07 August 2008

Nota Pendek: Midnight Meat Train(2008)


Kalau korang ada masa, silalah tonton filem adaptasi cerpen Clive Barker ini. Ia sebuah 'near masterpiece horror', dan paling penting, sebuah filem yang meneruskan pengkajian pengembaraan manusia tentang sifat voyeur (kenapa manusia suka mengintip)- ada kuasa noir (dah tentu ini sebuah neo-noir seram) walaupun pada akhirnya semua noir ini tidak dijaga dengan kemas (kerana ini sebuah filem seram). Ideanya: apakah voyeur itu bernilai moral jika kita sendiri mengambil ekstasi terhadap pelakuan yang menjelekkan (contoh: kita menonton smut anak bawah umur ditutuh, dan kita menikmatinya sebelum kita menghubungi polis). Dan adalah paparan kebusukan manusia itu adalah seni yang paling tinggi? Midnight Meat Train berjaya menapakkan persoalan estetika seni dalam seram, siap penggambaran filem ini adalah seni, denyutannya seni dan harapannya seni. Hanya aku tak berapa suka dengan pengkahirannya, walaupun ia berjaya mencipta emosi yang mendalam, kerana aku sudah membaca cerpennya yang memberi jawapan terhadap kewujudan (orang bawah tanah) dan simbiosisnya terhadap penerusan kemajuan tamadun manusia New York.

Beberapa adegan ganas tidaks empat dipotong LPFN, malah perkataan "F***" terlepas beberapa kali. Adegan seks dipotong licin.

Sila tonton filem ini yang mungkin akan cepat hilang daripada pawagam kerana orang sekarang hanya tahu menonton blockbuster dan filem bertih jagung walaupun ia tak berapa mengujakan (The Mummy).

10 comments:

saat omar said...

facebook saya , emailnya....saat_mars_volta@yahoo.com.my...silalah add...eh takde review Dark Knight ke?

fadz said...

edd dan maverick dah tulis review bagus, buat apa aku lagi? lagipun ini filem hollywood yg sure semua org akan tulis, jadi buat apa aku nak gah2kan lagi walaupun mmg aku suka dgn TDK, btw aku suka bahagian feri dan pengkahiran yg semacam diambil daripada filem The Big Sleep dan filem2 noir yang berbelit2.

deennasour said...

aku tonton filem ini tanpa plan...
tetiba nak tgk~
fuh GANAS GILA!!!
babak potong2 tuh,
bila nak minum coke, sungguh perit...geli...kembang air liur aku,

tapi aku tak puas hati cara diorang terangkan pasal makhluk tu kat ending cerita,
mcm nak tak nak jerk..
haisy~

p/s: ingat nak bwat review gak ari tu, tapi sibuk la plak~

Reza said...

sold..nak tgk!

Jimmy said...

lorh...kamu empunya tonton filem ya fadz.

Terima kasih la jengok binfilem.

Nampaknya kau lagi sifu,aku ni budak baru

nibe blog,banyak info.

fadz said...

saat, aku dah cuba, tak JUMPA pun.. haikh..

deen, sama, dlm cerpen buku Book Of Blood lagi bermakna..

reza, mesti gi!

jimmy, but i really admire ur writing, and ur film work..!

zip your mouth said...

kena tengok!

saat omar said...

Try yang ni ....
http://www.facebook.com/profile.php?id=701488314
:)have a nice day

Edd Vedder said...

fadz..
bukan aritu ko kata nak blanja aku tgk MMT ke?

.. :)

fadz said...

deenasour, ya betul! somewhere aku ada tulis, oh ya, Facebook bahawa cerpennya lebih puas dlm beri bckground story simbiosis fungsi demon dok bawah tanah tu (utk memakmurkan New York! kalau demon tu mati, tamadun manusia pun mati!)

edd, err, dah terlepas, citer lain, any film interested? star wars aku tgk esok.