15 March 2009

Eden Lake(2008) Real Horror Kembali


Entri ini buat Spiral.

Reaksi mula-mula selepas selesai sahaja menonton filem ini ialah: aku benci dengan filem ini. Aku bengang dan marah dengan filem ini. Dan ini menyebabkan filem ini menakjubkan. Sepertimana pada mula-mula pengkritik filem 60-an menonton Peeping Tom(1960) dan mengatakan filem itu "filth" dan sepatutnya dihumban ke dalam longkang, sebegitulah perasaan aku bila mula-mula selesai menonton filem ini. Menyedari itu, aku memahami "kemahuan" filem ini. Filem ini sememangnya meminta untuk direaksi, seperti mana Peeping Tom dalam tahap keterbukaan dan kemahuan penonton untuk "menerimanya". Berapa jauh tahap penerimaan kita terhadap sesuatu yang bilazim? Dalam era serba kiamat kini, sepertinya semua bentuk culas dan lucah sudah kita biasa. Jadi apabila filem sebegini datang sejenak seketika, boleh kita menerimanya dengan senang? Aku agak gugup bahawa ada juga "kuasa" yang masih menandingi tahap ketahanan aku. Tetapi aku juga khuatir, jika filem seganas ini boleh menggertak aku menjadi murung, bagaimana dengan tahap peningkatan idea bilazim yang akan dibikin pada tahun-tahun hadapan dengan budaya masyarakat yang akan terus bertukar dan penerimaan mereka terhadap keganasan dan menjalankan keganasan itu. Aku merasakan, aku mahu mati sekarang, kerana dunia depan amat gelap moralnya buat aku.

Filem ini sebenarnya sememangnya satu "alu-aluan" daripada selonggok filem seram yang terbiasa biasa, malah memang tidak selalu menghentak zaman. Filem ini tergolong dalam klasifikasi yang aku panggil "true horror". Apakah ciri-ciri true horror? Senang. Filem seram sebegini membuat aku tidak tidur. Ya, aku jadi rimas dan celaru kepala selepas menonton filem ini, dua jam aku tak dapat tidur.

Sepertimana bila penonton era 40-an menonton Freaks(1932) pada kali pertama dan terganggu dengan babak tranformasi terakhir, atau bagaimana Father Dyer yang tidak keruan selepas melihat Reagen tersenyum dan memeluknya sambil melihat tangga Hitchcock dalam The Exorcist(1973). Atau Rosemary yang terkaku menjerit, "Uhh, the eyes! The eyes!" dalam Rosemary's Baby(1968). Atau pengakhiran The Wicker Man(1973), atau Mark memaparkan kepada penonton apa yang dilihatnya sebagai "jiwa manusia sebenar" dalam Peeping Tom dan bagaimana dalam klimaks Jeff yang dituduh membunuh kawan-kawannya sememangnya sendiri celaru bagaimana dia membunuh mereka dalam fragmen-fragmen yang sendirinya tak tentu dalam Book of Shadows(2000). Eden Lake dapat menandingi perasaan terganggu ini yang pernah aku rasai apabila menonton filem-filem itu, malah terganggu sampai sekarang.

Perkara yang aku benci tentang filem ini ialah ia sememangnya mengikut konvensi dan undang-undang filem seram (bermakna, melakukan kesalahan yang biasa dalam filem seram yang setentunya membuat watak itu tertangkap/terbunuh), khususnya manusia lwn. alam (Deliverence, Lord of Flies). Kesemua klise dan perangkapnya dihantar dan menampil jalan tetapi tidak dipilih oleh protagonis. Logik pemilihan celaru ini berkenaan dengan ruang luas (hutan) yang mengelirukan protagonis (seperti watak-watak dalam Blair With Project). Ini menyebabkan kita merasakan semacam pasangan protagonis dipaksa melalui lubang arnab ala Wonderland yang hitam. Malah beberapa bayangan sudah diberikan pada awal-awal, dan jalan untuk bebas buat protagonis, tetapi ini disengajakan dijahili watak (si perempuan boleh melarikan diri terus pada malam itu). Tetapi oleh sebab umur dan innocentness para watak protagonis yang mewakili penonton, yang berlakon dengan berkesan dan berjiwa, kita memberi mereka peluang, kita mahu mereka berpeluang hidup sampai akhir cerita filem, sehingga kita tersedar kita terlambat.

