01 September 2009

Aguirre, The Wrath of God: Filem Kembara Yang Ditunggu-tunggu


Aguirre, The Wrath of God(1972)

Penonton biasa yang menonton filem ini akan mencemuh, "Entah apa-apa entah": gerakan kamera bergoncang (seakan kita menonton dokumentari, filem bajet eksplotasi bikinan pengarah Itali 70-an atau Cloverfield), lakonan kaku nak mati dan tidak berjiwa (kecuali Klaus Kinski), lagu synthesizer yang membingitkan atas latar abad ke-16, suntingan hambar, dan watak menggunakan percakapan Jerman sedangkan para watak adalah askar Sepanyol. Tetapi ini yang menyebabkan filem ini sebenarnya kuat dalam sifat "rawness"nya.

Ada dua babak menguatkan hal ini, pertama, sewaku rakit besar binaan anak buah komandan Aguirre (Klaus Kinski, dengan emosi mendalam yang sangat menakutkan) tika merosak satu per satu, anak gadis Aguirre, Flores(lakonan Cecilia Rivera), tanpa sedar, melihat kamera. Wajahnya "kosong" dalam dukacita. Kita tahu tangkapan ini bukan lakonan, ia benar-benar "berlaku". Kemurungan ini yang mengikat jalan cerita filem hingga ke akhir (ya, filem ini bukan filem yang berakhir dengan tenang). Poin di sini: Werner Herzog, pencipta filem ini mengambil hasil seninya dengan sangat serius, mengikut elemen pembikinan "method film making" sampai ke Z. Kru, pelakon, dan dia sendiri "mengalami" cetusan-cetusan yang berlaku dalam skrip (sebuah cerita tentang pengkakhiran penjajahan, pengakhiran ketamadunan Barat yang bersulam God, Gold and Glory, pengkahiran romantisme advencer dan kuasa alam terhadap manusia). Max Schreck tentu berbangga.

Paparan kedua merupakan rakaman kamera bergerak tanpa potongan yang berlaku di sebuah perkampungan hutan Amazon sewaktu tentera Aguirre datang "memusnahkan" kampung itu. Beberapa drama berlaku pada satu masa di mana tangkapan demi tangkapan dilakukan tanpa suntingan (askar dipanah sampai mati, Aguirre menyerang, panah terbang, askar-askar makan garam), tanpa ada apa-apa perancangan, di ambil secara impromtu (asal ikut jiwa, asal muat, orang Melayu kata). Imej-imej pelbagai itu (chaos, tamak, amuk, kehancuran, kegilaan) dimuatkan dalam satu analogi tentang brutaliti dan kelemahan manusia dalam perjuangan, ia mencapai puitika yang cantik kerana kespontanan ini. Selepas imej itu, Inez (Helena Rojo), wanita bangsawan Sepanyol membawa dirinya dari rakit ke hutan tebal (tempat para kanibal Amazon sedang menyerang dengan lantunan panah), tanpa wajah cemas atau ceria, serta dengan solekan yang sempurna(!), Inez bergerak masuk ke dalam hutan banat yang hijau, tanpa suara.

Momen-momen sebegini yang berjaya diangkat oleh Werner Herzog dengan amat baik sekali, melawan segala "penipuan" yang terjaga-jaga dan terancang yang pernah dibikin seperti dalam Cloverfield atau mana-mana filem "kamera bergerak" yang lain, yang kini sudah kerap sangat dipakai oleh Hollywood.

Malah perkara ini merasionalisasikan gerakan kamera yang kadang-kadang menidakkan kecantikan manusia dengan alam (alam nampak indah tanpa perlu diromantiskan, malah "brutal" terhadap manusia, berlawanan dengan sikap romantisme manusia terhadap alam abad itu, juga filem Herzog yang seterusnya sebagai kesinambungan filem ini, Fitzcaraldo[1982]). Banyak abrupt syot yang disengajakan(?). Hal itu sendiri satu enigma. Lihat sahaja pembukaan filem, apabila dengan operatik(!), syot luas dengan latar bukit Amazon hijau membuak skrin, kita lihat manusia-manusia kecil (tentera Sepanyol) sedang menuruni cerun bukit, lalu kita diperlihatkan watak-watak sang advencer satu-satu serta hamba hitam dan Indiannya, kemudian secara tanpa kawalan, imej berubah tempat, di sungai Amazon lalu meriam 50 tan yang dibawa jatuh terseret masuk ke dalam sungai, lalu meledak! Lalu seorang askar bersahut, "Perjalanan sungguh berbahaya. Kita mungkin tidak boleh mencapai kota El Dorado itu."

