11 September 2009

Papadom(2009): "Triing" dalam Realiti Palsu


ADA SPOILER MAUT!

Aku perlu berterus-terang, kalaulah filem Tayangan Unggul arahan Afdlin Shauki ini tidak merangkul Filem Terbaik di FFM (yang seperti mana kebanyakan pemerhati filem dari luar negara pun tak peduli, yang agak mengguris aku oleh sebab itu: Oi FINAS, ko dengar tak ni baghal?), aku mungkin tidak akan sekritikal ini, aku mungkin jadi kucing baik yang mengoeng-ngoeng dengan comel dan berucap: "Tengoklah filem ni, bestnya, rugi kalau tak tengok," (kredit Huzz daripada Utusan). Pun begitu, aku rasa, kemenangan filem ini memberi peluang untuk filem ini menjadi filem antisipasi tahun ini (oleh sebab ia belum ditayangkan - ya, inilah sarkas tayangan filem di Malaysia, layan je lah), dan moga-moga begitulah (pergi tengok, sekurang-kurangnya filem ini lagi best daripada filem Davied Teo dan Razak Mohaideen) sepatutnya. Ya, aku tidak sepenuhnya suka filem ini, tetapi aku masih memohon kalian untuk menonton filem ini, semata-mata menyokong filem Malaysia (nasionalis tetap nasionalis beb, baru lepas Merdeka katakan, jom Ganyang Indonesia dan Santet-santet yang baca mentera dari laptop! Wops!).

Filem ini senang, dengan cerita Afdlin Shauki (lakonannya sangat bagus) beristerikan Noorkhirah (yang menawan dan hebat!) beranakkan Miasara yang cun bila besar (lakonan Liyana Jasmay, yang bolehlah aku mengaku, masuk akal untuk menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik walaupun tahun ini tahun pertama dia masuk bertanding, range acting dia, Ya Rabbi, meloponglah pelakon baru macam Intan Ladyana tu nak belajar, sangat fokus, terkawal dan tahu masa bila nak bermanja dan tergedik, cayalah!), tetapi Noorkhirah mati dulu, menyebabkan Afdlin menjadi ayah yang "extra percaution" terhadap anaknya Miasara yang satu iteww. Jadi Miasara pulak nak sambung belajar ke UiTM (IPT bumiputera yang popular iteww) jadi terganggulah neurosis ayahnya yang tak pernah terputus dengan anak gadisnya sejak kematian isterinya itu.

Begitulah ceritanya tuan-tuan dan puan-puan.

Sebenarnya, secara jujur, aku suka cerita yang telah dibentuk dan diulam oleh Afdlin ini. Seperti yang Ajami sudah maklumkan (pencuri! perampok! perogol! penzina!) dalam ulasan ringkasnya tentang Papadom, filem ini bercirikan Disney dengan pengakhiran yang "alls well ends well". Jika kalian sudah menonton filem Disney-Pixar Up(2009), kalian akan sedar bahawa tema filem itu dengan filem ini sama iaitu "the experience of letting go" serta bagaimana hendak hidup "in the now" dan bukan dulu atau terfikir masa depan.

Dalam filem ini, Afdlin juga "cuba" melepaskan anaknya daripada pemerhatiannya. Atas kata-kata negatif "tidak" anaknya (bersungguh untuk belajar di UiTM jauh daripada ayahnya), Afdlin mula tersedar sesuatu. Seperti dalam Up, "roh" atau "jelmaan" (di dalam Up, tidak diternampakkan sangat, menghantar cadangan bahawa roh isterinya dalam tersenden, memang ada berserta Ed Asner) isterinya Noorakhirah (kemunculannya setiap kali bersama Afdlin memang mengundang ketawa, satu pasangan skrin yang sangat sesuai: Afdlin berjaya mencipta buddy romance lelaki dan wanita!) muncul. Simbolisme Noorakhirah sebagai "penunjuk jalan" atau psyche "malaikat teman" buat Afdlin. Secara psikologikal, pendekatan Afdlin ini amat menarik, meniti detik demi detik buat Afdlin "melepaskan" Miasara. Maka seluruh filem ini sebenarnya membawa kepada maksud itu.


Filem ini juga berkenaan dengan voyeurisme dan obsesi. Di sini obsesi Afdlin terhadap Miasara, vouyerisme Scha kepada "saingannya" Miasara, vouyerisme Wajib Tayang (lakonan mencuitkan Que Haidar, beliau ialah mata kita, mata penonton) terhadap Miasara dan voyeurisme Hisham Hashim (simbolisme segalanya yang kau tak suka akan watak perwatakan serta filem Melayu: Hisham Hashim Haslam, hahaha!) terhadap Miasara. Tetapi Afdlin ada menambah beberapa "voyeurisme" lain seperti Vaneeda terhadap Afdlin dan Harun Salim Bachik terhadap Afdlin.

