13 December 2009

Zombieland(2009) & Santau(2009)


"Enjoy The Little Things.."
Columbia

Aku ingatkan aku hanya akan menjumpai satira, komedi dan zombi seram dalam filem ini, tapi aku terkejut, mungkin sepertimana motif Shaun of the Dead (2004) dibuat (yang buat aku lebih menyeronokkan) untuk mengembalikan klise elemen zombi (seperti mana yang Zombi Kampung Pisang cuba lakukan, dengan komedi), filem ini sebenarnya berceritakan tentang kekeluargaan. Dan ini yang memikat, kerana ia menampakkan bahawa tidak semestinya kemungkinan ketidaktentuan dan kemurungan filem-filem zombi diikuti (seperti mana Shaun of the Dead yang lebih kiut, maafkan aku), tetapi dalam zaman pascamoden, boleh diberi laluan baharu.

Oh ya, sebelum terlupa, Im sooo in love with Emma Stone.

Filem bergerak dalam unsur filem jalanan (road movie) serta full-blown fairy tale dalam latar pasca kiamat. Anda akan sedar ini kerana kita di belakang protagonis Columbus lakonan Jesse Eisenberg (walaupun buat aku, memang Woody Harrelson lebih kul) yang nerd (this is the good part of the film, ia merumuskan, menilai semua dan memunggah kembali undang-undang filem zombi, seawal perkenalan watak ini). Hal ini lebih jelas lagi apabila misi tidak sengaja mereka berakhir di Hollywood (masuk "syurga" sebentar apabila masuk ke mahligai Bill Murray! Ya, Bill Murray yang memang hebat tahap dewa!) dan berakhir di satu taman hiburan.

Bagaimana penduduk Amerika jadi zombi? Dikatakan, termakan burger beracun (makanan segera!) dek penyakit Lembu Gila, lalu segalanya berlaku. Ini yang menarik: Romero dan kawan-kawan akan membawa masuk pasukan askar dalam percubaan mencari sistem/kerajaan selepas huru-hara - Ruben Fleischer sebagai pengarah serta Rhett Reese dan Paul Wernick sebagai penulis skrip tidak peduli (kecuali satu pengiktirafan terhadap Metallica buat lagu "For Whom The Bells Tolls" yang sekali gus menggerakkan cerita dan tempo serta makna tersirat dari segi kritikan kepada establishment). Apa yang lebih penting buat pengarah dan pelakon adalah untuk mencatat "hal-hal kecil" dalam hidup. Apa itu? Ya - p e r h u b u n g a n. Ya, aku sedar akan hal "happy ending in a dreary setting" apabila adik kiut Abigail Breslin ada sebagai teraju. You can't kill someone whose too lovable from Little Miss Sunshine can you?
Kita sedar ini dalam babak klasik (selalunya dalam filem zombi, kita akan tahu orang itu akan mati, bergerak dalam tragis atau apa yang akan berlaku seterusnya pada mereka dalam babak mereka semua duduk bercakap di "meja bulat") Tallahassee, Columbila, Wichita dan Little Rock duduk bertentang antara satu sama lain di tepi unggun api (waktu ini baharu Tallahassee membuka dirinya semahu-mahunya, bahawa his an adorable father after all, people dont like to see adorable fathers get killed do they?) - kita tahu "there are meant to be together". Cuba bandingkan hal ini dengan telingkah serumah dalam Night of the Living Dead, atau politik dan ketidaktentuan Dawn of the Dead, atau pertikaian politik saintis dan askar dalam Day of the Dead. Saat ini lagi, kita sudah tahu untuk apa filem ini dibikin dan ke mana filem ini akan pergi.

Banyak "in joke" yang kiut dalam filem ini, dari Psycho ke Ghostbusters ke Caddyshack ke It (babak pelawak ni aku tak boleh lari daripada teringat Cik Lynn, i wonder dia ada berkawan tak dengan dua penulis skrip filem ni), tapi sudah tentu, bahagian paling klasik filem ini buat aku merupakan dua tempat:

1. Rumah agam Bill Murray. Bukan sahaja tempat pengarah "menghabiskan masa" untuk menggerakkan perwatakan masing-masing (di sini Wichita dan Columbia nyaris bercium), tetapi di sinilah Columbia mengajar Little Rock tengok wayang (kerana Little Rock tak kenal Bill Murray - elemen "kecil" yang menandingi ketidaktentuan hidup serta survival sarwajagat sedunia).
Di sini kita tahu, filem ini dibuat kerana cintakan filem senada Cinema Paradiso (filem dalam filem, atau filem yang dibuat oleh orang sayang filem). Bukan filem seram sahaja, tetapi semua jenis filem. Filem, seperti kata pengarah filem ini, ADALAH "perakam hal-hal kecil manusia". Setakat ke rumah Bill, sudah pelbagai rujukan filem yang berlaku (ini disengajakan). Malah si nerd Columbia turut menyedari daripada pengalamannya (seperti pengalaman menonton filem lalu menggariskan undang-undang "filem zombi"nya), tetapi mereka berhenti di rumah Bill Murray, dan di sini segalanya berubah. Kenapa? Kerana mereka mencapai epitom perfileman. Mereka bertemu sang pelakon. Malah "terbunuh" akannya. Kini, merekalah PELAKON, dan ini filem mereka. Mereka tidak sedar ini sehingga mereka bertemu kembali di Pusat Hiburan (sekali lagi: hiburan) di mana setiap kekusutan dan harapan watak terjawab (termasuk Tallahassee).

