27 July 2008

Red Cliff(2008) Laju, Seronok, Tak Puas



Sebelum aku mula, aku nak beritahu dua buah filem yang menarik untuk diperkatakan:

X-Files: I Want To Believe – Sepupu aku, Safiah dari London telah memberi satu kesimpulan yang terbaik selepas menonton filem ini bersama aku, adik aku dan kakaknya: Engaging from start to the end, but just like a bible, full of thoughts but no concrete conclusion. Buat aku, aku suka tengok Dana Scully (sekarang doktor), aku suka tengok Fox Mulder. Aku suka tengok Scully dan Mulder bercium (fantasi!). Serius, filem kali ini sebuah filem romantik yang mementingkan dinamisme dan drama dalam interaksi pakwe-makwe (dulu bukan main sipu-sipu) dua teraju utama, dan oh ya, ada si botak Skinner! Memang khas untuk para peminat yang boleh memaafkan Chris Carter kerana memberi sebuah episod yang tersangatlah panjang dalam sebuah cerita yang sungguh senang (dan, emm, sedikit bodoh), penuh intrig, drama yang menjurus ke arah soapy, tapi memang menyeronokkan melihat dua pelakon yang sudah lama tidak ditonton bercakap dalam jargon nerd mereka tapi tetap boleh tampak cool dan seksi.

Kuntilanak 3 – Sebuah porno seram/slasher di tengah hutan kerana mengumpulkan sekumpulan manusia cantik (tapi bodoh) pergi camping dan kemudiannya membunuh mereka satu per satu (yang paling macho, kacak, jantan, feminis dan nampak pandai mati dulu, dan baru yang jambu dan kemudiannya yang emosi tak betul) dengan pelbagai aksi BDSM yang boleh dibayangkan oleh seorang suri rumah bosan dengan senjata suami yang tumpul tiga inci. Aku serius, ia sebegitu seram. Point terbaik: kuda dikejar kanak-kanak yang tiba-tiba dimakan oleh kuntilanak, bayi dalam lembu (oooohhhh, love this part!), nenek dalam pondok rupa-rupanya lesbian tua yang dahagakan darah sunti- menjilat jari, oh silap, pipi. Aku suka akhirnya. Julie Estelle tetap rock!

Red Cliff – fuh, baru sampai ke sini. Ini sahaja filem yang baru ditonton di pawagam yang ‘worth writing this long’

OK, fakta: Dalam studio perfileman dunia, hanya tiga buah studio/negara filem sahaja yang berjaya mencipta epik-epik yang seru: Hollywood, Rusia dan China-Hong Kong (Korea baru nak naik, Jepun, emmm memang ada yang bagus tapi belum ada yang se’ambitious’ China-Hong Kong seperti The Emperor & The Assassin, dan Hindustan, pernah cuba Asoka? Ughhh!). Aku dah banyak menonton filem epik Cina (ya, aku minat gila filem-filem perang mereka), dan aku boleh bersetuju, John Woo berjaya membawa satu kenikmatan dalam sebuah filem epik yang pernah difilemkan beberapa peristiwanya oleh Shaw Brothers beberapa kali (walaupun baru bahagian pertama yang telah menyebabkan ramai penonton bengang dan mahukan lagi daripada durasi dua jam filem ini). Filem ini berdasarkan sejarah pertelingkahan Cao Cao pada zaman Tiga Kerajaan terhadap manusia-manusia yang cuba menahan pembuakan kuasanya. Sejarah ini dikitabkan dalam sebuah buku bernama Romance of The Three Kingdom, antara tujuh buah buku ‘hikayat’ terunggul Cina. Romance of The Three Kingdom dikatakan elok untuk orang muda yang mahu berfikiran ‘tua’ dengan plot strategi dan muslihat demi muslihat sedangkan Water Margin elok untuk orang tua yang mahu berfikiran muda dengan minuman todi dan pelbagai hal-hal perbuatan semangat perwira muda. Aku juga pernah bermain permainan stimulasi komputer Koei yang memang ‘cuba’ menajamkan pemikiran untuk bertindak dengan betul.

