22 August 2008

Perca-perca Filem Ogos 2008

Ya, Ogos ialah bulan hari jadi aku. Ha ha, aku dah muda.

:P

Nampaknya aku kena berhenti face book sebab kalau aku nak cool off, aku bukak face book dan malas nak blog hopping macam dulu.. hmphh.. ok, ini yang kau tunggu sangat kan?

Rogue(2007)
Jangan ketinggalan. Senang, seronok, bertih jagung, bermoral. Dan ada 'edge' dalam ciptaan mitos 'pemburu berhantu itu dewa dunia yang disembah'. Beberapa twist yang menarik buat mereka yang gemar filem seram subgenre raksasa (tak boleh lawan The Host, Alien, The Relic atau Jaws, maaf). Aku suka babak terakhir 'showdown' antara hero Amerika (hero baru Amerika dalam filem ni bunuh John Wayne Amerika, the typical reluctant hero in any Spielberg film) dengan buaya. Sangat menyeronokkan.

21(2008)
Moral. Seronok (ya, kali ni aku banyak menonton filem bermoral kan?). Buat aku nak main casino dan belajar teknik mengira 21 dalam black jack. Malah babak cium-cium yang berahi pun tak dipotong. Bermula lembap tetapi menarik kerana wataknya seorang mahasiswa yang ditarik masuk mengenali dunia 'con'. Fantasi buat semua lelaki muda yang baru keluar universiti. Macam biasa, Kevin Spacey is the man, tapi sedih sebab dia ditangkap dalam filem ni (tonton The Usual Suspects dan Se7en).
Harold and Kumar 2: Escape From Guantanamo Bay(2008)
Bodoh. Vulgar. Seronok. Adik aku beli. Aku tonton masa bapak aku sedar dari tidur (ya, DVD player kat dalam bilik bapak aku). Benda pertama dia cakap, "citer lucah apa yang ko tengok ni?" tetapi lepas tu dah tak meracau kat aku bila sampai part George Bush, "Eee, macam George Bush". Babak-babak senyapnya superb, malah memang seronok. Babak-babak vulgarnya terlalu dan kadang-kadang terlalu bodoh. Tapi aku seronok dengan pengkahirannya.
You Dont Mess With The Zohan(2008)
Bodoh. Sedikit vulgar. Seronok. Aku tak tahu kenapa adik aku suka sangat filem-filem bodoh macam ni. Tapi filem ni seronok, lagi-lagi kalau kau Yahudi atau Islam. Tak, fundementalis tidak akan suka dengan joke joke yang diutarakan, baik Yahudi atau Islam. Tapi filem ini memenangkan Yahudi secara sembunyi. Peduli apa. Siapa suka Adam Sandler, ini adalah antara filemnya yang agak kotor (Adam selalunya lebih lembut daripada Jim Carrey, dan lebih buat tontonan umum) dan elok buat tontonan dewasa. Tetapi aku suka si Lebanon/Palestin yang jatuh cinta dengan Yahudi Zohan, dan bagaimana Zohan dah naik menyampah dengan politik bodoh para Israel. babak-babak John Torturro sebagai 'super hero' Islam Palestin menyeronokkan. Lagunya bodoh. Babak paling best: Zohan main dengan nenek.

Super Bad(2007)
A must see movie. Budak gemuk dari Knocked Up berlakon. Aku tertonton sebuah babak je, waktu si vulgar gemuk tu bising fasal dia seorang dalam kelas Ekonomi Rumah Tangga bila pasang dalam laptop. Aku macam, whoooooh, beshnya jadi budak ni. Ada kejujuran juga tentang semangat remaja lelaki nak membesar dan menjadi lelaki dewasa dan pengajaran moral 'moving on' tanpa perlu sangat berdakwah. Dulu aku suka Dazed and Confused dan mengatakan itulah filem yang kedua terbaik dalam genre American Graffiti (The Last Picture Show adalah yang terbaik dalam genre coming of age), tapi filem ini lebih baik daripada filem itu. Sesiapa yang pernah remaja akan dapat rasa seksa, perih dan seronok budak-budak ini. I'm sooo Fogell. Sebuah filem baik buat lelaki.

