31 July 2008

Susuk(2008) Ayam dan Menyucuk

Pertama kali, syabas Amir dan Naeim Ghalili (tetapi sedikit sebanyak aku dapat rasakan, filem ini lebih ke arah projek Amir daripada Naeim oleh sebab beberapa perkara dalam filem ini yang 'lazim'nya sentuhan Amir yang witty), ini setentunya sebuah filem kultus Malaysia untuk 2008: hanya untuk dua babak ini sudah cukup (walaupun aku nak tengok lebih banyak 'isi'), Sofia Jane di dalam air kolam terisi kelopak bunga merintih, "Ah-uh" bila jarum susuk dicucuk ke dalamnya (rujuk: Audition), dan kemudiannya Ida Nerina, Diana Rafar dan Aleeza Kassim di dalam 'bath tub', tetapi tidak ada pelakon pun yang boleh buat 'keghairahan untuk cantik' sebaik Sofia. Cengkaman seksualnya (tanpa perlu menunjuk sangat) terasa, keinginannya untuk mencapai 'bintang' terasa- ya, kita perlu sakit untuk jadi cantik selama-lamanya dan dikagumi (rujuk: Death Becomes Her).

Kedua: Dario Argento tentu menjadi 'perujuk' dalam babak seorang mangsa (aku tak boleh cerita sangat di sini siapa) di mana kamera bergerak perlahan dalam satu lorong rumah (ditiru pula dalam Alien dan The Shinning) 'mencari' orangnya lalu kita lihat 'mangsa'nya, lalu mangsa ini 'diajak' masuk ke dalam perangkap lalu dibunuh dengan lembaga bersarung tangan hitam dan bilah pisau dengan kejam sekali ala Giallo (rujuk: Suspiria, Deep Red; harap-harap ada Director's Cut buat ini!) yang dicampur dengan simbolisme bulu ayam berterbangan (ya, aku tak tipu!: baca subtle simbol ayam, mangsa yang senang diselsaikan, pelacur @ mak hayam![siapakah itu?], orang yang senang dipergunakan) merayap merata-rata- buat penggemar filem seram, kita dapat baca tiga perkara: vodoo, simbol takde makna tetapi seperti Argento kuasa ekspresionis seram dinaikkan tiga kali ganda dengan paparan ayam terbang (serius, rasa 'demented' fasal kehadiran ayam), dan absurdis serta sedikit 'lawak gajah' (kalau sesiapa dapat tangkap 'tounge in cheek'nya) seperti filem-filem Argento yang terkemudian seperti monyet yang memegang pisau dalam Phenomena atau kera jahat dalam Mother of Tears. Buat homaj ini, Amir Muhammad dan Naeim Ghalili sudah membuat satu penghormatan tinggi kepada Guru Ekspresionis Seram serta Raja Seram Rock & Fairy Tale.

Ada sebuah lagi cengkaman mangsa mengingatkan anda kepada The Godfather, tetapi itu hanya satu babak kecil.

Perlu diingatkan, filem ini sebaris dengan filem seperti Psycho, Saw, The Usual Suspect, Sixth Sense, The Unseeable dan Les Diaboliques di mana pengkahirannya menjawab segala persoalan dalam filem. Oleh sebab itu, aku perlu berjaga-jaga dalam penulisan ini agar 'jawapan' filem ini tidak terjawab dalam entri ini. Pun begitu, aku mengharapkan bahawa filem ini ditonton dengan kewajaran filemnya, bukan kerana "oh, sebuah lagi filem yang berakhir dengan pengisian jawapan" di mana, oleh sebab kemasukan belambak filem seram Thai dan Indonesia yang menggunakan formula "jawapan di akhir cerita" yang sama, membuatkan filem sebegini hanyir dan basi, sedangkan pengakhiran filem ini, walaupun mungkin bukan sesuatu yang baharu, mengisi satu kejutan yang kalau tidak memeranjatkan, mempunyai seksa pathos dan seronoknya yang tersendiri.

