04 December 2009

Perca-perca Filem Disember 2009


Wah, lama juga kan aku terdiam. Hoho! Jangan tak tahu, kerja dah berlambak di samping adik aku baru kawin beberapa minggu lepas, jadi sempat tak sempat jugalah aku menonton filem. Paling menyesal, aku tak dapat menonton Karaoke(2009) arahan Chris Chong itu oleh sebab sewaktu aku kembali dari Jakarta, perut aku memulas teruk lalu tak dapatlah aku ambil masa ke Mid Valley, dan selepas itu pula Hari Raya Korban. Tropicana, tempat wayang aku lepak sekarang (dekat sangat ngan rumah beb, besh!) lagi hampeh sebab takde satu filem Melayu atau filem art-house macam Karaoke diwajib tayang. Ya, aku hanya ke sana menonton filem-filem bertih jagung besar seperti 2010 atau New Moon (uwek - ni awek aku paksa ya!). Nasib baiklah ada kawan macam AM Jarni yang telah membakarkan aku beberapa CD yang cun-cun, cayalah kawan! Di sini ada beberapa (yang aku boleh ingat lagi):

The Christmas Carol(2009)
Aku tonton filem ni di sebuah pusat beli-belah besar di Bogor. OK, mungkin aku kepenantan kerana sehari sampai ke Indonesia, tetapi aku TERTIDUR menonton filem ini yang aku dapat rasakan semacam sebuah filem "seni" yang menjual tiketnya kepada penonton "komersial". Ya, ada keindahan daripada segi konsep Robert Zemeciks menggerakkan keseraman bercampur efek khas yang "melantun keluar mata" para penonton dengan efek 3D tetapi keseriusan filem ini agak terlalu, walaubagaimana "dekatnya" adaptasinya terhadap novel Charles Dickens itu. Entah, mungkin aku hanya penat.

Klute(1971)
Pertama kali aku menyukai segalanya tentang Jane Fonda. Filem arahan Alan J. Pakula (yang pernah menerbitkan To Kill A Mocking Bird) yang amat meyakinkan, ini adalah contoh sebuah filem ngeri (thriller) yang tidak luput ditelan zaman. Ya, filem ini amat moden dan masih dikira antara filem ngeri terbaik sepanjang zaman (seperti mana Silence of the Lambs, The Marathon Man, The Conversation dan The French Connection). Filem bergerak dengan watak Jane Fonda sebagai pelacur yang bebas, penuh semangat besi dan tahu apa yang dia mahu dalam hidup tetapi menjadi tidak menentu apabila dikacau di telefon pada setiap malam. Jane Fonda sebenarnya pernah diganggu oleh seorang lelaki obses seks. Donald Sutherland sebagai Klute, lelaki yang ditugaskan untuk mendekati Jane Fonda, oleh sebab kehilangan seorang kawannya. Pada awal lagi, kita sudah ditemukan dengan "pengacau" Jane Fonda. Tetapi itu bukan motif filem ini, dinamisme dan pembukaan watak Jane Fonda dan Sutherland merupakan kuasa sebenar filem ini, menjadikan ianya sebuah filem pengkajian perwatakan (character study) yang amat menjadi. Pun begitu, Pakula tidak melepaskan kita dengan kebosanan, kerana intrig kesenyapan "usikan pengacau" dalam beberapa babak mengalahkan suspens yang dibawa oleh Dario Argento, malah digunakan dengan sebaik mungkin di sini. Ada satu babak yang sangat berhasil dalam hal ini. Dalam babak itu, kita mengikut ketidaktentuan emosi Jane yang bergelegak, lalu dia keluar dari rumahnya, semuanya dibuat tanpa kejutan. Kemudian dalam fokus jauh, kita lihat Jane berjalan ke kiri skrin, lalu, tanpa disedari Pakula mengejutkan kita dengan efek suara, bayang hitam yang tiba-tiba muncul "mendepani" kita lalu seakan mengejar Jane. Babak ini sebaik mana-mana "babak kejutan" dalam filem seram tetapi filem ini terus mencapai matlamatnya dengan baik. Sebuah filem yang amat mempesonakan, intrig dan segar walaupun 30 tahun pembikinannya.

