Perca Kata Kritik Filem

Malas nak tulis panjang-panjang jadi ini pengalaman dan pandangan:


Nightcrawler(2014). Arahan Dan Gilroy (produksi adik-beradik Gilroy untuk filem-filem bebas, mungkin tulisan Dan) Awalnya, kita melihat papan iklan kosong, dengan kebijaksanaan suntingan, judul Nightcrawler keluar di sudut yang sama. Kita menyedari, filem ini bukan sahaja mengambil premis Taxi Driver ataupun Rear Window atau Drive, filem ini tentang anak zaman sekarang, Gen-Y yang gila dan komited dengan Imam Google dalam membina diri untuk secebis "American Dream" pada keadaan yang tidak pernah dibayangkan. Rumusannya, "This is the film where the killer got away. Because in your eyes, he is just a participating voyeur." Ya, temanya boleh sahaja jatuh ke dalam perangkap B-movie (seorang yang sadis menangkap sesuatu melangkau moral) dengan gaya mudah rakaman 1980-an. Tetapi Dan dan kumpulannya menyampaikan suatu kisah pengejaran cita-cita yang sebenarnya menakutkan, menakutkan kerana cita-cita ini terdampar jelas di hadapan kita tanpa dipantaui, dan kita sendiri ialah "participating voyeur" itu tanpa kita sedari. Filem ini tampak besar dengan lakonan memberangsangkan daripada Jake Gyllenhall (pasti dapat pencalonan tahun ini), seorang kalkulatif dan penyendiri yang menapak tempatnya dalam dunia penerbitan berita. Matanya merupakan ekspresi sebenar yang harus ditonton (selain daripada kekuatan matanya untuk menangkap imej yang diperlukan oleh stesen TV), dingin, luas dan menakutkan. Mata yang ada dalam mana-mana penonton tegar filem. Mata itu juga mengingatkan aku dengan mata yang terperangkap dalam filem sunyi era 20-an German Expressionisme, lebih-lebih lagi filem Robert Wiene dan FW Murnau. Terdapat tiga kali mata itu disinari dengan cahaya: lampu malam, api, refelksi berita TV, semuanya memaparkan: realisasi rezeki ... dunia yang terperangkap dalam kota materalisme (semua yang kita buat atas keuntungan semata-mata) - perkara yang menjawab mengapa David Teoh tidak akan berganjak sedikit pun dalam pembikinan "adikarya" kilangnya selagi terdapat mata-mata yang terus terpegun dengan layar cahayanya. Filem yang sebenarnya meletakkan keseraman dunia kita tentang moral berita, dadah kapitalisme dan kehebatan-kejahatan anak generasi-Y tanpa nilai. Kelakar sekali gus, menakutkan.

06 April 2009

Seks dan Antrabangsa


Iklan percuma
Tapi seks tidak


Kata pengarah Melayu muda terkemuka, Mamat Khalid (dipetik dari Sinema Malaysia.com):
Dalam litar filem antarabangsa, ‘content’ yang menitikberatkan permasalahan seks, perkauman, pertikaian agama, politik berhaluan kiri atau pro-Yahudi merupakan elemen yang sangat dihargai. Filem-filem kita kebanyakannya meraikan kehidupan serta menanam sikap berkasih sesama kaum. Sudah pasti bukan unsur untuk memprovokasikan minda global.

Filem La Vitta E Bella arahan Roberto Benigni yang mendapat pojokan melampau masyarakat dunia ialah sebuah filem yang sempurna sehinggalah di pertengahan cerita, baru kita faham ia adalah sebuah filem mengenai simpati kepada masyarakat Yahudi Itali pada zaman Perang Dunia Kedua dahulu! Mungkin arus perdana dunia terlalu besar permintaan dana dan pembikinannya untuk kita sama-sama turut serta. Kita boleh ubah haluan kepada yang lebih kecil skopnya seperti filem-filem pendek dan filem-filem ‘arthouse’. Mungkin. Tetapi sanggupkah kita membuka mata dunia dengan filem seperti filem Ken Park misalnya. Filem mengisahkan masyarakat serta kekeluargaan yang ‘dysfunction’. Permasalahan seks di luar tabii serta sumbang mahram tetapi diangkat sebagai sebuah karya yang begitu baik kerana berjaya memprovokasikan asas tamadun manusia.

