04 January 2009

Session 9(2001) Sebuah Filem Contoh


Aku belum lagi terjumpa filem seram yang betul-betul seru tahun lepas (aku belum tonton Inside lagi), yang aku selalu perbincangkan dengan rakanku Spiral sebagai "real horror" atau "true horror", seperti The Shinning, The Thing, The Texas Chainsaw Massacre dan The Exorcist. Strangers(2007) (saduran daripada Ils) sudah mendekati idealisme itu, hanya ia begitu serupa dengan Funny Games, yang jauh lebih menyakitkan daripada Strangers. Mungkin [Rec] antara yang terbaik tahun lepas.

Aku teringat dengan sebuah filem bebas arahan Brad Anderson (filem komedi romantik Next Stop Wonderlandnya juga sebuah filem yang klasik, sama par dengan When Harry Met Sally), yang dibikin dengan kos 1.5 juta dolar Amerika. Aku sengaja mempersembahkan filem ini buat rujukan kalian kerana aku tidak mahu dengar "kita tidak ada wang nak buat filem bagus" kerana Session 9 menunjukkan beberapa perkara yang penting dalam filem seram:


- Cerita/plot yang baik

- Lakonan mantap (diberitahu, David Caruso tidak meminta wang yang tinggi untuk berlakon dalam filem ini, malah amat rendah dan sama dengan pelakon gred B yang lain)

- Darah darah darah!

- Lokasi lokasi lokasi!


Itu aja!


Malah filem ini ditangkap dengan VIDEO yang aku dengar disewa waktu tu untuk beberapa hari. Ya, lokasinya TERTUTUP dan terletak pada satu tempat (pernah memasuki rancangan The Scariest Place in America kelolaan Linda Blair!) tersorok. Tetapi lihat pada shot gambaran dan gerak kreatif cerita (lebih-lebih lagi mainan pita kaset Sesi ke-9), filem ini antara filem seram yang benar-benar menakutkan tahun itu.

Maka, sudah waktunya pembikin filem Malaysia meludah diri sendiri jika mereka masih bising mengomel tentang bajet apabila yang lebih penting tetap cerita. Walaupun sekecil mana filem, jagalah ketelitian CERITAnya.

Brad Anderson merupakan seorang pengarah yang berkarisma, telah memasuki Masters of Horrors buat musim kedua, malah menyediakan filem (judul: Sounds Like) yang terbaik buat musim itu buat aku. Silalah tontoni filem ini untuk melihat kepakaran Brad menjaga ketelitian skrip, dengan ongkos bajet yang cukup makan serta penggambaran yang membuka mata. Beginilah baru "real horror"!

rujuk:

14 comments:

Edd Vedder said...

Ini adalah salah sebuah filem seram terbaik yang pernah dibuat. True horror, tanpa imej hantu terbang, atas pokok, atau dalam selimut.

Filem ini berkembang daripada ketakutan setiap penonton. Penonton (dalam separa sedar) sebenarnya telah dibawa masuk ke dalam perjalanan cerita. Dan sekaligus, kita rasa apa yang mereka rasa.

Mendengar mainan pita kaset suara Mary/Simon sudah cukup untuk buat penonton kecut perut. Aku & isteri antara yang bertuah dapat menontonnya semasa ditayangkan di pawagam dulu. Sampai bila2 kami akan ingat Session 9, filem puaka yang buat kami tidur tak tutup lampu, 3 malam berturut-turut.

adib said...

hahaha.. dulu kat kolej aku bawak dvd bagi kawan2 tengok.. ada yang suka.. ada yang menyampah :
"cerita apa ko bawak ni dib?"

Tapi pada aku cerita ni memang bagus.. walaupun sebenarnya aku rasa banyak benda lagi yang boleh diexplore berdasarkan kepada cerita utama:
"Satu geng pembersih yang takde projek buat keje pembersihan kat hospital sakit jiwa yang dah lama terbiar pasal takde sape nak ambik projek tu"

Peh! Dengar tu je dah boleh berderau darah. Tapi aku paling suka part dengar tape interview multiple identity tu.

pa'chik said...

dude... ko masih duk rumah ari tu ke?
kawasan tu.. memang banyak dak jahat tuh...
baik ko pindah... situ tokei besar kuda ngan ubat batuk pun ada tuh...

fadz said...

pa'chik, saya mmg dah pindah.. saya baru tahu tempat tu macam tu..

adib, yeap, 1st time tgk kat wayang, bend ayg sama berlaku, ekemudian bagitau kawan2 by mouth, deme suka! edd, samalah kita

Miss Brat said...

Edd, serious 3 malam tido pasang lampu? but yeah, this movie is one of my fave, ini yang dikatakan 'menakutkan tanpa perlu mencuba' hehe

Helmi Razali said...

oh, citer ni best ek? Aritu tengok slumdog millionaire. Itu pun best. at least setanding (kalau x lagi best) dgn filem yasmin ahmad.

just my personal opinion je

Anonymous said...

inginkan DVD criterion (tulen) percuma? ayuh segera ke http://www.filmlinc.com/fcm/jf09/ct50.htm
BEST FILMS OF 2008 READERS’ POLL
You’ve heard our take on this year’s crop of films. Now it’s your turn to give us your top picks and your takes on the movies of 2008. We’ll print the results in our March/April issue and publish your comments on our website. To enter: send your ranked list of the year’s 20 best films along with your name, address, and phone number to fcpoll@filmlinc.com, by mail to Film Comment Readers’ Poll, 70 Lincoln Center Plaza, New York NY 10023, or by fax to 212-875-5636. And feel free to send in any rants, raves, or insights on the movies of 2008. Deadline: February 13, 2009. Prizes: First Prize: your choice of Criterion Collection DVDs, up to $200 in value. Second Prize: up to $120. Third & Fourth prizes: up to $80. The winners, who will be picked by random draw, can select prizes, subject to availability, from the Criterion Collection catalogue (www.criterionco.com).

maberik said...

Tonton Eden Lake! filem horror paling best taun lepas.

kekure said...

ini antara pilim kesukaan aku heheh

fadz said...

Helmi, wow, u dapat tgk! we all belum dapat tonton lagi!!

maberik, wokey, i wonder if spiral knows abt that..

kekure, hell yeah

mahhass said...

Fadz/maberik, yup yup, Eden Lake memang dah masuk top 10 horror list aku last year. Ending nya seru kan? Not to be missed.

fadz said...

eden lake ada dlm laptop aku...

spiral said...

Haa dah ada tu jgn pulak tak tengok. Dah tengok, jangan pulak tak reti rebiu..

fadz said...

spiral, aku malas, hahahaha