2012(2009)
Ini adalah antara filem yang penonton kita tak seharusnya ambil serius. Sebuah filem yang jauh menolak agama (filem ini menyekutukan sains sebagai tuhan rasional melampaui mukjizat mana-mana agama termasuk Islam), John Cusack dijadikan "nabi baharu" yang membawa falsafah (sedar atau tidak, petikan bukunya selalu dibacakan sebagai "kebenaran": adakah ini bermakna di New York, rasul-rasul baharu Barat merupakan para penulis yang melata bumi?), serta "walk the talk" untuk menyelamatkan keluarganya. Aku nak sangat tengok kedua-dua anaknya mampus dilanggar biawak atau dicucuk muncung jet oleh sebab kepalsuan emosi mereka bertindak atas segala pancaroba dan maha cerca yang berlaku di sekeliling mereka (lihat babak John Cusack kejar kapal terbang, anak-anaknya macam main permainan dengan ayah). Tetapi secara kemanusiaan, filem ini mempunyai semangat yang betul dalam mempersoalkan "adakah survival terletak hanya pada kelas tertentu" sahaja? Jangan tak tahu, Mekkah dan Malaysia tenggelam pada 2010 walaupun tidak dipaparkan secara tersurat (tengok babak peta di skrin komputer). Ha, terduduk kau orang Melayu.

Storm Warriors II(2009)
Peninglah. Kan ke dulu filem ni dikenali sebagai Storm Raiders? Bila pula berubah Warriors, kemudian ada nombor Roman II pulak? Kepada yang tak suka filem 300, tak suka Aaron Kwon atau Ekin Cheng, dan tak suka komik Pedang Setiawan Hong Kong itu, jauhilah daripada menonton filem ini kerana anda tidak akan faham kenapa perlunya cantik dan romantik babak Aaron dan Ekin yang bertegang tangan (atau berpeluk dada?), kenapa tiba-tiba ada manusia bernama Lord Godless (!) mengikat seorang yang bernama Nameless, lalu tiba-tiba pedang terbang (ha, bukan parang terbang je) dan ada watak bernama Shu Shu yang jengkel, kita rasa nak potong lehernya (yang memang matipun pada akhir filem, ops! dahulunya tak silap aku dilakonkan dengan lebih baik oleh Shu Qi). Beberapa efek seni dan CGInya memang mengujakan, tetapi buat aku tidka bermakna kerana ia setentunya buat pecinta komik sahaja, dan bukan kumpulan pecinta filem fantasi.

Astro Boy(2009)
Aku peminat Osamu Tezuka jadi aku memahami dunia kemanusiaan Tezuka, dan Astro Boy tidak menghampakan bagi peminat Tezuka (mungkin buat mereka yang tidak kenal Tezuka, boleh cuba dengan Metropolis yang jauh lebih baik daripada filem ini). David Bowers selaku pengarah membawa sentimen animasi Amerika dalam jalan cerita yang sepenuhnya semangat Tezuka. Ada kebaikan dan keburukan, lagi-lagi apabila beberapa lawak yang diutarakan tampak pelik buat kedua-dua penonton (Barat dan Timur). Isu peperangan (menyamai dasar George Bush Jr.) agak besar tetapi dibuat dengan kebudak-budakan. Beberapa babak tampak tidak disunting dengan baik, terasa janggal. Tetapi babak Astro turun ke tanah rata dan menemui robot dan kawan-kawan baharu, merupakan satu gula-gula manis terhadap filem "anak kecil hilang rumah". Ya, ada beberapa bahagian buat aku menangis.

New Moon(2009)
Ini adalah filem, selepas Pisau Cukur yang aku sedar ramai perempuan menjerit apabila beberapa babak berlaku di depan layar. Ini berlaku dengan tidak terkawal pada masa Taylor Lautner (nama, alahai!) membuka bajunya. Aku mendapati, seorang wanita separuh umur yang menjerit paling kuat. Tuhan, lihatlah apa yang seks boleh lakukan terhadap seseorang. Apa-apa pun, filem ini tipikal Hindustan: ada wanita dan lelaki berlari-lari ala Salem High Country, ada lari-lari dekat pokok (siap acah-acah tepi pokok), ada babak baring atas rumput dengan bunga yang tak berpegang, sedu-sedan, hilai tiba, hero dan heroin terlampau sempurna, gaduh-gaduh, wah senarai ni boleh panjang lagi ni. Tetapi sebagai seorang penonton yang tidak pernah membaca novel tebal khusus anak dara yang menunggu ditebuk, ianya boleh dikatakan menyeronokkan dan lebih senang diikuti daripada Storm Warriors II.

