06 October 2009

Dialog Blog + Book = Blook



Semalam, aku telah mengikut Ajami Hashim, berserta Vovin dan Dr. Zulkifli ke UiTM FACT atas undangan mereka menjadi panel diskusi ilmu: Dialog Blog + Book = Blook (sah, AJK yang menerajui majlis ini suka matematik) yang agak lively, terbuka tanpa sekatan (baca: demokratik) dan berinfo. Yang agak memeranjatkan aku adalah, pihak siswa-siswi yang begitu bersungguh bertanyakan soalan dan memberi pendapat tanpa segan silu hingga aku tidak ada peluang untuk bertanyakan soalan (aksi mereka keluar masuk itu pun dikira agak demokratik jugalah sebab mereka keluar masuk ikut suka mak bapak mereka untuk memilih apa dan apa yang hendak didengar). Nampaknya, para pelajar sekarang sudah tidak pasif seperti dulu dan tahu apa yang mereka mahukan dalam studi mereka.



Hal-hal Menarik:
- Kespontanan Vitamin sebagai pengerusi forum mengarahkan soalan kepada penonton, terutamanya pensyarah Pak AGI dan En. Norman.
- Ketemu Pak AGI (ahli Anak Alam, sasterawan underground tulen era 70-an dulu bersama Sasterawan Pyan Habib, dll.), En. Aidi Rahimi, En. Azri Abu Hasan berserta En. Norman Yusoff selaku orang kuat FACT.
- Dapat 3 buah buku jurnal SKRIN percuma. Dapat buku percuma merupakan keghairahan paling tinggi dalam mana-mana majlis (majlis itu jadi berharga kerananya).
- Bertemu dengan pasangan glam lagi genius Lagi-lagi Filem buat pertama kali.
- Bebudak sukarelawan forum yang bagus-bagus dan lemah-lembut (tetapi boleh belajar dengan lebih baik lagi bagaimana sukarelawan dari IPT bebudak Yogyakarta mengendalikan majlis).
- Bertemu Amer dan Coffeeholic yang bestari dan kritis yang kini menjadi senior UiTM.
- Bertemu dengan pencetus Bin Filem (akhirnya!)
- Bual mesra di gerai makan bersama-sama mereka amat priceless.
- Melihat Dr. Zulkifli dan En. Ajami bercakaran manja secara intelektual-Springer tentang beberapa hal serius (pengimbangan komersial dengan hak bersuara dengan jujur dalam media).
- Membuka pelbagai semangat dialog yang boleh diterusi seperti yang dimaklumkan oleh Lutfi Ishak dan Garin Nugroho tentang "kematian teks" (blog ke arah era dinasour) dan kebangkitan imej atau audio visual menggantikan teks.
- Vovin speaks! Oooohhh, seksi!
- Konsepsi salah terhadap blook yang tampak "boleh" menandingi terbitan buku perdana (ingin dimaklumkan, pemilihan Mimi Morticia, Sh Amira, Diana Drani, Taf Teh sebagai blookers bukan satu fenomena yang sepopular novel popular Alaf 21 ataupun buku puisi DBP, tetapi satu "aliran" atau "perjuangan" baharu yang dimulakan oleh Freud Press dan Stormkitchen (Sufian Abas dan Ruhayat X) bereaksi terhadap konvensi "nilai-nilai murni" dan "islamik", memberi satu gerakan bersisi lain atau "penentangan" terhadap arus perdana sastera tempatan, mereka tidak bolehlah dikatakan popular, tetapi mereka setentunya kultus dan indie, Hal ini boleh dirujuk akan pelambakan blog penyair kumpulan MPR serta "pengikut"nya atau pembaca-penulis Tunas Cipta terbitan DBP yang amat terkenal dan ramai di alam maya. Gerakan mereka boleh dilihat sangat aktif di dalam Sastera.net).
- Banyak jugaklah bebudak yang aku paksa hantar bahan buat majalah. Hahahaha, seronoknya jadi pusher.
- Bahasa blog memang berbaur, macam golongan dan subkumpulannya.
- Blog dikesampinglah sebagai satu kajian alternatif dalam budaya, bukan sebagai perujuk utama dalam kajian.
- Takut bila blog diambil serius oleh ahli akademik. Lepas ni aku perlu kurangkan beronani di dalam blog.
- Tontonfilem ditegur beberapa kali oleh Ahli Panel (nasib baik orang tak kenal aku, this is the beauty of the blog world), sehinggakan Ajami dengan semangat pada satu sesi makan selepas majlis menyatakan kepada seorang pelajar gadis (yang aku kira star student pensyarah kerana lepak bersama-sama kami dan pensyarah), mengajaknya untuk membaca blog aku, di mana, gadis ini dengan penuh gaya Fazura Gol & Gincu dan nuansa "high brow" Barbara Stanwyck campur nada seksual getisnya (sebagai seorang gadis seumurnya, mengingatkan aku kepada Scha dalam Papadom dengan segala subliminal yang watak itu pegang dalam filem itu) memaklumkan kepada Ajami sambil keluar dari pintu, "I don't read tontonfilem, I only read En. Norman's work" (baca: Britanny Murphy memaklumkan dengan mata terbeliaknya kepada Alicia Silverstone, "You're just a virgin who can't drive..") - memikat dan sensual sekali gus dalam baju sendat yang tentu membanggakan Bridget Jones (inilah bitching aku paling lembut pernah aku tulis dalam dunia ni, macamlah minah tu peduli pun kan, this is the beauty of the blog world).
- Kesimpunlan: ghairah dan gembira sekali gus. Terima kasih CTA572.

