Perca Kata Kritik Filem

Malas nak tulis panjang-panjang jadi ini pengalaman dan pandangan:


Broadcast News(2013): Filem drama komedi klasik yang menampilkan kehidupan stres tinggi pekerja berita setesen televisyen di Washington, William Hurt, Albert Brooks, dan Holly Hunter, kesemuanya lincah, licik dan pandai dalam kerja mereka, tetapi tidak berapa "pandai" memahami "hati" apabila diperlukan, dan bukan salah mereka. Suatu adikarya James L. Brooks menyerupai farsa moden tentang kemajuan, kompleksiti dan kelajuan hidup yang tidak mempunyai masa untuk merenung hal yang lebih penting daripada segalanya, kemahuan hati. Sebuah filem yang masih relevan sebaik The Apartment yang mengisahkan kritik sosial menyengat tentang kemodenan dan erti moden.

24 July 2008

Filem Terbaik Kita Pula?

FFM datang lagi. Aku cilok daripada blog Ajami, senarai filem yang masuk bertanding. Ada yang aku dah tengok, dan belum dan memang sangat aku mahu tonton tapi tidak diberi kesempatan, terutamanya Wayang (arahan Hatta Azad Khan) dan Johnny Bikin Filem (filem terpanjang dari segi penggambaran dan tayangan filem di Malaysia, terpaksa dipotong untuk 'feature release', arahan Anuar Nor Arai). Inilah yang aku rumuskan setakat ini:
FILEM CEREKA
1957 Hati Malaya (Pesona Pictures) **
9 September (Metrowealth) *
Akhirat (Sri Saheb Production) 0
Anak (Box Lite Film) **
Anak Halal (Tayangan Unggul) **
Apa Kata Hati (Tayangan Unggul) *
Cinta U-Turn (Pyramid Saimira Theatre Chain & Lineclear Motion Pictures) 0
Congkak (Metrowealth) *
Cuci (Tall Order Productions & Tune Entertainment Group) +
Dunia Baru The Movie (Grand Brilliance) *
Duyung (KRU Films, Grand Brilliance & Lineclear Motion Pictures) 0
Evolusi KL Drift (Skop Production & Grand Brilliance) 0
I'm Not Single (Metrowealth) 0
Impak Maksima (Excellent Pictures) 0
Kala Malam Bulan Mengambang (Tayangan Unggul) **
Kayangan (Raden Pictures) 0
Nana Tanjung 2 (Grand Brilliance & Lineclear Motion Pictures) *
Otai (Grand Brilliance & Lineclear Motion Pictures) 0
Pensil (Genius Parade) **
Sepi (Grand Brilliance) *
Susuk (Grand Briliance) **
Wayang (Universiti Teknologi Mara) +
Johnny Bikin Filem (Universiti Malaya) +

FILEM DIGITAL
Yantra (ATV Pictures) +
Ganavin Ivanthaanda Hero (GV Media Broadcast) +
Malaysia's Sweetheart (Matias Entertainment & Adept Media) +
Wirasiswi (London Filmmaker Studio) +
Jarum Halus (Sparky Pictures) +

* dah tonton
**dah tonton dan ada peluang menang
0 langsung tak nak tonton
+ perlu tonton kerana ada potensi dan digembar-gemburkan

Daripada kesemua filem (sekurang-kurangnya yang belum aku tonton tidak boleh dihakimi dan diberi penilaian lagi) yang aku tonton, bilangan 10 tidak layak memenuhi senarai filem Malaysia terbaik tahun ini, hanya beberapa sahaja yang mendapat tempat atau 'worth mentioning' iaitu:
Flower In The Pocket, Kala Malam Bulan Mengambang, Before We Fall In Love Again, 10 Tahun Sebelum Merdeka dan Muallaf.

Daripada lima itu, ada juga beberapa filem yang perlu diberi merit oleh sebab kelebihan teknikal dalam konteks perfileman Malaysia. Di sini, aku akan senaraikan beberapa dan aku tak mahu ikut pun penyenaraian FFM. Walaupun ini senarai pramatang, sebab aku belum tonton kesemua filem yang disenaraikan oleh FFM, maka oleh sebab itu ia boleh berubah jika aku sudah menonton beberapa, seperti Wayang dan Johnny Bikin Filem.