Pintu Terlarang(2009)
Filem yang tidak ramai orang akan menyukainya (termasuk, erm, aku) tetapi adalah antara filem terpenting Indonesia tahun ini oleh pengarah hebat Joko Anwar. Aku bukan apa, tensen sebab filem ini punya kuasa seks, tetapi tidak ditunjukkan dengan baik oleh dua pelaku utamanya (oleh sebab menjaga dasar tapisan filem Indonesia). Pun begitu, bagi peminat Hitchcock atau filem-filem seram, anda akan menyukai filem ini yang sebenarnya sebuah kitaran semula The Cabinet Case of Dr. Caligari. Lebih penting, anda perlu memahami falsafah Nasrani tentang "immortal sin" (filem ini tak mungkin diterima tayangan di Malaysia apabila pelakon Islamnya berlakon sebagai seorang Nasrani). Filem yang dibuat dengan kesungguhan dan kesempurnaan yang amat baik.

3 Doa 3 Cinta(2008)
Filem tentang pesanteren oleh Nurman Hakim yang amat memikat. Benar dan jujur. Filem ini mungkin lambat untuk "mencuit" perasaan hati penonton, tetapi percayalah, dalam pertengahan filem, anda akan terikat untuk mengetahui tiga warga santri (satu daripadanya adalah Nicholas Saputra) serta apa yang akan berlaku kepada mereka. Yang amat mengejutkan. Nurman menolak untuk memoraliskan cerita, filem ini lebih bergerak atas erti kata sinema dan kemanusiaan daripada penggunaan hal-hal didaktik (filem ini jauh menghakimi watak-wataknya walaupun mereka tidak maksum), dan ini membuatkan filem ini antara filem agama terbaik Indonesia 2008. Aku suka garapan si santri yang menyukai sinema, penggunaan kamera digital yang secara tidak langsung menjadi "mata" kita juga untuk memahami dunia pesanteren dan idea bilik tempat mengendap yang merupakan bilik rahsia tiga santri ini. Tiada sentimentalis terlalu seperti yang dibikin oleh Laskar Pelangi, malah semuanya dibuat dengan serealis mungkin. Aku mungkin akan memperkatakan dengan lebih panjang tentang filem dalam filem yang menarik ini.

The Bad Seed(1956)
Sebelum Hitchcock memperkenalkan "jangan masuk pawagam kalau lewat 10 minit", filem ini sudah memulakan gimik "jangan beritahu klimaksnya" kepada para penonton. Sebuah filem yang mencampurkan kuasa seram, ngeri, drama sosial dan keluarga, antara filem seram psikologi yang amat menjadi, melihat pada tahun ia diperkenalkan. Filem pertama yang membawa maksud "anak kecil pun boleh jadi jahat". Lakonan keseluruhan pelakon utama memberangsangkan, terutamanya Nancy Kelly sebagai ibu kepada anak yang jahat. Malah penggayaan tertib dan adab keluarga Amerika waktu itu mencapai kegilaan yang menarik (jika dibandingkan dengan elemen dysfunctional family dalam filem-filem Barat sekarang) apabila seorang ibu merasa bersalah untuk mengaku tentang anaknya (dia akan dicemuh oleh sistem patriaki zaman itu) dan bagaimana dia cuba menahan anaknya daripada melakukan kejahatan. Perilaku kejahatan tidak ditunjukkan. Hanya "penceritaan" melalui dialog yang berlaku. Tetapi kesan terhadap hal ini yang menyebabkan ianya menarik, melihat paranioa sang ibu menjadi-jadi lalu membawa ke satu kresendo yang tiada akhirnya. Aku suka dengan pengakhiran filem ini, walaupun ia tidak masuk akal (atas sebab mengikuti Hays Code waktu itu) dengan Deus Ex machina yang keterlaluan, sedap jugak tengok anak dajal kena libas petir. Arahan Mervyn LeRoy.

