02 September 2008

Filem KAMI(2008) Datang Bulan Raya!


Ya tuan-tuan dan puan-puan, sebuah filem muda-mudi masa kini akan menemui anda pada pagi perayaan Aidilfitri nanti, saksikanlah kesegaran dan mulut celupar anak-anak muda kita beraksi - hidup ni memang palat tapi esok masih ada!


Aku rasa, kira bangga jugalah dengan filem ni, walaupun tangkapan filemnya amatur nak babi dengan shot-shot yang murah, kareografi aksi tahap cikai (Malaysia mempunyai masalah terbesar dalam hal ini, malah ramai yang terus mengikut shot aksi 'tup tap tiba-tiba' seperti filem Rabun) dan sistem suaranya adalah antara sistem suara terburuk yang engkau pernah dengar dan agak sedih buat filem yang bergerak dengan runut bunyi untuk bercerita (lihat Mean Streets), tetapi oleh sebab aku sudah biasa menonton filem Greg Araki dan aku suka Totally F***ed Up, gaya Kami mempunyai semangat filem-filem terdahulu Araki malah mempunyai penggayaan jujur tentang para remaja urban sekarang yang aku tak pernah jumpa dalam filem kita (Anak Halal boleh pergi mampus) malah melampaui apa yang telah dibuat oleh Dunia Baru beberapa bulan yang lepas (Dunia Baru ialah semacam kartun tadika kalau dibandingkan dengan Kami) tetapi tidaklah segila Hari Biru (tapi ni bukan fasal remaja per se kan?). Malah hari prebiu itu, aku telah membawa adik perempuan aku menontonnya. Adik aku seorang penonton anti filem Melayu tetapi menyukai Selubung dan Ringgit Kassorga. Filem Melayu yang terakhir yang ditontonnya ialah Mimpi Moon lalu dia terus hilang percayaanya kepada filem Melayu (generalisasi yang menyedihkan bukan?) walaupun aku memperkenalkan filem Khabir dan Yasmin sebagai 'filem komersial baru'. Dia menonton Kami dan aku agak takut juga kalau dia marah (seperti mana aku mengajaknya menonton The Strangers dan Babylon A.D. yang mana dia memang menyampah dan benci bagai nak rak), tetapi yang mengejutkan, dia suka! Malah dia mengatakan filem ini bagus kerana jujur dan berani memaparkan apa yang dia kenal (dia gadis bandar), memuji lakonan Nas-T malah mengambil kemeja-t yang diberi percuma oleh pihak pengedar. Dan kemeja itu sendiri sudah membuka mata mak aku bila melihat perkataan "P" itu di dada adik aku. Ya, esok masih ada buat filem Melayu.



Imej paling cult dalam filem ini: lima sekawan duduk bertenggek di tepi jalan (aku teringat sewaktu sekolah, budaya melepak dibayangkan sebagai amalan yang akan membuat aku masuk neraka oleh guru-guru dan pegawai kerajaan yang fascist waktu itu), saling memberi cupcakes lalu mengucap salam kepada orang berlalu-lalang - inilah imej yang akan sentiasa diingati dalam filem ini, bukan sahaja kerana kekuatan imej ritual ikut-ikutannya, tetapi membaur semangat baharu yang carefree-hepi-sosial terhadap generasi yang ditampilkan dalam filem ini. Ini sendiri membuat 'trademark' bahawa Kami ialah filem khas awal abad ke-21 tentang budak-budak muda abad ke-21, dan ia akan diingati selama-lamanya kerana itu.

Ya, filem ini akan berjaya membuak nostalgia dalam masa hadapan. Bayangkan semua gig, gila-gila remaja akan internet dan fesyen gaya sekarang yang akan berubah buat generasi akan datang, filem ini 'berjaya' kerana ia menangkap dengan jujurnya pada milieu yang tepat dengan tujuan yang tepat dan harapan yang tepat. Penggambaran ini sepenting pembikinan Easy Rider yang tidak mungkin dibuat pada zaman lain. Apabila kita membandingkan Kami dengan Dari Jemapoh Ke Manchestee, kita akan nampak superfisial tangkapan nostalgia Dari Jemapoh terhadap realisme Kami, kerana ini berlaku terhadap mana-mana filem 'period' yang cuba menangkap zaman (Gladiator, Jhonny Bikin Filem sebagai contoh) dengan seteliti dan sebenar mungkin. Kami kira bernasib baik kerana ia mempunyai keinginan memberontak dan riak risau para remaja yang universal seperti mana yang kita tonton dalam mana-mana filem remaja Hollywood tetapi mempunyai herba dan acuan Malaysianan urban sekarang.