2. Babak pemecahan kedai cenderamata Red Indian. Kenapa penting (pivotal)? Pertama, ini filem Amerika (Shaun of the Dead lebih ke sentimen UK) dan mereka melakukan hal "budaya besar" filem Amerika: road movie. Mereka terhenti di situ (setiap perhentian dalam road movie penting, selain mengembangkan plot, sepertimana epik romantik). Mereka tidak sedar, barang-barang "konsumer" itu datang daripada satu bangsa yang kian pupus yang pernah melata bumi Amerika, seperti mereka (kini mereka akan pupus). Lalu mereka memecahnya. Kita tahu dua hal dalam perkara ini, pertama, pengarah dan penulis dont give a damn dengan apa yang akan berlaku dengan mereka (they just wanna have fun, and yes, for us to enjoy the show!) , dan kedua seperti zombi dalam filem ini, seperti barang-barang perhiasan dalam kedai itu, merupakan hanya aksesori atau bahan "letak" cantik plot sebenar filem ini. Yang penting merupakan emosi dan reaksi mereka berempat, bukan hal latar ini yang sememangnya menunggu untuk musnah atau dimusnahkan. Satu semangat menarik tetapi pelik dalam menghadapi kiamat.

Ya, ada beberapa babak tidak logik (berlaku waktu akhir) tetapi kita sudah sedar ini disengajakan sebab ia berupa fairy tale. Kita tahu Little Rock dan Wichita ke Pusat Hiburan sebagai tempat "terakhir mereka" - like a moth to a light (di sini, ia terikat cantik dengan kehadiran zombi keraan cahaya roda ferris Pusat Hiburan), tetapi ini berubah apabila Columbia bercadang mencarinya di sana. Akhirnya, taklah setragis yang disangka kan? Ya, filem Amerika menang lagi, tetapi dalam jiwa lain serta latar yang agak aneh tetapi menarik.



