20 August 2009

District 9(2009): Bagaimana Mahu Membikin Filem Summer Yang Berbaloi

Ini permintaan daripada rakan-rakan pembaca.

Poster filem ini menyesatkan. Aku nyaris-nyaris ingat filem ini sebuah animasi atau komedi bodoh. Walaupun simbol UFO semacam Taman Tergantung Babylon (gunakan simbol ini dengan kaitan tamadun yang tidak diketahui, memberi penanda awal kehebatan makhluk asing dalam filem ini sebenarnya) itu sama wujudnya seperti The Castle in the Sky karya Miyazaki. Nasib baik ada nama Peter Jackson sebagai penerbitnya.

Yep, nasib baik ini bukan filem "dari" Hollywood, malah dengan mengejutkan, melebihi ekspetasi filem-filem Hollywood (cth., buat Transformers aku sudah agak Megan Fox akan banyak mempamerkan aksi badannya tanpa mental yang tinggi. Terapi soft porn yang paling selamat buat anak-anak muda bukan?).

Ceritanya senang (semua filem komersial, ceritanya mesti senang), malah bukannya original sangat seperti yang orang heboh-hebohkan - seorang pegawai "badan kerajaan" Afrika Selatan, MNU yang ditugaskan oleh bapa mertuanya (nepotisme!) untuk masuk ke Distrik 9, ruang "penempatan sementara" makhluk asing (isu pendatang!) dengan tugas memujuk para makhluk asing menandatangani borang "perpindahan" makhluk-makhluk asing ke Distrik 10. Sudah tentu, hal ini tidak sesenang itu, lebih-lebih lagi pegawai itu terkena larutan ciptaan makhluk asing yang akan tiba-tiba mengubahnya seperti apa yang dilalui Jeff Goldblum dalam The Fly.

Sila lihat: masukkan cerpen "Metamoforsis" Franz Kafka serta sedikit kesedaran The Fly dalam plot Alien Nation, walah! Kemudian bawa sentimen politik "bagaimana hendak menghadapi pengganas" serta isu-isu sekarang (Amerika sebagai pengedar senjata buat dunia ketiga?), dan wo hoo! Tetapi, ada beberapa perkara intim yang aku suka dan dibikin dengan "agenda" tersendiri pengarahnya, Neill Blomkamp (yang juga menulis lakon layarnya).

Satunya berkenaan Neill mensatirakan secara sengaja akan hal-hal diskriminasi arpateid dan bagaimana kaum kulit putih di Afrika Selatan menangani kemasukan kulit hitam ke bandar utama mereka waktu itu (Johannesberg). Persoalan manusia yang rakus tamak menginginkan "kuasa" dan "ilmu" melebihi segalanya (melempar keluar pemhaman kemanusiaan) terhadap makhluk asing merupakan satu persoalan yang besar. Dan ini dihadapi oleh pegawai kerajaan (lakonan Sharlto Copley yang sangat baik), melihat betapa rakusnya manusia dalam menginginkan sesuatu yang penting. Ini dipapar dengan baik dalam dua babak kontra dengan aksi yang sama, Copley di bawa ke meja bedah untuk "dibunuh" supaya anggota badannya dapat di"uji", membuka rahsia dan enigma "ilmu" makhluk asing yang mereka cita-citakan. Bandingkan aksi ini dengan babak sewaktu Copley (sekali lagi) dibaringkan di tanah, dengan satu ritual vodoo lalu ketua samseng District 9 memaklumkan bahawa dia menginginkan "kuasa" Copley maka Copley perlu di"korbankan". Blomkamp dengan jujurnya memapartkan dalam mana-mana strata masyarakat manusia, kekuasaan dan ilmu "membongkar" merupakan tujuan utama "penerusan" mereka terhadap satu-satu kerja - secara ironi, kita juga sebagai penonton, merupakan penonton yang "mahu" rahsia dan "ilmu kuasa" makhluk asing dibongkarkan (yang mana, tidaklah seteruk yang dilalui Copley, kita dapat juga mencapainya) - kita juga sebenarnya sama seperti para kapitalis mabuk kuasa di MNU atau si samseng yang inginkan kuasa tahyul.