Bermula dengan filem Sepet (aku tetap mengatakan, Sepet bukan filem bebas kerana ia memasuki pawagam perdana dan bukan seperti Flower In The Pocket, Love Conquers All atau Ciplak) memasuki layar sinema Malaysia, datanglah beberapa pengarah muda (daripada satu aliran indi yang aku panggil 'orang berkampung') yang mula melebar luaskan pembikinan filem perdana sejauh mana perfileman Malaysia boleh pergi. Amir Muhammad dikenali sebagai 'godfather' terhadap perubahan baru ini (dan selepas itu, Osman Ali) dengan kamera digital, mencipta filem yang jauh lebih subtle dan penuh lapisan daripada filem perdana waktu itu. Dengan kehadiran Amir dan konco-konconya, tergegarlah filem perdana Malaysia. Lalu apakah resolusi terakhir mereka yang terasa gegaran ini? Sudah tentu mempelawa para pembikin muda ini merasa kek filem perdana dan bukan bermusuh. Beberapa kawan seperti Woo Ming Jin dan M. Subash tersungkur di pecah panggung, tetapi filem-filem mereka diminati dan bertambah peminat dan 'pengikut' sedikit demi sedikit, dan beberapa daripada mereka difitnah oleh produser lama seperti Raja Azmi, tetapi mereka bergerak terus. Dengan kemasukan Susuk, bolehlah kumpulan orang berkampung ini menarik nafas lega kerana berjaya membawa satu perubahan dalam layar filem seram Malaysia.


Aku tidak akan katakan, inilah filem seram terbaik Malaysia untuk 5 tahun ini kerana aku belum lagi dapat menonton Histeria(2007) arahan James Lee, tetapi aku boleh katakan, ini antara filem pasca moden seram yang boleh dicanangkan buat Malaysia sekurang-kurangnya sekarang. Mungkin ya, tahap seramnya tidak mencapai tahap yang benar-benar takut setahap 'masters of horrors' yang aku kenal, tetapi paparan dunia selebriti hedonis disaluti mistik, cita-cita seorang yang biasa mahu menjadi 'dewa' dan penyesalan masa lalu dengan keinginan pengisian romantisme masa lampau (gothic or Joan Crowford anyone?) menjadikan filem ini antara yang seseronok mana-mana filem salutan satira hidup kepura-puraan selebriti seperti Sunset Blvd, dan aku berani mengatakan, Susuk makes Kenneth "Hollywood Babylon" Anger proud.

Pentingnya idealisme ini dicanang kerana paparan tradisi filem 'hidup gelap bawah Hollywood' seperti yang ditunjukkan dengan seram dalam finale Day of the Locust atau seemosional menyeksa seperti Mullholland Drive, tulisan cerita Rajesh Nair ini berjaya memaparkan sendiri bayang-bayang 'kepura-puraan' para performer di balik layar, melakarkannya sepedas mungkin dengan campuran baur glamour 'tipu (we have such hollow extistance, hence we dont mind to get killed! rujuk Opera)', keinginan 'bintang' dan resah hati terajunya untuk 'stay on top' di mana filem seperti Diva Popular Erma Fatima hanya mencapai separuh daripada pathosnya. Kenapa aku rungkaikan Kenneth Anger? Kerana Kenneth Anger tampak hipokrisi 'hidup cantik dan sempurna' para hiburan ini, memaparkan 'kehitamannya' yang tidak pernah dibayangkan sebaik ini kecuali Layar Lara dan Ringgit Kassorga Suhaimi Baba. Tetapi dengan tangkapan lensa Amir dan Naeim, dunianya lebih terasa 'warna-warni kepalsuannya' terhadap dunia selebriti Malaysia yang sememangnya kecil, tetapi terajunya gah dan rakus mendada merekalah manusia yang dipuja (rujuk: Mawi). Lihat sahaja cengkaman 'pedas' Amir akan Idola (Akademi Fantasia), kemudian dibalik bilik VIP para selebriti berjumpa (ala Malaysia, kecil dan seperti satu minum petang membosankan tanpa kekuatan hip Hollywood, tetapi 'kehebatan' itu dibuat-buat oleh para pengunjungnya), si artis yang menumpangkan seorang peminat (perkara ini tidak akan berlaku dalam dunia gah Hollywood, tetapi kerana inginkan publisiti dan manusia gemilang perlu berseka pinggang dengan orang biasa, mereka terpaksa tebal muka!) balik, dunia susuk artis (simbol kepura-puraan, daripada pembedahan plastik, pembedahan 'anu', botoks sehingga seksualiti artis yang ditutup media) sehinggalah mainan para orang besar (mak/bapak ayam?) memasukkan orang baru (ayam) ke dalam arena yang bermula dengan pub kecil seperti yang dilalui Soraya dalam filem ini. Pathos, getir, perit keinginan menjadi sesuatu (transformasi) dan mulut-mulut busuk dunia selebriti membuatkan Susuk cemerlang dalam memaparkan dunia aneh tetapi menjadi kegilaan para muda-mudi dan para penerajunya. Aku tidak sanggup tetapi ketawa melihat 'arang' yang diconteng secara sengaja oleh Amir terhadap para selebriti yang ada pada tayangan perdana semalam. Perih dan pedih itu terasa!

