15 October 2008

Pratonton "Talentime" Yasmin Ahmad

Ibu bergambar dengan Kak Min

Dari kiri: Sedara, Ibu, Kak Min, adik, ayah (haaa, pada yang nak main
sihir tu tak usahlah penat-penat amik gambar ni, buang masa je buat
kerja kurafat tu!)

Turut serta dalam tontonan ialah pelakon hebat Mislina Mustaffa
(pelakon yang berkuasa dalam Ombak Ini, Bukak Api, Mukhsin)
serta sang pengarah muda berpotensi besar, Azharr Rudin.



Beberapa minggu lagi saya akan berangkat ke Kota Bharu. Apabila Kak Min mendapat tahu saya akan ke sana, beliau cepat-cepat meminta saya menghadiri sebuah tayangan pratonton khas filem terbarunya semalam tengah hari. Selalunya beliau tidak dapat melayan permintaan kawan-kawan yang ingin menghadiri sessi pratonton membawa rakan atau saudara (kerana tempat begitu terhad), tetapi buat pemergian saya, Kak Min meredakan. Ianya sebuah anugerah "farewell" yang besar buat saya. Maka buat itu, saya tidak akan 'membedah siasat' Talentime secara mendalam, walaupun ada pelbagai perkara menarik yang ingin saya nyatakan, biarlah ahli keluarga saya sendiri yang menyatakan pendapat mereka masing-masing selepas menonton filem ini bersama Kak Min. Apa-apa pun, seperti adik saya 'bersyarah' dalam kereta dalam perjalanan balik dari tayangan, "Talentime 'wajib' ditonton buat semua warga Malaysia!"


Pandangan ayah selepas menonton:

"Ada satu babak burung dalam masjid, jika babak masuk burung itu berlaku secara 'coincidental', maka babak itu sendiri jadi penting secara spiritual, semacam Tuhan memberi restu kepada budak yang berdoa tu."

Pandangan ibu selepas menonton:

"Dulu masa mama jadi pengetua, ramai guru yang tak kenal muridnya. Contohnya, ada seorang pelajar perempuan ni yang datang ke sekolah lewat tiap minggu, bila sampai ke kelas pula, dia tidur. Ramai guru komplen, tapi mama kena tahu kenapa pelajar tu begitu, kena tanya dulu sebelum marah atau beri hukuman. Mama sendiri pergi dengan pelajar tu ke rumahnya. Kasihan, duduk di rumah setinggan. Pelajar tu rupanya terpaksa bekerja malam di pasar malam ikut ibunya menjual nasi lemak, dan kadang-kadang kena sendiri jual nasi lemak di pasar malam bila mak dia kena kerja lebih, sebab ayah dia tak pernah di rumah dan selalu main perempuan di luar. Adik-beradiknya pula ramai. Jadi dia kena buat sesuatu supaya adik-beradik dan ibunya ada makan di rumah."

Pandangan adik selepas menonton:

"Kali ni, drama multi nasionalnya menjadi, gambaran budak-budak sekolahnya menjadi, banyak sangat babak-babak yang "kelakar", banyak sangat babak-babak yang "sedih". Talentime buat Shana ialah filem terbaik Yasmin Ahmad. Memang satu tamparan kasih-sayang terbaik daripadanya. Obviously, I'm gonna watch again when it comes out in cinema but with one condition; kena bawak banyak tissues dan duduk terperuk kat hujung seat."

Pandangan saya (heheh, nak mencelah juga rupanya!) selepas menonton:

"Filem Malaysia selalunya mengambil unsur hindustan dalam filem-filemnya, dan kadang-kadang menyadur terus. Dalam Talentime, Yasmin Ahmad menyatakan cara yang paling betul menyatukan hindustan dalam sebuah filem Malaysia, sambil menghormati ciri-ciri filem hindustan pada tempatnya yang betul. Ini ialah penghormatan Yasmin Ahmad kepada filem hindustan dan matan pembikin filem Malaysia."