Wall-E(2008)
Aku serius bahawa lepas menonton filem ni, aku macam disturbed besar-besaran punya. Walaupun dalam wayang aku ketawa-ketawa. Lepas habis menonton ni, aku rasa lesu dan sedih dan termangu. Ya, inilah kuasa Wall-E. Sebuah masterpiece daripada Pixar. Buat aku Toy Story 2 masih filem terbaik buat Pixar, tetapi filem ini bolehlah dikatakan antara yang paling berani dan unik yang pernah mereka cipta. Antara filem sai-fai terbaik tahun ini. Apa yang paling aku sedih ialah, filem ini sudah meriwayatkan masalah kita yang suka membuang sampah, merokok, membuang sampah, buang toksik, buang sampah, suka fesyen, buang sampah, buat kotor - dan point terakhir daripada point itu: it's ok, we move on. Sedih sangat.

Hedwig and The Angry Itch(2001)
Sebuah Rocky Horror Picture Show untuk abad ini. Antara filem kegemaran aku (dan memberi point pada aku, its ok to be single until you die) yang aku tonton di rumah Azwan sewaktu dia pergi kerja kat Jakarta (hahahaha, jgn jeles!). Seorang lelaki yang mahu jadi wanita dan akhirnya menemui dirinya yang sebenar setelah melangkau separuh daripada muka bumi meluahkan sakit hatinya terhadap bekas kekasihnya yang mencelakakannya. Perjalanan Hedwig mempunyai banyak simbol, dan bukan sahaja terhadap seksualitinya tetapi perpecahan politik zaman perang dingin- ideanya besar: manusia sebenarnya semuanya satu entiti, dan kita yang suka memecahkan diri kita kepada dua. Semangat Hedwig dalam rock ialah jiwa 'perang'nya yang dia luah terhadap kejahatan sistem/bekas kekasih yang tidak dapat menerimanya dan menolaknya, dan daripada rock juga, dia akan menjumpai kembali dirinya yang sebenar, serta rahsia kemanusiaan itu (we are all fucked up, at last, we just have to give more and love). Ideanya moden, kadang kala keterlaluan dan sangat menyengat. Paling pentin, dalam gerak marah dan rakus Hedwig, ada perasaan pathos yang terlalu ingin menyentuh kemanusiaan, kita semacam mahu bersama Hedwig dan terbang dan hilang. Kesemua lagunya berkuasa dan akan mencipta kultus yang kuat, kebanyakan dialognya akan menjadi klasik. Perayaan terhadap kebebasan diri, rohaniah dan mental yang sebenar.

Star Wars: The Clone Wars(2008)
Ok, aku tak tahu kenapa, tapi aku suka dengan Clone Wars. Ok, kau tolak suara mono para pelakon suara, kau tolak beberapa dialog cheesy, kau tolak wajah animasi yang bosan, kau tolak Asoka, kau akan suka The Clone Wars. Ada bertih jagung yang seronok di dalamnya, malah Padame yang sentiasa membosankan dalam 1 dan 2 akhirnya ada fungsi dalam filem animasi ini (dan aku suka), malah Palatin yang celaka tu macam cool bodoh je dalam filem ni (sebelum part 3). Anakin mengejutkan, sangat menarik daripada 1 & 2. Dan Obi Wan, hahaha, seronok, Obi Wan dalam filem ni tak serius tapi main-main, macam apa yang kita selalu bayangkan terhadap Obi-Wan dalam Part 4. Malah perwatakan Jabba The Hut dalam filem ini dengan politik 'outer rim' antara Seperatist dan The Republic menarik. Tapi nampaknya takde sesiapa yang terbunuh dalam filem ni, namanya pun kartun, dan yang agak kebudak-budakan untuk penonton matang yang suka Dark Knight. Tetapi seronok dan tahu mengangkat sebuah cerita yang penuh roller coaster.

21 comments:

Siberkop said...

