07 April 2008

Pesta Buku KL & Saga Horizon

Wow, macam-macam berlaku Jumaat-Ahad lepas sewaktu aku bertugas di gerai aku di PWTC, TR3. Pertama, yang paling mengujakan, dengan tidak semena-mena, sasterawan terkemuka Tuanku Faisal Tehrani telah datang menemui aku di gerai. Aku tergamam, habis! Menggeletar, terlopong, macam-macam! Untuk menambah lagi 'suprise' hari itu, Faisal, dengan baik hati (dia ikhlas tau!) telah menghadiahkan buku panduan menulisnya yang terbaharu dari Ameen Publications (gerai sebelah Dawama), "Karya Nan Indah", siap beritahu, "Kutuk-kutuklah".. Hahahahaha- sinisnya!

Aku juga bertemu dengan beberapa sasterawan hebat sepanjang duduk di PWTC, memang mengancam!:

Maharani Nisah Haron (bukun fantasiya dijual di gerai Ameen di TR3)
Mahajara Saharil (buku terbaharunya, Malaysian Essay ada dijual di gerai Gerak Budaya di TR4)
Tuan Tertinggi Ted Mahsun (terjumpa di Koperasi Buku Malaysia di TR3, menjaga SUARA KATA, bukan calang-calang penulis ni, aku pun tak tercapai dengan ulasan-ulasan bukunya)
Putera Tertinggi Nazri/Vovin (di TR2, PTS, ya, sangat popular sekarang dengan novel Opera Angkasanya serta gaya rambut yang terkini dan hadhari, awww!)
Putera Kangar Zaki Zainol (merata, dia tak jaga gerai, tapi terserempak di tengah jalan, juga sudah keluarkan novel yang setaraf Lord of The Rings di PTS)
Putera Utara Nimoiz TY (ya, penyair terkenal itu dari e-sastera, juga terjumpa sewaktu berlegar-legar!)
Putera Azhan Kamal (ya, penulis baharu dengan Alaf21, kawan aku ni!)
Putera Azwan Ismail (emmm, penyair selalu ubah tema ni sebenarnya aku berjalan BERSAMA DIA, dan dia memang best punya kawan, siap belikan aku novel-novel dan majalah, macam manalah aku tak sayang dia!)
King/Raja Binjai (ya, beliau pun ada menengok-nengok, meninjau-ninjau macam menteri, harap banyak juga yang dibeli)
Putera Tok Mudin (seorang kenalan baharu lah kot, penulis blog mampan, nasib baik saya dah berkhatan)

Aku pulak, tengah berjalan-jalan nak mencari novel terbaharu kawan, Azhan Kamal, "Sebening Rindu" di gerai Alaf21, lalu tiba-tiba ketemu NOVEL AKU yang kedua..! SAGA HORIZON, ini adalah perasaan aku sewaktu menemuinya:

AGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGHHHHHHHHHHHAAAAAAAAAAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!

Ya, kengkawan semua, novel aku yang terbaharu sudah ada di pasaran, malah diberitahu oleh editor Alaf aku, "Hot from the oven", baru keluar kilang Jumaat lepas, terus diletak di rak Alaf21 di PWTC!! Awwwwww! Jadi kalian, yang sukakan Fiksyen Sains, sukakan TontonFilem, sukakan aku (well, i don't know this), atau secara pendek: "just love a heck of a good read", silalah cari dan beli SAGA HORIZON, hanya RM15!


Secara pendek, novel ini ada tema post apocalypse gaya Mad Max, Terminator, sedikit A.I., sedikit Bicentinnel Man, wanita bertudung tapi pegang parang (I wonder where I got this idea from ...) dan darah, asid dan pil.

OK, dengan rendah diri dan perasaan harapan tinggi, berharap sangat, my friends, Romans and Countrymen dapatlah bertemu saya ni (pacar yang hina, huhuhu) pada 13 APRIL 2008 di gerai Alaf21 aras tanah, PWTC untuk sessi tanda tangan dan saja-saja bercakap sambil berjoget. Ya, saya akan berada di sana, ingat tu:
Sessi bersama Fadz
Alaf21, Aras tanah, PWTC
Ahad, 13 April 2008
10 pagi - 9 mlm
:)

18 comments:

diEla said...

TAHNIAH!!

Nazim Masnawi said...

Takde different cut ke?

fadz said...

terima kasih!

yeap, ada different cut dengan manuskrip asal ...

mudin001 said...

Hari tu... tak sempat nak jogetlah. Haha!

fadz said...

haha, takpe, balik tereng mesti joget!

Nazim Masnawi said...

akan dikluarkan ke cut yg lain tu?

fadz said...

emmm, tak tahulah nazim oiiiiiiiiiii :p

Nazim Masnawi said...

Oh, takpelah. Kita cerita nantilah. Vovin ada kat sinilah. *Pandang Vovin kat sebelah*

fadz said...

Hehehe, ye lah, kau kat mana tu, gerai PTS di PWTC ya? Kirim salam kat bintang PTS tu dengan gaya rambutnya yg hadhari.

kekure said...

aku terkedu dengan kulit buku ittew..

xara said...

alamak , kenapa baru tau akan buku ini? Kalau tahu, boleh masukkan dalam senarai buku untuk dibeli. huhu. Langsung tidak singgah di Alaf21, kerana ia sinonim dengan novel2 chenta..

saya..pembaca senyap-sunyi tontonfelem. :D

fadz said...

kekure, terkedu kerana apa ya? harapa Bustamam boleh buat lebih baik dari itu.

xara, oh marhaban! Silalah beli, sebab novel itu dalam fasa 'sneak preview'.. mungkin lama lagi baru keluar.. Hehe, tak suka chenta, menarik, 1st time dgr ada yg tak suka novel chenta...

fadz said...

kekure, terkedu kerana apa ya? harapa Bustamam boleh buat lebih baik dari itu.

xara, oh marhaban! Silalah beli, sebab novel itu dalam fasa 'sneak preview'.. mungkin lama lagi baru keluar.. Hehe, tak suka chenta, menarik, 1st time dgr ada yg tak suka novel chenta...

Waris Jagat said...

Hah,
Nasib baik aku terserempak gambar buku ini di Blog Maharani Nisah Haron. Sempat juga aku pesan kepada 'askar upahan' aku untuk beli. Oh, tahniah... Moga laku keras!

xara said...

hoho.. mungkin saya ini kes terpencil. Novel-novel ada perkataan 'cinta', 'rindu', 'sayang' dan seumpamanya agak sukar untuk dihadam. bukan semua buku, tetapi kebanyakkannya meletakkan hero cerita seperti malaikat. perfect. heroin pula bak bidadari turun dari syurga diiringi siri-siri menyayat hati.

rasanya lebih mudah baca buku sci-fic dan fantasi, kerana tidak perlu susah-susah fikir realistiknya. Teknologi yang disebutkan mungkin tiada pada masa kini, tetapi masa hadapan siapa tahu kan?

mm.. barangkali saya terlalu banyak membaca manual dan tutorial software?

fadz said...

waris jagat, wah, ada itu askar upahan? amboi!

xara, itu yang unik tentang awak! hehe! bagi saya , OK jer!

Tok Rimau said...

Kita tak jumpa. yang hon kau dari BMW depan the mall tu bukan aku.

Awek KIRI aku bertudung dan berpistol. Dalam filem disebut Heroin Berpelir. Sungguh.

fadz said...

tok, it is u.. blah lah its not u!!! haha..

ya, aku dah tgk, nanti aku rebiu.. 1 benda je akut ak suka tentang filem tu, banyak sgt main dissolve.