"Jikalau dalam Sepet, kita jatuh cinta dengan Jason, dalam Mukhsin kita jatuh cinta dengan Mukhsin. Dalam Talentime, bersedialah anda untuk jatuh cinta dengan Mahesh."

18 comments:

faris said...

faz.. do write a review on talentime very soon..
menarikkah atau sebaliknya

pijan said...

aku jeles.
:/

fadz said...

faris, errr, tak nak, eheheheheheh..

pijan, buatpe? heheh

faris said...

motif tak nak tulis?
i have a feeling Talentime tak begitu menusuk kelebu jiwa dan seangkatan dengan nya
hehhehe
oh well...

pijan said...

ive got the feeling too talentime xbagus hahaha..

padahal jeles
haha..

fadz said...

well faris, u havent watch it

pijan, tgk dulu..

deennasour said...

orang yg pg preview ni kata, dia menangis 5 baldi air mata..biar betul???

JaseMario said...

fadz... saya nak ambil gambar yang ni masuk blog saya boleh tak?

fadz said...

jasemario, ok, silakan..

kamal said...

talentime buat aku sedih tak tentu pasal selama seminggu

ore piya!

fadz said...

wow, Kamal, begitu sekali?

mohanavanan said...

why don't u guys catch with the trailer in youtube b4 commenting....for me it's stunning and multiracial....

Anonymous said...

apa kaitan yg dominan antara hindustan dengan India Malaysia? India Malaysia majoriti adalah Tamil, sedikit Telugu dan Malayalam.

kalo Yasmin nak terapkan unsur hindustan dalam filem (tanpa mengira bangsa asas filem ittew)no hal. tapi kalo India dalam filem ni bercirikan hindustan, its weird for me coz i bet hampir tiada India mesia yg hero pujaan no satunya SRK mahu pun AB Sr. yg derang minat sah-sah Rajini, Vikram, Vijay etc2...

jadi, unsur hindustan untuk India Malaysia (sila baca south indian Malaysian) kurang seswai utk aku. apa pon akan ku tunggu review lain sblom masuk panggung.

n one more thing, ada perbezaan yg AMAT jelas antara ciri/kualiti filem selatan india dgn filem Hindi komersil yg menjadi kegilaan melayu malaysia sejak berdekad lalu.

fadz said...

anon, itu POV masing2. tapi jgn lupa: pada 50-70an org Melayu gila menonton filem Hindustan. Aku dok Kelantan ni pun melihat perkara yg sama, malah byk budaya Melayu di sini yg cuba tiru hindustan. Jadi point pemecahan/penyesuaian kau ni utk apa? (org India Malaysia sendiri pun tak peduli dengan pemecahan/stagmentasi ni walaupun ada perbezaan, tak caya, tanya kawan2 tamil/malayalam/telegu kau) Masa Lat melakar ttg filem HINDI dalam koleksi awalnya pun dia sebenarnya melakarkan hero2 KOLLYWOOD.

benda ni hal kecik..

Koishie said...

benar kata yasmin ahmad, syafie naswip a.k.a hafiz sangat berkarisma orangnya.. lakonannya sangat baik..

pwincess_mymuch0ok said...

sy dh tgk citer ni.. sgt besh! sy mmg ske citer2 yg yasmin ahmad buat.. meaningfull!!

citer ni klaka, sedey wlupon agk slow.. citer yasmin ahmad en mmg cmtu.. tp sy puas!

kalau ada mmber nk tgk, sy nk ikut! nk tgk lagi... besh!

babak paling diingati masa mahesh n melur tertido tggu family dia blk dari camer0n.. cm comeyl sgt!
n, n, n time hafiz perform mase talentime day. sgt sedey.. dia nyanyi smbil men gitar dgn sempoinye tp airmata dia mengalir sbb engat kt arwah mak dia.. waaaaaaaa!!!

Nuppy said...

ishh.. takde sapa yg mention pasal soundtrack filem ni ke? bagi aku this is by far THE BEST soundtrack in a Malaysian movie ever!!! aku nak soundtrack dia.. fadz! mana aku leh dapat lagu first yg Melur audition tu? sangat mengkhayalkan!!

Anonymous said...

love talentime!!!