Ruang adalah kuasa sebenar filem ini. Jika ditonton, ia bermula dengan sebuah ruang yang tertutup (confined), di dalam sebuah kelas. Si protagonis (Kelly Reily) sebagai guru sekolah mempunyai kata kuasa. Semua anak-anak mendengar, semuanya tersusun, teratur. Penanda ketamadunan. Selepas itu kita dicampak ke sebuah hutan-tasik yang liar dan luas (semuanya boleh terjadi, tidak ada sempadan - ketamadunan tidak ada) buat pasangan protagonis. Walaupun luas, protagonis/kita terasa terancam (tipikal filem manusia lwn. alam). Pada pengakhiran, kita diberikan sekali lagi jalan memasuki sebuah ruang tertutup, tetapi kali ini dalam "sempadan" kawasan gelap yang menentang kita. Kelly Reily terperangkap di dalam sebuah rumah keluarga (dia yang memanggil meminta tolong, itu pilihannya). Kita sedar waktu itu bahawa bahang dan bentuk rumah itu tidak ada tamadun, Kelly tidak dapat mengarah seperti mana dia mengarah anak-anak di kelasnya. Rumah itu seperti hutan. Kelly dalam masalah besar.

Apa yang menyebabkan adik-beradik serta geng budak hutan itu marah dan mengancam? Bolehkah dorongan plot itu rasional? Apa yang memandu mereka untuk marah sebegitu rupa? Ada beberapa soalan yang serba mungkin. Dan kita menerima jawapannya dengan reda. Simbol anjing sebagai "sebahagian daripada keluarga" itu sebagai contoh. Sebenarnya secara psikoanalisis, anjing itu tanda pemancu 'id' buat geng budak hutan itu. Kematian anjing itu menyebabkan id setiap geng meluap, menandingi ego dan superego. Malah kematian merupakan pemancu id yang benar, termasuk buat Kelly Reily. Idenya - manusia menjadi tidak keruan bila sesuatu yang dekat padanya lenyap/mati.

Ada satu babak yang menampilkan pertentangan id dan ego yang cantik. Pada waktu itu, Kelly baru melihat satu kematian ngeri (sangat ngeri buat aku), baru keluar dari tong sampah busuk dan memegang sebilah kepingan kaca yang pecah. Kelly melihat dirinya di cermin. Dia menyoal dirinya di cermin, bolehkah dia menjadi iblis, bolehkah dia membalas dendam? Kita nampak transformasi Kelly di cermin secara diam. Lalu tiba-tiba seorang budak yang kemungkinan ingin mengucapkan maaf di belakang Kelly dikelar. Budak itu mati. Kelly merangkulnya, menyesal, menangis. Babak ini memaparkan semanusia mungkin tentang sebab dan efek peperangan - manusia menjadi tak tentu dalam peperangan, walaupun dalam penyesalan mereka. Dengan ini, seperti Israel, mereka menjustifikasikan pembunuhan dan kemaafan kepada suatu peperangan oleh sebab "ketidaktentuan" itu. Mereka membunuh dahulu, menyesal kemudian.

