28 September 2009

Momok The Movie (2009): M. Jamil Mesti Faham Tak Semestinya Semua Filem Dipanggungkan


Tonton filem ni dengan Kekure.

Ada dua buah filem raya yang ditayangkan. Satunya Jin Notti (yang awal-awal lagi aku takkan tonton oleh sebab aku sudah faham dengan mentalisme KRU) yang diarahkan oleh pengarah baharu. Kedua ialah Momok The Movie arahan pengarah veteran M. Jamil, anak kepada Seniwati Sarimah. Antara terbitan KRU dan filem terbitan keluarga Sarimah itu, sudah tentu filem Sarimah itu "paling kurang publisiti" yang mana aku mengambil inisiatif kerana (1) M. Jamil sudah lama berkecimpung dalam bidang pengarahan (sekurang-kurangnya beliau pernah mencuba beberapa filem biasa), (2) M. Jamil merupakan anak seorang bintang yang aku puja (malah antara pelakon yang benar-benar patut digelar bintang), (3) dah tentu aku pilih filem seram berbanding komedi dengan CGI buruk, (4) filem umumkan ada sari kata Inggeris dan DTS surround, (5) ada Sarimah dalam filem ini serta tak ada kawan aku yang ajak ke rumah /wayang terbuka mereka lagi. Antara (1) - (5), hanya no. (5) sahaja yang menjadi poin terkukuh selepas menonton filem ini. Ya, M. Jamil sebagai seorang pengarah sudah memberikan sesuatu yang boleh diabaikan di pawagam.

Sebenarnya, idea filem ini menarik, ingin memberi penonton (jenis sebuah keluarga) satu "cerita-cerita fundamental" tentang cerita-cerita rakyat hantu/tahyul yang biasa (dan selalu diulang-ulang dalam pelbagai versi) kita dengar daripada nenek atau atuk kita sewaktu di kampung: hantu tumpang kereta orang, kucing hitam langkah mayat (cerita yang orang gaji Indonesia aku cerita sebenarnya lagi menakutkan), dirasuk (hantu Mat Rempit?!), hantu pochong, kampung bunian, dll. Pengolahannya yang Ya Rabbi, aku menyumpah-nyumpah setiap kali M. Jamil melakukan kesalahan kepada penonton: ya, jaga-jaga, penonton sekarang sudah lebih sofistikated daripada dulu.

Ini adalah dosa M. Jamil kepada kita:
- Memberi kita satu syot pembukaan kredit yang maha panjang, dengan pembukaan "establish shot" nenek cerita pada kumpulan anak-anak yang tidak perlu lalu selepas itu merakam setiap kubur, gunung dan gua yang kononnya berpuaka tapi langsung tidak memberi impak seram apa-apa lantas dengan runut bunyi oleh Tok Wannya yang sangatlah olskool organnya membuat aku menyumpah-nyumpah sambil makan bertih jagung.
- Memberi kita efek khas yang lapuk nak mampus dengan efek tiba-tiba Faizal AF yang melihat orang mengusung mayat (yang sekarang ini orang dah tak takut dah malah hebat bersihir adalah lagi, tak takut nerakalah katakan) lalu penumpang dan drebar dalam teksi tiba-tiba tukar wajah dengan solekan yang entah apa-apa dengan tepung gomak.
- Jelas filem ini langsung bukan dibikin buat sinema tetapi VCD.
- Mengambil anak-anak kau sendiri berlakon tidak menjanjikan ia akan lakonan yang memberangsangkan.
- Jangan slapstikkan hantu pada masa yang salah (sewaktu kita mengantisipasi satu kejutan atau ketidaktentuan): M. Jamil seakan tak tahu bagaimana nak akhirkan cerita, jelas dalam segmen Pochong itu: sila ulangkaji skrip banyak-banyak sebelum gatal bikin filem.
- Aku dah cukup muak dengan moralis "mat rempit itu perosak negara" dan seangkatannya. Orang semua sudah sedia faham dan hal ini tidak akan dapat diubah dengan sebuah filem. Percayalah, malah mat rempit yang menonton filem ini akan tersinggung (kononnya filem ini memberi konotasi bahawa mat rempit merempit sebab 'masuk hantu'),

Ianya memang amat menyedihkan kerana dalam filem ini juga, kita dapat keselambaan dan kehebatan M. Jamil sebagai drebar lori yang bermulut becok, lakonan M. Jamil amat terjaga dan sekali gus menghiburkan, melawan tipikal drebar yang akan dimangsakan oleh hantu. Aziz Sattar juga memberikan satu nuansa kasihan yang menarik di akhir cerita yang menampilkan pelakon veteran ini punya kuasa untuk berlakon dalam pelbagai lapisan dan dimensi.

