Perca Kata Kritik Filem

Malas nak tulis panjang-panjang jadi ini pengalaman dan pandangan:


Broadcast News(2013): Filem drama komedi klasik yang menampilkan kehidupan stres tinggi pekerja berita setesen televisyen di Washington, William Hurt, Albert Brooks, dan Holly Hunter, kesemuanya lincah, licik dan pandai dalam kerja mereka, tetapi tidak berapa "pandai" memahami "hati" apabila diperlukan, dan bukan salah mereka. Suatu adikarya James L. Brooks menyerupai farsa moden tentang kemajuan, kompleksiti dan kelajuan hidup yang tidak mempunyai masa untuk merenung hal yang lebih penting daripada segalanya, kemahuan hati. Sebuah filem yang masih relevan sebaik The Apartment yang mengisahkan kritik sosial menyengat tentang kemodenan dan erti moden.

23 November 2008

[Rec] (2007) Filem Seram Terbaik 2007?


Ada sesuatu yang cantik dengan Rec, ada sesuatu yang hodoh dengan Rec.

Rec ialah sebuah filem seram baru mengambil ideal rakaman ‘pandangan pertama’ yang direvolusikan (atau dipertingkatkan lebih-lebih lagi buat genre seram, oleh sebab gaya ini pernah dibikin buat filem-filem drama [cth: My Life(1993)], apatah lagi dokumentari/mokumentari) oleh Blair Witch Project(1999) dan pernah diteruskan dengan filem ngeri-fiksyen sains, Cloverfield(2008). Rec mengambil semangat zombi George A. Romero dicampur dengan anti-katolik serba kedatangan kiamat Fulci (dalam semua filem ‘pembukaan pintu neraka’ dan ‘kiamat berlaku apabila si mati hidup kembali’ Fulci, Fulci mencerca pihak Katolik sebagai ‘penyimpan rahsia yang menyebabkan kejahatan menang’ – malah filem City of Living Dead(1980), Fulci terang-terang memaparkan seorang paderi menggantung diri di luar gereja menyebabkan kiamat berlaku), satu kebiasan buat penggiat filem seram Eropah, terutamanya Itali dan Sepanyol.


Filem bermula dengan seorang gadis si pengacara TV “Sewaktu Anda Sedang Tidur” bersama jurukamera lelakinya (yang kita tidak akan dapat melihat wajahnya sehingga habis tayangan/rakaman) merakam hidup dan kelaziman yang berlaku di dalam sebuah balai bomba di tengah bandar Sepanyol. Eksekusi ini bijak, secara sindir, ini sebuah filem ‘lewat malam’ yang ‘tidak ada sesiapa yang mahu menonton’ – mundaness ini terserlah dengan bosan bercampur harapan si pengacara mencari ‘cerita’ di balik dewan dan ruang balai bomba yang kering. Di sini, ekspetasi para penonton juga bermain dalam kepala (buat penonton wanita, mereka tentu teringinkan melihat jika pengacara itu mengusik masuk ruang tempat mandi para bomba, klise yang ditandakan dengan ahli bomba). Ini adalah kekuatan rakaman terus-menerus ‘pandangan pertama’ – secara visera, penonton di’paksa’ untuk mengikut, mengalami pengalaman ini secara terus-menerus tanpa pembabitan perspektif yang lain. Mata penonton bergantung kepada tangkapan kamera si jurukamera lelaki. Suara, jalan dan cahaya kamera si lelaki itu adalah penonton, tanpa komrimi lagi. Ini adalah tingkatan voyeur yang tertinggi dalam sinema.

Oleh sebab penonton diberi (atau di sini, memang dipaksa – efek ini yang menyebabkan kegiatan filem sebegini efektif, kita merasa seakan-akan ia benar) voyeur ini, sudah tentu ia perlu dengan sebuah kesedaran yang benar-benar penting, kerana perilaku rakaman sebegini boleh jadi dangkal (anda pernah cuba menonton 5 jam siaran realiti COPS?) jika kelesuan balai bomba terus-menerus dirakam. Di sini plot bermula, apabila si gadis dan jurukamera diberi peluang menaiki kereta bomba untuk ke tempat kejadian seorang perempuan yang jatuh ke lantai aras bawah pangsapurinya.


Di sini (apabila mereka sampai ke pangsapuri), efek roller coaster dilakukan dengan tanpa henti lagi. Malah, motif pergerakan filem ini mula kelihatan dibuat oleh sebab pemaparan aksi-aksi ‘apa yang akan berlaku’ di pangsapuri. Ya, semahu-mahunya aku ingin mengatakan filem ini mempunyai nilai ‘subtle’, tetapi secara objektifnya filem ini sebuah filem teknikal – filem yang dibuat untuk menakutkan kamu, dan menakutkan pun.