Ada hal yang sangat mengganggu aku apabila aku sedar bahawa banyak bukti pasangan itu akan ditutup, atau bagaimana geng budka hutan yang "bersimpati" kepada pasangan itu yang akan mati dahulu. Seperti babak "ngeri" di atas yang berkatian dengan pembunuhan seorang minoriti. Pengdominan atau "ketua" dalam perilaku bilazim ini ialah seorang remaja lelaki (lakonan Jack O'Connell). Budak lelaki ini ialah kunci, dia ialah "the full blown id". Kita juga sedar dari mana dia mendapatkan sikapnya (ayah), mengambil pembelajaran kepincangan institusi keluarga dalam pemahaman sains sosial. Adakah anda memberi simpati terhadap budak ini yang "terjadi" kerana pengaruh institusinya, atau anda menolak? Anda patut mencermin diri? Adakah budak itu yang patut dipersalahkan atau keluarganya (ayah)? Buli yang berlaku di sekolah Malaysia boleh dikaji. Bukan pelajar yang membuli itu yang patut kita hukum tetapi orang tuanya. Mungkin bukan menghukum, tetapi menganalisanya.

Oleh sebab itu filem ini sangat mengganggu. Kita diperlihatkan bagaimana manusia boleh berubah (Kelly melihat cermin, si ibu mendapat panggilan kematian) dan bagaimana pula manusia secara sistematik (walaupun dalam pergerakan yang ditampilkan anti peradaban) boleh melunaskan kejahatan (Jack O'Connell bila melihat dirinya di cermin, tersenyum - kita mengambilnya sebagai satu peringatan kita tentang dimensi kompleks psiko Taxi Driver hingga ke Harry: Potrait of a Serial Killer). Ya, bila kita melihat dia yang tidak keruan tetapi merasa "puas" di depan cermin itu kita tahu dia akan ditahan reman untuk soal siasat, keluarga itu akan disoal siasat oleh sebab bukti-buktinya terlalu tampang di merata Eden Lake dan rumah itu. Tetapi pengarahnya tidak memberi peleraian itu kepada penonton, sebaliknya sang pengarah memberi penonton wajah budak itu yang menonton cermin. Budak itu tersengih dengan kaca mata hitam mangsanya sedang ayahnya sibuk menjalankan "undang-undang hutan" dan "penutupan rahsia". Di sini kita menyoal, dengan pedihnya, seperti mana pedihnya Mark menyuruh mangsanya melihat "jiwa manusia sebenar" di mata kameranya dalam Peeping Tom, jiwa seorang budak yang terperangkap dalam realiti alamnya. Realiti yang mana dia sendiri tidak boleh menolak kuasa dan penguasaan kebenarannya. Tidak pernah kejahatan segetir ini.

18 comments:

saat omar said...

Peeping Tom is fuckin brilliant! remmber this was made as the same year as Psycho.

adam said...

salam sahabat.. rajinnya ko menulis ya bro... aku pun minat gak nonton movie..

adib said...

yeh.. mengingatkan aku pada cerita City of God.. bagaimana budak-budak menjadi antagonis utama.. cerita ni best tapi aku pun tak suka pasal dalam cerita ni orang dewasa menjadi takut pada budak-budak..

Spiral said...

Baik punya twist kau kenakan aku eh bro? Serius, aku ingatkan kau benci betul2 punya benci filem ni masa aku dapat SMS hari tu! Ciss!!

Haha. Anyhow, puas hati aku dapat baca rebiu Eden Lake kau, finally.
Thanks dude. Excellent review!

deennasour said...

aku genggam buku lima tgk citer ni.
tak bleh bayangkan jahat gile budak2 tu.

babak paling tak boleh blah semata2 nak survive masuk dlm kolam air, and masuk dlm tong sampah.
phuew~

zulazahari said...

"Babak ini memaparkan semanusia mungkin tentang sebab dan efek peperangan - manusia menjadi tak tentu dalam peperangan, walaupun dalam penyesalan mereka. Dengan ini, seperti Israel, mereka menjustifikasikan pembunuhan dan kemaafan kepada suatu peperangan oleh sebab "ketidaktentuan" itu. Mereka membunuh dahulu, menyesal kemudian."