Malah ada satu babak yang sangat efektif dalam memberi keseramannya, sewaktu klimaks filem, Faizal menjenguk ke dalam rumah Pak Azis dan melihat sekelibat figura yang nampak seperti bentuk arwah isteri Pak Azis. Tetapi inilah ketidakmampuan M. Jamil apabila sudah memberikan kita satu "imej mengganggu", M. Jamil terus memaparkan "hantu" itu dalam figura "manusia"nya terpampang di luar tingkap, menghilangkan rasa gerun yang kita dapat pada awalnya.

Inilah yang menyebabkan filem ini rundum serundum rundumnya. Aku terpaksa mengaku, selepas ini, aku terpaksa memilih filem Melayu (yang sebelum ini aku menonton atas dasar ingin menolong filem Melayu mendapat untung) aku dan aku tidak mahu lagi memilih menonton filem Melayu yang aku masih was-was mutu dan pengolahannya. Aku sudah naik muak untuk menonton sebuah filem dan rasa tertipu atas kerana filem itu tidak menampilkan apa yang ia patut mengikut genrenya. Selepas ini aku akan bersikap kapitalis dan memilih apa yang aku mahu tonton sahaja dan mengabaikan filem-filem separa siap tangkap muat seperti yang ini. Ini buat mengajar pembikin filem kita agar berbuat sesuatu yang terbaik. Jika anda memang bodoh dari segi cerita (ya, pembikin filem kita memang bodoh sampai sekarang, sila lihat berapa kerat filem yang diadaptasi daripada novel (baca): pembikin filem kita komuniti pemalas dan tidak membaca), carilah sebuah buku yang bagus dan adaptasikannya, ataupun kalau memang tiada kekuatan menjalin cerita seperti arwah Yasmin, berilah suatu teknik yang sekurang-kurangnya gah dan bukan lapuk.

Mungkin kali ini, aku berkiblat sahaja kepada pembikin filem muda kita kerana sekurang-kurangnya mereka (seperti Jomlah C.I.U.M) punya sesuatu yang segar yang hendak diperkatakan.


19 comments:

Riduan Khairi said...

Aku ada rebiu berbeza tentang Jin Notti.

Amer Yusof said...

fadz, kalau dibandingkan dengan jin naughty, mana lagi bagus? (bakar line ni, hehehe).

aku suka filem ni, sbb gelak2 jugaklah dlm panggung. cuma pembikinannya sangat 80an, dan mmg nampak ciput bajetnya. seperkara lagi, pemilihan pelakon amat x best...faizal af4 tu baik tukar dgn org len, harum salim bachik boleh buat lagi better.

setuju dgn ko, m jamil agak best lakonannya.

fadz said...

Amer, ko mungkin betul dalam tu, pilihan aku mungkin tepat dengan memilih filem ni, haha, oh ya, aku lupa juga nak maklumkan tu, ya, lawaknya ada juga yang memang kena dan seronok oleh abon, pak aziz dan M. Jamil.. ya, aku pun tergelak juga beberapa babak yg mematikan sumpah seranah aku terhadap filem ni.. di sini, posternya patut ditukar (macam poster lama Main2 Hantu yg ada feel itu).

fadz said...

Riduan, awak mengatakan Jin Notti bagus? sila beri sebab, hehe

saat omar said...

review yang melucukan...

Mallisa said...

dah tengok due2 cite...jin notty n momok nie...yg pasti momok the movie lg best...gelak je...^_^

JePh said...

yes bro,jin notti mmg taik..cukup perasa prof razak tuu..anak didik dia jugak la tu yg mengarah..tu psl film sama jenis..tangkap muat..momok plak memang teruk dr segi make up hantunya..sedih betul!..seram dh ada tapi klimaks seram hilang..bro,dh tonton film where got ghost?try film tu..menarik gak..jiran kita bikin film seram komedi lg menarik kot..haha!

zulazahari said...

Momok the Movie pada aku lebih baik ditayangkan shj yg versi VCD dulu, lebih menyeramkan. Tentang Jin Notti, sejak Cicakman 2 aku sudah mula skeptikal dgn filem2 KRU...harap2nya The Chronicles of Merong Mahawangsa dapat menyelamatkan keadaan.