Filem Terbaik: Flower In The Pocket

Sutradara Terbaik: James Lee untuk Before We Fall In Love Again

Skrip Terbaik: Mamat Khalid untuk Kala Malam Bulan Mengambang
Filem Dokumentari Terbaik: 10 Tahun Sebelum Merdeka

Sinematografi Terbaik: Raja Mukriz untuk Kala Malam Bulan Mengambang

Pengarahan Seni Terbaik: Kamarul Nizam untuk 1957: Hati Malaya

Skor Muzik Terbaik: ? untuk Kala Malam Bulan Mengambang

Pelakon Lelaki Terbaik: M. Subash untuk Pensil

Pembantu Pelakon Lelaki Terbaik: Mohd Kamarulzaman untuk 1957: Hati Malaya
Pelakon Wanita Terbaik: Sharifah Amani untuk Muallaf
Pembantu Pelakon Wanita Terbaik: Ruminah Sidek untuk Pensil

Himpunan Pelakon Terbaik: Para Pelakon dalam Kala Malam Bulan Mengambang

Anugerah Khas Tontonfilem: Muallaf (mengangkat tema sensitif iaitu perbandingan agama dalam penggarapan yang lembut, segar, berdrama dan seuniversal mungkin).
Itulah dia senarai anugerah tontonfilem, haha. Aku berharap, dalam masa-masa depan, aku boleh kumpulkan sekumpulan bloggers pengulas filem yang boleh berdiskusi dengan aku untuk menyenaraikan filem terbaik buat satu-satu tahun, seperti yang, ehem dibuat oleh, ehem New York Film Critics, SFFC, LAFC, Sight & Sound, Empire dan bermacam-macam kumpulan lagi... ehem, sape nak sambut seruan ni (kita boleh buat untuk tahun ni, kalau nak).. Aku gerenti, kalau bertahun-tahun kita buat, berkala, prestij nama weh!

11 comments:

Ajami Hashim said...

abang tontonfilem,

ko tau Muallaf & Flower In The Pocket TAK MASUK pencalonan FFM kan?

..pasal erk???

fadz said...

god, isnt it obvious? Didnt u realise that James Lee Love trilogy also didnt make it?

dari buku SPHERE:

"Why do u ask a question when u already know the answer?"

Ajami Hashim said...

actually BUKAN "didn't make it".. derang TAK HANTAR pencalonan!.. tak caya?.. cer tanya Nancie Foo..

fadz said...

ha, tau pun..! tak yah aku cakap (sebab benda tu dah terang lagi bersuluh, duh :P)

ikatkata said...

Kalau jadi lah sdra nak buat program kritik, saya nak sertai. Mana borang? Nak daftar.

fadz said...

slm ikatkata, takde borang, hanya mau pemikiran dan perasaan anda.. biar saya jenguk dulu blog anda eh..

Anonymous said...

syabas! tahun depan boleh ganti Nancie Foo.

-Ani

amirahsyuhada said...

sepi tak masuk mana-mana pencalonan dari anda? Bukan sepi itu filem indah?

Ajami Hashim said...

"..lalala ..sekumpulan bloggers pengulas filem.. lalala"

>> aku nak join! err.. AJK cenderamata! huhu!

fadz said...

ani, aku tak nak.

amira, mmg disengajakan. Sepi pernah dilakukan oleh Khabir, jadi tiada pembaharuan. Mungkin buat FFM nanti, ia boleh menang skrip/cerita asal terbaik, tapi buat standard saya, emmmmmm :p

btw, pls pls pls ppl. go watch Khabir's new horror work (not really frightening but very well made mystery and intrigue) on TV3 thursday night (habislah tahlil aku), nama dia busuk babi: kekasiku seru or smtg, but the cast (love that girl, sapa ah?), the direction, the effect, the plot mmg top notch! huray for mira and khabir!

ajami, i mean, berbincang dan beri 'list' setiap tahun, cenderamata tak perlu coz dats for org karyawan yg gila glamer (and dat is so gay).

zubin said...

10 TAHUN MASUK JUGA KE? I FINALLY WATCH BULAN MENGAMBANG, SO GOOD. ALL THE CASTS ARE GOOD, THEY SHOULD HAVE ENSEMBLE ACTING AWARD!