ps: Vitamin, lepas ni ko paksa budak-budak lain pengerusikan forum macam tu, diorang ingat senang ke nak jaga "makhluk-makhluk terlepas dari zoo" yang ditanya kan? Nak terburai perut pun ada dibuatnya!

Orang kuat di belakang majlis:
http://vitaminisme.blogspot.com/
http://jiwakosonghatiputih-coffeeholic.blogspot.com/2009/10/dr.html

42 comments:

zulazahari said...

Maaf bertanya (menunjukkan kebangangan aku) tapi Pak AGI tu penyair A. Ghafar Ibrahim ker? (mungkin soalan aku memang bangang). Teringatkan sajak Harimau, Tak Tun dan Dun Dun Cak.

fadz said...

Zul, ya, itulah Pak AGI.

zulazahari said...

Pernah ketemu dia sewaktu aku menjadi tenaga pengajar di sebuah sekolah agama di Perak, dia datang untuk menjelaskan yuran persekolahan anaknya (skrg menjadi pengarah filem indie), dan apabila dia memberitahu namanya A. Ghafar Ibrahim, aku tergamam. Memang seorang yg humble dan agak friendly.

Vitamin said...

terima kasih kerana hadir pada malam itu.

yupp Pak Agi adalah panggilan ala-ala manja kami (student FACT) kepada Abdul Ghafar Ibrahim. penulis, pemuisi dan pelukis. kami anggap seorang beliau sebagai seorang bapa. very supportive terhadap perjuangan anak-anak muridnya.

dengar dia baca sajak harimau dan tak tun memang sesuatu yang dikira sebagai yang sangat best. berbeza dengan pemuisi yang lain.

fadz said...

Zul, ahhh, i see.. ya beliau sangat rendah diri orangnya, sangat dan amat menggemari beliau.. saya mmg nakc ari tulisan2 beliau selepas ini!

vit, terima kasih jua, tapi saya rasa, pilihan yang vit dah buat merupakan satu pilihan yang dinamik. Jika saya masuk gelanggang, mungkin majlis tidak akan semeriah malam itu.

Coffeeholic said...

terima kasih :)

fazleena said...

di mana, gadis ini dengan penuh gaya Fazura Gol & Gincu dan nuansa "high brow" Barbara Stanwyck campur nada seksual getisnya..

hehe. ini comel. :)

Ajami Hashim said...

