28 January 2009

Yang Mana Yang Terlekat Di Hati?

Banyak kawan aku tanya, kenapa tahun ni aku tak buat:

1. Ramalan Oscar.

2. 10 Senarai Filem Terbaik.

Ni jawapan aku:

1. Aku malas. Malah tahun ni dan lepas sangat sibuk. Tapi aku nak Slumdog Millionaire (belum tonton, tapi ada mamat komen kat aku, "filem indie ni setanding atau tak kurang lebih hebat daripada filem-filem Yasmin Ahmad". Dan masa tu filem tu belum lagi dinominasi dalam Golden Globe) menang besar, kalau tak pun Milk (yahudi gay, go figure, aku dah tengok: "niagra falls" walaupun bukan filem terbaik Gus Van Sant), atau The Reader (filem produksi mendiang Anthony Minghella, ya aku bias, ya ini filem yahudi). Aku benci The Curious Case of Benjamin Button. Kekure memang silap besar, Brad Pitt langsung tak cute dalam filem ni OK Kekure, get real! Filem ni palat terbesar aku pernah tonton, palat yang terbesar: macam mana filem ni boleh dapat nominasi tertinggi untuk Oscar? Ini satu contoh filem adaptasi yang gagal dalam banyak aspek, atau secara pendek: contoh karya sastera yang tak patut diadaptasi, yes it looks good on text, not in moving pictures. Oh ya, Vicky Cristina Barcelona ialah old skool yang cool dari Woody Allen, pengarah Yahudi yang masih relevan. Yang aku perlu tonton: The Wrestler, Doubt (Meryl Streep!), dan Frost/Nixon.
2. Aku rasa aku pun mana ada pernah buat menatang ni. 10 senarai, aku suka baca senarai-senarai macam Edd Vedder, Nazim Masnawi, Reza, Spiral, Jimi, Maberik, Ajami, itu pun dah cukup. Masalah buat aku, aku masih tak jumpa filem terbaik aku tahun lepas (The Dark Knight memang masuk senarai, tapi aku tonton hanya sekali dan tak sempat tonton sekali lagi, jadi tak aci sebab filem terbaik mesti aku tonton sekurang-kurangnya tiga kali macam LOTR, All About My Mother, Before Night Falls, Sepet (haha, Nazim, sakit hati kau!), Children of Men mengikut tahunnya sebelum aku betul-betul sure). Ya, kalau kau sedar, itu sebablah aku asyik rebiu filem-filem lama sebab tak ada filem baru yang betul-betul menjadi "pujaan hati ku" seperti yang Aziz Sattar ucap dalam Seniman Bujang Lapok. Malah sekarang, aku dalam kerja menonton filem-filem klasik "yang kool dan jauh lagi syok daripada filem-filem sekarang" dalam You Tube seperti Faust - Eine deutsche Volkssage (FW Murnau! It's better than Nosferatu i kid u not!), Night of the Demon, Yeux sans visage, Les dan The Quatermass Xperiment. Tapi biar aku cakap bahawa tahun lepas, banyak filem Melayu yang keluar yang memang kool dan menjilat jari seperti Budak Kelantan, Kami The Movie, Dunia Baru The Movie, Punggok Rindukan Bukan, dan Kala Malam Bulan Mengambang. Ya, aku sedikit nasionalis. Dan korang memang patut tunggu untuk Talentime tahun depan. Yeah, lets uphold the Malay-sia Intifada! Sekarang juga aku dalam proses menyelesaikan khatam aku menonton filem-filem Pedro Almodovar dan Lars von Trier. Selamat Menonton!


15 comments:

Ajami Hashim said...

nak tambah boleh bang?

3. kat pantai timur takder panggung wayang! lalala!

p/s: apakata kau balik KL bulan feb nnti dan tgk filem 3D >> GENG: Pengembaraan Bermula.. cuba kau nilai storytelling dr 3 org pemuda Malay-sia ni!.. huhuhu!

fadz said...

ajami, ko saja nak buat aku sakit hati kan? aku baru je lepas murung aku yg KB takde wayang.. fine, kalau 10 lagi org kata kat aku di KB takde wayang, aku akan berhenti kerja!

saat omar said...

yeah agree..Brad Pitt is the most overrated ator in hollywood in the world..go and watch Curious case of benjamin Button agaian and that scene cate Blancett kat hospital pastu dia tengok Benjamin Button semakin muda...she said "god youre so prefect" lepas tu tengok reaksi muka brad Pitt...yuck!

Hidup Johnny Depp!! hehe

Azuan_Zameer @ RashRozhams said...

aku tak sukan kala malam bulan mengambang, aku benci kami the movie...

banyak sangat genre macam tu sekarang kat eastern europe. originality pleaseee...

fadz said...

yeah, hidup saat!

Rash, dat is sordid to say its copying most European movies, Its like saying intertextual is a plagirism hype. But u have ur say..

fadz said...

aku baru sedar fasal tu Jennifer Anniston cerai ngan Pitt, sebab sebenarnya Brad pitt tak dinamik bila ngan perempuan (very straight foward, wholesome, romantik, boring), dan patut Angelina Jolie boleh lekat sebab setakat ni berapa lama lah Jolie kena pegang stereng perhubungan mereka berdua. Oh, btw im watched a bit of Fritz the Cat last nite, awesome nak mampos!!!

AMMOSHAM said...

bro, tahu tak terengganu hanya satu2nya negeri yang tak ada panggung wayang?

Nazim Masnawi said...

"...filem terbaik mesti aku tonton sekurang-kurangnya tiga kali macam... Sepet (haha, Nazim, sakit hati kau!)..."

Hey, no worries, man. Guess the movie was everybody's favourite film, including Yasmin.

Miss Brat said...

I know u already watch Talk To Her, you should re watch it again, my personal fave and you know why ;)

Nak tolong Ajami provoke ..Fadz, di KB takde popcorn yang you suka tu :P

kekure said...

Fadz,ko dendam kesumat betul kan ngan Brad Pitt?Aku tak peduli aku tetap suka Benjamin Button cos citer ni based on what F Scott Fitzgerald tulis selain daripada adanya Brad Pitt dalam cite ni.
Dah,dah..jangan nak mengutuk Brad Pitt..aku nak gi GSC tengok Red Cliff sekali lagi..Kau ada ke wayang nak gi tengok kat KB tu?*grin*

MayaSofieya said...

Salam,
Maya suka filem Pedro Almodovar coz naratifnya yg kompleks dengan pelbagai elemen antaranya pop culture dalam gabungan tema keluarga, passion dan desire yg menjadi identitinya. Maya suka Volver (2006) dan tak sabar nak tunggu prebiu filemnya yg lain disini. Tq.

amirahsyuhada said...

mana dapat filem-filem lama?

maberik said...

haha aku rasa kita semua boleh sepakat setuju Curious Case Of Benjamin Button mmg palat. kecewa gila aku dgn Fincher.

bukan saja dpt byk nominations oscar. imdb pun masuk top 100. gila hape

Din said...

rasa cam nak tgk Salo tapi cam takut pun ada. Pernah tengok?

fadz said...

Din, kalau tak tahan filem lembap dan tak open minded, jgn tgk..

maberik, ya betul!!

amira, ada, jual kat speedy pun ada.. wa skrg layan youtube je..

Maya, yeap, saya pun suka Volver dan pernah review..

kekure, dendam kat ko je yg hebat bebenor tgk wayang..

miss brat, yeah, dats a beautiful experience and cukuplah twin dah dapat, itu pun dah happy..

ammo, wahhh, baguslah terengganu!

nazim, iyolah!