12 November 2009

Pisau Cukur(2009) Best Gila!


"Oh my Dior!"
Intan

"Saya nak kawin Tan Sri cikgu!"
Bella

Ya, ini sebuah ulasan yang pendek (yang tiba-tiba panjang juga bila aku dah mula menulis, hehe) bagi sebuah filem bikinan pengarah Gol & Gincu. Ini sebuah filem yang tipikal Hollywood. Tetapi ini juga sebuah filem Malaysia. Tipikal Bernard Chauly tetapi itu yang membuatnya sebuah filem yang memikat (ada beberapa filem lama Hollywood yang aku teringat tapi terlupa yang agak sama dengan filem ini). But who the hell cares, the trip was worth it. Beginilah kalau pembikin Malaysia mahu bikin filem Hollywood (tolak adegan laut tak bergerak di awal babak).

Ceritanya tentang Bella (Maya Karin) dan Intan (Fazura) yang pergi menaiki bot besar untuk cari jutawan berpoket besar. Mereka terjumpa dengan seorang datuk (Rahim Razali), juga berserta tiga orang isterinya.

Paling menyeronokkan: skripnya yang ligat, cepat dan berkait antara satu sama lain. Inilah sebuah filem yang mana ia memahami setiap "kata-kata" itu penting dan tidak tersasar ke arah lain, malah buat aku, terlalu sempurna (cara ia dibuka, dilengkapkan dan ditutup). Syabas buat Rafidah Abdullah, yang kali ini menampilkan kekuatan dialog daripada imej (filem ini bergerak atas kehebatan dialog dan susunan plot, daripada imej dan hal-hal subtle dalam skrip Rafidah yang pertama, Gol & Gincu).

Satu hal lagi, Bernard pandai menggunakan pelakonnya, baik sebagai pak pacak dengan kameo, atau pelakon yang berfungsi. Setiap watak ada fungsi serta perwatakan yang cukup mencuit. Bayangkan kehadiran Nabil dengan "Ola!"nya membawa gelak-ketawa kepada penonton. Begini, dalam kumpulan penonton, ada yang cerdik pandai dan ada yang menonton untuk terhibur. Bernard pandai, dalam masyarakat kita, ada yang cepat teruja dengan imej (slapstik, mimik muka bodoh ala komedi Razak Mohaideen), ada yang teruja dengan dialog yang wit. Bernard menyusun, dengan seimbang, bagi memberi ketawa kepada kedua-dua belah tanpa menyusahkan kedua-dua belah dan tidak memperbodohkan kedua-dua belah. Secara sedar, kehadiran Nabil dengan topi dengan perilakunya yang keterlaluan, mengundang ketawa (terus-menerus) kepada penonton eskapis, tetapi buat penonton cerdik juga turut tertawa kerana poin Bernard terhadap parodi "memperlecehkan masyarakat Melayu yang ingin bergerak ke kelas atas - dengan terikut-ikut dengan kebaratan". Hal ini mencuit perasaan golongan cerdik kerana penanda Nabil yang bernada-slanga Inggeris-Melayu sebenarnya berkostum mamat Mexico. Mexico secara stereotaip dalam imej Hollywood sudah sedia maklum bererti "golongan kelas rendah" atau "penolak tamadun" atau "mamat hodoh yang tidak mengikut aspirasi Amerika". Hal Nabil menghiburkan para golongan atasan Malaysia dalam kostum Mexico, dengan lagak baratnya membawa kontra terhadap pemahaman "golongan atasan" dan "golongan bawahan". Hal ini juga merupakan poin prasedar dalam filem ini.

Ada sebuah babak yang aku kira menjadi satu sejarah dalam filem Malaysia. Ini adalah sewaktu Aaron Aziz yang cuba membisik ke telinga Fazura di tepi kolam. Imej yang dipaparkan secara sinikal adalah seksual (kita sudah sedia maklum Fazura akan terjerat dengan "jutawan" yang mana pada akhir cerita), dan hal ini berlawanan dengan fungsi dialog yang diutarakan Aaron, "Kau bukannya cantik sangat pun." Tetapi yang menarik adalah reaksi penonton (terutamanya wanita). Saat itu, apabila Aaron mendekatkan badannya ke Fazura (tanpa bersentuh), beberapa penonton wanita menjerit tinggi (semacam histeria), sambil ada yang kata, "Ya, sedapnya!" atau "Oh my God, Aaron, I want u!" dan yang sealiran dengan itu. Di sini, mesej, dialog dan makna imej, makna babak kepada penonton sudah tidak penting lagi. Yang penting adalah aksi dan imej lelaki dan wanita ini yang tidak bersentuhan tetapi seksual. Ini pemaknaan baharu. Ini yang sampai kepada penonton malam itu. Babak ini, sebaik babak mata Rudolph Valentino dalam The Sheik(1926) merenung mata heroinnya sebelum menciumnya puas, dikatakan membuat penonton wanita waktu itu menjerit meroyan melihat adegan ini dnegan fantasi mereka terhadap Valentino di tahap yang tertinggi.

