Perca Kata Kritik Filem

Malas nak tulis panjang-panjang jadi ini pengalaman dan pandangan:


Broadcast News(2013): Filem drama komedi klasik yang menampilkan kehidupan stres tinggi pekerja berita setesen televisyen di Washington, William Hurt, Albert Brooks, dan Holly Hunter, kesemuanya lincah, licik dan pandai dalam kerja mereka, tetapi tidak berapa "pandai" memahami "hati" apabila diperlukan, dan bukan salah mereka. Suatu adikarya James L. Brooks menyerupai farsa moden tentang kemajuan, kompleksiti dan kelajuan hidup yang tidak mempunyai masa untuk merenung hal yang lebih penting daripada segalanya, kemahuan hati. Sebuah filem yang masih relevan sebaik The Apartment yang mengisahkan kritik sosial menyengat tentang kemodenan dan erti moden.

19 November 2008

Mencari "Misteri Rumah Tua" (1987)

Salam, aku sekarang berusaha dengan kawan pengkritik Itali menghimpunkan filem-filem fantasi-seram Asia Tenggara. Filem yang kami cari sekarang ialah "Misteri Rumah Tua" yang mana aku ingat Noor Kumalasari berlakon jadi hantu kepala melayang, juga melahirkan anak dari mulut. Aku tak suka filem ni, tapi memandangkan ramai pembaca/penonton filem ini telah menggembar-gemburkannya (ya, aku diskriminasi, hahahaha), ia telah sampai ke pengetahuan pengkritik Itali itu. Jadi aku ingin dapatkan makluman jika ada di antara kalian yang masih menyimpan bentuk VHSnya (yang, ehem bolehlah ditukarkan ke VCD), bolehlah disalinkan buat aku hantar ke Itali. Aku akan bayar kerja salinan itu.

62 comments:

deennasour said...

ko rasa filem negara ada simpan?
ehehehehe
aku tgh lepak kat patung harimau melompat dan mengaum skang... :P

Anonymous said...

Goodie..!!!..eh..kalau dapat..pls buat 1 salinan utk I..if tak keberatan kay..:)
I memang dah lama mencari cerita ini.
-shana-

fadz said...

eeeeeeeee, why u all like this film?

erm, deena, u working at film negara? boleh tlg? ehemmm

Nazim Masnawi said...

Ouch, how does it feel to be hamba orang putih, man?

fadz said...

nazim, tak pernah terasa pun macam tu.. kalau ada ok, takde nak buat camne.. malah, publisiti mereka menolong kenalkan filem kita pada luar apa.

mahhass said...

kau tak suka misteri rumah tua? itu cult-horror kita tu. Aisey bro.. Kuntilanak 3 pun (antara kita sedar dan tak) ambil referens scene beranak tu, bezanya ikut 'jalan' lain lah haha

fadz said...

spiral, aku tahu ni filem cult gila, yes, i couldnt agree with u more, tu fasal aku nak tonton lagi sekali, sebab aku terkejut bila adik aku yg tak suka tonton filem melayu biasa pun boleh teringat filem ni!

spiral said...

Well i guess adik kau (shana) big fan of noorkumalasari kot :P.

And yes, aku pun nak satu copy kalau ada.

ainul said...

i ingat the title tu...tapi i cannot quite recall the movie la... hmmm..i selalu teringat kat cerita budak kecil yg kena tanam disebalik dinding rumah tu dgn kemiyan and all. mlm2 budak kecik tu keluar ganggu anak penghuni rumah ajak main *mcm invisible fren anak dia gitu and main piano. noor kumalasari was the mother dlm movie tu. kalau tak silap anak noor kumalasari dlm cerita tu pun mati lemas.

Anonymous said...

Ainul..itu cerita Rahsia...
And,...i'm not a big fan of noorkumalasari but she did great in dat misteri rumah tua...specially the eyes...hahha...i like horror movies..
Susah nak dapat tgk malay horror movies yg kira memuaskan..besides, quite the latest one-jgn pandang belakang...
In Misteri Rumah Tua tu,I nak sgt tgk the part yg Abg Eli ku tak suka...the ending yg baby keluar dr mulut Noorkumalasari...hihi...
Pls get a copy for me kay..xoxo
-shana-

Dude said...

Argghhh...
cult tu!!!
kalau dpt salinan filem tu..
bleh buat kan salinan utk saya?