Dalam hikayat terkenal ini, aku suka benar dengan watak Cao Cao (di dalam filem ini, dan juga hikayatnya, digambarkan sebagai seorang jeneral yang kejam dan boleh dikatakan antagonis cerita), dan di dalam filem ini, dimainkan dengan baik sekali oleh Zhang Fengyi, antara pelakon terbaik China dan pelakon China kegemaranku (tonton Farewell My Concubine untuk menonton kehebatannya). Cao Cao dalam gambaran John Woo sungguh manusia; walaupun kejam, Cao Cao masih manusia (walaupun sangat bergeliga) dan bergerak dengan intuisi dan nafsu manusia, bukan bersikap kedewaan. Penggayaan ini penting dalam melakarkan tiada baik dan jahat yang sebenar dalam coretan sejarah cerita ini (walaupun askar Han bawah naungan Cao Cao memakai warna hitam), hanya dua buah pihak yang mempuyai peluang, dan berdasarkan faktor serta kekuatan, melihat bagaimana peluang ini dipergunakan dengan sebaiknya untuk menentukan kemenangan- di sinilah John Woo berjaya mengangkat kebenaran roh Romance of the Three Kingdom.

John Woo bercerita tanpa memeningkan kepala penonton (ada beberapa epik yang disengaja kompleksitinya seperti War & Peace versi Rusia atau Heaven's Gate) kerana tahu, lanskap, manusia yang mengisinya,watak-watak bulat yang memberi peranan penting, kompleksiti rancangan perang perlu dikawal dengan baik dan segala kemungkinan ini perlu dilihat seakan-akan seeokor burung dari atas langit yang melihat tajam akan setiap babak manusia yang sedang dan akan berlaku serta penyusunan sebab akibat yang mengasyikkan. Lihat sahaja babak simbolisme merpati – helang yang digunakan dalam filem ini dan bandingkan dengan penggayaan keterlaluan helang Oliver Stone untuk Alexander. Ia lebih alamiah, terikat dengan cerita dan peranan serta mengikat antisipasi penonton dan terikat cantik dengan babak yang dilanskapkan. Ini praktikaliti John Woo.

Memang dikatakan filem ini melanggar beberapa fakta sejarah- filem epik yang mana tidak. Ini wajar kerana susunan drama dan intrig yang diperlukan dengan alunan, seperti satu okestra besar, disusun dengan teliti supaya ia dapat menarik perhatian dan emosi penonton, dan menarik ia berjaya. Ada beberapa babak awal menggambarkan ia semacam sebuah filem separa Hallmark-Disney (John Woo semacam tidak hilang gaya lamanya) dengan sentuhan arahan Hollywood (laju dan kemas, hilang kelembapan dan grand feel yang biasa dalam filem epik Cina, dan dengan lebih baik, meninggalkan over the top artistik Zhang Yimou), dan sedikit gusar dengan dialog separa Sembilu (ada sedikit pada awalnya) serta efek bunyi yang mengarut (sewaktu burung hinggap ke tangan Maharaja Han), tetapi semua ini hilang kerosakannya dengan cita-cita tinggi serta suara manusia yang dilukiskan sebaik mungkin dalam sebuah drama manusia yang sangat besar kanvasnya. Malah mengejutkan, John Woo melawan konvensi dengan menambah beberapa ‘light moments’ dengan wit Cinanya (selalu berlaku antara dialog ‘scheming’ Takeshi Kaneshiro yang hebat dengan Tony Leung yang cool). John Woo juga mengejutkan kerana memaparkan, walapun ekonomi dan komersial, beberapa punggahan emosi yang semanusia mungkin yang diluahkan oleh watak-watak ksateria dan jeneral terutamanya di bawah Liu Bei dan Zhou Yu, memaparkan watak-watak kependekaran yang tinggi dan beradab, penuh semangat keperwiraan yang kita dengar hanya wujud sebelum perang dunia pertama, bila perjuangan itu benar-benar datang dari jiwa yang murni dan semangat yang lurus (L Grande Illusion memaparkan kepupusan semangat keperwiraan ini). Semangat ini berjaya diangkat oleh John Woo. Heck, aku rasa nak belajar bersilat selepas menonton filem ini!