Secara bijaksananya, filem ini berjaya memaparkan banyak hal teknikal, juga genius dalam seram (walaupun sudah banyak yang dilakukan atau kitar semula) dalam bajet yang boleh dikira lebih rendah daripada Cloverfield, tetapi berjaya mengimpakkan satu keseraman yang menggetirkan. Kekuatan teknikal ‘seram’ ini berlaku oleh sebab perancangan yang jitu oleh para pengarahnya menggerakkan chaos demi chaos yang berlaku (tetapi, buat penggemar filem seram, antisipasinya sudah dapat diagak 5 minit sebelum aksi berlaku). Ini perlu dalam menaikkan antisipasi dan perasaan tidak senang duduk penonton. Secara efektif, kegilaan ini benar-benar terasa dalam sepuluh minit terakhir filem, lebih-lebih lagi dengan jawapan fiksyen sains dan anti agama pada klimaks filem (secara seloroh, pihak pembikin filem menyatakan kesekularisme yang ekstrem, agama dan sains tidak boleh berbaur).


Ya, kegilaan ini menyeronokkan dan bukan membuat penonton menyampah. Tetapi ada satu daya ‘benar’ yang filem ini tidak dapat melangkaui, malah, dalam ‘real’nya filem ini, lebih real daripada Cloverfield, terdapat keabsurdan yang disengajakan. Dan ini membuat filem ini hodoh. Ini dapat kita baca dalam beberapa babak teknikal gagal yang disengajakan. Malah, buat penonton bijak, ini menyedarkan kita bahawa ‘ia hanya sebuah filem’. Satu babak memaparkan bagaimana si gadis meminta jurukamera ‘mengulang kembali rakaman’ lalu ia betul-betul berlaku. Atau bagaimana dalam satu rakaman, seorang penghuni pangsapuri diwawancara tetapi suara-imej rakaman disunting kemas, seakan-akan ada dua shot berlainan (dua kamera) atau rakaman ‘mentah’ yang kita ikuti tadi terperasan bahawa ianya sudah berlaku pascaproduksi. Ini membawa kepada tanggapan bahawa apa yang kita tonton itu sudah ‘dirancang’. Atau mungkin saja: apa yang kita tonton itu semuanya tipu belaka. Ini memang diminta oleh pembikin filem. Ini sebuah mokumentari seram sebenarnya, bukan dokumentari. Apa yang real dan bukan real tidak perlu. Yang perlu ialah melihat kita takut.

Ini kita tahu ‘benar’ oleh sebab beberapa perkara lagi. Pertama, cara semua ‘bukti’ yang disusun dalam filem ini berlaku secara kebetulan (yang tidak mencacatkan sangat kelogikan filem), malah episodik. Dengan lebih dalam kita menelusuri cerita filem ini, lebih banyak perkara terbongkar, sehingga kita mencapai satu ‘point of no return’ dan tahu takdir si gadis dan jurukamera (secara sindirannya, kita!). Kedua yang paling tampak ialah, sepertimana ketidakrasionalnya para watak Cloverfield mengangkat kamera ke sana sini sewaktu raksasa sedang mengamuk, ketidakrasional ini juga berlaku dalam Rec. Idea dan ideal ‘kita perlu merakam ini untuk orang tahu’ dipersoalkan. Adakah para wartawan benar-benar ‘pencari kebenaran’? Adakah mereka benar-benar penyiasat yang berani merisikokan nyawa mereka atas kebenaran? Kalau begitu, filem ini menyatakan bahawa para pencari berita adalah golongan voyeur yang paling ekstrem sekali (maka para penonton juga begitu kerana kita ‘membayar’ untuk menonton – kita membuat segala ini untuk mengisi kehendak psikologi kita). Jikalau saja ada satu babak di mana si jurukamera mengayun kameranya, memukul kepala zombi yang mengamuk dek tindakan refleks untuk ‘selamat’, mungkin filem ini masih terserlah ‘real’. Ini adalah kerana, kita tahu, perkara si jurukamera memegang kameranya sampai mati tidak akan dan tidak boleh berlaku. Kefanatikan jurukamera berita di medan perang pun mempunyai ‘safe resort’ mereka tersendiri jika hal-hal kecelakaan berlaku. Perkara ini tidak berlaku dalam Rec, dan ini merunsingkan.