Dengan semua ini, masuk Dewa Dewangga (lakonan Adlin Aman Ramlee yang melakonkannya dengan penuh serius, satu tepukan buatnya), satu simbolisme machois klitch, pengilang "i can make u a star" (lihat babak akhir) dengan penggayaan (aku bawa glamour, diva, pop, seksa S & M dalam satu paparan sekali gus!) dunia fantasi dalam jemarinya ("Aku boleh buat gangsa jadi emas", rujuk babak Dewangga memasuki alam fantasi ala Keraton dengan tiba-tiba!). Di sini, sekali lagi kegeniusan Amir ditahap tertinggi. Dengan jayanya, mereka memaparkan si Dewa Dewangga seakan separa PR, manager from hell/heaven (really horror if people get this sarcasm!) yang membawa keseluruhan "cita-cita palsu" kerana sumpahan yang dikenakan terhadap mereka yang menerima tawaran Dewa itu. Malah, kita dipaparkan, orang seperti Sofea dan Aleeza sudah tentu mahukan hadiah Dewa ini, tetapi kenapa mereka tidak dapat? Adakah kerana mereka sendiri 'menolaknya'? Kita juga dipaparkan di tempat bomoh, di sebuah tirai, sepasang mata melihat mereka yang disusuk. Kita tahu ini Dewa Dewangga. Dewa Dewangga ialah tanda voyeur, peranan yang diambil sebagai ' dia yang serba tahu' (rujuk Phone Booth) yang sekilasnya adalah sang pengarah (mereka adalah tuhan, penggerak simpang siur cerita), dan selicik mungkin juga paparan tanda kita sebagai para penonton. Kita sebenarnya Dewa Dewangga. Secara prasedar, kita mahu Soraya (lakonan sangat bersahaja Diana Rafar) mendapat sesuatu, walaupun kita rasa apa yang Soraya akan lalui itu tidak betul, tetapi kita mahu dia mendapatkannya (separuh daripada kita mahu dia SEDAR secepat mungkin) kerana kita bersimpati dengan kejujuran Soraya. Tetapi dengan voyeur ini juga, Amir menyakiti kita dengan sautan pengkhianatan di akhir cerita, menunjukkan, voyeur kita itu akhirnya voyeurnya (sang pengarah) dan mengejek kita jika kita menafikannya, membisik kepada kita "sebenarnya ini yang kau mahu kan?"- secara pra sedar mengejek diri kita sendiri yang hidup dalam dunia sms Akademi Fantasia (kita menentukan naik jatuh seorang artis!) dan suka/benci satu-satu paparan hidup selebriti. Ya, kitalah hipokrit terbesar sebenarnya. Dan ini dicapai dengan "ace" oleh Amir Muhammad.