Anonymous said...

fadz, awak betullah, saya pun suka sarimah..

leha

Bin Filem said...

"filpen" tu bukan amik dari sini ke?

fadz said...

saat, hahah

malisaa, betul ya, betul sangkaan aku.

jeph, mmg nak tgk sebab asst direktornya kawan aku tu.

zul, ya betul, jgn dilucahkan hikayat besar kedah tu sudah.

anon, aw..

bin, eh ye ke? tapi engko le yg selalu menggunakannya sampai aku ikut engko, hehe..

Nazim Masnawi said...

Bin, Fadz - Aku ingat Fadz created the term "Filek," which sounds even better.

fadz said...

haykh, hari ni kepala aku lucah sikit, tak leh cakap byk...

Ahh, thx Nazim, tergamam gaban aku jap.. filek filek.. hehe, amacam Bin kata filpen dari aku pulak?

fadz said...

aku dengar UITM nak buat orgi ttg bloggers, film makers isnin depan ni, betul ke? kalau ada budak kat kl nak ke sana boleh aku tumpang?

Anonymous said...

segala yg lu tulis mmg bagus sbg rujukan terhadap pembikin filem...
gua harap mereka baca dan jadian sbg pembakar semangat...

tetapi menulis ulasan seperti yg lu tulis ni sket pun xde ilmu tentang filem tu sendiri...
gua cakap pasal mise en scene, bottom line, proxemic pattern, open & closed form dan territorial space...
dan benda benda yang bersangkut paut bagi mengulas, mengkritik sebuah filem...
kan lebih baik kalau lu masukkan terma bahasa filem itu dalam ulasan lu, blh juga gua kaji sama dan buat ulasan kontra dari ulasan lu...
barulah ada persaingan dalam mengkritik filem tempatan...

sedangkan lu punya tajuk blog mengajak pembaca lu menonton filem...

tahniah kerana berjaya menulis tentang filem dari ideology lu sendiri...

-pensyarah & pembikin filem tegar-

fadz said...

salam pensyarah dan pembikin filem tegar : terima kasih dan anda mmg silap:

kredo aku apa? "ikut hati bukan teori" -

sedang ada ORANG UMUM yang pening baca tulisan aku yang belum masukkan lagi teori entah apa2 yg tuan maklumkan tu, tuan nak suruh aku gandakan sakit mereka? Jadi patut aku letakkan kredo:

Ikut teori, kaji struktur, faham mis en scene - lalu jadilah ulasan akademik yg amat dan hilanglah minat orang nak cuba dedahkan dada sesebuah filem tu walaupun sikit (yg kononnya aku cuba).

Gila. Maltin, Travers, Hobbermann, P. Clinton, Keel, Egbert pun tak gatal nak letak proxemic pattern, bottom line, open form, inikan pula aku. duh!

Aku tak pernah pun inginkan tulisan2 aku diambil serius as in academic (though it would be fun for film student to create such healthy discourse out of it, but of course with the theories that they have learned), malah hal ini sudah banyak kali dimaklumkan oleh pembikin2 filem kepada aku "it doesnt matter about the theory youve learnt but just how you feel, let the theories used and discussed by the film schools, its not our matter anymore" termasuklah kurator filem Korea itu baru2 ini, Paolo Bertolin. Kalau mahu ulasan yang DRY, STRUCURED dan RIGID, mereka bolehlah baca ulasan2 tuan, kalau mahu FUN FUN FUN, heck, even Huzz pun menyeronokkan (though of coz, taken with a pinch of salt)..

There!

Ajami Hashim said...

IDEOLOGI oleh blogger ialah 'syok sendiri' to make believe! to Anon di atas >> kau patut buat blog utk kami baca supaya kami boleh 'BELAJAR cara ulasan filem yg BETUL!.. huhuhu.. kita dah lali dgn komen cegitu kannn fadz?.. honestly dedulu pun kdg2 aku blur dgn rev2 kau tapi akhirnya aku faham itu cara kau 'tengok & nilai' dr kepalahotak kau!.. ada aku kesahhh???.. mungkin aku nampak kulit yg ada scar ajer tapi kau nampak nanah2 skali misalannya! but hey! kita patut patenkan IDEOLOGI itu segera sblm negara luar claim! wakakaka! (kopipes dr FB)

Anonymous said...

Aku suka baca ulasan filem kamu kerana gaya kamu mengulas sesuatu filem itu sexy.

Rina said...

fadz, i tak pening baca ulasan u, so dont u dare put in those jargon terms!