15 October 2009

Tiga Filem Pemenang di Freedom Film Fest 2009

"Idea ni spontan..."
Meor dalam Al-Fateheh Memali

Sebenarnya aku sempat menonton 5 buah filem pada festival filem yang diadakan di CM Annexe itu. Tetapi cukuplah dikatakan aku akan ulas tiga filem yang dipilih ini (atas dasar kemanusian dan hak asasi) oleh juri yang menjadi filem yang mesti tonton.

Mungkin susah untuk kami para penonton mendapat sesuatu yang menarik lagi kultus seperti Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka daripada para pembikin muda kita. Apa-apa pun, topik dan judul buat Freedom Film Fest kali ini masih menarik dan terus berani. Maka aku melihat, pilihan ketiga-tiga judul yang menang ini pun bukan kerana kekuatannya sebagai sebuah filem tetapi sebagai mengisi kerelevan semasanya serta topik yang belum pernah lagi disentuh oleh pembikin sebelumnya dalam festival filem ini. Pun begitu, tahniah dan teruskan langkah.

DVDnya boleh didapatkan di:
http://freedomfilmfest.komas.org/


Al-Fatehah Memali (2009) (Pengarah: Rahmat Harun)


Aku tak tahu kenapa,
aku nak menangis bila tengok gambar as-syuhada Ustaz Ibrahim Libya ni (al-Fatihah)...


Antara judul dokumentari festival ini, hanya filem ini kemungkinannya menyentuh isu yang lebih dekat dengan Islam. Menariknya lagi kerana filem "mengembalikan suara para syuhada Memali" ini dibuat oleh seorang peminum arak (macamlah aku peduli dosa dan pahala dia). Ada sesuatu yang hendak dibawa oleh Harun, kita akan teringat Komunis Lelaki Terakhir dengan pergerakan "kenderaan atas jalan raya untuk meniti balik sejarah yang dipadam" yang sama, justeru kali ini, Meor dan Black, penyanyi jalanan ala folk singer akan membawa kita menelusuri perjalanan "apa yang berlaku" terhadap tragedi Memali yang "disamarkan" oleh Kerajaan (dibawah tindakan Timbalan Perdana Menteri Musa Hitam waktu itu).

Ada beberapa masalah yang aku tidak suka, yang mana pengarahnya memberi alasan terhadap "format pendek" dokumentari buat sumbangan festival ini (soalan: bagaimana Sepuluh Tahun Seeblum Merdeka boleh melakukannya?) Paling tampak ialah, kita tidak diberi gambaran jelas daripada sudut media perdana tentang Memali (aku siap tanya mak aku, bahawa kampung itu dikepong kerana ada laporan polis tentang ajaran sesat dan simpanan senjata haram untuk jatuhkan kerajaan memerintah, wallahualam). Malah, awal-awal lagi Harun sudah memaparkan propoganda/dakwah "suci"nya, menyuap kita dengan bobrok sambil baca skrip: "ISA jahat. Mari kita lihat satu contoh ISA membunuh rakyat" (duh!)

Ada satu adegan di mana syot memaparkan satu pertunjukan (Black Metal, hahaha) kumpulan kiri (dengan paparan Pak Samad Said si Sasterawan Rakyat mengutuk Tun Mahathir dengan sajak "Peludah Bahasa"nya) mengadakan persembahan nyanyian mengutuk ISA. Di sini, kita diberikan "latar" siapa Meor dan Black (yang awal-awal tadi dah kutuk ISA kaw kaw punya) apabila dua pak cik itu menyanyikan lagu kutuk ISA kepada hadirin. Maka kita faham di sini: untuk Meor dan Black "mencipta" sebuah lagu tentang Memali yang perlu dipersembahkan kepada audiens nanti (dalam satu persembahan kugiran), Meor dan Black perlu melakukan "umrah" ke Memali Kedah supaya lagu itu dapat "tercipta" (penanda Rahmat Harun pun dapatlah sebuah filem).