Melihat mainan obsesi dan vouyerisme ini (ya, ini bukan Hitchcock, ini komedi), kita akan terpanggil dengan sebuah filem yang mempunyai unsur yang sama tetapi plot yang berlainan: There's Something About Mary(1998). Di dalam filem itu, Cameron Diaz diperhatikan dan dipujuk rayu oleh beberapa lelaki. Semuanya mempunyai obsesi yang eratik terhadapnya. Seperti Afdlin. Mary dan Miasara adalah objek "penglihatan" di mana semua unsur untuk berlaku (sebab dan akibat) dan bergerak (cerita). Ini adalah punca sebenar filem ini. Obsesi. Dalam Mary, tingkat obsesinya mencapai ketidak masuk akal, seperti mana Afdlin yang mengikuti perkembangan anaknya di UiTM. Kenapa obsesi? Ada perilaku romantisme di sini (bergerak untuk memiliki sesuatu [object of desire] yang dia mungkin takkan dapat), buat filem Hollywood itu secara jelasnya- Mary. Buat Papadom, ianya Miasara (dengan tingkat obsesi dan motif yang pelbagai, Afdlin kerana ketidakmampuannya melepaskan Miasara, Wajib Tayang dan Hisahm Hashim untuk "berahi" Miasara, dan Scha, secara menarik adalah semangat lesbian yang terpendamnya untuk Miasara).

Bagaimana Afdlin memecahkan "ilusi" Miasara sebagai objek terobsesi ini? Ini dengan mendengar jawapan daripada Miasara sendiri (siapa dia suka, apa perasaanya yang sebenar terhadap ayahnya), yang di"tayang"kan dalam filem pendek Miasara (tanpa malu, ia hanyalah foto-foto Miasara dan ayahnya tanpa apa-apa "gambar bergerak" yang disadur dengan monolog panjang Miasara!) di akhir cerita (sewaktu setiap pelajar perlu menayangkan filem pendek mereka). Kita mendapat "cue" bahawa obsesi Afdlin sebagai ayah terjawab (iaitu dia melakukan segalanya untuk anaknya atas nama cinta, ahhhhh) apabila Wajib Tayang (how apt!) berdiri menepuk tangan atas "pecahan realiti" yang berlaku sebaik sahaja tayangan filem Miasara selesai. Wajib Tayang "menyatakan", drama "realiti" mereka iaitu sewaktu Afdlin memeluk anaknya adalah "lebih memuaskan hati" daripada "realiti yang ditangkap di skrin" (khasnya buat filem neo-realisme). Buat Wajib Tayang, hal yang berlaku di depan matanya itu lebih "jujur" daripada idea sinema itu. Buat Wajib Tayang, obsesinya sudah dipuaskan. Dia mencapai vouyerisme yang tertinggi. Secara subtle, Afdlin mengemukakan falsafahnya (dengan agak pretentious sebenarnya), bahawa "realiti" yang dia cipta sepenting dan sehebat mana-mana filem "realisme" (menyentak arus baharu Malaysia, James Lee, Amir Muhammad, Ho Yuhang, Yasmin Ahmad, Tan Chui Mui, Seng Tat, Azharr Rudin) yang dicipta di luar situ. Afdlin berbicara, realiti palsu yang diciptanya dalam filem ini juga bermakna. Ini amat menarik, tetapi juga membahayakan dalam satu hal.

Afdlin juga banyak memberi sindiran dan homaj sekali gus terhadap "keseluruhan Filem Malaysia kini"! Beberapa kebiasaan Razak Mohaideen, David Teo, Mamat Khalid, Yasmin Ahmad, Bade, Aziz M. Osman, Rashid Sibir, Osman Ali dan Yusof Haslam akan terpancar. Sebenarnya Afdlin bersikap non partisan, jujur dan amat liberal sebenarnya, seakan mengangkat dan mengumpul segala babak dan watak dan nuansa serta teknik dengan terpilih ke dalam mis en scenenya. Tetapi inilah yang membahayakan. Kemasukan pelbagai "Mukhsin atas pokok", dengan "pawagam dalam Isteri, Perempuan dan ...", dan cinta-cinta kampus Razak Mohaideen telah mengganggu tujuan sebenar Afdlin iaitu untuk menceritakan sebuah cerita.