ZEYN, THE HELL'S FIREWOOD said...

Fadz,

Misteri Rumah Tua and Rahsia really rock!

mata Seniwati Hjh Noorkumalasari memang her biggest asset after her acting. her voice jatuh number 3.

fadz said...

oh wow, ramai juga pengikut felem ni... okays, aku cubalah burn.. tapi sampai sekrg tak dgr citer ah..

Lina said...

salam... saya rasa cerita Rahsia lg best dpd Misteri Rumah Tua... mmg seram... ingat tak dulu ada satu cerita seram ni tajuknya Rumah Maut, lakonan Susan Lankaster dan tak ingatlah siapa yg jd husband dia, kisahnya husband n wife & anaknya pindah ke sebuah rumah ni... rumah ni kira 'keras' la ada penunggu, pulak tu cara hidup couple ni pun kebaratan... ni pun filem seram yg best

Mazuin said...

PERHATIAN:
pls pls pls! Saper2 yg dah dpt tau dah jumpe atau ade simpan filem 'misteri rumah tua'...pls do tell me.I really deadly wish to get a copy of it - serious! Mail me at SNcyt90@gmail.co

Anonymous said...

yala part beranak kuar kot mulut tu aku mesti tutup mata. takut. T_T

Anonymous said...

ade lagi satu filem tempatan ni mengisahkan budak2 sekolah pegi buat lawatan. yg aku ingat ending filem tu... budak2 tadi nak balik dari rumah@kawasan tu, baru dorang perasan yg kawasan tu kubur. tapi aku tak tau ape tajuk filem tu.

Anonymous said...

Seen this film no CGI tapi memang menyeramkan,beats"Drag Me to Hell" still have the VHS x tau leh tngk ke dah...lama disimpan. Tak silap its a Malaysian and Indonesian JV. Sbb dulu memang Indonesian pandai buat cerita2 seram yang agak scary dan gory.

Anonymous said...

Dah ader copy citer Misteri Rumah Tua tu tak? Kalau ade teringin sekali nak tengok balik..Masa tu umur 4 5 tahun kot tengok.. Citer Tok Mamat pun same..

zaidi said...

Filem Misteri Rumah Tua boleh didownload kat blog delimamalaysia.blogspot.com
cuma aritu aku try download sket je x abih..tp x tau la problem pc aku ke atau software video tu..

Anonymous said...

Filem Misteri Rumah Tua boleh di download di blog http://delimamalaysia.blogspot.com
. cuma ari tu aku try download dpt sparuh citer je.xtahu la problem pc aku ke atau player video tu..

fadz said...

wow, serius ke bro? cayalah!!!! aku akan maklumkan! yeehhh!!

Anonymous said...

salam..wahh..sempoy la blog ni..baru jumpa... rasanya cerita yg saudari lina gtau `rumah maut` tu yg jadi husband dia yusuf haslam kot..sebab dulu sya teringat 1 citer..lakonan yusuf haslam masa muda(bukan citer `rahsia' ek)..tapi saya xingat la pulak susan lacaster ke yg jadi isterinya dalam citer tu..jalan citer dia sya ingat2 lupe..mengisahkan satu family yg baru pindah ke sebuah rumah..banglo la..tapi berhantu..memang seram..babak ending yg sya ingat anak dia kene kurung kat dalam bilik ..yusuf haslam jenuh ketuk2 pintu nak selamatkan anak dia tapi kene lambung sampai ke perabot..ada gak adengan dia amik sebilah keris & mengamuk..lepas tu ade sorang pakcik datang & tolong diorang..bacekan doa lebih kurang..then setelah selesai diorang pindah .. best citer tu..penah tayang sekali kat rtm..x silap malam minggu pukul 11 malam..

fadz said...

ya ya, saya pun teringat RUMAH MAUT, mmg maut.. inat macam mana pada awal watak Yusof Haslam yg kaki botol dna akhirnya dia buang botol araknya dalam tong sampah.. dan babak2 poltergeistnya mmg menyeronokkan.

Syed Putra said...

Saya pn baru terjumpa blog ni....heh. Kalau Encik Fadz dah ada koleksi filem Misteri Rumah Tua tu harap dapat dikongsi bersama. Saya belum pernah tonton sebenarnya tapi melihatkan dah ramai orang yang menyatakan filem ni best tahap gaban, teringin sgt nak tonton. Lagipun, saya ni peminat Noorkumalasari. Huhu.

