04 November 2009

Pasca Maskara Shorties 2009


“Saya datang ke sini untuk menonton, itu aja…”
Fadz

Whoooaaah. Maskara Shorties datang lagi doh! Ya, secara rasminya buat kali ketiga (kali kedua di KL). Alhamdulillah, seperti yang diagak, acara berjalan secara santai. Satu perkara yang paling aku gembira adalah, bagaimana pihak Sindiket Sol-Jah telah memberi laluan untuk beberapa filem yang tidak mengikut garis panduan yang diberi (tidak ada sari kata, melebihi 10 minit) dengan tangan terbuka, kiranya Sol-Jah nak bagi chan jugalah (kalau aku, habislah, aku tolak-tolak apa-apa filem yang tak ikut panduan, aku kan LPF sikit), dan hal ini amat menyukakan hati semua orang (walaupun hati pihak Sol-Jah siapa yang tahu), tahniah buat pihak Sol-Jah yang punya pendirian sendiri untuk “go against one’s system”.

Amir Muhammad juga ada di situ, menjual Malaysian Godsnya dan buku untuk filemnya. Ohh, ada Rafidah 3R, jangan jeles! Dan ya, terima kasih buat Bin Filem dengan blook filemnya. Serta Vitamin, Jaja Kadir yang sanggup menegur. Terima kasih buat Akashdeep (muka tensen je tengok aku) serta Aaron Chung (“Aku tak kenal budak-budak ni, siapa mereka, mereka ni dalam kumpulan filem ke?”) yang turut datang untuk menonton filem mereka serta filem orang lain. Terima kasih juga buat pembikin filem anak-anak muda Bandung, Maddun serta Gilang, dan pembikin filem anak-anak muda Surabaya, Fauzan yang turut membawa groupienya. Kehadiran mereka di atas sesungguhnya merancakkan lagi kepelbagaian Maskara Shorties.

Malam itu juga berlakulah satu kuasa nasib yang amat tidak dipohon, hujan. Bomoh tahan hujan mungkin kelas D kot malam tu. Pihak Sol-Jah terpaksa memohon penonton menonton di dalam ruang Rumah PENA yang tampak terhad. Ya, ia agak tidak selesa kerana menonton dalam keadaan di dalam ketuhar 29 darjah selsius, dan paling menakutkan, orang terus masuk dan masuk dan masuk (bayangkan neraka yang terus dimuatkan walau sudah cukup kapasitinya, mungkin inilah kali pertama ruang PENA dipenuhi manusia)! Maka aku terpaksa mengaku, filem-filem yang ditayangkan di dalam rumah PENA itu tak dapat aku tekuni betul-betul kerana pengacauan cahaya, suara dan orang lalu-lalang. Tetapi secara berkesan, selesai sahaja “segmen pertama”, kami diminta bergerak ke luar selepas hujan mula “reda”, lalu kerusi sudah tersedia buat kami. Hal ketelitian dan sensitiviti pihak Sol-Jah ini memang seharusnya dipuji.

Hal teknikal (suara, sari kata) merupakan satu lagi masalah yang jelas berlaku pada malam itu, benar-benar menjejaskan mood aku. Beberapa filem tidak dapat ditayangkan secara sempurna oleh sebab hal ini. Mungkin selepas ini, Sol-Jah boleh mencirikan bahawa penggunaan sari kata ditekap terus ke skrin serta menyatakan format yang terbaik supaya ia tidak lagi mendatangkan masalah, lagi-lagi jika pihak pengurus kehilangan awek ataupun terlalu sibuk mengedit buku di pejabat. Tetapi yang lebih penting, pembikin filem yang menyumbang filem mereka harus prihatin dan menghantar filem-filem mereka pada masa yang ditetapkan. Mungkin Sol-Jah seeloknya MEMBUKA PELUANG untuk para pembikin menghantar SEKARANG supaya satu pemilihan dan perubahan yang berkesan dibuat, seawal 6-8 bulan sebelum tayangan.