Apa yang menarik ialah, teknik fast cut dan tiba-tiba kamera mengfokus terhadap wajah denga zoom laju. Walaupun kita akan merasa janggal (gaya yang sangat 70-an dan banyak digunakan oleh filem-filem perang dan kung fu Shaw Brothers) pada mulanya, tetapi kita akan sedar, teknik ‘laju dan menangkap ikon watak’ ini wajar kerana memperlihatkan pada setiap mis en scene, berlakunya satu ‘muslihat’ yang sengaja tidak mahu dirungkaikan untuk menjaga anitisipasi penonton tetapi bila ia dipaparkan, dipaparkan dengan membuat mata-mata penonton terus kagum dan terkejut dan ya, menepuk tangan (ya, agak ‘murahan’, tapi gaya keep and sustain then surprise ala sarkas magik John Woo sangat menjadi). Lihat sahaja babak ‘perisai berkilau’ sewaktu wajah-wajah jeneral dua pihak berlawan mahu dekat bertempur, lalu wajah-wajah jeneral difokus, lalu tiba-tiba perisai dipusing lalu silauan emas berlaku. Semua penonton di dalam wayang terus terlopong dan ada yang menjerit kesukaan- taktik yang sejuta kali lebih baik daripada aksi berefek CGI melampau seperti dalam The Mummy. Terima kasih kerana ini, stunt manusia dan kepandaian suntingan masih ‘mahal’ sebagai teknik bermain dengan keterujaan penonton abad ke-21.

Ini ditambah dengan aksi kareografi ‘one man combat’ yang sangat lunak dan sebaik mana-mana filem kung fu (untuk memaparkan kehebatan satu-satu perwira) Hong Kong, walaupun sedikit eskapis. Runut bunyi filem ini pula, walaupun difusi dengan Jepun (pembikinnya seorang Jepun) telah berjaya melatarkan filem ini dengan satu mutu keunggulan epikal yang tinggi dan sebaik Lord of the Rings.

Kesemua para pelakon menjayakan filem ini dengan baik. Aku suka watak Takeshi Kaneshiro yang ‘smart’ dalam tutur katanya, mengalahkan mana-mana Cicero di dunia ini dengan kata-kata retoriknya. Dan pelakon baharu itu yang berlakon sebagai puteri Kerajaan Wu, aduh, boleh saja mengalahkan kepetahan Zhang Zi Yi dengan lunak kelantangannya. Oh, ada sebuah babak dipotong- babak seks yang digembar-gemburkan mainan Tony Leung (kalau dia tak main, tak sah kan? Basi dah sebenarnya ...) dengan isterinya yang ingin dimiliki oleh Cao Cao (ohhh, dah rasa macam Troy lah pula).

John Woo mengembalikan kepastian bahawa Hong Kong-China masih relevan dalam dunia pembikinan filem-filem besar, tetapi menambah satu lagi kepastian – ia dibuat dengan keseronokan hiburan dan sifar kebosanan tapi masih terjaga falsafah roh ceritanya serta kemanusiaannya.

11 comments:

GAIA said...

harus tengok lah Battle of Red Cliff lepas ni...asalnya ragu2 gak....tapi mesti lebih baik dr citer 3 kingdom apa tuh yg main bebaru ni kan?

Dah tengok K3 tadik....besh....lagi syiook dari K2....

fssf said...

Lajunya! Gua baru tgk x-files yang membazirkan tiket tu! Hehehe ...

fadz said...

gaia, u for real?

sf, alahai.. bazir ek?

Edd Vedder said...

ko dah mencurahkan minyak kepada api semangat aku untuk menonton Red Cliff. It's John Freakin Woo! Kalau dia direct episod Senario pun aku akan tengok..

