16 June 2008

Minyak! Minyak! Minyak!



Kepada kau orang yang memandu kereta, ya aku bersimpati pade engkorang (tak, sebenarnya padan muka, bawak lagi kereta laju-laju penuhkan jalan). Mari kita sama-sama merusuh ke rumah banglo separa mahligai para menteri/ahli DUN/politikus-bisnesman/pelobi kerajaan dan bakar rumah mereka dengan gesolin jika mereka tak tahu nak berjimat. Ya, semua orang tengah naik minyak sekarang. Rakyat marhaen menderita, orang kaya Melayu-Cina-India-Entah tersengih-sengih tengok korang dari bawah di atas tingkap kondominium mereka sambil minum shempeng dan peluk bini/awek/balak dia yang baru saja lepas menghabis duit di Dubai. Isi dunia sedang berdosa dan kita sesama manusia sedang mengimbau zaman-zaman semasa duit yang kurang di poket masih boleh membuat kita tersenyum.


Di sini aku akan tampilkan 10 felem minyak! (ini aku punya, kau rasa kau lagi bagus, kau buatlah) yang penting dalam zaman harga minyak melambung tinggi, agar perasaan nostalgia, ghairah, berahi, hina, benci, muak, sakit hati, seram dan nak muntah kita tentang minyak dapat kita dokumentasikan supaya anak cucu kita sedar kita memang makhluk yang suka menghisap dan menghisap isi dunia. Di sini juga aku tampilkan perasaan ambiguiti dan semangat ekspresionis minyak terhadap kita. Kita dan minyak memang tidak boleh dipisahkan. Kita dahagan minyak. Minyak dahagan kita terdegredasi. Kita sebenarnya satu, bermula dari dalam tanah. Dan tanahlah kita akan berakhir.

10 - Dune(1984)
Walaupun filem ini bukan fasal minyak, filem ini mempunyai banyak metafora tentang minyak dan politik keminyakan. Rempah-malange tu minyak dalam dunia Dune, dijaga oleh segolongan manusia elitis (Eropah-Amerika?), dipermainkan dalam alam niaga oleh para Guild (yahudi?), lalu akan dimiliki kembali oleh manusia yang sememangnya golongan yang 'benar' yang menjaga tanah minyak (hibrid Eropah-Arab?). Minyak juga boleh disedut lalu mencipta satu dadah yang membuka 'rahsia alam' buat manusianya. Patutlah orang yang candu dadah seperti anak orang kaya dok Ara Damansara yang fail di Help University mesti satu hari cuba menghisap dadah gaya menghisap ekzos kereta Wira sendiri. Barulah high betul dan boleh bina altar sembah besar-besar. Ya, perkara ini benar-benar terjadi. Minyak melalaikan syahwat dan membuka daya imaginasi kita menemui dimensi-dimensi yang lain. Kita ialah Mu'adib zaman bila sedar rempah melange (minyak) ialah kita sendiri. David Lynch dan Idral dah buat. Kamu bila lagi?

9 - Sumpah Orang Minyak(1956)
Minyak juga seksual. Deskripsi fizikal manusia, iaitu dalam fragmentasi orang disaluti minyak dalam warna mono hitam putih tidak pernah seseksi ini. Sumpah. Sila perhatikan betul-betul filem klasik P. Ramlee ini tentang vouyerisme dalam dunia Melayu. Dengan dadanya yang penuh berkilat hitam, dan mata putih, tangan berkental-kental, paha membengkak, separa cawat yang menampakkan kejantanannya, perempuan (juga lelaki?) mana yang bila menontonnya tak terasa terusik dan tersipu-sipu malu sedang adrenalin naik kerana fotografi Abu Bakar Ali yang intim-erotis (sentiasa masuk keluar dan laju perlahan, seperti melakukan adegan ranjang) serta runut bunyi menggetar minda? Filem yang menjadi simpanan peribadi setiap tauke stesen minyak di Malaysia. Dan anda turut menikmati erotismanya setiap kali anda angkat nozel itu lalu masukkan ke dalam lubang minyak kereta anda.

8 - Segmen filem "The Raft" daripada Creepshow 2(1987)
My personal favourite tentang minyak yang dibayangkan sebagai hantu laknat. Ada sebuah babak yang menyimpulkan segalanya: Pagi selepas 2 daripada kawan-kawan sekumpulan remaja terbunuh dek sesuatu dalam air paya. Si pemuda dalam keadaan mamai, terlihat si gadis di sebelahnya yang memakai bikini, tangannya mula meraba. Lagu rock getar berkumandang (pada pertengahan zaman 80-an, kebanyakan filem lucah Amerika berlatarkan lagu rock. Rock dan dadah adalah budaya dewa-dewi zaman itu tau Idral), bikini dibuka. Buah dada yang ranum putih dimakan dengan lahap oleh si pemuda. Pemuda naik tegang. Kita juga (kalau tak, korang gay). Si gadis 'mengiyakan' aktiviti pemuda dengan suara helainya. Si pemuda naik nafsunya lalu bergerak untuk mencium si gadis. Bila sampai pada muka si gadis, separa mata dan dahinya sudah dimamah oleh selaput minyak yang menghisapnya. Lalu si gadis menjerit dan menjerit. Adegan cucuk pompuan dalam jamban dalam Psycho pun kalah!