"makhluk-makhluk terlepas dari zoo"

hampir!.. ya sgt hampir aku nak tarik2 rambut dr.zul!.. nasib baik vovin kekonon buat2 macho di tgh! duhhh! ahahaha!

amer zaman said...

betul ke tak boleh highlight tukar tiub dalam perbincangan?

voviana said...

aku memang macho.

Entah kenapa takde makwe yang datang mintak no. telefon aku malam tu.

Mungkin era ini lelaki macho tidak berada di hirakri tertinggi.

Akakaka.

Vitamin said...

fadz, lagi best kalau dapat tgk Pak Agi perform. masa aku baca tak tun aku pelik, "kenapa orang ni tulis puisi macam ni. macam mane nak baca?". tapi bila tgk dia perform, pergh... mmg terbaek la. sebab tu dia perkenalkan tri-V. vocal, verbal, visual. dalam puisinya lengkap elemen ini. visual; cara dia susun perkataan membentuk visual. vokal; dinamika suara dan verbal; perkataan yang diucap. jadi klu sekadar baca sahaja, mungkin jiwa AGI tak sampai. should see his performance. two thumbs up.

btw, vit? hehehe... selamat bukan tamin.. kicap Tamin.. hahaha

Anonymous said...

siapa nama star student baju sendat tu? - mamat malap seluar dalam longgar

Ikhares said...

Perbualan yang seperti rendevu apabila berlarutan sehingga gelap. Haha...(kedekut api betul la mak Halim tu.)

Fadz= cool!

maPieCeoFarT said...

trimas sudi dtg, fadz... nnt bila2 boleh-lah berkongsi koleksi tulisan Ayah Agi yg ada sy simpan, precious, serius... =)

ouh...knapa gmbar sy sparuh saja dlm 1st pic tu... very tau... ish2...

fadz said...

jaja, terima kasih jua:)

ajami, awat x tarik je, tekanan seksualnya dah nampak.

amer, boleh je, opss.

voviana, sebab ikau malu, huhu.

vit kan cute (woooooo), yeah Pak AGI memang patut diraikan.. beliau amik cek atau visa card?

mamat malap, tu korang punya lecturer lah (diberitahu vit).

ikhares = ya betul pada pasangan yg cool

ahhh, yang mana tu mapieceoffart (ya rabbi, cantiknya nama ko)

fadz said...

oh, ma pieceoffart tu cik MC kita rupanya, maaflah tersetengah, hihi, kamera HP katakan...

fadz said...

fazleena, jumpa abang voviana aje ke mlm tu, huhuhu

Coffeeholic said...

ya..itulah cik mapie si cantik manis mc pd malam itu....hehehe.

semua kawan-kawan yang kita suka juga:D

Sufian said...

Weh, sedia maklum yang gua tak terbitkan blook. Gua terbitkan buku... Dan SFP bukan underground atau kultus atau alternatif.

fadz said...

SFP tetap alternatif di mata masyarakat, jadi bagaimana anda mahu mengubah persepsi itu?

ohh itulah mapie, hoho

fadz said...

SFP tetap alternatif di mata masyarakat, jadi bagaimana anda mahu mengubah persepsi itu?

ohh itulah mapie, hoho

pengumpul blook said...

SPF & blook dah sinonim, plz sedar..

Sufian said...

Buat apa nak ubah persepsi masyarakat. Secara keseluruhannya masyarakat macam titanic yang mencari destini di aisbeg. Baik ubah persepsi individu macam lu ha ha ha

Pada: pengumpul Blook

SPF & blook sinonim, gua tak peduli pun, sebab gua tak minat dengan SPF.

fadz said...

Aku iyakan ajelah Sufian, takde kuasa nak melayan lagi (lagipun, ko kan bos aku, huhuhuh)..

anw SPF yg anon tu tulis sebenarnya dia merujuk SFP kot..

Anonymous said...

why u nak ubah persepsi fadz sdgkan fadz ada his own perception? in my opinion it's insulting his intelligence. u beri statement w/o any support. bukan blook tapi buku?? bukan UG, kultus, alternatif?? *yawn z z z Z Z

zubin said...