Ada beberapa perkara yang aku tidak suka dalam filem ini. Ini tertusuk dalam bahagian tengah 'meleret panjang' (wajar dalam memaparkan 'perasaan' Ida Nerina untuk mencari silamnya yang hilang) video MTV dan babak-babak Soraya mendapatkan susuk, lalu ibunya tersungkur. Di sini terletak 'Point of no return', pilihan Soraya itu memilih apa yang dia pilih, tetapi apa yang membuatnya betul-betul memilih? Di sini, idea ini dibuat dengan longgar dan tidak ada pengertian konkrit (adakah kerana ibunya sebagai simbol penentu hidup mati? Atau mahu menunjukkan pilihan ini berlaku prasedar dan tanpa sengaja atau suka-suka? Bagi aku tak mungkin), malah lagu-lagu nyanyiannya sumbing dan membingit telinga, langsung tidak boleh dikatakan 'haunting'. Di sini yang membawa kelemahan cerita ini, samada kita boleh bersimpati dengan pilihan Soraya atau tidak. Amir cuba menggunakan pendekatan 'doppleganger' dalam Vertigo atau Mulhollad Drive di mana kita cuba mengaitkan keinginan satu watak dengan penyesalan satu watak lagi atau perkaitan antaranya dan apa yang membuat mereka 'mendetak' secara emosional, tetapi bukan seperti David Lynch atau Alfred Hitchcock, fluid transformasi ini tidak menjadi, malah sedikit gopoh, menyebabkan kita terhenti untuk mencari 'apa yang hilang dalam Soraya' dan menyedihkan, Soraya sendiri tiba-tiba menjadi superfisial. Ada beberapa perkara seperti babak akhir mempunyai kekuatan yang lebih jika dengan tiba-tiba kereta yang dinaiki Ida (dengan apa yang berlaku dalam kereta) tiba-tiba kamera bergerak ke lanskap luas Putrajaya lalu bergerak ke arah pusat bangunan Putrajaya, menjawab lapisan ketiga yang Amir cuba bawa tentang 'pembangunan yang sia-sia' ke jaringan gol yang sepatutnya.


Walaupun begitu, filem ini sudah berjaya sebagai satu permulaan Amir sebagai pengarah 'transisi' perdana dalam membawa satu kesegaran isu dan latar filem walaupun dalam genre yang boleh terperusuk ke generik. Para pelakonnya, terutamanya Diana Rafar, Norkhiriah, Sofia Jane, Aleeza Kassim, Ida Nerina dan Adlin Aman Ramlee mencengkam dan baik, membawa sedikit persona Pedro Almadovar yang mengangkat watak-watak bising separa romantis (kadang-kala tersisih) yang diseksa dalam hal-hal yang melangkau pemahaman moral kemanusiaan. Pelakon kacak tapi kayu dalam Cinta itu yang aku pernah kutuk pun membawa satu kesegaran baik, walaupun dengan kasihan tidak diberi banyak shot imej. Lagu Hardesh Singh terbaik pada masa-masa awal dan pada 'showdown' akhir, tetapi agak leka dan bermain-main dalam beberapa tempat dalam filem. Daven Raghevan memberi satu panorama kuat dalam 'eerie' latar beberapa babak yang baik termasuk beberapa babak selebiriti yang ditangkap dengan sewarna dan seikhlas mungkin, tetapi babak-babak seram masih perlu dibaiki. Suara adalah kelemahan utama filem ini. Paparan ekstra gaya Hafsham pada awal dan beberapa bahagian cerita (sekurang-kurangnya klise watak India tidak dipandang rendah!) menguatkan bau Malaysiana dan kelihatan appropriate.

25 comments:

mahhass said...

Aku tahu, kalau (apa saja filem yang) kau tulis sampai aku kena scroll ke bawah dan bawah lagi, maknanya ada benda yg kau suka & tak. Aku kenal kau. Hahaha. Apapun aku jeles ya amat sekarang nih. Aku nak tengooookkkk jugaakk aaarrrgghhh

mahhass said...

Lagi satu, banyaknya reference!?! Arrgghhhhhhhhh

fadz said...

hehe, but u shd watch the uncut version, hopefully masuk festival filem kat australia, baru gempak, mungkin masa tu boleh tgk kopek aleeza kasim dan tgk EHEM dicucuk dan dicucuk dengan kejam sekali..

Ajami Hashim said...

..dan rebiu i ini mengukuhkan kedudukan kau sbg blogger pengkririk.. errr pengulas filem TERBAIK stakat ini di Msia.. kudos! lalala!

p/s: aku suka giler nyanyian budak aswara itu! kau tak suka tak apalah! hahahaha!..

Anonymous said...

kenapa festival filem kat australia je yang gempak?

mahhass said...

Hopefully lah.. Tapi aku rasa aku sempat tonton dvd release dulu kot. Entahlah.