Anonymous said...

camne nk dpt tgk cite ni ye..teringin sgt2 tgk..mmg suke sgt..kat delima malaysia 2 mmg x leh download la..sape yg ade share la ye..

Anonymous said...

kat delima malaysia tu xleh bukak pun...leh bagi link nk donlod cte misteri rumah tua ni?teringin la

Anonymous said...

saudara, saya ada jumpa ni je kat youtube:

http://www.youtube.com/watch?v=IiTZmBqZrc0

itu pun tak full...tapi mungkin boleh tanya brother yang upload video tu

Anonymous said...

baru tau cerita seram ni wujud baru-baru ni...maklumle erita ni wujud orang xlahir lagi... sesape yang ada filem ni minta diuploadkan... nak tgk cerita ni sangat

Mohd Syukri said...

List citer seram Melayu zaman2 dlu:

-Misteri Rumah Tua
-Rahsia
-RUmah Maut
-Hantu Pak Mamat

Mohd Syukri said...

Citer seram best dolu2:

-Misteri Rumah Tua
-Rahsia
-Rumah Maut
-Hantu Pak Mamat

p/s: ape lg yg best?

Living Seed said...

-Perjanjian Syaitan
-Lukisan Berdarah lakonan tiara jaqulina

Anonymous said...

ada lagi...citer Toyol dan Dendam Dari Pusara. seram gak citer ini masa aku nonton kecik2 dulu...citer setinggan..lawak gak..
Aku nengok cite lelama yg tayang kat tv balik2 cite p.ramlee...bukan tak bagus..tapi patutnya seimbangkanlah...

Anonymous said...

En.Fadz.. tlg la share video tu.. cek dlm http://delimamalaysia.blogspot.com mcm da tdk ada...

Anonymous said...

mana ade delimamalaysia tu...bushit aa...

fadz said...

huh, misteri mencari filem ini semisteri filemnya!!!!!!

nampak sgt filem ni sangat taraf CULT gaban dah!

jom ramai2: Misi Mencari Misteri Rumah Tua!!!

fadz said...

mmg blog delima tu mmg takde.. harap maklum semua org..

GengParanormal_Taiping said...

En.Fadz,
blog delima tu wujud ke? mcm misteri la plak...adoi..

Kaisha said...

saya ada try cari kat gugel misteri rumah tua tp xde..cuma kuar 1 pic rumah banglo ni:

http://1.bp.blogspot.com/_lsdtKKv-phI/S6cA1pUBj0I/AAAAAAAAIPA/uuMBnSGAbYw/s400/Misteri_Rumah_Tua.jpg

nak tau gak rumah ni ke lokasi filem misteri rumah tua tu?


sy just taip misteri rumah tua kat google.com - http://www.google.com.my/search?tbm=isch&hl=en&source=hp&biw=1362&bih=572&q=misteri+rumah+tua&gbv=2&oq=misteri+rumah+tua&aq=f&aqi=g2&aql=&gs_sm=e&gs_upl=656l4415l0l17l17l0l8l8l0l374l1559l0.1.4.1

Piala_FA said...

a'ah aku bukak blog delima tu mcm xde je..ntah ujud ke idak..

tgk umah kasya ckp tu seram gak dowh... :(

NADIRA SALIM said...

dira pon suka sgt3 kt filem misteri rumah tua ni..dpt tgk skali ja dolu..mencari2 jgk filem ni..try p blog delima tu dh xda apa2 kn..myb dolu mmg ada posting byk cerita..baca stori kt sini : http://megahilahi.blogspot.com/2010/12/banglo-lama-menyeramkan.html

dan lagi smlm ttba nk search dlm youtube..ada jmpa satu video ni (sikit je sedutan)..katanya uploader video tersebut ada copy dan belia jual vcd filem misteri rumah tua tu..ce try contact dia..heheheh~ nah ni link video nya : http://www.youtube.com/watch?v=IiTZmBqZrc0

Anonymous said...

tolong dapatkan cerita 'rumah maut' tu. memang seram cite tu. teringat lagi tengok zaman budak2 dulu tahun 80an and tak tahu mana nak cari skrg ni. dlm utube pun tak ade...please anyone knows, please email me at: madam_roxhana@yahoo.com

Anonymous said...

