08 April 2008

Definitely, Maybe (2008)



Terjemahan judul filem: PASTI, MUGKIN (pertama kali melihat judul dan kali ini, pentejermah berjaya membayangkannya dengan cantik).

Yes dear readers, I'm a sucker for romantic comedies, nowadays! (watch with my sis, of course!)
Well, the good ones only.
Like this one.

Ryan Reynolds best. Abigail Breslin best!
Ceritanya senang: seorang budak kecil (yang tahu ayah dan ibunya dalam proses penceraian) ingin mengetahui tentang kisah 'cinta' ibu dan ayahnya, selepas meniti hari di sekolah dengan pendidikan seks! Ini bukan filem "U" ya, tolonglah!
Filem tulisan/arahan Adam Brooks ini mengingatkan aku kepada filem-filem James L. Brooks (are they related?), komedi yang romantik, sekaligus melodramatik, berkait dengan hal ehwal semasa, matang dan tidak meninggalkan tradisi Hollywoodnya yang menarik penonton melihat sudut-sudut "cutsie" yang dicipta (seperti anjing dalam As Good As It Gets(1997). Di dalam filem ini, terletak pada "cutsie" dinamisme Ryan dan Abigail sebagai anak perempuannya, dan Abigail memang seronok dan mencuitkan!
Tiga wanita "in question" adalah Elizabeth Banks (cantik), Rachel Weisz (sangat cantik!) dan Isla Fisher (bagi aku tak cantik, tapi lakonannya cantik!). Soalannya, siapakah tiga wanita ini yang menjadi ibu kepada anak Ryan, dan soalan cepu emas (duh!), siapa yang Ryan benar-benar sayang?
Semua 'klasik' Hollywood ditetapkan dalam filem ini, bukan dalam bentuk tradisi seperti yang dibikin dalam The Mirror Has Two Faces(1996) tetapi bolehlah dikatakan 'pasca-moden' bila kita, seakan dibawa dalam satu perspektif ala Rashomon untuk menentukan kebenaran-kepalsuan cerita/dongeng Ryan Reynolds. Kita ialah Abigail dalam filem ini (kita tidka boleh jadi sinis, kalau tidak, magiknya tidak menjadi), mencari satu kepastian (definitive), bukan terhadap siapa ibunya sebenarnya, tetapi siapa yang boleh menjadi ibu seterusnya (persoalan terhadap kemajuan dalam kehidupan), satu singkap yang sekali gus baharu, segar, liberal dan 'sekarang'.
Kehadiran Kevin Kline mengujakan sebagai profesor terkenal kewartawanan (sila lihat babak beliau berucap di depan penonton akan buku terbaharunya) yang menjadi 'kekasih/ayah' Rachel Weisz. Tetapi yang paling menarik ialah, melihat bagaimana Ryan, dalam 120 minit filem ini, dapat "pull it off" dengan perwatakannya yang kebudak-budak kemudian dikhianati dalam cinta kemudian seorang yang matang. Sememangnya filem ini dibuat untuk manusia berwajah Tom Cruise (lelaki yang mempunyai wajah kebudak-budakan), tetapi Ryan memaparkan dia boleh menjadi "cute", "kacak" dan kemudian "matang" dalam satu cerita dengan lancar sekali.
Babak buat aku menangis (ya, aku teruk):
Abigail: Jadi, apakah "happy ending" yang ayah janjikan tu?
Ryan: Engkau ...
(mereka berpeluk ... ahhhhhhh ...)
Filem ini seronok, bukan sahaja seimbang dalam memberi kupasan yang jitu dan terususn akan hubungan ayah-anak yang cantik di antara Ryan dan Abigail, tetapi bagaimana Ryan 'bercerita' (ini sahaja bahagian yang mungkin tidak masuk akal, tetapi kita terima kerana latar yang dicipta memaparkan Ryan atau ayah Amerika sekarang senang bercerita hal-hal dalam dan seksual kepada anaknya) akan pertemuan-percintaan-putusnya dengan tiga wanita itu (sampai Abigail menyatakan: "What's the word 'slut' for man?"). Ini diikat pula dengan cantik akan kerjaya politik Ryan yang menyokong Bill Clinton sewaktu itu dan apa yang berlaku (kepada Ryan) apabila mencampurkan seks dan politik (walaupun mungkin ia klise buat sekarang).
Sebuah filem yang seronok, sekali gus matang. Antara filem komedi romantik yang terbaik tahun ini.
ps: Selepas itu adik aku menonton Gone, Baby Gone dan dia mengatakan filem itu teruk dan jangan tonton. AKu terkedu, tak tahu kenapa.