Magis filem ini juga terletak dalam lakonan "innocent" Shrlto Copley sebagai seorang "fall guy" yang tidak mahu mengalah. Aku menyukai watak-watak sebegini (dan bukan seperti Shia le Bouf yang ingat dia hebat) yang sememangnya watak klise dalam mana-mana filem sai-fai (Spielberg merupakan orang yang paling percaya dengan watak sebegini). Kalau sesiapa yang kenal dengan filem-filem Peter Jackson, mereka tentu akan "seronok" dengan watak bawaan Copley yang ada "persamaan" perwatakan watak Lionel dalam Dead Alive. Yang menariknya, Copley merupakan budak kru untuk filem ini yang tidak ada pengalaman apa-apa dalam filem besar. Dalam filem ini, beliau memaparkan, dengan sungguh bersahaja, beliau seorang pelakon yang faham benar akan pembawaan "karakter".

Filem ini merupakan sebuah filem sai-fai yang sudah lama tidak aku tonton dan rasa seronok yang tidak terhingga. Memang, tahun ini sahaja, sudah banyak filem sai-fai yang baik-baik, dan filem ini bolehlah dikatakan memasuki rak perpustakaan bagi filem-filem sebegitu. Aku berharap makhluk asing yang datang kembali ke bumi akan membawa satu konflik yang menarik buat penduduk bumi, supaya idealisme makhluk asing "yang maksum" boleh dipermain-mainkan, dan seperti gerakan plot filem ini, alur liuk sekuel filem ini akan menjadi lebih menarik dengan santapan bertih jagung pada setiap antisipasi dan plot twist yang dicipta.



lihat: http://www.imdb.com/title/tt1136608/ http://D-9.com

10 comments:

Tok Rimau said...

Bagusnya D9 ni, buat Tok tak fikir sangat pasal CGI. Tok tak boleh teka ending dia. Tok banyak fikir pasal plot dan pendekatan gaya dokumentari. Rasa nak bangun tepuk tangan bagi standing ovation bila film ni tamat. Tok bagi 10/9 untuk D9.

zulazahari said...

Salam,

Nice one, tgh tunggu review U untuk filem The Lovely Bones, kolaborasi Peter Jackson dan Spielberg

faris said...

both instant and cult classics!!!

zubin said...

thx fadz, kata2 yang amat berguna untuk pelajar, anda harus menjadi guru filem

fadz said...

tok, sama, walaupun saya dah tahu apa akan berlaku, saya amat2 suka filem ni, my summer movie of 2009. Ending part adik saya kata sama dengan babak Gollum di tepi tasik dalam LOTR.

zul, aduhhhhm another commericial? ok, sebba ia peter jackson, aku cuba..

faris, thx man

prof, aghhh, ye ke? prof yg lebih layak lah!

Nazim Masnawi said...

Lovely Bones is not REALLY a collaboration with Jackson and Spielberg. The Bearded Jew is just the executive producer. That's like saying the Transformers franchise is a collaboration of Michael Bay and Spielberg.

Kalau nak tonton gabungan tu betul-betul, tunggu Tintin kelak. Lovely Bones is just pure Jackson berbalik kepada stail Heavenly Creatures.

Dan... oh ya, siapa tak suka District 9 dia anak haram.

Azuan_Zameer @ RashRozhams said...

maka, membaralah semangat aku untuk menonton flem ni malam ni jugak!.

waduh.. terlepas lah solat terawih malam nih. huhuhu...

fadz said...

Nazim, bila ko nak berkaloborasi ngan spielberg..? oh tak, kau terlalu agung utk itu kan?

azuan, jgn terlepas terawih!

Nazim Masnawi said...

"Nazim, bila ko nak berkaloborasi ngan spielberg..? oh tak, kau terlalu agung utk itu kan?"

Aku terlalu agung untuk SEMUA.

dex said...

D9 semangat realisme yang tinggi dengan teknik separa dokumentari..bagaimana alien memanusiakan manusia tanpa sedar...mmg filem yang wajib ada dalam rak!