7 - Wages of Fear(1953)
Tidak pernah dalam mana-mana filem pun, dipersembahkan bagaimana manusia, bertekad dan bertungkus lumus dengan darah dan sepenuh nyawa mereka untuk menyelamatkan MINYAK seperti yang tertera di dalam filem ini. Semangat, kesungguhan, titik peluh, semuanya sangat berharga, sangat penting untuk sesuap duit (buat kebebasan) anak-anak penjenayah di dalam filem ini, untuk menjaga komoditi sang kaya supaya tidak rugi. Satu cerita moral yang seharusnya ditonton oleh kita semua. Penuh dengan darah, peluh dan adrenalin. Sampai kuasa minyak, sebesar dan seagung mana pun kalah dengan kekuatan manusia ini. Tetapi (secara sindiran) semuanya sia-sia di akhir cerita hanya kerana ketelanjuran manusia juga. Antara filem terbaik tentang minyak.

6 - Giant(1956)
Aku meletakkan filem ini lebih tinggi sikit daripada filem Peranchis di atas kerana filem inilah yang memperkenalkan JR kepada kita (ya, legenda taikon Dallas itu, walaupun ia tidak berkaitan). Di sini ia dimainkan oleh James Dean sebagai Jett Rink, filem terakhirnya. Antara babak yang mengasyikkan ialah sewaktu James Dean meriak keriangan bila air minyak jatuh ke wajahnya, lalu dia dengan lumuran minyak yang tampak bodoh tapi angkuh berlumba ke tanah si tauke lembu (Rock Hudson sebelum dia dapat HIV+) memaparkan kecantikan wajahnya yang disirami minyak (Orang Minyak hampir kalah dari segi erotisme di sini), mendabik bahawa dia kini ialah tuhan. Memang ramalannya betul apabila kita ditayangkan pula berderet-deret menara pam minyak yang mengelilingi tanah tauke lembu itu. Sebuah filem epikal yang melandaskan kuasa dan pengkhianatan wang dan cinta sebaik cerita-cerita dalam Bible, disaluti tentang kedatangan era baru dengan simbolisme minyak (minyak ialah simbol kedatangan modenisasi abad ke-20). Pak Arab tauke minyak tentu suka filem ni. Well, if there is still oil to be suck out from the ground lah.

5 - Jurassic Park(1993)
Filem ini menampilkan satu idea 'mat jenin' yang fantastik. Apa kata kita buahkan kembali dinasour hidup dalam dunia ini, lalu kita pupuskan mereka semua secara holokos, kemudian kita bina satu sistem yang memproses mereka menjadi minyak asli. Wal-la! Terciptalah regenerasi minyak sedunia!

4 - There Will Be Blood(2007)
Filem ini lebih baik daripada Giant kerana ia mengangkat beberapa isu yang disebut dalam Giant lalu dibawa ke lapisan-lapisan baru. Kuasa agama dan politik sangat memikat dalam filem ni (yang semuanya secara sinikal dijaga oleh kuasa minyak). Buat anda yang kemaruk minyak, melihat babak demi babak bagaimana Daniel Day-Lewis mencedok dan mengepam minyak keluar dari lubang yang gelap sudah cukup memaparkan keagungan, kecantikan dan keerotikan hasil alam ini keluar dari perut bumi yang dirakus-rakus sangat oleh kita. Serius, kesemua babak-babaknya cantik, malah tercantik yang pernah dibikin tentang minyak keluar dari perut bumi. Pembakaran pam minyak pun dibuat dengan sangat alegorik dan impresionis sekali, kita boleh ternganga kerana tahap dewa babaknya.

3 - Duel(1971)
Semua fuelem di atas kebanyakannya tentang minyak per se, kini kita ambil komponen minyak dan kehidupan seharian manusia, dengan ini filem itu lebih manusiawi dan dekat dengan kita (lalu kita faham makna minyak pada kita). Filem berlumba-lumba sudah tentu menjadi filem paling relevan tentang fungsi minyak (adakah para pelumba litar F1 sekarang patut berhenti membuang duit syarikat minyak dengan kerja tanpa faedah mereka?), aku boleh letak beberapa yang baik, dan tentu korang akan letak beberapa, tetapi ibu kepada segala filem lumba-lumba ini perlu diletakkan di bahu Duel kerana filem ini benar dalam menyiarkan nyawa minyak buat pemandu dalam garapan seprimal mungkin. Babak akhir sewaktu minyak hero mahu habis menjawab segala getir sakit kita tentang pemanduan dan keinginan untuk hidup dalam dunia serba menyeksa dan memakan ini.