Suddenly, Last Summer(1959)
Filem yang banyak cakap daripada Joseph Mankiewicz, daripada teater tulisan Tennesse Williams tentang pergelutan seorang wanita, lakonan Elizabeth Taylor untuk memperjuangkan haknya sebagai siuman daripada insiden yang berlaku sewaktu di Sepanyol terhadap sepupu lelakinya yang homoseksual. Apa yang bagus dalam filem ini adalah keberanian atau sexual franknessnya yang mungkin tampak luput buat penonton zaman sekarang (semuanya dibuat dengan berkilas dan berkod). Katharine Hepburn sebagai ibu mangsa mati merupakan satu lakonan yang jauh spetakular daripada mana-mana pelakon di dalam filem ini. Antara adaptasi Tennesse yang tidak begitu kuat sepertimana A Streetcar Named Desire dan A Cat On a Hot Tin Roof.

Opera(1987)
Ini merupakan antara filem terbaik oleh Dario Argento. Pada waktu filem ini berakhir, anda akan merasakan anda melihat sebuah filem yang menghancurkan segala yang anda faham tentang sebuah filem penyiasatan, seram atau psikologi. Filem ini memancar suara sinema yang sedalam-dalamnya sehingga ke hal-hal yang elemental. Ya. permulaan filem ini dimulakan dengan gerakan kamera yang kita kenali sebagai "Seorang Diva" yang tiba-tiba dilanggar kereta (mungkin oleh pembunuh dalam filem ini, sebagai hal merencanakan segalanya untuk plot yang seterusnya). Satu babak menggoyahkan, Betty yang mendapat nama sebagai pengganti diva yang dilanggar (babak berunsur Phantom of the Opera) telah diikat di tiang dengan matanya dilekat pita berjarum, sambil melihat teman lelakinya dibunuh oleh pembunuh bertopeng. Kemudian Betty melepaskan diri, di luar Betty berjalan dengan tenteram (tidak lari) lalu sampai ke pondok telefon, menelefon polis, tanpa memaklumkan namanya kepada pihak polis. Kemudian, semacam satu fairy tale, Betty terus berjalan dan dijumpai oleh pengarah teater yang tidak mengagak pun apa yang telah berlaku. Secara plot, dan secara struktur, hal ini nampak pelik tetapi mengujakan secara psikologi (kenapa Betty tidak memaklumkan kepada sesiapa? Hal ini akan dimaklumkan apabila dengan lebih dalam kita mengenali Betty). Tetapi apa yang lebih "cantik" adalah kuasa tinggi Argento dalam membawa nilai sinema dalam babak-babak ini, ia semacam "benar" tetapi "mimipi", jauh daripada gaya ekspresionis yang biasa kita lihat dalam Suspiria, kali ini Argento duduk di bumi yang nyata dengan bermain unsur alam dengan sepenuhnya, gagak, hujan dan rumput. Semua ini memberi signifikan bukan sahaja secara "mimpi" tetapi ekspresi sinema yang kuat (kita akan sedar ini apabila Betty di"engulf" sepenuhnya oleh alam di akhir cerita), dan segala ini dijalankan dengan arahan kamera yang stilistik dan tak mungkin akan dibikin lagi oleh Argento. Suatu lagi yang menarik, filem ini bergerak begitu mengejutkan, ia tidak memberi kita masa untuk bernafas. Lebih-lebih pada babak Betty dikacau di pangsapurinya. Babak ini merupakan antara babak klasik dalam gaya cat and mouse dalam ruang yang kecil. Sebuah filem yang semestinya ditonton dan ditonton lagi untuk mengutip genius Argento terhadap pemahaman gaya dan keperluan alam dan ruang.