Hmmm ok.. cucuk yg kau ref: Audition, baguslah kalau orang kita rujuk gaya Takeshi Miike bikin filem. Jadi, soalan aku : dah boleh kasik "Horror-Masterpiece" tak? (Haha aku tau 'berat' kau nak jawab ni.)

fadz said...

ajami, takde ah, ko kan 'up there'...

anon, ada yg lagi gempak, festival jamban belakang rumah aku, penuh setan, seronok!

hahahaahha, spiral, horror masterpiece? err, dats too early to tell, kalau yg itu, amir has a long way to go, tapi dari segi satira, haaa, tu kira boleh kata klasik lah.

saat omar said...

Poster dia cantik...nampak tulang belikat. Sexy :)

zulazahari said...

Susuk dah keluar, bila pulak si 'Dukun' nak keluar?

Anonymous said...

bila "festival jamban belakang rumah aku, penuh setan, seronok!" mula?

fadz said...

saat, yeap.. dan utk standard filem Melayu, berani.

zul, itu kena tanya keluarga mona fandey.

anon, selalu, bila perut rosak.

Anonymous said...

jamban style filem melayu lama eh?

fadz said...

1 point i didnt make: ppl shd read Nizam's Susuk The Novel in part of comromising the 'myth' of Dewa Dewangga not resembled in the film, it is that cultish and brings Dewa's char in life (like our own Diary of Laura Palmer to Twin Peaks), though i cringe with Nizam's style of Ahadiat writing.

zubin said...

don't just say it is mona fendey's family, it is not, it is the family of the other side, jangan salah cakap nanti menhantui heheheheehhe

pijan said...

kalau takde kelas mmg aku g aritu haishh..

fadz said...

zubin, noted.

pijan, itulah engkau..

Anonymous said...

Wah, Fadz..Hebatlah ulasan ni. Zeera suka sangat. Tapi yang bahagian Hafsham tu bila pula? Tak ingatlah. Satu lagi, betul ke ada babak yang diorang potong masa Aleeza Kasim tu? Huih, dasyatlah kalau dia betul-betul buat semata-mata untuk festival filem kat Australia.hehe

fadz said...

salam Zeera, elemen Hafsham ialah memasukkan pelbagai warna etnik lain dalam filem, contohnya Mekanik. Susuk banyak melakukan campuran pelbagai etnik ini, di awal, India, di pertengahan ada watak Cina, dan beberapa lagi watak-watak sampingan. Ini ialah 'trademark' Hafsham.

Hal potong memotong tu, bolehlah ditanya kepada tuan direktor kita, cuba masuk dalam blognya..

deennasour said...

phiuw~
this is the best review for susuk~
teliti beb~
nampak sangat ko mmg pemerhati yg baek, aku buat sambil kepala lentok2 nak tdo...hehe

"hak cipta tonton filem"
hari2 aku mengadap "can" tercetak logo "filem negara malaysia" tuh
:D
p/s:ko punya apa tajuknya? aku nak carik

pijan said...

Paparan ekstra gaya Hafsham pada awal dan beberapa bahagian cerita (sekurang-kurangnya klise watak India tidak dipandang rendah!) menguatkan bau Malaysiana dan kelihatan appropriate.


-aku teringat z lokman :)

the big arm machine said...

cam best je susuk ni..
bile dh baca review ni,makin x sabar plak nk tgok..

fadz said...

deena, salam, i pun suka rebiu u walaupun u rasa bosan (yes, it needs more sex, gore and skin, the unholy trinity of horror films, kan spiral kan kan kan?).. eh, u kerja ngan can film negara ke? nak join, nak join!

err, ini tajuk apa ni ek? tak fahamlah babe.

pijan, good that u saw that, to me, i havent got the chance to watch Z Lokman's Cikgu Sayang(?), ada tak, tolong kirim leh?

big arm, silalah tonton..

pet said...

1. susuk ade masalah post-tak cukup shot .
2. set tak terjaga.ade plak org lalu kat blakang dan undur balik bile tau die masuk kamera.
3. editing- tolongla perkemas.cemane leh masuk timecode beberape frame tu.
4. konti banyak gile lari.
5. storyline ok.
6. sofia jane memang the best.

amir..i know u are better than this.

Anonymous said...

i luv u pet - bukanamir

fadz said...

pet, tq.. yes, i just love sofia..