15 February 2009

Tempat Pembikinan Filem "Wayang"

Rumah Awang Lah

Bangsal tempat Awi tinggal dan Awang Lah serta Melor
mencipta patung-patung.


Tempat Panggung Wayang Kulit Awang Lah


Tempatnya di Tawang(?), daerah Bachok, berdekatan dengan pantai di Kelantan. Oleh sebab pantai-pantai di Kelantan sudah rosak, penggambaran dikatakan dibuat di Dungun, Terengganu. Para peminat Wayang bolehlah mengganggu Mek Siti Hawa yang akan menjalankan perniagaan songket kerana rumah itulah dijadikan interior dan exterior dunia Awang Lah, pak dalang dalam Wayang, juga berdekatan tempat itu bangsal wayang kulit Awang Lah (kini menjadi tempat untuk tenun songket Siti Hawa, sedang dibina waktu kami melawat) serta tempat main wayang kulit Awang Lah. Memang menarik untuk melawat suatu tempat dan mengenali filemnya sekali gus.





Walaupun di kredit filem ini, nama Rohani Yusoff
akan keluar sebagai Pengurus Produksi, En. Mat,
seorang pemandu teksi dari kampung ini yang banyak
melakukan kerja penyediaan orang dan tempat.
Air nyiur yang dibikin isterinya adalah "one hell of a killer drink!"
Air kelapa paling sedap aku pernah rasa!



Prof. Hatta mengimbau kenangan bergambar
di kampung kecil tapi berwarna itu.

10 comments:

Nazim Masnawi said...

Ei, dude, takkan ni je? Ceritalah lagi.

GAIA said...

entry "the making of" yg ringkas ini adalah sesuatu yg agak berbeza dan jarang2 muncul di blog ko :)

pembaca merantau said...

assalamualaikum..
bro xde wat review animasi upin n epin ke??

Red Eyes said...

Aku suka tengok filem ni, keseluruhannya mengangkat nilai permainan tradisi Wayang Kulit itu sendiri dan dibantu dengan lakonan mantap. Best!

umar_skyscooter said...

Aslkm,salam ziarah.erm nice blog.erm nak jmput tuan rumah atau sesape je ke blog sye ni di http://chipmunk18.blogspot.com ,,,jgn lupe linkkan blog ni yer,ok thanks n bye

fadz said...

nazim, hmpph, takde masa, sori..

gaia, i hope i can make more..

pembaca merantau, kelantan takde panggung wayang.. noktah. (setiap kali aku ditanya soalan ni, hati aku mmg terguris)

red eyes, baik..

umar, ok.. ini blog filem?

Tengku Putera Rio Rosales Iman Adqhlan Al'Mulk said...

bila tengok gambar ni balik, terus mengimbau sejarah dan kenangan selama hampir sebulan kat sana. time tu tengah praktikal. kakakakaa

Anonymous said...

Fadz,
Saya tonton 'Wayang' di KL (sempena program DBP Bersamamu Gaza). Tiket RM4 dan dapat cabutan bertuah lagi (senaskhah Gaya Dewan).

Saya suka cerita ni. Mudah untuk ditonton. Pelakon2nya pun bagus. Naratifnya, lokasinya - indah dan mengesankan.

Dua kali saya mengalirkan air mata, terkesan oleh lakonan mereka.

Fadz,
tak sabar tunggu komen awak tentang filem ini.

~embun~

misnana said...

sebagai anak kelantan,kadang2 tersenyum sendiri mendengar kesilapan pertuturan zul dan ida nerina..tapi masih boleh dikatakan lakonan mereka hebat.
satu lagi.,tak berapa setuju dgn watak ustaz berserban yang perangai tak berapa elok tu,apa pulak anggapan org bukan islam,lelaki berserban semua tak bgus..ermmm\
apapun..tahniah prof..

fadz said...

Embun, saya sudah pun buat ulasan tentang Wayang.

Misnana, watak manusia berserban yg antagonis mmg sudah agak klise dalam filem Melayu, bermula dgn Tsu Feh Sofiah tak silap saya.