1. Rupanya Fazleena hanya sukakan yang macho rambut panjang, so no chance for friendly academician pretending intelektual hehehee
2. Fadz, buku yang kau dapat malam tu adalah buku aku yang Norman snatch dari aku sebab nak bagi kat kau, apa makna kah itu hehehehe
3. Ajami, rambut aku hanya ada jambul yg pendek so tariklahh gua tak kesah pun (ala2 manja gitu)
4.Aku pun nak kopi style fadz buat komen/ review malam tu konon, org tua nak belajar blog.
5. fadz, fyi, Pak Agi bukan seangkatan Piyan Habib, itu dah era 1980an, Pak Agi era Siti Zainon, Dinsman, skrang ni Anak Alam tu bawah aswara lah, can u imagine, may be we have to kembalikan semangat itu hehehehe
6. Glad meeting uols, esp sama2 lepak warung

fadz said...

who is this anon, seriously? aku takde hal lah dgn sufian.. he can say watever he wants to say, no prob from me..

doc, thx about Pak Agi, tak tahu yg Pak Agi goes way back (or different team? i only knew about this reading Naga2's interview).

Buku2 to u said u dah ada.. haykh, shd i give it back to u?

zubin said...

those journals/ sure you can have it, I could always ask from Norman, I always give others who want to read it, hope Norman wouldn't mind bila aku mintak lagi, duit Melayu, UITM milik Melayu hehehehe

zubin said...

don't worry about academic making reference to blogs, as there are many blogs out there, not sure about Malaysia, that could be make as reference, as there are many academics, thinkers, journalists, art critics out there in the cyber space. is there an intellectual/ academic/ professional blog on film in Malaysian cyber space?

Anonymous said...

fadz, i nak main ngan uuu

figi said...

bro, sambunglah kritik filem.. nunggu ni

Taf Teh said...

SFP terbitkan sampah?


Aha!!!

fadz said...

dr. jahatnya.. hehe.. profesional? entah, Mahadi J Murat's?

anon, erk..

anon2, dah/

taf teh, apa citer sis?

AAH said...

terima kasih kerana datang fadz.

fadz said...

AAH, aaahhh terima kasih :)

fadz said...

Azri, terima kasih :)

sinaganaga said...

Dr. Zul,
*ahaks* Lama kita tak jumpa ye! He he.

HajarAznam said...

HAHAHAHHAHAHAHHAHAHA.... i loved to read books. I read blog just for fun and I found it in here today…and nothing wrongs being ‘a virgin who can’t drive’ (I’m so proud with that). Tak pernah lagi orang berkata tentang saya segedik itu sebab saya agak kasar orangnya (jika hendak dibandingkan dgn Brittany Murphy atau mana2 pelakon gedik diatas). Minta maaf kalau anda terasa dengan statement saya ini ( I don’t read tonton filem, I baca articles En. Norman je..) kerana saya hanya berkata jujur dan secara jujurnya saya tak kenal pun siapa awak and apa yang ada dalam tontonfilem tu (saya ke laman ini setelah diberitahu oleh seseorang semalam) dan statement saya itu juga atas dasar spontan just for fun. Hidup ni singkat tak payahlah serious sangat. This is the sad thing about the blog world most of the young blogger love to act like dia org tu celebrity yang semua orang kenal dia and patut sanjung dia or baca blog dia, tak boleh terima kritik or komen, have their own circles of friend yang akan support them by replying comments yang memberangsangkan diri mereka……bla…bla…bla….at the end what can I say ada kena mengena dengan liriklagu dewa ‘hadapi dengan senyumannn….’(sambung sendiri). Take it easy man. Cheers!

HajarAznam said...
This comment has been removed by the author.
fadz said...

Pn. Hajar, of coz i took it for fun too, cheers! :)

fadz said...

btw, Mem Hajar, im not a selebriti.. woooppss! ;p

Anonymous said...

tontonfilem.blogspot.com is very informative. The article is very professionally written. I enjoy reading tontonfilem.blogspot.com every day.
fast loans
bad credit loans