Dalam hal Blair With Project, kerasionalan ini tampak ‘benar’ kerana hal dan aktiviti yang dirakam bukan sehari, malah seramnya mengambil masa untuk meresap di dalam kulit kita. Pada akhir babak Blair Witch, sewaktu si perempuan perakam berlari bersama kamera itu ke dalam rumah kosong, kita rasa perlu kerana dalam dunia serba hitam dan mistikal Blair Witch, logik kesiuman dan ‘adanya’ dunia luar para watak terletak pada kamera itu sendiri. Kamera itu ‘security blanket’ para watak bahawa mereka masih manusia dan mereka masih siuman. Di dalam Rec, perkara ini tidak berlaku.

Rec memang menyeronokkan, malah memberi kita gangguan selepas menontonnya. Beberapa babak tangkapannya kuat, malah banyak yang boleh diingati (paling efektif buat aku ialah sewaktu semuanya chaos di tengah cerita). Tetapi Rec ialah sebuah eksperimentasi teknikal yang menyahut satu perkara, walaupun ia cuba sedaya upaya membawa masuk perkara politikal dan hak bersuara, tidak ada sesuatu yang baharu tentang Rec.

15 comments:

spiral said...

Hats off! Bloooooooody fantastic reviews. Apa yang kau cakap betul. Sebenarnya ada dua scene sahaja yang betul2 aku suka, iaitu firemen jatuh (oh aku terperanjat gila - dan dah lama aku tak terloncat masa tonton filem horror); Kedua: Scene akhir yg klaustrofobik - 'makhluk' itu - jaw-dropping, dan lagi skali buat aku terperanjat tgk fizikalnya. Damn.

Miss Bratty said...

Macam best je fadz...isk nak gak tgk nih..

jhebat said...

buat seorang yang tak banyak tgk filem horror, filem ini serius menyeramkan dan kasi terkejut.
lebih-lebih lagi masa bilik terakhir, boleh terbayang makhluk tu bila malam-malam nak pegi dapur dalam gelap, cis. Masa tengok dulu takde subtitle, jadi tgk gerak tubuh saja apa yang terjadi.

satu lagi yang pelik, dalam ramai-2 tu takde sorang pun yang mengamuk pecahkan pintu atau tingkap nak lari keluar.

filem ini dengan teknik handheldnya cuba provoke realiti. tak boleh cecah tahap ultra-reality cannibal holocaust. Semua pelakonnya yang telah mati dalam filem diadakan agreement untuk menghilangkan diri selama setahun. maknanya semua individu-2 itu hilang dari kawasan kejiranan dan keluarga secara tiba-2.

fadz said...

Spiral, huhu, terimas.. dua scene tu pun aku suka (aku tonton dulu kat horror group dlm fb, fasal tu yg aku nak sgt tgk!)..

Bratty, macam biasa, mmg best! Sepanyol ialah antara pembikin filem seram yang kehadapan, sama seperti Itali (dulu), Peranchis, Jerman, Jepun, Korea, Thailand (mendadak naik) dan US (walaupun byk kitar semula).

jHebat, ya, filem Ruggero Deodato itu yang memulakannya, malah buat aku, shockumentari itu lebih menandingi BWP (BWP ialah saduran CH kalau diteliti dengan betul2, juga [Rec], Clovefield sekarang). Babak yang kautonton tu mmg buat aku meloncat, dah le tengok sorang2 kat KB ni dlm bilik, malam2, waktu hujan. Fasal mengamuk tu, ya, semua ni tak di'cuba' oleh sang pengarah. Malah banyak lagi 'tangent' yang tak dibuat (aku lebih suka jika budak kecik tu bukan zombi tapi mmg sakit, lalu separuh dari komuniti defend budak tu, separuh lagi nak budak tu dikuarantin, lalu tiba2 budak itu terbunuh oleh tangan manusia yg normal, itu baru pembaharuan, sebab budak sakit yg 'innocent' tetiba zombi dah banyak kali dibuat dalam filem Fulci, Romero, idea 'innocent pun masuk neraka' dah biasa dalam filem zombi).

jhebat said...

haha, wow menarik tu.

satu lagi yang perasan, diorang tak buat senjata, pisau ikat pada batang paip ke, besi panjang ke atau apa-apa cubaan untuk mempertahankan diri. realitinya la kalau kita diletakkan dalam ruang tu haha.

pastu sembunyi dalam bilik 'nak cari kunci tingkat atas'. bilik tu nampak macam ok.

dalam rec, ya memang merunsingkan. buat sakit hati haha

survival dulu, kebenaran kemudian haha.

spiral said...

jhebat, they have been warned by the authority, supaya jgn keluar, diarah supaya 'tunggu & duduk diam2', di'janji'kan rescue (konon), kalau keluar jugak nanti kena tembak (well, in a way yes, nak jadikan cerita, filem itu tak ada pulak dibikin satu scene provokatif, salah sorang dari mereka keluar, pastu kena tembak - tapi klise sangat la kot jadinya).