Aduh, cukuplah, aku meleter pula. Yang penting sudah tentu, dengan kredo Maskara Shorties, menonton filem malam itu untuk bersuka-suka, yang sememangnya dicapai dengan ACE oleh pihak Sol-Jah. Aku gembira kerana falsafah Maskara Shorties diteruskan, iaitu memaparkan terus filem-filem pelbagai genre, buatan dan asas, tanpa mengambil pusing jika ia sampai atau tidak sampai kepada anda (janji ko tengok dan berhibur). Ia semacam memaparkan seni kotemporari serta seni grafiti sebelah-menyebelah, yang mana yang anda akan katakan ianya “seni”, tetapi yang lebih penting, yang mana yang akan “menggerakkan” jiwa anda, ia memaparkan, ada orang akan memilih seni catan itu, dan ada pula yang memang menyukai grafiti itu, dan kadang-kadang ada pula yang menyukai kedua-duanya dan ada pula yang suka terhadap kaki lima ruang seni itu dipaparkan.

Hal ini, pengalaman inilah yang ingin dikongsi oleh Sol-Jah, jauh lebih penting daripada menonton filem itu, tetapi melihat REAKSI terhadap penontonan itu (contoh: di ruang mana anda selesa menonton filem, dan kenapa, berapa orang yang suka duduk di tikar depan, berapa orang pula yang berdiri, kenapa berdiri). Hal itu sendiri merupakan kepuasan sendiri buat aku, seperti mana yang berlaku di Kota Bharu dengan reaksi penonton orang Timurnya yang tidak tahan dengan tempat “sembelih babi” dan “anjing kencing” di tepi tokong bersejarah Cina itu (yang secara relevan, berkait dengan semangat Teater Opera Cina – teater yang pertama dipopularkan di Hollywood sebagai pawagam) yang mana penonton yang baru tiba melihat lantainya dengan meluat, rasa ragu-ragu, persoalan “kenapa tukar tempat” mula timbul, tidak akan duduk di lantai atas “tabu” yang sudah dikenakan terhadap tempat itu, atau bagaimana setiap kali filem yang diputar dan selesai, penonton akan berdiri “cari makanan”, yang mana halnya berlainan dengan di Kuala Lumpur di mana penonton akan duduk sehingga MCnya menyatakan tiba waktu rehat, atau bagaimana penonton di Timur cepat jemu dengan filem “art house”, hal inilah yang kita harus teladani dan teliti, kita akan jumpa akan kebenaran, ketelusan dan juga hipokrisi penonton kita.

Di sini, aku akan senaraikan filem-filem YANG AKU SUKA. Iyolah, aku pun ada jiwa, mata dan poin aku sendiri (aku suka aku punya hal lah), jadi benda yang bodoh mungkin bagus untuk korang dan bodoh untuk korang tu bagus buat aku. Jadi, dengan rasminya, aku senaraikan filem-filem PILIHAN FADZ MALAM MASKARA SHORTIES (macam Leonard Maltin’s Top Pick of the Year pulak, huhuhuhu) pada malam Maskara Shorties 2009:

Hangus (stdr: Dean Sham)
Tarantino ala Melayu. Cukup serba-serbi. Referens terhadap filem Melayu dengan mengkritiknya sambil menunggu untuk merompak merupakan “high point” filem ini. Ada twist, dan ini menggunakan Pipiyapong. Nampaknya kehadiran Pipiyapong dalam seluloid sudah menjadi ikutan kultus (digunakan pada awalnya oleh Nazri M. Anuar). Pipiyapong mungkin menjadi bintang pertama indie cult. Ejekan terhadap rencah kapitalisme (dunia serba memerlukan duit) amat terasa. Satu semangat menarik daripada Dean Sham. Oh ya, seronok tengok Tok Rimau jadi YB.

Kak Min (stdr: Ajami)
Filem doku yang amat peribadi dan paling jujur, baik buat aku (yang mengenali arwah), juga setentunya buat arwah (al-Fatihah). Paling mengejutkan, dalam beberapa minit, Ajami berjaya merumuskan untuk apa Yasmin Ahmad buat filem dan kenapa filem kemanusiaan pilihannya. Aku pernah menyatakan kepada arwah bagaimana ibuku menyatakan “Kerja seni, seperti menulis dan membikin filem, tidak boleh kita bawa ke kubur, maka ianya tidak patut diambil secara serius.” Lalu arwah pernah menjawab, “Kalau begitu, sia-sialah yang saya buat selama ini.” Hal itu dirumuskan dengan terbaik dalam filem ini. Ya, Yasmin Ahmad melihat filem boleh juga dijadikan seluloid ibadah atau pengalaman untuk merasai sedikit Kebesaran Tuhan. Sememangnya, falsafahnya jelas menyaluti kita pada malam itu.