2 - Maximum Overdrive(1986)
Jika Spielberg berjaya buat kita termangu sebentar tentang nyawa dan minyak dalam dunia moden, Stephen King dalam filem sulungnya (yang paling bodoh dalam kebanyakan senarai para pengkritik) ini berjaya menghantar sebuah idea ekstrem yang mencampur tema Lord of the Flies versi lori dahaga minyak. Bayangkan si manusia terpaksa masukkan diesel ke dalam lori yang hidup sendiri kerana dipaksa oleh lori itu. Sekarang bayangkan semua kereta kita yang dahagakan minyak memaksa kita memasukkan minyak petrol ke dalam tangki mereka dan kalau tak, korang akan dikejar dan dilanggar dek kereta sendiri. Aku menunggu masanya sang marhaen yang memandu van macam nak mampus tiba-tiba dikejar oleh vannya sendiri kerana dahagakan darah tuannya. Untuk efek fantasi dalam diri anda yang mahu membakar semua stesen minyak dalam dunia ini, filem ini boleh menunjukkan caranya. Antara shot tercantik tentang stesen minyak terbakar.

1 - Mad Max 2(1981)
Walaupun aku suka Mad Max 1 dan 3, filem ini menjadi kegemaran alfa aku. Lantas menjadi filem post apocalypse terbaik buat aku. Juga menjadi filem terbaik tentang minyak - proses merampas minyak (sebagai bahan paling berharga dalam dunia waktu itu, dan kini?) secara paling haiwan yang pernah kau tengok boleh berlaku di antara manusia. Ya, mereka menjerit, mencakar, memaki, melanggar, menembak, memarang, meletup, semata-mata kerana rebutkan minyak (dan akhirnya nyawa). Dunia sudah kiamat kawan, dan kau baru nak terbangun? Untuk mengimpakkan alegori anti-minyak filem ini, hero (Mel Gibson) di akhir filem berjalan keseorangan di balik gurun yang datar, bernyawa, hidup, bergerak tekun ke masa hadapan.

Selain 10 senarai mengetop di atas, di bawah ini tertera juga beberapa filem tentang minyak yang relevan buat aku disenaraikan tetapi tidak masuk carta 10:

- Farenheit 9/11(2004): Saddam Hussein, George Bush dan Iraq. Minyak-minyak-minyak! Sama impaknya dengan Three Kings.
- An Inconvenient Truth(2006): Dunia sedang berakhir, dan kita sedang berperang kerana minyak.
- The Last Winter(2006): Sekumpulan korporat minyak menjumpai hantu bawah tanah. Filem psikologi seram. Filem eskapis buat mereka yang bengangkan Esso, Shell dan sealirannya.
- Amityville Horror(1979): Filem ni kalah dalam memaparkan hantu laknat minyak (dikalahkan oleh Creepshow 2 dan Orang Minyak) kerana walaupun menakutkan bila kita tengok hero disaluti minyak dan jadi 'hantu', tiba-tiba dia tak jadi membunuh lalu keluar dari rumah cepat-cepat. Apa-apa pun efek rumah minyak yang meletup bawah tanah cool untuk zaman itu.
- Children of Men(2006): Filem ni takde kena mengena dengan minyak, tetapi ramai watak macam disaluti abu dan minyak. Minyak itu aksesori cantik buat kulit. Filem kiamat mesti tonton.
- Minority Report(2002): Aku rasa zaman ini saja aku akan memandu.
- Five Easy Pieces(1970): Sebuah babak yang cantik tanpa perlu banyak kuasa teknik. Jack Nicolson terduduk letih merenung 'masa depan' sedang tukul-tukul besi sedang mencucuk bumi menyedut minyak. Antara gambaran kebenaran keterasingan manusia moden dalam dunia serba mengasingkan dan mesin.
- Armageddon(1998): Senang, Bruce Wills, Ben Affleck dan pelombong minyak lain seksi. Tapi mereka kalah dengan Orang Minyak.
- Conquerors of The Sea(1959): Antara dokumentari tercantik yang pernah dibikin dalam merakamkan cari gali minyak di tengah lautan luas. Ego lelaki akan naik bila menonton filem ini.
- Fire at the Oil Gusher in Bibi-Heybat(1898): Filem pertama tentang minyak, err, tentang kemalangan sewaktu mengepam minyak. Ngeri kau!
- Dan terakhir, walaupun langsung tidak masuk tema, filem ini ialah antara filem kemanusiaan paling berkuasa pernah aku tonton, malah aku percaya mendiang Lorenzo yang arwah itu ialah seorang wali, tontonilah Lorenzo's Oil(1992) untuk melihat kuasa harapan manusia menandingi segala keperitan untuk secebis harapan Tuhan. Sedikit berita tentang Lorenzo:

