah rahmat?.
Aku dengar bahawa Antoo Fighters(2008) adalah sebuah filem yang patut ditunggu-tunggu kerana efek CGInya sangat mencengkamkan. Aku harap, jalan ceritanya juga bagus, walaupun ia mungkin satu tiruan terhadap Ghostbusters(1983).
Aku juga dengar bahawa Cicakman 2(2008) akan ditayangkan tahun ini. Adakah KRU boleh mencapai pecah panggung yang mereka kecapi seperti beberapa tahun lepas? Ya, ini bukan cawan teh aku tetapi aku tetap menunggu ketibaannya.
Susuk(2008) akan sampai juga ke Malaysia tahun ini. Dengar berita, penggambaran ceritanya separuh macam teknik cerekarama maka kerana itu, filem ini bermasalah. Aku tak tahu bagaimana dengan ceritanya tetapi aku mempunyai harapan yang tinggi kerana ini kerja Amir Muhammad. Kalaupun ia 'pastiche', ia kerja Amir Muhammad maka 'pastiche'nya tentu bererti. Aku tak peduli dengan kecerekaramaan cerita (rujuk Dunia Baru The Movie) tetapi psikologi imej yang mengangkat efek seram cerita. Itu yang patut aku tunggu.
Mualaf(2008) dengarnya tidak akan ditayangkan. Betul ke? Aku dengar, sebab posternya tampak Armani memakai seakan seorang rahib (sekali lagi, tuduhan terhadap Kak Min sebagai pluralis dan pencemar budaya)- satu imej rujukan terhadap Audrey Hepburn dalam The Nun's Story (Kak Min sendiri mengaku, Armani ialah Hepburnnya) serta rujukan filem ini terhadap Black Narcissus. Mungkin kesalahan Kak Min bagi para moralis tempatan ialah filem kristian tidak boleh dijadikan rujukan buat filem 'agama' tempatan (tidak, mereka tidak akan faham uniti simbolisme dalam 'sarwajagat ketiga' mata penonton, dan ya, Black Narcissus bukan sebenar-benarnya filem dakwah), walaupun tudung Audrey pakai memang cantik. Kalau The Messenger atau Lion of the Dessert, mungkin boleh. Aku dah tonton Mualaf. Bagi aku, filem ini sebuah filem biru buat pencinta agama (a blue film for religionist). Tak, ini bukan filem lucah! Filem ini menaikkan 'nafsu riak' bagi mana-mana cendiakawan agama yang ingin melihat proses pergolakan, pelarian, dan transformasi atas nama 'agama'. Dan, ya, ia terbuka kepada satu pendebatan. Ada satu rasional yang anda kena faham bila menonton filem ini, iaitu latar keluarga adik-beradik Syarifah itu dan dinamisme yang terbentuk kerananya (rujuk: mereka tidak ada ibu yang mengajar mereka agama dan mereka belajar sendiri agama Islam selepas kematian ibu mereka). Jika anda sudah melangkau pemasalahan ini, filem ini tidak punya masalah buat anda dari segi kefahaman Islam (anda akan sedar kenapa idea-idea yang diutarakan sedikit 'meracau' dan sedikit provokasi dan sudah menitik ke 'dakwah' tetapi tetap memberi masa untuk kita 'membalas'). Aku tak suka lakonan Brian Yap (Saharil suka gila). Papan sangat. Hanya adik-beradik Syarifah itu saja yang benar-benar mengangkat filem ini. Dan ada sebuah adegan yang aku benci betul (watak pengetua paderi dan tok imam, aku sangat-sangat tak suka, macam pelekat stiker je), satu babak yang sangat 'main-main' selepas ayah adik-beradik Syarifah itu datang mencari di sekolah. Tetapi filem ini juga filem yang bersejarah. Terdapat satu babak yang aku takkan lupa sampai bila-bila, ia perlahan, lembut tetapi keras dalam imej ketelanjangannya. Dan aku tidak berutus dalam kiasan.
Congkak(2008) masuk tahun ni dan aku diberitahu Congkak lebih menakutkan dari Jangan Pandang Berlakang(2007). Aku berharap, moga-moga begitu.
Dukun juga dikatakan tidak akan ditayangkan tahun ini. Rata-rata yang sudah menontonnya mengatakan ia sangat-sangat baik. Aku juga berkata begitu walaupun aku belum tonton. Geram betul aku kerana hanya beberapa pihak yang 'tak setuju' filem itu ditayangkan, filem itu ditahan sampai sekarang, bukan atas nama seni, tetapi kuasa orang? Tanah Melayu ialah negara yang sangat berbudi-bahasa.
Histeria(2008) juga dikatakan sangat bagus. Aku berharap-harap sangat filem ini tidak akan diganggu satu adegan pun supaya kita dapat lihat visi sebenar James Lee. Jangan seperti Fantasia (nama pun fantasi!) sudah! Kalau ya, harap-harap para produser simpan babak-babak kontreversi supaya boleh ditayangkan di dunia luar sebagai 'the true version' atau 'the version you havent seen'. Atau, kita tunggu 10 tahun terkemudian bila Histeria menjadi sebuah lagi filem 'Holy Grail' yang perlu dicari dan dicantum-cantumkan supaya melihat kebenaran masterpiecenya.
Seronoknya 2008!