My Perfect Ana (stdr: Nazri M. Anuar)
Walaupun apabila mendengar daripada tuan pengarahnya, aku sudah dapat tangkap “twist”nya, yang panting, aku mahu lihat, bagaimana “twist” itu dijalankan dan bagaimana manusianya wataknya menghadapinya. Kiranya aku puas dengan kelolaan Nazri. Nazri tetap melakarkan filemnya semacam satu cerpen. Naratif Nazri kuat. Imbuhan yang terkuat yang berjaya Nazri sentakkan adalah babak si lelaki menyatakan dengan tulus, “Aku mahukan Ana aku! Aku tak nak yang lain!” Nazri berjaya mencapai lawak tinggi dan poignant pada masa yang sama. Genius.

Taman Di Sinkiku (stdr: Azharr Rudin)
Filem didaktik Azharr (atau profil peribadinya). Ada cuitan yang menarik akan filem yang langsung tidak sampai kepada kebanyakan penonton pada malam itu. Dalam satu babak, suara Azharr menyatakan, “Aku bosan dengan struktur..”, tetapi secara ironi, filem yang kita tonton itu mendekonstruk lalu memilih strukturnya sendiri akhirnya! Apa yang dilibas dan terlibas kembali? Apa yang terkena dan dikenakan? Adakah penonton menyanggupi kestatikan hidup atau pergerakan hidup? Seni atau komersial? Filem ini sepatutnya ditayang awal, supaya semua penonton ditampar dengan pendirian “Oh, kami selesa dengan formula dan struktur” mereka. Bahagian terakhir (selepas filem jadi hitam) ada kejutan yang menyelerakan pada sesiapa yang ingin menunggu, yang sebenarnya lebih berbentuk peribadi dan yang benar-benar mahu mengenal Azharr dan filem-filemnya.

Pintu (stdr: Akashdeep Singh)
Pure Yasmin Ahmad. Kiut. Serius, aku ingatkan filem ini ada persoalan besar seperti ketuhanan, kerana pada awal Akash menghantar sinopsisnya, ia terbaca semacam satu hal “besar” yang akan berlaku terhadap dua budak ini. Akhirnya, semuanya atas dasar cinta.

Benting (stdr: Ahmad Hasan Yuniardi)
Filem pendek pilihan aku sewaktu forum tayangan filem-filem pendek Bandung di Yogyakarta pada Festival Filem NETPAC-Asian. Sama seperti Pintu, tetapi dengan lebih banyak watak dan naratif panjang dengan dinamisme reaksi dan aksi antara watak yang terbaik pada malam itu (ada empat watak dalam pelbagai aksi dan psikologi dalam satu masa dan ruang), juga lakonan-lakonan terbaik, melihat kepada keamaturan para pelakonnya (terutama Si Ibu). Pelbagai pengkajian seks boleh dibuat, perhatikan bagaimana tegas dan kuat Si Ibu menghentam anak perempuannya, dan bagaimana nadanya lembut walaupun pedas terhadap anak lelakinya (mainan peranan seks dalam budaya masyarakat). Banyak persoalan timbul, kenapa Si Ibu marah-marah? Adakah dia berbalah dengan suami? Adakah dia merasakan dirinya terperangkap dalam dunia lelaki? Adakah tujuannya untuk “keluar beli barang” adalah “secret affair”nya untuk meninggalkan sebentar beban atau sumpahan yang masyarakat patriaki kenakan terhadapnya? Semuanya jelas terjawab dengan tudingan dan ketawa anak paling kecilnya. Lalu yang tidak tentu jadi tentu, yang terputus jadi satu. Realisme keluarga yang amat baik dari anak-anak Bandung.

Saya Kacak (stdr: Alif Firdaus Aziz)
Aku perlu nyatakan, pelukis komik, ahli silap mata dan penulis humor ini boleh membikin filem! Ada cuitan menyelerakan dalam filem ini, kalau dilihat dalam satu sisi. Secara “mundane”, Si “Kacak” menyatakan dia kacak, membuat silap mata lalu menyanyi satu lagu menyakitkan atas “kebanggaan” kekacakannya. Alif mempunyai poin yang kuat di sini. Secara prasedar, Alif sedang menyatakan tentang “pemasaran/komersialisme” dalam dunia kapitalis, juga secara parodi terhadap keinginan masyarakat terhadap hiburan kosong/senang yang memberi kepuasan (kualiti). Kita, penonton akan menyanggupi saranan Alif bukan kerana ianya menggunakan kaedah genius tetapi Alif menyatakan begitu (seperti iklan). Yang “mundane” menjadi bermakna. Satira yang mengesankan. Tahniah Alif!