4Bia 2(2009)
Memang betul, 4-Bia 2, sekuel kepada himpunan filem-filem pendek seram/ngeri adalah lebih baik daripada yang pertama. Kali ini, filem-filem pendek ini mengambil tema, atau sekurang-kurangnya tanda JALAN (semua filem pendek kali ini bergerak daripada plot jalan atau simbolisme jalan sebagai peredaran masa dalam filem, hidup atau "jalan hidup"), dengan hal yang didaktik untuk filem pendek pertama (anak jahat yang dipaksa masuk biara), dengan episod yang sangat meyakinkan untuk yang kedua (pilihan kegemaran aku sebagai satu cerita), dan paling menyeronokkan, bahagian zombi, yang mana punya gerakan dinamik dan kuasa laju sekali gus yang baik tentang sebuah filem zombi (berkenaan hal moral dan kritikan sosial terhadap pelancong dan pendatang tanpa izin ke Thailand). Filem pendek terakhir, yang membariskan empat kawan dalam 4-Bia yang mana mereka semua "sudah mati" juga satu takjuban yang amat menyeronokkan (penuh ketawa dan ketakutan) dengan kehadiran para pelakon yang sama untuk episod kali ini (tentang seorang pelakon tambahan yang kembali dari "kematian"). Malah lawak yang dibuat oleh seorang pelakon, "Cerita ni dah mengarut, ini plot -twistpaling mengarut yang pernah aku dengar," merupakan kritikan sekali gus cemuhan cerdas yang dibikin oleh pengarah ini tentang filem-filem seram Thai. Ya, filem seram Thai nampaknya masih segar bugar dengan kehadiran filem ini.

27 comments:

Amir Muhammad said...

>Katherine Hepburn...

*gasp* It's KathArine, bukan KathErine!

dex said...

bro tak tgk karaoke?

zamshahrizal said...

bro,masa lu kat jakarta sempat x tonton filem serigala terakhir arahan UPI director filem radit dan jani...

filem generasi biru lakonan slank dan arahan dari director garin nugraho dan di jual dlm bentuk DVD ke kt sana?

amer zaman said...

filem jalang takde ke bang? :;P

fadz said...

thx Amir, again, much apprisiated :p Katharina.. Katharina..!

dex, tak sempat ler.. mmg tgh sakit ati ni makan hempedu..

zam, ni lagi satu hal, mmg sakit ati tak dapat gi tgk Serigala Terakhir, aku gi tgk Christmas carol yg buat aku tersangkok2 (pelik, dah dua filem Hollywood yg aku tonton di Indo buat aku tidur) nak tidur.. Kawan aku di jakarta kata OKlah bukan bagus sgt tapi aku nak gak tgk (Haloween 2 pulak tak boleh tayang sebab deme gi bagi ruang untuk 2012, laknat betul sinema kat Indonesia ni, kapitalis habisan).

Fasal Generasi Biru tu, aku pun tgh cari tapi deme tak keluarkan lagi (paling baru adalah Pintu Terlarang dgn beberapa filem komedi komersial yg aku tak berapa berkenan nak beli).

fadz said...

amer zaman, filem tu aku nak tgk, tapi kawan aku yg tgk gezet (aku tak tgk tv) kata ada satu babak "tui tui tui" buat dia meluat nak tgk sebab lahabau sgt, jadi aku tilik2, aku tak bernafsu nak tgk tapi aku gi tgk astro boy.. itulah citernya.. yg My Spy ni pun aku tak bernafsu nak tgk.. (sebab hasil kerja KRU = mindless entertainment, macam yg Afdlin Shauki sendiri admit).

kekure said...

Berani ko kutuk Storm Warriors?Ptuih Ptuih Ptuih!!!!!! hahahahahaha
Kat mana tengok pintu terlarang?kalau DVD ko aku nak pinjam

dakwat-merah said...

asllkum fhad
lama tak menjejak kaki ke blog ni
heheh..
aku tak se komen pasal entry demo wat ni
tp pasal cita gadoh!!
pergh... memang kena org open minded br leh tgk..
ending dia time pengarah pendidikan tuh kuar dr dewan n marah cikgu besar tuh..memang ader makne memmang reality nya orng2 atasan ni tak nak berfikir apa yang di sampaikan budak2 tuh,sabaliknyo kuar n marah apa yang di katakan oleh plajar2 tuh..
memang best r




mmemang best aku copy kawan aku dowld hehehe...gagak marah tak pengarah tuh?

kalu jumpa brader namron kim salam!!!.

Dude said...

Mane nak dapat kan film Opera tu?

fadz said...

kekure, mmg ada satu ni utk hadiah b'day ko.. bila nak amik?

haha, dakwat, yg mana tok se, semua ke? hehe, eleh, nak krim salam apa, Nam Ron kan ada blog, hantar pos je lah situ..