12 comments:

Nazim Masnawi said...

"Selepas itu adik aku menonton Gone, Baby Gone dan dia mengatakan filem itu teruk dan jangan tonton."

This is a good time untuk kumpul segala f-word dlm filem tu (ya, ada 157 semuanya) dan lempar kat adik kau.

Gone, Baby, Gone is a powerful stuff, and has one of the greatest final scenes of ALL TIME!!

But please, tgk DVD. Potongan carut cerita ni di pawagam... ya, rabbi... gila selekeh!

fadz said...

nazim, she's a women lah, mmg lah rasanya lain..like she LOVE Death Sentence (for a reason).. i dunno, but ir eally wanna watch it on screen, tak adil!

maberik said...

erk Gone Baby Gone teruk?dem. imo the movie proved which one of the Affleck brothers has the acting chops.

Ben affleck patut benti belakon je,jadi writer/director.

Nazim Masnawi said...

"nazim, she's a woman lah..."

Ouch, seksis.

But seriously, man, the wayang version was really horrible. Ada satu scene gaduh mulut kat bar ni kena cut gila babi sampai macam dah takde dialog lagi dah. Intense quiet moment *snip* *snip* intense quiet moment *snip* *snip* more intense quiet moment *snip* *snip* and the protagonists are out the door. Kalau tu reasonnya adik kau tak suka, then I can almost see where she's coming from. But kalau for the movie itself, man, I think I really need to see your sis for discussion, dan kitorang boleh minum sesama, catch some movies together, dating, bercinta...

fadz said...

maberik, bukan aku kata but my sis.. she said: "You might like it, which i dont know why but for me, ergghhhh, buang masa, such a waste."

yup, she said that.

ok, im a sexist, i admit it Nazim. But no, u cant date my sis.

Nazim Masnawi said...

"...but for me, ergghhhh, buang masa, such a waste."

That's it! Bak sini nombor dia!

fadz said...

nazim, nazim... u just dont know when to quit ya..

maberik said...

dude,

tonton filem [Rec]. cari sampai dapat. filem horror/zombie ala-'Cloverfield' dari Spain.

Nuppy said...

aku dah makin suka dengan budak Abigail ni since aku tgk Little Miss Sunshine.. look fwd utk tonton lakonan dia seterusnya..

aku lebih terhibur dengan 27 dresses.. no review?

fadz said...

wokeh maberik... mana nak cari????

nuppy, aku takde awek... takkan nak ajak adik aku sekali lagi nonton kot?

Tok Rimau said...

Aku tak suka cerita begini. watak anak budak tu tak perlu utk drive the plot.

Plotnya seperti running gag. Berulang-ulang. Bila dah THE END pun kau nampak bahawa kalau penulis nak sambung cerita, mamat tu kena dump lagi pun boleh.

Cam LOTR, apa salahnya kalau kita tambah lagi satu monster dalam odisi ini. Cerita ini tidak punya definite ending yg cantik.

fadz said...

tok, kenapa pula salah? Bayangkan Rashomon bila tiga orang terperangkap di bawah bangunan lama lalu bercerita, atau Murray Abraham tentang Amadeus dalam Amadeus, atau editor novel yang mendengar kathleen turner bercerita tentang Micheal Douglas dalam Romancing The Stone. Point dia ialah utk tgk dinamisme bagaimana Abigail 'relate' dgn cerita yang diberitahu. Aku tak nampak salah. Cerita itu mmmg cerita biasa, malah well define (tanpa ada banyak sgt curve), tapi kuasanya berlaku kepada Abigail yang 'merasa' pada cerita tu.