17 October 2008

Akan Datang 2008-2009

Lagi beberapa minggu ke KB. Bermula minggu ini, tayangan filem Malaysia akan masuk ke pawagam sebuah filem setiap minggu (rujuk Sinema Malaysia). Aku bengang sebab aku akan terlepas Histeria, filem komersial terbaru sang pengarah A Beautiful Washing Machine. Jadi mungkin baik saja aku tontoni poster-poster yang cantik buat tayangan akan datang ke Malaysia. Oh ya, Wayang akan masuk pawagam bulan ini!

Beberapa poster filem yang cantik gila:







Filem-filem yang ditunggu-tunggu 2008-2009: Wayang (arahan Dr. Hatta Azad Khan), Jhonny Bikin Filem (akhirnya!), Syirik (daripada sang pengarah Pensil), Histeria, Kinta 1881, Talentime, Jomlah C.I.U.M. (daripada sang pengarah Pensil), Setem (daripada pengarah Cinta, Sepi) dan Taiko (skrip tulisan Pak Hassan Muthalib).

Sila tunggu: WAYANG (13 November 2008)SELAMAT PAGI CINTA (20 November 2008)ANTOO FIGHTER (27 November 2008)LOS & FAUN (4 Disember 2008)CICAKMAN 2: PLANET HITAM (11 Disember 2008)HISTERIA (18 Disember 2008)MAUT (25 Disember 2008)MUALLAF (25 Disember 2008)

11 comments:

Nazim Masnawi said...

"Akan meratah skrin pawagam 2009"

Bwahahahaha! (In a good way)

spiral said...

yes, poster syirik tu cun gila

faris said...

wowoowww
cantik2 la poster filem2 baru.. leh buat souvenir 30 tahun lagik leh jual mahal!!

pijan said...

kinta filem siapa dan apa? poster menarik
:)

Edd Vedder said...

semua dah pernah dgr except kinta 1881.
histeria looks very,very good.

Btw, kat KB nnt masuk panggung ke filem2 ni semua? hihi..

Pemerhati Poster said...

Poster Syirik & Syirik tu cantik gila? Kau biar betul Fadz. Kalau 20 tahun lepas maybe yes. Poster Kinta & Muallaf tuh baru menepati piawaian standard antarabangsa.

fadz said...

nazim, very funny.. macamlah aku takleh balik KL hujung minggu.

spiral, i second that! hehehe

faris, poster yg sure boleh jual org dulu buat, "Lewat 12 Malam", horrific dan dark.

pijan, aku tak tahu tapi web site dia dah lama naik..

add, sampainya hati :(

Syirik dan Syirik? Buat aku, aku suka gila! (esp peminat seram)

faris said...

Lewat 12 Malam ke Detik 12 Malam?

fadz said...

Shoot, Detik 12 Malam.. hoho, thx!

pemerhati poster said...

Kalau yer pun nak seram biar la menepati piawaian antarabangsa. Ini budak baru belajar photoshop pon boleh bikin lagi bagus. Dgn font & composition yg huru hara aku sebagai penonton & rakyat malaysia pun rasa malu. Jgn marah yer Fadz.. pendapat peribadi aku saja sebagai rakyat malaysia yg mengamalkan demokrasi :)

*seriously student yg baru belajar photoshop boleh bikin design mcm ni dlm setengah jam. Itu pun dah kira lama.

fadz said...

pemerhati, aku peduli apa dengan piawaian 'antarabangsa'... no, buat poster filem seram, ia dah bagus.. aku teringat gaya 70-an dan 80-an waktu filem2 seram bajet rendah dengan gaya yg sebegitu, lebih2 lagi filem2 dari itali yg punya penggayaan begitu walaupun its a working poster (not finalize), it has its sense of dread. Theres nothing wrong goin back retro.. And def this aint Exorcist (sebenarnya Exorcist yg mengubah penggayaan poster2 seram zaman sekrg supaya nampak artistik, moden dan mahal).