Budaya Melayu kita terlalu ‘fragile’ untuk kita ketengahkan subjek tabu yang bukan tidak pernah berlaku itu. Kita memilih untuk lebih senang dengan isi kandungan kemanusiaan yang lebih ringan. Salahkah kita? Filem-filem pendek yang mendapat pujian di festival dunia itu pula adakah jujur datangnya dari negara ini? Jika kita ingin dimartabatkan sebagai pengeluar filem bertahap global, apakah subjek yang boleh kita ketengahkan sebagai santapan mereka? Saya juga ingin mencari jawaban itu dengan terus berkarya. Itu adalah misi saya.
fadz: aku setuju.

13 comments:

Nazim Masnawi said...

Permasalahannya sangatlah simple it hurts: People just dunno apa yang diorang nak dan how films work as a medium seni. Itu je.

zubin said...

setuju saja! Rasa itu bukan semua isu yang ada, kenyataan itu sendiri adalah satu propaganda. Apa yang ingin dilihat dalam festival filem pendek adalah filem-filem yang berbentuk independence, suara luahan dari kaum yang tertindas yang mempunyai nuansa yang berbeza dari arus perdana. Filem yang baik tak semestinya tema yang sedemikian rupa. Ada banyak juga filem yang mempunyai tema yang sedemikian rupa tetapi tetapi filem yang jelek. Jadi marilah sama2 kita tengok filem "Anu Dalam Botol" kerana temanya menepati apa yang Mamat Khalid ucapkan!

Anonymous said...

content seks pro-Yahudi sangat dihargai. kebanyakannya sesama kaum bukan sempurna pertengahan Yahudi turut serta pendek. arthouse seks di luar tabii sumbang mahram memprovokasikan fragile. tabu dimartabatkan misi.

aku lagi setuju.

daulat tuhanku!

fadz said...

Zubin, tapi kena ingat, Mamat tidak bersetuju/menolak sepenuhnya tentang seks/isu "antarabangsa". Mamat menyatakan ini: saya juga mencari jawapan itu (buat penonton luar).

anon, kenyataan ini sedikit absurd: arthouse seks di luar tabii sumbang mahram memprovokasikan fragile. Tahukah apa maknanya fragile?

Nazim, setuju juga! Semuanya kembali kepada "kehendak".

Adam Arjuna said...

bro..
thank for ur comment..
well, aku ni budak baru blajar yg tak der asas pasal bidang perfileman..
apa yg aku review tu atas apa yg aku rasa, lihat dan dgr..

**tunjuk ajar ku sifoo...

ahaha..review pasal filem canak naik?? apakah itu??

well, congrates ko sbb ko pon tercalon dlm blogger awards tu.. ombaakkk...!

fadz said...

aku rasa deme silap vote aku tu.. aku rasa ikhares yg menang mlm tu, hahaha

aku sifoo ke? tak lah, aku pun masih belajar.. betul x dr. zul?

Adam Arjuna said...

aku tak tau nak drop text aku kat ner, so, aku drop kat page comment ko ni je la eyh..

hehehe..

ko dak filem ker??

sama la kita bro.. bukan silap lg.. ralat tu kot sbb tervote blog aku yg hampeh tu.. ko kira ok lagi, byk info pasal pelem.. ayat pon power.. aku ni mana la tau apa sgt..

anyway.. gud luck kat ko!!

p/s: so, apa significant 7 dgn dgn talentime??

Nazim Masnawi said...

Fadz, Vovin cakap kau suck kat post terbaru dia. Takkan nak diamkan diri jek?

ct_saggie said...

i like you....

i like ur style in ur blog...

fadz said...

adam, i thought u would know. haha

ct, i like u too:)

Anonymous said...

buat filem pasal 13 mei la, mcm schindlers list.. mantapz

Nazim Masnawi said...

"buat filem pasal 13 mei la, mcm schindlers list.. mantapz"

You mean, it ends with an overwrought speech and overacting?

Anonymous said...

absolutely yezza.