Dalam babak ini sahaja kita sudah dapat mengupas semangat filem ini, sekali gus kuasa alam terhadap manusia. Kita sudah "tahu", manusia yang "memperkosa" alam Amazon ini semahunya akan berakhir dengan kematian (ledakan- chaotic end) oleh sebab "tanah" itu tidak mengalu-alukan mereka. Persoalan terbuka kepada, apakah kemodenan tamadun yang dibawa oleh Barat, dengan agama Kristiannya, senapangnya serta kulitnya diingini oleh kaum berkulit seakan Melayu ini? Hal ini disengajakan tidak berjawab. Malah seakan membawa satu pernyataan di tengah filem apabila dua orang Indian yang ditangkap mengaku, "Dewa Kulit Putih akan mengisi prophecy tentang menyelesaikan penciptaan di kawasan sungai ini." Penyelesaian yang bagaimana? Adakah dua Indian itu tersilap (apabila mereka dibunuh setelah mencampak Bible ke tanah kerana tidak memahami fungsi buku itu) tilik atau memang "Dewa Kulit Putih" itu merupakan para askar Sepanyol yang datang "memenuhi propehcy" dengan tujuan mengorek keuntungan bumi Amerika Selatan yang kaya itu?

Hal-hal ini dibiarkan tidak berjawab, oleh sebab Herzog lebih mementingkan "penglaman yang berbicara" melebihi ungkapan mewakili imej. Setiap penonton yang menontonnya akan mendapat jawapan-jawapan yang berbeza.

Apa yang jelas, filem ini merupakan sebuah huraian moden tentang Don Quixote, satu farsa Barat tentang perjuangan (quest) yang sia-sia serta jiwa kepalsuan dalam naluri manusia, mengambil cerita sekumpulan askar Sepanyol, atas permintaan Rajanya, telah melakukan satu ekspedisi mencari Kota El Dorado, Kota Emas orang Indian di Amerka Selatan yang kononnya disaluti dengan emas. Ekspedisi itu merbahaya, lalu ia berubah "maksud" apabila Aguirre, antara komandan tentera dalam ekspedisi itu memberontak kepada ketuanya (Ruy Guerra) apabila ketuanya itu mahu membatalkan ekspedisi.

Filem ini mempunyai semangat "mencari makna" dalam kepura-puraan manusia, baik dalam bentuk pathos, seram sehingga yang lawak (tersentuh dalam babak "Raja Boneka" di tengah filem). Semuanya diadun dengan bentuk yang sangat "raw" ia menelanjangkan sikap manusia yang kepura-puraan. Malah pada akhirnya, kita seakan "merasai" pengakhiran "serangan alam" terhadap tentera Sepanyol itu bukan lagi fizikal tetapi metafizikal (bermula dengan babak seorang askar nampak sebuah perahu di atas pokok - simbol ekspedisi itu yang sia-sia dan mencapai tahap quixotic), maka mereka mati bukan atas panah atau serangan monyet (monyet, seperti mereka, merompak) tetapi lebih jauh ke dalam jiwa, dan kemungkinan spiritual mereka yang berjaya "ditawan" oleh alam. Manusia, sememangnya sebenarnya kerdil di depan alam, dan semahunya, Tuhan.

lihat: http://www.imdb.com/title/tt0068182/


Beberapa filem yang baru ditonton dan akan diulas:
The Duchess(2008)
Kun Pan(2002)
Casablanca(1942)
Cecil B. Demented(2000)
Night of the Hunter(1955)
W.(2008)
Up(2009)
Laskar Pelangi(2008)
Manhattan(1979)

7 comments:

saat omar said...

kau dah tengok Orphan? aku suka itu filem...Twistnya memang cute.

fadz said...

Orphan is about a dreadful person doing dreadful things with other non dreadful people.. i dont think i can munch it now..

faris said...

Cant wait for the review of Manhattan

M-Yusof said...

yeah, mmg betul!

fadz said...

Faris, ok, nanti.. M-Yusof, about Orphan ke Manhattan?

Orphan tu bukan ke macam satu filem si budak HOme Alone tu pernah berlakon, was it The Good Son?

well u have throves of them:
The Bad Seed (mothers of all bad child movie)
Children of the Damned
The OMen (actually the Omen was made to lawan Exorcist in terms of "satan child")
Good Son(?)
That other movie by Dakota Fanning
Dan entah apa2 lagi..

Vitamin said...

mahu tunggu Laskar Pelangi.

SiRaJuDDiN said...

Yup.. tnggu review Laskar Pelangi..