27 May 2008

Beberapa Buah Filem Secara Pendek Dalam Satu Nafas

Ya, seakan candu, aku tak boleh berhenti menulis, walaupun aku malas mahu menulis ...

Breatheless ialah sebuah filem yang salah jika kau kata ianya untuk lelaki malah filem ini berani memaparkan perempuan dan lelaki itu spesies yang sama sekali berlainan yang benci tetapi sayang antara satu sama lain di mana zaman ini milik wanita yang kecundangkan para lelakinya untuk mencapai kegemilangan.

Battlestar Gallactica: Razor ialah sebuah filem video tanpa banyak paparan Starbucks tetapi memberi konfesi 'terbesar' tentang Starbucks dan kita juga akhirnya tahu bagaimana rupanya Tuhan para Cylon.

Indiana Jones and the Crystal Skull ialah sebuah filem Spielberg yang main-main dan sudah kurang idea di mana segala mumbo jumbo The Mummy akan kita kenal dan kenang kembali lalu Raiders of the Lost Ark menjadi filem aksi-kinetik Speilberg paling baik kerana filem ini menyucuk thrill ride demi thrill ride yang terlalu yang aku rasa Temple of Doom lebih berimpak dalam rollercoasternya namun begitu Harrison Ford masih menarik dan dialognya mengancam.
Narnia: Prince Caspian ialah sebuah filem yang bagus dan seronok dan menghiburkan dan walaupun orang tak suka bahagian pertamanya tetapi aku tetap suka dan aku berfantasi bahawa aku ialah Edmond dalam filem agama ni.

Beranak Dalam Kubur ialah sebuah filem yang tersangatlah bodohnya yang dikeluarkan oleh penerbit filem Ayat-Ayat Cinta di mana kita sekarang sudah ada sekolah filem seram Indonesia yang biasa iaitu "alam angker bunuh satu demi satu" para remaja yang bodoh pergi kacau tempat hantu lalu mereka mati macam klise filem-filem slasher Hollywood terima kasih.

Ironman berjaya kerana Robert Downey Jr. dan skrip yang cantas dan pedas menjadi filem terbaik Summer ini.

9 comments:

saat omar said...

Indiana Jones & crystal Skull = National Treasure + The Mummy...definetely not Spielberg's best work and probably the least fav. of all Indy Jones movie...I think. terasa macam Spielberg dipaksa untuk mengarahkan filem ini

amirahsyuhada said...

yes, yes, saya sokong ulasan Fadz tentang Narnia,Indiana Jones dan ironman. Saya sungguh kecewa dengan Indiana Jones,terasa amat kurang disana sini dan hampir mahu muntah bila akhirnya menampilkan UFO. Saya kagum dengan ulasan Fadz..

Nazim Masnawi said...

Indy IV has got to be one of the sloppiest films I have ever seen. Serious, I could nitpick the whole goddamn movie like a motherfucker!

Nazim Masnawi said...

Indy IV has gotta be one of the sloppiest films ever made. I could nitpick the whole narrative like a motherfucker. And in terms of direction, Spielberg just text messaging it in the whole time (I would define text messaging it in as less effort than phoning, and definitely with poorer spelling).

thanezra said...

hmm agak sebijik seh pandangan kisah indy...tapi aku benci ironman..kerana aku bias..

fadz said...

saat, yeap, very true indeed.

amira, ermmm, well, ermm tk.. amira dah kawin kan?

nazim, couldnt agree w u more.. my fav one is still Raiders, but for gulity pleasure ill always pick TODoom (my fist indi movie masa kecik), love that makan-makan scene and love the "kali maaa!" scene.. first venture into horror when i was a kid, hehe!

thaner, hehe, marhaban.. takpe kalau pandangan lain... but dont u feel robert downey jr is giving smtg diff for us?

Nazim Masnawi said...

Yeah, man. Aku pun ada soft spot for Doom. I dunno why, despite orang kata, I can almost remember every scene in Doom tapi Raiders aku kadang-kadang macam kabur sikit (selalu keliru dengan Crusade, probably because the same ol' Nazi threat).

Sure, Doom agak mean-spirited, tapi scene kegemaran aku bila Indy nak potong the jambatan gantung, "Mola Ram! Prepare to meet Kali... in Hell!"

Dan of course bila dia dengan Short Round nak kena timpap kat dalam gua tu, "Willie, we... are going... to DIEEE!"

Man, if only Harrison Ford still had that same kind of energy...

...tapi aku benci ironman..kerana aku bias..

Aku ada kenal sorang awek yang tak suka Iron Man sebab Downey Jr. dulu ambik dadah. I dunno la what's your reason.

fadz said...

ohh Doom, slashing words antara Cateshaw dan Indiana, aku mmg tak leh lupa (ingat scene Indiana takup tangan dia atas buah dada batu tiang dlm bilik tidur Cateshaw.

btw, tambahan untuk Long Khong 2: Sebuah felem untuk mereka yang pernah melalui pascapulih ilmu hitam akan merasakan kegetiran "tu lah sapa suruh main ilmu hitam lagi, haa kan baru padan muka tu" bila satu per satu famili budak Islam berlakon Budhha mati depan matanya sambil dia terfikir apa yang dia dah buat salah, bodoh ke apa, tapi serius, citer-citer cam ni memang berlaku!

reza said...

erm tak...bkn benci Robert Downey..it's just that i'm an x-men fanboy..dan ironman selalu annoying dlm comic x-men...terus terbawak2 perasan benci dlm movie..i know..it's a lame excuse..