Subject of film 'Lorenzo's Oil' dies at 30May. 30, 2008 11:27 PM ET (AP)
The man whose parents' battle to save him from a nerve disease was depicted in the movie "Lorenzo's Oil" died Friday at his home in Virginia, having lived more than 20 years longer than doctors had predicted.
Lorenzo Odone, who doctors had predicted would die in childhood, died one day after his 30th birthday, said his father, Augusto Odone.
Lorenzo Odone had come down with aspiration pneumonia recently after getting food stuck in his lungs, his father said. He began bleeding heavily, and before an ambulance reached their home his son was dead, Odone said.
"He could not see or communicate, but he was still with us," Odone said Friday. "He did not suffer. ... That's the important thing."
Odone was found at age 6 to have adrenoleukodystrophy, or ALD. His doctors told his parents the disease _ caused by a genetic mutation that causes the neurological system to break down _ would lead to death in two years.
The disease leads to the accumulation of substances called very long chain fatty acids in cells, which damages the material that coats nerve fibers in the brain.
Susan Sarandon and Nick Nolte starred as Michaela and Augusto Odone in 1992's "Lorenzo's Oil," which recounted their efforts to formulate the oil they said helped their son fight the neurological disease, despite lacking scientific backgrounds.
Sarandon earned an Academy Award nomination for her performance.
A study published in 2005, based on research with 84 boys, showed that a treatment made from olive and rapeseed oils _ patented by Augusto Odone _ can prevent onset of the disease's symptoms for most boys who receive an ALD diagnosis.
Odone plans to take his son's ashes to New York to mix them with those of his wife, who died in 2000. Then, Odone said, he will sell his home in Fairfax, Va., and move back to his native Italy.
Odone also plans to write a book memorializing his son, "to tell the story of Lorenzo as a way to make him live on."

ps: Aku tengah gila cup cakes. Untuk cup cakes yang sangat lazat, aku dah cuba ada di Bakin' Boys di KLCC dengan harga rm4 seketul. Sedap habis! Mengingatkan aku pada rasa kek masa aku kecik kat Amerika. Ya, Wondermilk pun kalah (oh, tapi sanwic2 Wondermilk sedap).

10 comments:

Reza said...

Great List,

Dune - cool!

coffeeHolic said...

jemput ke skrin talk:)

TANPA NAMA said...

Madmax??? wow.. bro best ke cite tu?? aku tak tgk lagi ... petang karang aku nak gi beli DVD Mad Max.. ada aku nampak hari tu.. mad max 1-3..
3 in 1..... minyak ni.. akan habis juga bro... ini semua... adalah petanda kiamat... kalau minyak tak habis dalam bumi... kestabilan bumi akan kekal;... kalau habis... insyallah kestabillan bumi ini akan retak secara pelahan-lahan.. dan akhirnya bumi tak mampu nak memusing ke timur lagi... akhirnya akan memusing ke barat.. so kita akan nampak matahari dari barat la... hehehehe... Bro... nice artikel..

Nazim Masnawi said...

Sad news: Stan Winston died at 62 yesterday. As usual, fucking cancer.

Iron Board said...

yap, sapa boleh lupa scene jilat puting dl Creepshow 2. Tgh2 stim2 tiba2 kena suck dgn selaput minyak pulak...! Kesian...

kamaruladli said...

syriana takde?

Edd Vedder said...

harry boy.
badrul muhayat cari minyak dagu.
Itu filem minyak terbaik malaysia selepas Sumpah Orang Minyak.

..hehe.

fadz said...

reza, thx..!

coffee, bila, kat mana? ada kereta? aku tak drive, ahahahahah.

tanpa nama, thx!

nazim, hmmm, takziah utk dia..

iron, hehe, yah.. estetikanya filem seram.. hahaha

kamarul, disengajakan sebab semuanya beribu kepada farenheit 9/11

edd, very interesting add, heheh.. minyak senyonyong mana lagi yg menarik? oh ya: Serpent & The Rainbow, cara2 buat minyak zombi.

mahhass said...

Tentang sumpah orang minyak : Your the man fadz!!!! Best gila babi sial kau tulis. Serius. Aku suka nih : "Deskripsi fizikal manusia, iaitu dalam fragmentasi orang disaluti minyak dalam warna mono hitam putih tidak pernah seseksi ini."
Memang best - aku pernah terpikir tu dulu.

fadz said...

spiral........!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! (mesej separa homo: i miss u man!)