Opera tu diburnkan oleh kawan dalam CD..

hafizanmohd said...

nk request review bole? ada xorg buat, tp xpelah hope dpt review 500 days of summer :)

Danielle_Corleone said...

bro. ada tengok Paa tak?

fadz said...

Hafizan, hang hantarlah kat aku CDnya, hehehe.. ada jual ke piratednya?

Danielle, Paa tu apa plak?

GAIA said...

kau perasan tak ada dua scene dlm Astro Boy memuatkan "cameo" virtual mendiang Osamu Tezuka itu sendiri?

Reza said...

2 benda

1. aku setuju ngan comment 2012, some people taking it tooo seriously...banyak kat fb kata plot itu ini lemah..blah3...aku rasa cerita nih entertaining enuff..dats it..xyah look deep.dan juga setuju at least salah satu ahli keluarga kena mati....Ayah tiri/Bf baru tuh doesn't count!

2. aku x suka 4bia2 leh? cuma cerita last tuh mmg terbaik ah...aku gelak gila...good idea cerita tuh...kalau malaysia buat cerita camtuh pon aku leh sanjung dah

hafizanmohd said...

dh ada yg pirate g la cri, aku dh tgk dekat sepuluh kali, for real!

paa tu cite hidi rasanya.

Dude said...

boleh mintak tolong burn kan cd opera x? aku ni memang fan filem2 argento. bagitau berapa kos...
thanks.

Dude said...

Boleh burnkan cd opera tu x? aku memang minat filem2 argento. Bagitau berapa kos.
Thanks

fadz said...

Gaia, aku rasa aku perasan tapi aku dah lupa, hohohoho

reza, serius, siap SUKA dan nak kaitkan dengan hadis lah dan ntah apa2 lagi.. Tuhan...

4Bia 2 ko tak suka? r u nots or what? hahaha, yg akhir tu mmg aku suka, tapi aku suka gak yg kedua, ketiga (zombi) yg mmg pengarah dia faham dengan "sound and sight" cun gila ah..

hafizan, dat hebat ah? ok, nanti aku check, ni mesti sleeper hits ni


slm Dude, err, ni susah sikit ni sebab aku pun mintak kawan tolong burn kan utk aku, ya, aku ni jahil teknologi canggih dan aku tak download filem.

fadz said...

Sebenarnya byk filem aku dah tgk tapi aku tak dapat dan tak kuasa nak ulas: The Departed (best, ya aku nangis!), Elephant Man, NO Regrets dan adalah aku cuba2 tgk telefilem melayu ari tu yg so so, tapi malas ah..!

hafizanmohd said...

yup 7x dvd 3x dipanggung sunway. aku xtau nk ckp hebat ke tak tp filem tu buat aku rasa somethng, dh lama xde cite yg mcmtu. sila la tgk cpt2 nk tau hg punya pov =)

fadz said...

wah, this 500 days of summer dah buat sesuatu kat ko ah... dvd original dia ada? drama ke epik ke lucah ke mafia ke komedi?

Dude said...

oke, xpe.
thanks.

pijan said...

dvd ori blm kot. blueray pirated pn xnmpk lg. romantik komedi lucah sket yg bes, kalau dia cliche pn dia cliche yg bes la sbb ade cerita cliche yg xbes, aku rasalah hehe..

Anonymous said...

Aku peminat setia komik Pedang Setiawan.Walaupun Fadz kutuk filem Storm Worriors, aku tak kisah. Sebab aku pun jengkel jugak tengok filem tu, CGI superb tapi jalan cerita terlalu jauh beza berbanding cerita sebenar dalam komik.TANGKAP MUAT......

Anonymous said...

Aku peminat setia komik Pedang Setiawan. Walaupun Fadz kutuk filem Storm Worriors, aku tetap setuju. Sebab aku tengok pun jengkel cite tu. CGI superb, tapi jalan cite terlalu jauh beza berbanding kisah sebenar dalam komik.Aksi watak Wind & Cloud tak mencerminkan kehebatan sebenar diorang dalam komik. Tangkap muat sungguh....

fadz said...

thx anon