Beberapa bahagian syot dan produksi seni difahami minimalis (hanya beberapa bahagian dalam kapal diambil), dan kadang-kala tampak palsu. Tetapi para pelakonnya telah membuatkan latarnya seakan-akan benar. Ya, para pelakon satu perkara lagi yang membuatkan filem ini "a must see". Fazura merupakan seorang pelakon yang tidak perlu dipermain-mainkan, dia merupakan Resee Witherspoon Malaysia: dia cantik, memikat, mempunyai kekuatan dan tempo komedi yang tepat, lovable, bergaya dan boleh mengisi tahap-tahap serius dengan baik sekali. Aku jatuh cinta kepadanya buat filem ini. Maya Karin juga tidak terkecuali, mempunyai satu landasan "broken but mendful", satu perwatakan yang ceria tetapi turut gelap. Emosi Maya kuat dan pandai dijaga. Maya Karin menampilkan Barbie yang ingin berdiri tegak tetapi tidak tahu bagaimana mahu berhenti sejenak, syabas! Lakonan beberapa pelakon tambahan juga bagus, kecuali pelakon baharu sebagai teman dansa Maya yang sedikit kekok.

Aku nak tulis lagi tapi rasanya cukuplah buat ini. Yang penting, ini sebuah filem yang sangat baik dan memang patut ditonton. Malah inilah filem feel good untuk aku tahun ini.

++**++
IS THIS FOR REAL? ADA ANJAKAN PARADIGMA? BACA ENTRI AMY IKRAM YG TERBAHARU:



17 comments:

dakwat-merah said...

salam fazd,
hahah..itu ari aku g k.l g tgk bola,klate lawn n9 tu(usah bukak topik ni hehe)

dr klate lg aku set mau tgk papadom!!
tp tayangan papadom lewat ,pukul 3 45
aku pun pilih cita ninja..tp mcm siot je cita tuh
tp aku tak terpikir pulak nak tgk pisau cukur,kalau aku tau lah pisau cukur best da lama dah aku tgk pisau cukur dr ninja..
hehe
kko lambat ulas cita ni
heheh
apa2 pun..
thank sbb ulas filem2 ni

el said...

aku tak tengok lagi pilem ni... ada macam cerita yang jennifer love hewitt nga sigourney weaver berlakon tu ke??? heartbreakers kot tajuk dia...

Janggel said...

salam.

menarik!!!

nOruLe_aYu said...

filem nie mmg besh...

fadz said...

dakwat, demo mmg kena tgk Pisau Cukur, best weh!

el, nope, heartbreakers genre "con man" macam The Sting. Ni screwball comedy campur whodunit campur cinderella on cruise.. wah!

janggel, thx!

norule, yeap!

Anonymous said...

memang sgt best..x penah tgk movie melayu cmnie..seme pelakon ade kelas tersendiri..termasuk pelakon lelaki yg baru a.k.a faqir..bg aku,lakonan dia sempoi,natural n cool giler..situasi dalam panggung yg aku tgk..khadiran watak Faqir tu lebey ditunggu2 kot berbanding lakonan aaron(bukan menidakkan lakonan aaron)audiens trutama pompuan x abis2 mengatakan watak Faqir sgt sweet, dialog dan tutur kata nyer memang membuat hati wanita cair...so keseluruhan lakonan setiap watak seimbang..

2nd head prefect said...

betul ke bro best? gua sekarang ni cam keciwa sikit dengan film melayu ni

hans said...

dah tgok lama dah ari tu..siap buat review dkt blog..
memang best..
betul2...
susunan plot tu yg buat citer nih menarik + kata2 yg kuar dari mulut fazura...
hahaha

fadz said...

2nd Head prefect, betul bro, mmg besh, gi lah tgk!

nOruLe_aYu said...

2nd head prefect,xrugi tgk citer nie..cite yg glam,gorgeous,gedix..hahaha..tp sgt2 sweet when it comes to gigi besi..LOL!

Anonymous said...

saya tak sependapat.
saya rs ulasan
http://www.ezzanie.com/2009/11/pisau-cukur.html
lebih dkt dgn saya.

apa pun, rambut sama hitam,
hati lain2 kan?

hehe

fadz said...

Thx Anon.. anda mmg tak suka filem formulaik ala2 chic flick gaya hollywood dan itu satu alasan yg kukuh.. anda suka filem yg bagaimana? sila terangkan..

saya sendiri akan menerangkan poin saya dalam majalah Dewan Budaya, insya-Allah pada Januari/Februari..


(tak semua org yg suka Man Laksa, dan tak semua org suka Inglorious Basterds)

dex said...

pada awal cerita (esp masa awal babak dalam kapal) aku lihat fazura begitu try hard utk bergedik di dalam cerita ni..tapi lama2 aku dpt adapt even still rasa ada ke biasa2 cakap mcm tu.anyway mmg bravo utk rafidah..skrip mmg catchy habis!(pasal kes kematian datuk tu pula aku rasa mcm tgk ditektif conan le plak...even aku mmg agak liyana yg bunuh bapak dia tapi rafidah bijak twist di akhir2 penyudahan)..and untuk rodek(watak faqir) aku rasa lakonan filem pertamanya ini boleh dipuji even agak kaku permulaannya.(aku lemas kadang2 tgk badan ko sedikit bongkok bro..hahaha)satu kemajuan untuk filem Malaysia esp in script part.

fadz said...

thx dex.. aku tetap suka fazura, she's def a resse whit for me..

faris said...

hheee
aku suka filem ni!!
agak benar kalau kata fazura mcm reese witherspoon.. think legally blonde and election!

zubin said...

bila tengok filem ni sejibik filem how to marry a millionaire lakonan marilyn monroe, tengoklah.....kesian

fadz said...

Ahh, tak pernah tonton filem tu, tapi soalan: plagiat atau hanya merujuk? takkan 100% sama?