Superbad sentiada ada dlm thumbdrive aku. Maka bila aku rasa sugul dan perlu sedikit escapism, aku tonton cerita ni.

Seth, Evan dan Fogell mmg lambang manusia tertekan tapi sentiasa dpt keluar daripada dunia kecil/sempit mereka. Caranya? Hanya dgn jadi diri sendiri.

Produksi Apatow yg paling aku suka. Ok, tunggu Pineapple Express lak.

Anonymous said...

selamat hari jadik!

Anonymous said...

atau bulan jadik!

Anonymous said...

atau bulan jadik!

amirahsyuhada said...

saya tak dpt mendalami wall e, entah kenapa filem tu macam bosan krn terlalu kurang dialog.

zohan, memang seronok an lawak habis. tapi kekadang ada rasa melampau lawaknya. Tapi memang boleh terhibur. Kalau ingat balik filem click dengan Zohan, rasa macam tak patut je adam sandler wujudkan filem zohan.

Hedwig and The Angry Itch, mcm best ulasan fadz ni, fadz letak emosi dan tahu menggunakan ayat untuk sampaikan ekspressi tu, hmmm...best ahh..tabik spring.

Jimmy said...

Banyak kau tonton filem

bertuah sape jadi teman wanitamu.

selalu dapat pg dating tengok wayang,haha.

terima kasih menyokong binfilem.

aku dah 2 minggu dalam fasa pra-mati.

minngu depan nak cerita pasal mati.

kekure said...

Harold and Kumar 2: Escape From Guantanamo Bay(2008) ni jek citer yg aku suka..clone wars tu ok la..sib aku tak zzzzzzzzzzzzz cam org kat baris depan tu..harharharunsalimbachik..

21 aku da tengok 3 bulan lepas..zzzzzzzzzZZZZZzzzzzzzzzzzzzz..tapi aku suka 3 hari selamanya kwang3

ko ni facebook manjang..

saat omar said...

McLovin...

fadz said...

jimmy, cerita mati boleh, tapi jgn mati dulu. awek sekarang sibuk kerja dan tak main wayang tapi main dvd.

amirah, wall e best, Gold Rush charlie chaplin dlm animasi, dan juga osamu tezuka's Metropolis (lebih gelap) dengan sensibility E.T. .. Ya, wall-e ialah E.T. untuk abad 21.

kekure, kau pulak zzzzzzzzzzz memanjang :p

saat, yah, McLovin.. huhu

Reza said...

rogue :aku suka part derang dengan bijaknyer nak cross sungai ngan rope tuh..aku cuak..takut tiba2..dan yeh part last pon best...aku suka bila hero/heroine at least cedera sikit/teruk

zohan : tidak suka tapi aku suka harold kumar..benda agak sama..entah..

star wars : takder orang nak tgk ngan aku..aku emo

mahhass said...

Kan aku dah pesan, facebook tu ediktif.. hahaha

Anonymous said...

Salam..
Selamat hari jadi. sampai sekarang zeera tak tau bila tarikh lahir Fadz.

Anonymous said...

Salam..
Selamat hari jadi. sampai sekarang zeera tak tau bila tarikh lahir Fadz.

Anonymous said...

Salam..
Selamat hari jadi. sampai sekarang zeera tak tau bila tarikh lahir Fadz.

Anonymous said...

Salam..
Selamat hari jadi. sampai sekarang zeera tak tau bila tarikh lahir Fadz.

Anonymous said...

Salam..
Selamat hari jadi. sampai sekarang zeera tak tau bila tarikh lahir Fadz.

Anonymous said...

Salam..
Selamat hari jadi. sampai sekarang zeera tak tau bila tarikh lahir Fadz.

Anonymous said...

Salam..
Selamat hari jadi. sampai sekarang zeera tak tau bila tarikh lahir Fadz.

Anonymous said...

Salam..
Selamat hari jadi. sampai sekarang zeera tak tau bila tarikh lahir Fadz.

fadz said...

zeera, eloklah tak tahu:p

Anonymous said...

free streaming movie kat sini


http://movieortv.com
banyak movie yang latest2