Mengikut perjalanan cerita filem ini mungkin sedikit 'susah' buat penonton yang belum mengenali watak-wataknya di layar TV sewaktu ia disiarkan secara drama bersiri. Tetapi anda akan terkejut apabila sampai di pertengahan cerita, anda akan ada rasa selesa dengan watak-wataknya. Vovin pernah memberitahu aku bahawa Kami mungkin hebat apabila dalam drama TVnya mengfokuskan hanya satu-satu watak dalam satu episod dan para penulis/pengarahnya mungkin tidak akan berjaya menyelitkan kelima-lima watak dalam sebuah cerita yang panjang. Tanpa melihat beberapa kekacauan atau lubang plot yang tampak, Kami berjaya menyaring dan mengikat sebuah cerita yang impresif akan harapan dan seksa batin para muda-mudi kota yang inginkan sesuatu daripada hidup, malah disusun dengan efektif, malah mungkin terlalu sistematik, seperti kebiasaan sebuah filem Hollywood. Tetapi itulah berita baiknya. Malah, aku begitu teruja dengan watak-watak yang dicipta oleh Friza dan Effendee, watak-watak muda-mudi yang tidak superfisial, bulat dan mempunyai 'manusia'nya, masing-masingnya mempunyai rahsia, mempunyai kelemahan dan masing-masing mempunyai fungsi terhadap cerita dan sekali gus pemahaman dan kedalaman jiwa perwatakan.

Nas-T haruslah dipuji kerana tampak sangat bahawa dia ialah 'cover boy' terhadap filem ini, membawa satu watak yang komikal sekali gus pathos terhadap jiwa memberontak remaja (buat aku, kadang-kadang ia terlalu kerana Nas-T ialah simbol 'romantisme-hindustan' dalam filem ini, seorang pejuang tanpa apa-apa sejarah yang menghalang, tetapi adik aku suka banget dengan dia, well...), malah mengejutkan aku, mempunyai inti homoerotis yang separa sedar terhadap Syarul Ezani (ini satu keperluan sebagai tradisi filem dua lelaki atau 'buddies film' seperti yang kita lihat dalam filem Superbad atau Butch Cassidy and the Sundance Kid, ataupun Dari Jemapoh ...). Syarul Ezani lemah pada permulaannya tetapi mula membina dan membina perwatakannya dengan baik. Segala 'hitam'nya diperlihatkan dan dilakonkan dengan baik oleh Syarul. Antara ketiga-tiga teraju wanita, Liyana Jasmay disengajakan terserlah, dan memang, wataknya yang paling mencabar dan menarik untuk diangkat. Malah Liyana menjadi petanda dan penanda terhadap empat watak utama yang lain. Malah pseudonimnya, "Teka-teki" merupakan wit kecil yang dicelupkan oleh Fariza sebagai penanda ikatan utama terhadap cerita dan watak filem ini. Plot filem ini sebetul-betulnya 'bergerak' pun oleh sebab kehadirannya (ini disedari dibuat dengan sengaja).

Apa yang aku hendak sorak akan tim Effendee dan Fariza ini ialah, walaupun mereka tahu, cara untuk membuat penonton dekat dengan watak-wataknya ialah dengan menyeksa watak-wataknya agar ada sentimentaliti yang dapat menangkap perasaan penonton (efek melodrama seumpamanya). Effendee dan Fariza betul-betul menjaga dalam hal ini, tidak mahu membawa para penonton dalam 'melodrama zone' yang biasa kita lihat berada dalam filem-filem Melayu termasuk filem Khabir Bhatia (efek menggunakan runut bunyi mendayu-dayu dan skop zoom in dan masa tatapan yang terlalu mengambil masa), malah Effendee lari daripada memperlakukan filem ini semacam sebuah MTV. Ini harus dipuji. Seperti Yasmin Ahmad, semangat yang terbuak daripada watak-watak muda ini dibuat daalm kesedaran yang senyap-sunyi, walaupun kadang-kala tidak menjadi, berjaya memaparkan jiwa emosi yang jujur dan keluar dari hati, menyentuh para penonton.

Kami menjadi sebuah lagi batu loncatan buat filem Malaysia untuk dikenali bahawa filem kita sedang hidup dan bergerak ke arah pembikinan cerita dan idea yang berkualiti. Projek dari siri drama TV ke tayangan perdana memang bukan perkara baharu (Senario sudah melakukannya), tetapi kemasukan Kami dapat menggegarkan para pembikin filem agar melihat kepada sisi cerita dan wataknya dahulu sebelum memahami inti komersial dan kelebihannya yang dibawa bersama.

22 comments:

zubin said...

Fadz, apasal emosi filem Anak Halal? Aku belum tengok. Semalam ada sorang kawan ni kata filem Anak Halal lebih baik dari Kala Malam Bulan Mengambang? Kau ada review tak sebelum ni? Nanti nak kena beli ke cari vdo AH ni!

bin filem said...

"Kami ialah filem khas awal abad ke-21 tentang budak-budak muda abad ke-21, dan ia akan diingati selama-lamanya kerana itu."

boleh bayangkan masa 2099 nanti. macamana la agaknya malaysia nanti

Anonymous said...