Ada beberapa babak yang dibikin dengan runsing sekali (suntingan, tangkapan dan suara yang buruk). Malah, aku perlu mengaku, aku mengerut dahi pada awal filem apabila runut bunyi "triiing" tiba-tiba kedengaran (seakan menandakan, semua filem Malaysia kena bermula dengan "triiing" yang merunsingkan itu). Kemudian ada beberapa babak yang terlalu diambil enteng, yang aku tahu disengajakan oleh Afdlin (mengambil feel filem-filem tangkap muat David Teo dan Razak Mohaideen) dan juga oleh sebab tiada bajet. Babak tiba-tiba hujan dan kereta dalam hujan adalah contoh. Malah ketemporarian Afdlin disampingkan dengan syot statik yang tipikal dalam filem-filem Art House amat mengganggu. Pada mulanya aku boleh menerimanya kerana homaj Afdlin terhadap arus baharu itu, tetapi makin lama aku menonton, arah tuju Afdlin sememangnya "perdana", maka kenapa perlu syot-syot statik "menangkap realiti seadanya" itu? Ia semacam mengejek-ejek para pembikin Arus Baharu kita (lihat babak Miasara naik tangga mengikut bontot Scha). Afdlin perlu kembali dengan pengambilan syot-syot kreatif dan suntingan laju serta penggunaan fotografi yang cantik seperti Buli, Sumo-Lah dan Los & Faun. Itu kekuatan beliau.

Kemudian ada babal-babak janggal yang merundumkan minat aku terhadap filem ini. Sebelum ini, aku senantiasa percaya dan suka kepada filem Afdlin, walaupun filem Sumo-Lah yang tidak ramai yang menontonnya oleh sebab Afdlin selalu ada "jawapan" atau latar motif yang kuat da nlogikal terhadap gila-gila dan ketidaktentuan absurdnya. Di dalam filem ini, tiba-tiba Afdlin menjerit "Api" lalu semua orang keluar dari pawagam, Afdlin memakai kain putih jadi hantu, Afdlin yang masuk ke dalam dewan tetapi tidak disedari oleh anaknya(?), semua ini semacam dibuat lewah, malah mengiyakan Razak Mohaideen, Rashid Sibir dan David Teo yang suka dengan realiti "asal jadi". Lihat! Sureal kewujudan Norakhirah mencuitkan, tetapi lopong-lopong ini tidak boleh aku maafkan.

Nasib baiklah, filem ini ditunjangi oleh barisan para pelakon yang handal-handal, daripada yang kecil seperti Harun Salim Bachik, Chelsia Ng (oh, dia sangat menawan dan seronok melihat dia berlakon!) sehingga kepada Liyana Jasmay dan Afdlin. Kekuatan Afdlin memang dalam mencipta watak (sekurang-kurangnya di Malaysia) "against type" seperti Miasara yang tidak membenci ayahnya walaupun terbelenggu, atau Pete Teo yang "bukan" mahu memeras bakat orang Melayu. Begitu juga dengan Farid Kamil yang "lagak macho" atau esentrik Que Haidar (babak Que dicuit Liyana di tetek mengingatkan kita kepada Gubra, Afdlin semacam meng"U"kan babak kontreversi Alan Yun dengan Sharifah Arman bermain dada yang buat aku sangat takde benda nak dibisingkan).

Tetapi yang paling aku suka adalah lakonan gedik-gedik Scha sebagai Shasha, arch enemy Miasara. Kalau diteliti, ada "lesbian undertone" yang ditampilkan dalam watak bulat lakonan Shasha. Ya, Shasha memang simbol "the alpha queen" yang biasa kita lihat dalam filem remaja Hollywood, tetapi lihat gaya Shasha memegang, meliuk serta dialog lucah yang Shasha ucapkan. Ciri-ciri seksualnya kuat (lebih-lebih lagi dalam menggambarkan keadaan wanita yang menunggu untuk dinoda), kita akan terfikir jika Shasha benar-benar mengatakan hal itu saja untuk buat orang terganggu (atas frankness dia kerana pengalaman seksualnya) atau Shasha sendiri pernah bermain dengan wanita (yang kita sedia maklum, ini adalah kerana Afdlin menulisnya sebagai "lelaki"!). Hal ini membuatkan Afdlin sangat berani.