Melayu di Jalan Melayu (stdr: Ridhwan Saidi)
Selepas filem selesai, tidak ada sesiapa yang menepuk. Aku percaya, mereka, seperti aku, tergamam untuk seketika. Ya, inilah filem paling “disturbing” pada malam itu, walaupun cara yang dibuat sedikit “pretentious”. “Disturbing”nya masih boleh dirasai selepas balik dari PENA. Hal berkenaan Melayu yang mempergunakan Melayu. Sewaktu Si Pemuda yang membawa Si Buta (faham bukan alegorinya?) dijerut lehernya oleh Salesman/Dermawan, dengan runut tipikal kesukaan Melayu dan Salesman menyeringai ketawa, apa yang kita percaya dan perlecehkan waktu itu merundum. Sangat menakutkan.

Pemburu Buaya Darat (stdr: Tok Rimau)
Nama Tok Rimau nampaknya sudah jadi “household name”, memberi kita kreativiti demi kreativiti atas jenama namanya. Filem fiksyen sains yang pelbagai lapisan walaupun bajet ciput (tak seCGI filem Sinaganaga) tetapi naratif dan ruangnya cukup. Dean Sham sendiri mencuitkan sebagai Pemburu. Jawapan “cinta” dan “seks” terjawab di akhir filem dalam satu mesej distopia yang pertama kali dirasakan seronok (selalunya kelam). Tok Rimau sememangnya pecinta wanita.

Aci Baca Sajak (stdr: Abdullah Jones)
Ini adalah pilihan filem paling “standout” buat aku pada malam itu, benar-benar mengejutkan aku dari kiri dan kanan. Satu rakaman dibuat, dan penjual jalanan dan orang lalu-lalang diminta untuk membaca sebuah “prosa pendek” yang berjiwa lucah. Menggelikan, kerana mereka membacanya dengan penuh tekun dan serius (ini mungkin diminta). Abdullah mengenakan segala yang berkait dengan keselesaan dan konvensi. Persoalan aksi seks itu satu-satu hal yang terbahagi daripada agama Islam, dan bagaimana pula dengan sastera terhadapnya dikupas dalam filem ini, dengan imej-imej yang amat mempesona. Satunya, seorang lelaki membaca tekun tentang kekuatan batin, di belakangnya tersedia sacet dan iklan Kopi Janda. Seorang lelaki berkopiah membaca “nafsu seks” di belakang kubah masjid. Persoalan yang terbuka dan tertutup dalam budaya Melayu dan Islam dijajakan, turut hipokrisi yang berlaku di dalamnya (seorang pak lebai mungkin kenal akan seks yang baik, dan bercerita di warung kopi tentangnya, tetapi menyatakannya di media perdana adalah satu hal yang mungkar dan kononnya membawa maksiat). Sebuah filem yang penting dan pilihan peribadi aku buat malam itu.

Fadz: Filem-filem lain yang tak tersenarai, jangan kecil hati, filem kalian juga bagus, hanya aku tidak pandai mencapai akalnya.

20 comments:

dakwat-merah said...

maskara shorties,tak buat round2 malaysia ke?
bila mau buat kat klate?supo ari tu
hehe

vovin said...

Tak faham dengan komen - "Hilang Sari Kata?"

Setelah diteliti filem-filem yang dikatakan "hilang sarikata" itu, memang original material macam tu.

Pengkarya yang beri produk sedemikian rupa, kenapa penganjur pula yang disalahkan?

Aku menolak sebarang pointing finger kepada pihak penganjur terhadap isu "hilang sari kata" kerna filem-filem itu ditayangkan seperti yang telah diberikan originalnya.

JePh said...

haha..memang tggu ko cerita psl mascara shorties ni sebab aku xble pegi,keje malam itu hari..huhu..dpt baca review pun jadilaa..