Salam...ada sesiapa dah dapat filem Misteri Rumah Tua ? kalau tak dapat lagi ada sorang mamat ni dia nak jual cita Misteri Rumah Tua, sbb dia ada post kat youtube...

Anonymous said...

Mcmana nak contact mamat yang jual citer misteri rumah tua?

Anonymous said...

Whoa.. Kalau cerita Dendam Perawan Bunting korang pernah tengok tak? Tu lagi penuh dengan bleak atmosphere of kvlterror. Lakonan Sheila Lama sebagai pontianak, arahan allahyarham Hussein Abu Hassan. Susah sangat la nak cari film ni. Rindu sesangat nak tengok sebab pontianak dia cantik tapi kesian.. Ha ha

Mohd Khairun Marikun said...

mne nak cri full film dendam perawan bunting.. best woo.. aku last tngok crite ni time aku darjah 4.. hantu fatimah.. hehehe

Mohd Khairun Marikun said...

mane nak cari full film dendam perawan bunting.. best crite ni.. aku last tngok time aku darjah 4.. hantu fatimah.. hehehe

Anonymous said...

Apa nama dia Fatimah ke dalam cerita tu? Aku memang dah tak ingat lagi.

Anonymous said...

lu org lupa lg 1 cite yg seram lepas misteri rumah tua..lg seram dari setinggan yg bangang tu.. Perawan Malam tajuk dia..pontianak hantu tu ziela jalil,muka pun mmg seram..haha

Anonymous said...

SAMPAI KE SUDAH FILEM NI TAK JUMPA...DAH 5 TAHUN (DARI 2008 SAMPAI SEKANG) SEMUA ORG DOK CARI..YANG TV3 NGAN RTM PUN BANGANG..KEDEKUT GILER NAK TAYANG..PADAHAL FILEM NEGARA KITA GAK..HUHU

Mohd Zain said...

salam bro2 sekelian aku ade cita ni tapi dalam bentuk tape aku x taula boleh main ke x boleh pasal aku xde tape player kalo ade siapa2 yg nak try boleh tapi aku x jaminla boleh play atau x pasal dah lama simpan dari arwah mak aku lagi nak buang sayang pasal kenangan ape2 hal boleh email aku kat tycoon_cayya@yahoo.com.my

Mohd Khairun Marikun said...

mane plak kite nak cekau video tape player ek.. sesiapa yang pemurah tu kongsi la sket..peace.

Mohd Khairun Marikun said...

mane nak cekau video tape player tu ek.. sape2 yang pemurah tu leh la kongsi.. peace.

A.K.I said...

Salam..
Aku terbaca tentang filem Misteri Rumah Tua nie masa nak baca emel kat Yahoo pagi nie. Dia ada list senarai filem Asia yang betul2 horror. Sape2 ada link, mohon bagilah. Cari kat youtube memang sparuh jer. huhuhu

A.K.I said...

Siapa2 ada citer Misteri Rumah Tua nie mohon bagi link.. Nak tahu gak tahap keseramannya. Tahun 1987, mak baru nak ngandungkan aku. huhuhu.. Baca kat Yahoo, ada tulis citer nie antara yang horror kat Asia.

Rain said...

boleh antar kedai utk convert VHS ke DVD format...

Anonymous said...

Satu lagi citer seram lakonan susan lacaster dgn yusuf haslam, yg mana dalam rumah tu ada sepasang suami isteri dan cucu dia mati kena bunuh dan seringkali ganggu keluarga yusof haslam....apa nama filem dia..aku dah lupa, sesiapa tau dan ada video boleh ler share

Muhammad Fadhli al-Akiti said...

Anon, itu "Rumah Puaka" tak silap aku namanya, tersiar dalam 1980-an. Entah kenapa filem itu semacam dilupakan dan kerana dokumentasi filem kita yg sungguh buruk.

ratukissdaniella said...

wow!!!! bestnye cter2 ni!!!! nk smue skali!!! x kesah la tang rege tu!! nk bt collection...tp da btahun2 xde jgk nmpk gayenye???? susah btol kn nk dptkn??? hmmmm....giget jari....

Anonymous said...

Dh ade kt youtube..leh search..

Anonymous said...

gua adacite ni uncut..full..sape nak bayor..sedara gua dari indon kasi..nak ayat gua kena omong jowo saiki..hahaha

Anonymous said...

tonton-aw.blogspot.com ade cite misteri rumah tua tu..