Kami is as representative of Malaysia's teenagers as the dialogue in any of Osman Ali's films is representative of how we talk.

Fuck Kami, dude. Or any of 8tv's 'urban' productions for that matter. I swear whoever made their shows have no real grasp of the real 'urban' Malaysia.

Razaisyam said...

osman ali gagal dalam anak halal. setiba-tiba osman ali mahu menjadi hollywood tidak semena-mena.

*mahu tunggu Kami The Movie

fadz said...

zubin, sila lihat: http://tontonfilem.blogspot.com/2007/12/anak-halal-2007-yang-haram-jadah.html

binfilem, i wonder if Syukur21 will be realised in 2099..

anon = nazim masnawi, ur best part is this: Fuck Kami dude = Fuck Us dude, hahahahaha (tak rasa terkena balik ke?)

razaisyam, ull be shock, ada tulisan "F*** You" dalam filem ni, so u yang anti zohan boleh tahan ke nanti?

amirahsyuhada said...

rasanya pawagam memang kering filem best selepas redcliff, tahun ni. Menanti filem yang best di panggung bagai nak rak..harap KAMI The movie dapat menamatkan penantian. Cerita omputih pun dah makin hampeh skang.

Anonymous said...

eli, sebut betul betui - bollywood bukan hollywood.

fadz said...

anon, awak yang salah, memang Hollywood, bukan Bollywood!

Anonymous said...

dey, koliwood daa! zasss!

fadz said...

anon, no, its more Hollywood than Kolly or Bolly wood. semangatnya lebih kebaratan daripada gaya pemujaan tarian dan ekspresi semangat dan warna Kolly atau Bolly. Ingat Reality Bites? Filem ini lebih 'menyeksa' walaupun mempunyai acuan struktur yang sama.

chivv said...

i went to the pratonton juga... and senario punya yesterday. kami definitely filem yg bagus. as for senario, tatau mana arah filem tu. in the end, sgt mengecewakan. both films akn ditayangkan this raya kan...

fadz said...

Chivv! Salam dan marhaban!

alah, baru je nak tonton Senario ep. 1, if u said like dat then i believe u, i wont go watch it.. yes, i think both films (including Punggok Rindukan Bulan at GSC Mid Valley) will be shown this raya..

Nazim Masnawi said...

Ei, asshole! Anon tu bukan akulah.

fadz said...

well, anon def sounds like you :p even just now.. hahaha

Nazim Masnawi said...

Kalau setakat nak maki Osman Ali and Kami, buat apa aku nak pakai anon?

fadz said...

iyolah nazim, selamat hari raya :)

Anonymous said...

comment memuji yang terlampau2 aku rasekan..padahal cerite tunggang langgang jer

fadz said...

anon, sila bagitau yg mana cerita tunggang langgang dalam Kami..

pijan said...

shot filem ni bosan sangat, xde apa yg impresif(most of malay filem mmg bosan pn, ssb aku bru lps tonton bangkok love story, mmg cantik) boy bagai johny depp(melampau ke?) aku ske die.

tp aku lagi sayang anak halal. raw dan rare.
:)

deennasour said...

aku tak sangka pandangan ko pasal Anak Halal teruk gila!!!!

tak tau apsal ko tak suka filem tu,
dan aku plak ska kedua2 nya anak halal, and kami, dua2 ada beza dari segi kumpulan umur, dan latar masyarakat. tapi antara kedua2 tu, tak ada satu pun yang palat tak best!!

dua2 ada kekuatan tapi yang best dan patut dijadikan moral cerita,
persamaan yg paling ketara antara 2 filem ni, yg tak tau la orang perasan ke tak,,

"dadah membunuh!!"
baek ko ambik dadah, atau tak.
tu pun ko boleh kata filem ni boleh blah? ouch!!

fadz said...

waaaa, bagusla banyak peminat Anak Halal, ni satu perkembangan yg positif.. point aku "Anak Halal boleh pergi blah" bukan menjurus kepada sepenuhnya Anak Halal busuk (Kami pun busuk, macam aku nyatakan, shot, suara dan editingnya teruk) tetapi point 'ini realiti kami' dalam Anak Halal yang romantisme yg mmg elok untuk sepatuh org dan tak elok utk separuh yg lain. Buat aku, gaya hindustan-hikayat Anak Halal unik, tapi kalau dibandingkan dengan 'gritty-realisme' Kami, mmg Anak Halal boleh blah.. serius, ni ulasan aku ttg anak halal secara penuh:

http://tontonfilem.blogspot.com/2007/12/anak-halal-2007-yang-haram-jadah.html

fadz said...

pijan, aku suka komen kau.. deena, aku pun suka komen kau, hihi, terima kasih.. sekurang2nya Osman Ali hepi :)