OK, filem ini tak lah seteruk filem Bjarne Wong, tetapi buat aku, tidaklah boleh menandingi Sell Out!(2008), filem terbaik Malaysia tahun ini (setakat ini) yang tidak diendahkan oleh FFM. Afdlin masih perlu memahami, apa itu sinema dalam filem, dan kenapa satu-satu filem itu memberi "cinematic feel" yang melangkau zaman. Sell Out! dan beberapa filem Arus Baharu Malaysia sekurang-kurangnya sudah mencapainya. Adakah dengan itu, FFM seakan menyatakan, seperti yang Afdlin paparkan, ianya OK buat pembikin filem kita membikin filem dengan formula yang kita sudah kenal dan sedia tahu, tidak mahu mencuba mencari erti dan makna "sinema" yang sebenar? Adakah ini jawapan FFM bahawa "lantak orang nak kata apa, tapi ini filem kita jadi kita iktiraf cara kita"? Ya, hal ini ada maksud tersirat yang baik dari satu segi, tetapi kepada satu segi, kepelbagaian filem, pengetahuan kita tentang apa itu sinema sebenar dan sejauh mana kita mahu bawa filem kita akan terbatas. Jika "Globalisasi" yang kita ingin laungkan buat filem-filem kita mengelilingi dunia seperti filem ini, ya silakan. Lihat dan tunggu akibatnya.



43 comments:

JePh said...

bro..lu memang detail + jujur..haha!memang kena tonton nih..

kekure said...

saya tetap suka scene cheer leader..kawan2 Scha tu memang kejam giles hahaha

alifstyle said...

Ah, Tak kira! Cerita ini memang best! Serius, memuaskan penonton!

Ajami Hashim said...

rev kau nih mmg best giler! serius beb!

p/s: komen ini TIDAK ditaja oleh TUSB!

:-)

Joey Mie said...

i totally agree on teknikal n sinematografi papadom mungkin film yang meminggirkan benda ni...u same idea with me yg cakap watak shasha x nampk gurly..watak dia nampak mcm seakan akan tomboi pun ada...

check my review on papadom tq

Vitamin said...

terima kasih atas review.. aku akan tonton filem ini nanti.. tapi aku terganggu dengan review yang terlalu banyak kurungan.. memeningkan aku untuk membaca.

by the way, setuju dgn pendapat ko. sell out! adalah filem tahun 2009 yg terbaik setakat ini.

Nazim Masnawi said...

This is a stunning revelation. Haha, gimme enough reasons to skip the film altogether.

faris said...

is it not about a dominant father? papa dom-inant??!!
quite a nice poster though!
hopefully afdlin acts better this time since im begiining to see him as quite stereotypical.. read setem/cuci etc. very p ramlee-ish kinda comedy acting

Afdlin Shauki said...

Thank you for your honest review. Sememangnya saya masih belajar... dan akan terus belajar sampai mati.

ares bahar said...

Fadz, review kritis yang lu tulis ni membuatkan gua dah tak tau apa lagi yang nak ditulis dalam blog gua.

Semuanya dah ada.

Aiseh.

Pasal GADOH tu, nanti gua contact lu. Dah ditulis sebenarnya, tapi macam gampeh. Malu je nak hantar kat DB nanti.

fadz said...

JePh, trimas trimas:)

kekure, aku rasa semua gadis akan suka.

alif, bagus!

jami, ehem.. takde bendalah! ejaan salah berterabur!

joey, ok, will do.


vitamin, itu sudah mmg gaya dan trademark aku, aku tak buat apa2 (bayangkan apa aku buat di katil dengan kurungan2 ni).

nazim, gi lah tgk.. hoho

faris, good point but i know most of u mustve realize it, well half dominant actually (kalau dominan, dia langsung takkan bagi anak dia ke uitm, dia akan buat anak dia ikut kata2 dia)

tuan afdlin, gulp.. thx for dropping in.

ares, alah tulis je lah tentang kesedapan dan sakit perut kita menunggu nak bukak puasa fasal sedapnya tgk papadom dan nasi kandar kat skrin, atau bagaimana habis papadom mlm tu kat KL Convention Centre atas penangan filem ni! yes, ares, cepat hantar je GADOH wei!

Ajami Hashim said...

Afdlin Shauki said...

"Thank you for your honest review. Sememangnya saya masih belajar... dan akan terus belajar sampai mati."

(gua gelak guling2 okeh! lu mmg sempoi bro! kahkahkah!)

fadz said...

ajami, aku tak anggap afdlin sinikal. dan oleh sebab itu, aku respek dia sebab dia boleh terima kritikan.

zubin said...

nasionalis ke hanya tengok filem Melayu?

fadz said...

prof, of coz filem Malaysia, duh!

zubin said...

syok juga bacak reviu ni, jangan lupa plak baca aku punya komen walaupun belum menonton papadom kat www.saloranseni.blogspot.com

fadz said...

wokeh prof!

zulazahari said...

Fadz,

selamat hari raya aidil fitri, nice review, insya Allah aku akan tonton filem ini jika ada kelapangan

balatina said...

fadz, kau memang blogger film melampau, kau terlampau bagus!