So, Belaguero mau fokus dalam apartment tu. (kalau diluar apartment, feel apokaliptik itu dah ada dalam Cloverfield.) Barulah "Neraka" itu dirasai, dan bilik gelap di puncak penthouse itulah 'ibu neraka', satu 'kemuncak' (literally) - Neraka ke-7. Maka klastrofobik itu semakin menjadi-jadi, apabila atmosferik, ruang klastrofobik (apartment itu sudah sedia ada kecil) itu semakin mengecil, mengecil, menggelap, menggelap.. gelap... dan akhirnya gelita.

Bratty - [REC] highly recommended.
(wah macam blog aku la pulak siap rekemen orang haha).

Miss Bratty said...

Ye ke spiral? kalau macam tu memang kena tengok nih! mana tahu leh dapat inspiration tulis skrip seram yang terbengkalai tu, ehehehe!

Edd Vedder said...

fadz.. remake dia, Quarantine dah tgk? Aku nak tau opinion kau. Sebab ada a few people cakap the remake is better (which come to me as a suprise).

fadz said...

jhebat, well, hehe, u got smtg there.. but for me, ok gak they dont think about weapons, typical civillians kan, always thinking "oh, the authority is here, they will solve this problem"... hence the chaos in this movie is as good in any zombie chaothic scene..

Tapi benda yg aku paling2 MARAH dengan [Rec] ialah, TIPU kalau realitinya none of them ever watch a zombie film, like, "Hey, Ive seen this before in a Bava film!", barulah syok! Serius, diorang cam tak sedar ke apa ntah, at least dlm Return of the Living Dead, watak dia 'sedar', even Dead Alive, watak2 dia sedar.. Hence, the easiest thing like jhebat said, dok je dlm bilik, tutup rapat2 is enuf to save them.. haha..

miss bratty, yes i recommend u.. filem ni dapat rating tinggi dalam rotten tomatoes.

edd, i heard, among imdb readers (tanpa nama, this is another example of a film reviewer reviewing a film before it hits the screen) way before the official show, they hated the remake.. but i dunno lah.. i know hollywood is really good at 'remaking' a 'fast pace' work (i never get bored like most reviewer said they got bored in the first 10 minutes of Rec).. mungkin fasal tu kot..

Nazim Masnawi said...

"Tapi benda yg aku paling2 MARAH dengan [Rec] ialah, TIPU kalau realitinya none of them ever watch a zombie film, like, "Hey, Ive seen this before in a Bava film!", barulah syok! Serius, diorang cam tak sedar ke apa ntah, at least dlm Return of the Living Dead, watak dia 'sedar', even Dead Alive, watak2 dia sedar.."

Kau tak rasa tone dia akan lari ke nanti?

mahhass said...

"Kau tak rasa tone dia akan lari ke nanti?"

(sebenarnya aku sendiri tak berapa suka copy & paste comment, macam ajuk balik cakap orang, tapi dalam kes ni takpe sebab aku copy paste komen Nazim, dia 'pakar' buat ni haha)

Soalan ko serius ke sinikal Nazim? Kalau serius, sejak bila ko serius?

Yep, aku pun rasa tone & pacing seram tu akan lari (dalam kau berdebar-debar ada pulak sorang watak kata "hey, ini macam Dawn of The Dead!", atau "Fuck! That looks like a zombie from Brain Dead! Ya know, the goriest zombie movies ever made? Don't ya know Peter Jackson?" ... aku mesti tergelak besar.

Tapi, ia boleh dibuat lebih gelap dialog humornya seperti "I can't believe this (zombie) is real, it's not only in the fucking movies" - dalam filem Pakistan first Zombie movie ada dialog tu lebih kurang lah.

fadz said...

point aku ialah Nazim, sekurang2nya mesti ada sorang yg rasa 'ini mcm filem zombi', seperti yg berlaku dlm byk filem2 pascaNight Of the Living Dead (Return of the Living Dead is a good example), Resident Evil yg bodo pun ikut hakiki tu. Tapi takpe, REC is good in many other levels.

Nazim Masnawi said...

"...Resident Evil yg bodo pun ikut hakiki tu."

Mungkin sebab tu dia bodo kot?

fadz said...

Nazim, ko mmg pandia provoke kan? binawe, hahah

Hanafi said...

dah tayang dah kat wayang.. wife aku lak tanak tgk ..aku tak tgk habis lagi dvd nya..