17 comments:

vovin said...

Eleh,

Keje gomen dua jam sehari je.

Berikut jadual harian keje gomen:

8 pagi: masuk kerja

805 pagi: start PC

810 pagi: turun sarapan

945 pagi: masuk pejabat selepas habis sarapan.

10 pagi: baca sokkhabar

1030 pagi: Turun minum

1130 pagi: baru lepas turun minum. Chit chat.

12 tgh ari: Start kerja

1230: bersedia untuk makan tengah hari

1 petang: Makan tengah hari

230 petang: balik makan tengah hari

230 - 3 petang: bersedia untuk kerja

3 petang: kerja

4 petang: bersedia untuk pulang

430: minum petang

5: balik.


Muahahahahahahahaha!

fadz said...

ey, dey, tolong sikit: uve seen how i work my pants off ok! and yah, next KKR pls!!

fadz said...

ey, dey, tolong sikit: uve seen how i work my pants off ok! and yah, next KKR pls!!

diela said...

saya setuju sekali sama kamu vovin..
yeah!!

GAIA said...

The Mist ada ramai manusia2 yg berputus asa dan mengambil penyelesaian mudah.

Apa2 pun Marcia Gay Harden sentiasa terbaik dalam mana-mana filem nya...hatta dlm siri Tv Education of Max Bixford tu pun...

vovin said...

Ahahaha,

Gurau yak!

saharil said...

dude, when i said 'brian yap membawa watak dengan berkesan' in my muallaf review, it does not mean 'saharil suka giler'.

gosh.

fadz said...

dude, suka lah tu,

god.

fadz said...

2 jam tu org lain, but not my division.. kalau tak caya, tanya Edd.

gaia, well, rasanya dua2 pihak ada..

saharil said...

hmm.. haha.. memang suka pun, cuma part 'gila' tu yg aku question sbb hyperbole..

but then i realise that most of your reviews tends to hyperbole, maka aku terima lah :)

fadz said...

That shows Brian has done it before (should i be sued becoz of this remark?) and that life is full of extensions dont u think?

fadz said...

oh, yaaa.. (selepas ditegur dalam SMS) ABANG SAHARIL, minta ampun dan maaf sebelum hari PILIHAN raya :)

amirahsyuhada said...

ganyang vovin jom!!! aku stuju ngn fadz, sapa kata keje gomen tak sibuk...semua kerja sibuk kalau anda pandai menyibukkan diri...

Mualafa tak tayang!!!??? Ya, salam, aman aku nak cari filem tu!! kalau buat vcd ok juga, kalau tak tayang lansung, mahu mengamuk aku!!

cd flower in the pots dah keluar ke belum??? aku dok cari tak jumpa..

amirahsyuhada said...

aku cuma nak tengok citer los n faun je, lain2 citer melayu..akan ditolak siang2.Trauma dah..

fadz said...

yeaaah, ganyang vovin, campak buku dia kat dia... ahahahahahha, btw vovin, aku chk batu pahat mall ari tuh, buku kau habis siot!! wagghhh, congrats!!

mualaf, well, tak tahulah amira.. flower belum keluar sebab baru berapa bulan ni.. tunggu pertengahan mei-jun ni.

Anonymous said...

eh kau dah tengok Citizen kane? ada DVD dia? leh pinjam hehe ..or exchange buleh? wa cari merata tak jumpa lah..teringat gak nak tgk filem yg semua kata paling hebat tu - saad :)

fadz said...

errkkk, aku ada masalah sikit pinjam meminjam ni.. macam mana macam ni: gua gi rumah kau atau kau gi rumah gua, kita tengok filem tu sesama, pas tu gua bawak balik, eheheheheh, ok tak.?

btw, ni kena tanya nazim masnawi, dia thau mana nak cari, tapi Amcorp Mall aku tahu mesti ada..