Anonymous said...

suka rebiu ni, tapi i will steill watch this movie. thx!

Anonymous said...

waaaaaaaahhhh, cayalah!


-ST

Anonymous said...

sell out tu best sgt ke?

fadz said...

zul, hoho, slm raya tu u to bro!

balatina, err, ok..

anon, thx..

sell out best!

saat omar said...

Sell Out best sebab aku tengok free :)

Anonymous said...

bro.. i love reading ur comments and deep review on malaysian films.. as i firmly believe ur thought counts to revamp our industry, do come to finas to discuss as im working there as asst. director of promotion..lots of things could be discussed..kindly contact me at 03-41041300..chow

fadz said...

Saat, bestnya engkau! hoho!

Anon dari FINAS, gulp, ok, er, nanti saya call eh. Hebatlah Inggeris kamu, saya rasa low self esteem tiba2.

kurutika said...

hebat tulisan ni

Anonymous said...

fadz, i lup u!

Anonymous said...

nice review!

Anonymous said...

fadz pun patut pergi hollywood! - mansur hitam

faris said...

LOL mansur hitam.. bukan kelabu ke? btw teringin nak tgk mansur putih punya film
hopefully lepas raya fadz dah siap tulis review untuk Manhattan

fadz said...

kuri dan anon lain, tk.

mansur hitam, macma perli jek, :p

faris, wa dah tulis dah, tapi wa buat pendeklah, panjang2 penat bulan posa, hehe, ada kat perca2 filem sept kat bawah entri ni kot.

kekure said...

Anugerah komen paling jujur abad ini jatuh kepada Saat Omar haha

zan said...

Komen dari orang yang ada ilmu filem. Best bro.

Aku tengok dari pandangan seorang pembeli tiket dan peminat Afdlin dan review aku tentu "bias" dari review ko bro..hehehe

Anyway, good job!

fadz said...

zan, rebiu ko pun penting jugak! jgn main2.. penting jugak tau, hehe..

Fadzli said...

best sangat... rugi giler x pergi awal2 harituh... mmg cool la... suka tgk afdlin berlakon + liyana cun beb.. hehehe

Poyo said...

Aku tahu filem ni penuh dengan lawak2 tapi aku tak faham kenapa bila nak ending aku boleh mengalir air mata. Anyway Tahniah Afdlin coz bejaya hasilkan filem yang hebat dengan bajet yang terhad (^_^)Aku tak rasa rugi pun keluar duit tengok Papadom kamu.

fadz said...

Fadzli, hehe, good..

Poyo, ko mmg sentimentalis, hahahahaha

untuk makluman, aku juga ada menulis ulasan tentang majalah ini dalam Dewan Budaya.. nantikan..

Bukan Sepet said...

Terima kasih Fadz. (menyusuri blog maizurah membawa saya ke blog anda)

Terima kasih, kerana menyebut perkara yang sebenarnya saya rasa, tapi tak pandai nak luahkan. Sangat sangat setuju dengan komen anda. Kerana rasa tidak 'puas' dengan hasil tuan afdlin kali ini, lantas saya sendiri ada menghantar e-mail peribadi pada beliau, dan seperti biasa Tuan afdlin sangat pro, dan terima kritikan.. (Respek)

Tapi ulasan anda lebih tepat, dan saya gembira sebab tuan afdlin sendiri dah baca.

Terima kasih.
Menyaksikan papadom, membuatkan saya semakin terasa kehilangan Yasmin Ahmad...

Anonymous said...

memang susuai laa u punya comment bro... cayok2...

Nazim Masnawi said...

Aku baru tengok filem ni, and I respect it sebab berjaya buat act 2 dan act 3 takde benda berlaku. Somehow, bila Liyana lecture bapak dia, Afdlin towards the end dan Afdlin sedar yang anak dia dah besar. I don't fucking get apa yang Liyana lalui di sepanjang cerita yang memberikan dia "kedewasaan" tu. Serious shit, kalau buat dia sound bapak dia the exact same thing lepas parti keputusan SPM tu pun bagus; kurang-kurang filem ni jadi short je dan selamat masa aku dua jam.

Worse, the coda ending dekat camp site tu seolah-olah macam mem-fuck you the whole climax dan membuatkan filem ni more useless than it is.

fadz said...

bukan sepet, thx man.. aku pun kira macam dah lupa dah filem ni!

anon, thx man!

fadz said...

nazim, whooah, deepnya ko, huhu! btw, serious man, aku dah lupa, tolong huraikan babak camp site tu coz aku dah lupa takat apa yg ko maklumkan "useless" tu..