-Wow, aku sendiri tak terfikirkan sampai ke situ, mmg kau seorang pembaca filem yg hebat. I salute U man!

Maya said...

Yang pastinya buat jiwa kacau jer nak gi camping!!Secara peribadi Maya lihat Eden Lake dekat sangat dengan IIs[2006] dan Funny Games[1997]ygmana berjaya menarik perhatian Maya untuk melihat sampai penghujung dengan membina segala persoalan pada minit2 awal tayangannya membuatkan Maya expect certain clich├ęd outcomes — but they never happen and things proceed onward. Instead of boring me, it has the effect of ratcheting up the suspense and the “what’s going to happen” factor as the tension from those set-ups is never released but rather continues to build hinggakan Maya rasakan dalam babak torture and pursuit scenes pun Maya dihidangkan dengan some unexpected moments and outcomes.Beyond the basic storyline, the conflicts by the lake can be read as a clash between youth vs. adulthood, the middle class vs. the wealthy, the civilized vs. the savage, and progress vs. the status quo.Yang pastinya remaja2 tersebut aren't outsiders but members of the blue collar working community living around the lake...Cis Director Watkins knows how to goad his audience.

fadz said...

saat, yes, and Psycho came out 1st, so it was a bit unfair to peeping tom.

adam, marhaban.

adib, yeah, like wat maya said.

spiral, hehe, yeah, but yes, at first i hate the ending, but then i realised its a brilliant film.

deena yah, same here

zul, haha, takde bendalah..

maya, yah.. but i felt Funny Games is more engrossing in terms of plot turns.. chances were given and true to logic, just, the victims arent that lucky enough.. i havent watch Ils, though ive seen the US version. But i felt Eden Lake is somewhere higher becoz of the 'fantasy' feel that i depicted, just like Deliverence, yes, the one where Ned Beatty squeeled like a pig. But wat u say is true in terms of youth vs adulthood (or its actually rascal youth vs proper adults). The feeling of depress in the end is just overwhelming, i dont know, i felt its just too much..

Nazim Masnawi said...

Setuju, what a great kickass horror movie!

Aku wonder kalau-kalau dah memang ada subgenre untuk kategori "hillbillies on the loose" gini. I mean, there are a lot of 'em.

Pyanhabib said...

finas tayang ksj di coliseum 28 mac nanti, datanglah.

DUTASINEMABARU said...

HAAA BARU TGK MALAM TADI.. eee mati jugak hero n heroin tu... ish kenpa la dia last2 kem rumah Brett tu.. eeeeeee

amirahsyuhada said...

ya, saya tak sanggup tengok filem tu secara detail, terpaksa melompat2 kan cursor (tengok dvd kat pc je). Anyway watak Brett sebenarnya wujud dimana-mana, lahir dari manusia-manusia yang tak layak menjadi ibu atau ayah. Seperti Fadz, jiwa saya memang kacau selepas menonton filem ini. Saya sangka filem paling teruk pernah dibuat ialah The Devil's Rejected, tapi hmmm...filem Eden Lake memang membingungkan, amat!

Anonymous said...

dah tgk OTTO?
citer murahan tapi ada part yg sadis jugak...

GAIA said...

lambatnya rebiu ni kuar...Eden Lake main kat wayang dah dua bulan lalu kan...anway, resultnya taklah disturbing sgt pd aku sebab dah expect its something like Funny Game...

spiral said...

Aku rasa Dutasinema dah kasi spoiler terbesar filem ni ;)

fadz said...

pyan, tak sempatlah.. amira, samalah kita.. spiral, hehe, yeah..

rOzzana said...

hi i am just a passerbby... reading ur revieww somehow introduce to me new movies which i have never knw... errr eden lakes... it's all about physcho... i watch it half way and left as i can bear to watch that guy being tortured till so blooody.... ewwww

fadz said...

salam rozzana, hehe, well yah, susah nak menonton filem ni..