* aku sedikit gusar lepas 'ter'tengok trailer Susuk. Wajarkah aku bercuti untuk filem ini?

fadz said...

aku boleh rasa yg susuk mcm sial (filem seram tempatan mana yg tak) tapi ini hasil kerja kawan, dan mak cik yg pernah ada affair dgn bapak aku berlakon dlm filem ni (wahhh, hebat tak 'hush-hush' aku? soalan: boleh percaya ke?).

kekure said...

Takeshi kanena rawkz hahahaha..da keluar dvd nanti sah2 la aku marathon kat rumah..

Edd Vedder said...

"mak cik yg pernah ada affair dgn bapak aku berlakon dlm filem ni".

- Wah. Boleh percaya ke, really?

Perasaan ketidakwajaran bercuti di waktu kerja bertimbun sudah mula menguasai diri aku. Arrghh.. choices.

Edd Vedder said...

oh ya.. aku dah review TDK. mana kau punya?

mahhass said...

woiit ada ke patut kau labelkan porno seram hahahaha

"..mak cik yg pernah ada affair dgn bapak aku berlakon dlm filem ni (wahhh, hebat tak 'hush-hush' aku? soalan: boleh percaya ke?)."

Aku percaya aku percaya hahaha

amirahsyuhada said...

kenapa masa saya menonton filem tu, saya lihat takeshi kaneshiro seperti tertarik pada tony leung? mereka seolah ada perasaan sama lain, saya sangka takeshi kaneshiro adalah sida, sumpah, kami hampir menyangka mereka berdua melakonkan watak gay.

entah mungkin itu persepsi dari mata orang2 perempuan.

fadz said...

edd, its true..!! u know who the person i despise tu? well, itulah dia!

edd, pasal ko dah tulis baguslah aku tak yah tulis lagi. hohoho

spiral, porno seram kan sodap?

amira, good scan.. yes, i felt that too, but not that erotic lah.. sebenarnya, ini adalah antara satu daripada bentuk cinta saudara atau cinta anak murid-guru yang sudah jauh kita org moden rosakkan kerana kedatangan tanda 'out' homoseksual. Sila tonton LOTR dan tgk semangat cinta saudara samwise dan frodo (org kini melihatnya separa homo), cerita2 kesatria yang boleh mati untuk saudaranya sendiri (mengambil pinjam kuasa kasih-sayang askar Islam yang bersatu sbg saudara semasa peperangan salib dulu) dan kasih anak buah Iskandar Zulkarnain terhadap rajanya (disalah erti kemudiannya, lantas beberapa penulis selepas kemangkatan Iskandar menulis bahawa ia homo)- ini yang menyebabkan org dahulu punya semangat 'comradship' sgt kuat, lalu dengan kesetiaan dan kasih-sayang ini, mereka boleh menumpukan sesuatu yang sinergi. Cth sekarang, dlm bhg2 negara yang belum lagi diacah sgt dengan tanda 'out' seksualiti ini seperti negara Myanmar, Tibet, Bangladesh, para lelakinya senang2 berpeluk2 dan berpegagng tangan bila berjalan, ini satu kebiasaan antara 'adik-beradik' dan tidak ada semangat seks. Dalam Chi BI, mmg sida Takeshi itu terpampam dan terusik dengan kehebatan (bukan seksual) strategi, mentaliti dan kehalusan Tony (seperti mana Raja Richard terusik dengan ketelitian dan kehalusan Saladin, sampai ada modern scholar melihat 'passionate' Richard ini homoseksual). Dalam melihat konteks moden, John Woo mensengajakan ini untuk 'audiens barat' yang menyukai hal2 'subtle' sebegini. Dalam kitab Romance of the Three Kingdom pula, watak Takeshi dan Tony pula banyak bergaduh, malah Tony sangat benci dengan Takeshi (ini disengajakan untuk menaikkan 'kedewaan' Takeshi yang sememangnya disembah oleh orang Cina sbg dewa) dan cuba mahu membunuhnya tetapi selalu saja dapat ditepis oleh Takeshi. Dalam fakta sejarah (mengikut jurnal Tony), mereka memang berkawan dahulu, tetapi setelah pihak kedua2 tuan bermusuh, mereka berperang antara satu sama lain.