Ajami Hashim said...

thxs fadz!

mlm tu aku tercari-cari kau bila abis tyg 'kakmin' nak peluk! last2 jumpa zubin aku blasah peluk dia jer!

semacam baru sgt arwah berckp dgn aku! :-(

Al-Fatihah

p/s: kakmin akn tyg semula @ sunway college 18 nov 3pm sempena pelancaran bukunya oleh amir muhammad! kau dtg tau! muahhh!

sinaganaga said...

lu tak beranai nak ulas filem gua ke? wakakakakkaaaaa...

fadz said...

vovin, tetap KIMERU ada sari kata, malam itu ada sari kata.

Hilang sari kata seperti filem Lew Seng Tat jelas nampak. Di sini poin yg pelaing penting: mahu filem berformat yg mana sari kata sudah tersedia di skrin atau sari kata boleh dihidup/matikan? Aku pun malas nak lawan tapi buat tahun depan, ko carilah sendiri orang2 filem. Aku akan diamkan diri.

Naga, erk, erk erk... susah nak jawap ni...

Ajami, yeap bro, kalau boleh aku pun hug..

dakwat merah, tu demo kena tanya saing2 Sol-Jah la, bukan aku, hehe..

Jeph, owait..

maPieCeoFarT said...

ada sama, tapi segan nak tegur... adeh!

fadz said...

ler, tegur je lah fart, aku bukannya artis..

Anonymous said...

eh, "artis" lah yang paling suka ditegur! "aku artis, ditegur tu tandanya orang selalu tengok aku berlakon kat tv." jangan pandang belakang tau.

vovin said...

eleh, merajuk.

nyampah

vovin said...

aku check balik dvd liew seng tat, memang takde subtitle. Ke ada secret coding? mungkin ada error masa diorang burn? Such technical error happens. Sebenarnya aku dah anticipate all sort of stuff. Usia event ni baru 2 tahun.

kalau kau nak merajuk, merajuklah. kau tolong, aku hargainya. Tapi kalau kau baca metaforanya sebagai tak menghargai, aku tak boleh nak buat apa. Mungkin aku tak sensitif dengan sekeliling la kot, asyik fikir pasal diri sendiri aku.

tahun depan kalau kau nak tolong, aku terima dengan hati yang terbuka dan dengan cara aku, kalau kau makan hati, sila kasi tau. Mana yang boleh kita settle dengan duduk minum teh, kita buat. Mana yang boleh kita perbaiki, sama-sama kita perbaiki.

Kalau nak ikut rasa merajuk, mungkin ya, aku keluar Sindiket Sol-Jah dan tak buat Shorties dah kot tahun depan. Senang hidup aku. Hati pun gembira selalu.

Tapi tahun depan aku buat jugak, untuk peminat filem macam kau dan dia dan bangku.

dakwat-merah said...

pulak dah!!heheh..takpo lah fadh,bereh
kalu ade demo wi tau deh!!!
hhuuh.

fadz said...

vovin, so?

dakwat, hehe, insya-Allah, kalau Sol-Jah mahu, seribu daya.. tanya deme..

Anonymous said...

Apa opinion sedara mengenai Nilai Setitik Garisan?

hans said...

kan gembiranya hati aku kalau dari kedah ke kl hanya mengambil masa 30 minit
mesti dah lama aku pergi

Tabir Khaizuran said...

ni fadhs budak kapasitor ke?klu salah maafkan aku..kerana nama hampir serupa.. :)

fadz said...

hans, sabo je lah, harap menteri perkenankan bullet train dari Kedah ke KL..

Tabir, err, ni yg suara tak dgr tu ke masa bebudak tu berdialog kat perhentian bas tu? Ni antara yg masuk segmen dalam rumah PENA kan? Sorilah, wa tak berapa menumpukan konsentrasi jadi wa tak boleh bagi pandangan yg jujur.

fadz said...

wah wahh, bukan main statement vovin... jom gaduh jom, jom gaduh, hohoho, terima kasih menghargai aku, mungkin ko pun sibuk sangat.. aku bukan apa, terkilan.. aku dah check menantang tu OK masa aku dapat dlm tangan aku, serius..

sinaganaga said...

apa terkilan-terkilan? ha ha. jom minum teh dan makan mi goreng.
jenderal belanja.

fadz said...

owait cip (opssss!) hahaha