28 April 2008

PERHATIAN: Memohon Bantuan Tempat Persinggahan

Saya dalam proses menghasilkan novel fiksyen sains yang seterusnya. Saya mempunyai satu masalah besar, iaitu, saya tidak ada pengetahuan sejarah/latar/sosio budaya Kampung Kota dan Beruas (kawasan yang dipanggil Belukar Sambang). Dengan itu, saya harap ada yang dapat menolong saya dalam:

1. Memberi saya tempat tinggal untuk beberapa hari di Kampung Kota dan Beruas.

2. Memberi saya kemudahan pengangkutan kerana saya tidak boleh memandu.
Di harap ada yang sudi menolong. Buat duit biayaan, kita boleh rundingkan. Emelkan kepada: fadliakiti@gmail.com

4 comments:

Tok Rimau said...

kalau kat JB, boleh lepak kat rumah aku.

Cadangan: kau buat la sci-fi Malaysia tak roboh tambak tapi buat terusan tebrau menembusi semenanjung cam terusan suez. Dan JB jadi Pulau JB.

Anonymous said...

bila nak pergi?

Anak Alam

TANPA NAMA said...

bila nak pi sana Bro? apa tajuk novel u kali ni ?? waaa.. tak sabar2 rasanya nak tau ni... nanti bagitau i ..k? salam :)

fadz said...

tok rimau, wa ingatkan nak buat citer JB dan Singapura ditenggelami air macam Deep Impact.

Anak Alam, mungkin Jun @ Julai.

Tanpa Nama, sama seperti di atas. Adalah tajuknya, hehe, tak leh bagitau.. biar suspense..