Emosi dan feel kan penting bro!

Di sini, satu lagi masalah yang ditinggal oleh Harun, kenapa kita tidak kenal tentang Black dan Meor secara intim lagi? Apa latar belakang mereka? Kenapa semangat mereka yang amat terpikat tentang Memali (langsung bukan peribadi)? Adakah mereka hanya anak murid terhadap telunjuk mahaguru Rahmat Harun (dan bukankah ini sendiri eksplotasi)? Maka pedulikah kita tentang mereka? Aku terus-terang, sampai ke Meor dan Black buat lagu depan dua mamat Memali tu, aku macam langsung tak peduli, malah rasa nak sepak terajang je Meor dan Black tu sebab jadi "orang jahil/strangers nak jadi hero dengan masuk kampung" ala-ala Three Amigos. Sampai mamat Memali tu pun, dengan rendah diri dan niat baik terpaksa maklum, "Kalau kat rumah ni pak cik dah nangis ni." Tapi kenapa tak nangis di situ? Nasib baiklah Rahmat Harun bukan Errol Morris.

Ada satu babak, sewaktu di pertengahan jalan, memaparkan "tipikal" drama Melayu apabila Meor dan Black lepak-lepak tulis lirik dan dah cuba main-main muzik tentang Memali (sebab mereka sudah dengar sedikit tentang Memali). Ya, kita faham kembara mereka "berhasil" dengan projek wawancara ni, tapi berapa lama? Babak ini agak lewah untuk memaparkan hal-hal subliminal.

Yang menyelamatkan filem ini sudah tentulah temu ramah yang dibuat terhadap tokoh-tokoh yang masih selamat dan hidup di kalangan tragedi Memali (akna jadi lebih baik jika dapat menemuramah seorang polis yang terlibat), terutamanya isteri kepada Ibrahim Libya. Konfesi mereka raw, menyiksakan (walaupun mereka kuat untuk tunjuk sakitnya), kuat dan emosional. Ini kekuatan filem ini dan sememangnya perlu ditonton atas hal ini, mendapatkan kembali justifikasi sebenar Memali (dan ini yang paling penting). Pyan Habib turut ada dalam rakaman.

No Silver Lining: The Perak Crisis (2009) (Peng: The S-ploited)
Hal yang comel, katak dikuis-kuis untuk "lompat pagar". Kemudian kita dipaparkan dengan wanita berkepala katak yang menjadi "tukang sibuk" kepada krisis MB Nizar Pakatan Rakyat yang diturunkan Sultan Perak. Simbolisme "katak" tadi yang kita faham terus celaru - adakah ini hanya ejekan manja terhadap tiga ahli dewan yang "melompat"?

Itulah sahaja yang menarik. Yang lain rasanya sudah banyak dirumuskan oleh akhbar ataupun media alternatif. Straightfoward habis. Takde drama sebenar (walaupun penuh kronologi drama-drama intrig kebodohan kedua-dua parti). Malah kadang-kala eksposisi semacam berita Edisi 7 tampak janggal (buat poin bahawa ini alternatif terhadap media perdana?) Aku merasakan pengarah lebih berani jika ada satu dua rakyat yang "tiba-tiba" menyokong BN. Ini semua, temu bual macam "ada udang sebalik batu" (promo PR habis-habisan tanpa garisan kelabu, iklan ke beb?). Sisi "ada udang sebalik batu" tidak baik buat dokumentari. Katanya "suara bebas".

Kayuh (2009) (Peng: Soh Sook Hwa)
Filem ini merupakan dokumentari terbaik daripada filem-filem yang masuk pertandingan dan juga filem pilihan kegemaran peribadi aku buat festival kali ini. Suara-suaranya benar, malah paparan innocencenya melawan segala indoktrin, semangat politik dan perjuangan yang dibawa oleh sekumpulan belia berbasikal ini. Ya, ada sekumpulan belia dan dewasa berbasikal dari Pulau Pinang dan Johor Bharu ke Kuala Lumpur, menjelaskan satu hak suara kemanusiaan buat seluruh rakyat Malaysia. Ya lembut tetapi kuat dan cergas tetapi lembut dalam proses bikinan serta matlamatnya.

Paling mengujakan adalah semangat dan pemilihan anak-anak yang ditemu bual. Mereka memaparkan yang paling penting: anak generasi muda wajib tahu tentang politik dan "jauh berjalan, luas pemandangan". Insaf itu satu hal yang klise untuk disentuh oleh anak-anak ini (yang mana mereka juga melarat) apabila berjaya sampai ke Kuala Lumpur, yang lebih penting adalah melihat pengalaman mereka secara terus, dengan senyuman mereka yang jujur, pada waktu siang panas dengan matahari terik, juga waktu hujan lebat yang bagi mereka "hanya satu padang untuk bermain". They are having fun and that is the point! (bandingkan hal ini dengan kelusuhan realiti hidup yang mereka hadapi), buat pengalaman ini, baik ahli politik, sasterawan atau orang cerdik pandai tidak akan dapat mengambilnya daripada mereka.

Beberapa babak cemas seperti ditahan polis lalu masuk ke dalam lori polis (siap dengan si jurukameranya sekali!) mengingatkan saut hal, perkara ini benar-benar terjadi dan menakutkan (bayangkan anak-anak ini dilokapkan, dan mereka tak ambil dadah atau pergi disko siot!) merujuk kepada banyak filem-filem subversif yang memaparkan hal ketidakadilan ini, yang mana Soh Sook lebih berjaya kerana hal ini "benar-benar terakam".

Malah ada suara universal yang sangat memikat dalam dokumentari ini. Adakah para pengayuh akan dapat apa yang mereka usahakan? Itu tidak dimaklumkan, malah itu bukan poin sebenar filem ini. Poin paling kuat ialah, ianya bukan jenayah untuk mencari hak suara dan hak asasi. Yang jenayahnya ialah tidak mengemukakan kepada mereka akannya.

6 comments:

dakwat-merah said...

betul kata ko fadz memang nak nagis tgk ustz ibrahim ni..kalu org tau pasl kisah idup dia,n cara dia meninggal.dulu atuk aku da cita.dia meninggal kena tembak kat da,beberapa kali jgk,bila dia mati syahid kerajaan tak iktiraf tp mufti keda masa tu dia ada kuarkenyataan yang ustaz ibrahim ni syahid, pastu kena tuduh ajaran sesat..
dunia politik la fadz,biasa lah..
mcm2 terjadi

(al fatihah)

thank lepak blog aku..teruja tu..

Matt Aar0n said...

bagi Matt Al Fatehah Memali best,cz setiap tangkapan p0etic, hanye 0rg true jiwa seni jew faham.. k0t.

jhebat said...

beza ketara antara 10 Tahun dgn semua di atas adalah 'research'. Tambah membosankan apabila semua bermain dengan satu sudut pandang saja. (semua filpen conform kepada audiens FFF, yang kononnya non-conformist itu.)

conforming to non-conformity.

1.) Al-Fatehah Memali tidak memberi apa-apa info baru lagi longgar.

2.) NSL:TPC tergantung tanpa sebarang resolusi memberikan sense of terpinga-pinga.

3.) hanya Kayuh saja OK sebab sekurang-kurangnya 'mendokumenkan' sesuatu lagi jujur.

fadz said...

dakwat-merah mmg hebat!

Matt, ok, tk.. aku tak seseni kau, haha..

jhebat, yep, sama pandangan kita.

kekure said...

aku nangis tengok kayuh..terharu dengan semangat budak-budak tu semua..

ida said...

aku plak nangis tgk crite hindustan..terharu gnan lakonan Datuk SRK..