ulasan back to back ya!
SANTAU boleh lah..
Ada dua perkara yang membimbangkan aku tentang wayang sekarang:
1. Oleh sebab filem gore macam Zombieland dipotong-potong, orang tetap akan cari DVD lanun (itu saja poin kenapa kita beli DVD lanun kan, sebab tak potong! bodoh LPF!), malah aku tak tahu kenapa tukang wayang gambar kita yang gemuk-gemuk belaka ni buat pemotongan, buruk lah korang potong filem! Macam takde seni langsung! Ya, filem seperti di atas orang tetap akan cari DVD lanunnya dan akan menjauhi DVD tulennya (sebab mereka takut lambang LPF menandakan filem tu pun dipotong, jadi buatpe beli filem potong kan?), melainkan ianya Inglorious Basterds yang sememangnya sebuah filem yang wajib ditonton dalam wayang (ya, ada filem yang mesti ditonton dalam wayang untuk cinematic feelnya, tapi ada juga yang macam lahabau telefilem, yang maaf cakap, kebanyakannya filem-filem Malaysia macam tu!)
2. Mak ayah tetap bawak anak gi tengok filem yang tak sepatutnya. David Teo tahu apa tentang had umur, dia tahu nak untung filem je! Santau adalah sebuah filem yang memang tidak sesuai untuk tontonan anak-anak (Poltergeist LAGI sesuai!), maka melihat filem ini mendapat rating PG-13 amat-amatlah mengganggu fikiran aku (tapi secara hipokrit, memang masa kecik-kecik aku dipaksa tonton filem seram yang dulu langsung takde rating).
Santau bagi aku sangat senang dari segi plot. terlalu senang: satu keluarga kena santau oleh jiran busuk hati, jadi si suami yang tak caya ilmu hitam terpaksa mendepani hal ini lalu membawa isteri dan anaknya berubat. Dari awal hingga akhir, ini merupakan satu lagi rip off The Exorcist. Malah skeptikel suami samalah macam skeptikal si ibu seawal Reagen kena kacau, ada katil goncang lagi!
Tapi lantaklah semua tu. Apa yang aku suka tentang Azhari ialah, kemasukan humor dalam filem yang yang sarat serius ni. Beliau dulu amat dikenali sebagai penulis skrip filem-filem komedi dan drama Prof Razak di bawah kelolaan David Teo. Jadi memang ada beberapa dialog yang tak berapa kena, tetapi ada juga beberapa babak yang bagus (nanti aku citer). Yang aku tak berapa berkenan, malah langsung tak rasa takut merupakan babak-babak "opocot" terkejutnya yang langsung dah tak terkejut (sebab dah dibuat banyak kali dalam filem-filem sebelum, orang dah agak), malah gaya David Teo masukkan unsur runut bunyi dah tak menjadi sangat dah.
Malah Metrowealth merupakan antara penerbit filem yang mempunyai pembukaan logo syarikat yang paling buruk dalam sejarah filem Malaysia. Penuh dengan bumi dan cerekawala dan bintang, aku tahu David percaya pada ong-ong ni, eloklah sangat tu buat filem untuk orang Melayu kuatkan diri lawan ilmu hitam dengan kuasa Allah. Tolonglah David, tukarlah, tengoklah betapa simple tapi efektifnya pembukaan logo syarikat filem-filem Thai.
Ok, now the good part:
Filem ini takkan berjaya kalau tidak ada Esma Daniel. Aku suka lingkungan emosi yang Esma bawa, dia boleh berlawak tetapi juga faham akan serius dan bahagian yang memerlukan kuasa yang lebih dari itu. Malah Esma melakonlan wataknya dengan berkesan sekali, kita nampak wajah "manusia"nya wataknya, seorang dermawan kaya yang tidak mahu mempercayai tahyul dan tidak tahu bagaimana mahu mendepaninya. Ini lebih berkesan daripada ketidakfahaman Pierre Andre dalam Jangan Pandang Belakang (kalau dilihat kebelakangan ini, David memilih bintang-bintang yang boleh berlakon baik dalam satu plot yang seakan sama dalam filem-filem seramnya).
Satu babak yang mungkin tidak efektif pun seramnya tetapi reaksi dan emosi pada tahap manusia yang berjaya ia keluarkan: ini adalah babak dalam van (yang dikecohkan dalam Melodi Ahad lepas) di mana Puteri Mardiana yang disampuk meracau, lalu tensyen mula terbina apabila Puteri meracau teruk (tampak komikal tetapi sangat berkesan), kaki ditendang ke pemandu (Man, lakonan Handy Black) dan Puteri mahu terjun keluar van dengan membuka pintu. Waktu sudah suntuk, Esma melaung agar pasang CD Yassin. Waktu itu, kerana tidak keruan lagi, Esma menumbuk dan menumbuk isterinya. Puteri jatuh pengsan. Babak ini merupakan babak paling efektif dalam keseluruhan filem ini, tidak pun seram tetapi berjaya dalam memancarkan drama manusia dalam ruang lingkungan kecil, serta dinamisme yang dimainkan, iaitu seorang suami yang tidak memahami, lalu "suara patriaki"nya, dalam budaya penuh lelaki "keluar", dia menyampaikan "kekejaman" terhadap isterinya (yang buatnya dia tidak faham adakah isterinya atau "benda itu"). Hal ini sekali gus menyentuh dan menekan secara psikologikal, serta relevan sebagai pengkajian kuasa suami ke atas isteri. Ini merupakan kekuatan Azhari yang sebenar, dan bukan bahagian entah apa-apa dengan kejutan yang bukan-bukan dan tidak perlu pada awal cerita.
Satu babak lagi merupakan waktu pembuangan hantu santau (exorcist), yang ditemukan dengan Bob Lockman (waktu ni, semua orang di pawagam ketawa!), lalu kemudian seorang Lebai di surau. Ini adalah satu bali babak kuat, dan buat aku babak yang baik. Pada awalnya, semua orang ketawa apabila melihat Puteri merengek dan meracau (biasa, aku tonton The Exorcist pada awalnya, aku ketawa dengan kata-kata lucah oleh Reagen, bukan takut), tetapi as the tense build, dan Puteri melambung ke ayat Quran, semua orang tiba-tiba senyap dan ternganga dalam pawagam. Saat itu mereka sedar, ini bukan filem main-main, seperti mana pada awal filem dinyatakan ia diilhamkan daripada sebuah insiden sebenar. Filem ini, seperti mana filem-filem sebelum Metrowealth, memapatkan bahawa ilmu hitam ini benar dan ianya amat membahayakan, malah merosakkan. Ada satu mesej yang kuat secara tanggung jawab di sini disampaikan oleh David, walaupun amat didaktik bunyinya: ilmu hitam itu salah, dan Allah tentu dapat membantu orang-orang yang dianiaya. Tapi aku tak pasti, selepas segelintir orang Melayu yang menonton filem ini, adakah mereka akan insaf? Adakah mereka sanggup bersatu dan buat witch hunt besar-besaran untuk sapu dan bersihkan segala bomoh kurafat yang guna ilmu hitam dan jin dari tanah semenanjung ini? Atau adakah filem ini hanya akan menjadi bahan hiburan untuk menakut-nakutkan orang?
Tetapi sad to say, itu sahaja yang dapat dicerna daripada filem ini, ya ia terlalu pendek untuk dibualkan dan terlalu senang garapannya untuk disukai. Tetapi buat aku, Azhari sememangnya punya potensi untuk melahirkan hal-hal yang genius jika beliau diberikan ruang untuk membuat satu filem yang serius dengan isu yang serius. Kerana daripada filem ini, aku nampak, potensi beliau mengarah dan memahami jiwa manusia dan emosinya amat mencapai kepuasan nilai sinema.
ps:Poster awal filem inilah yang buat aku nak tonton filem ni masa aku jalan ke pawagam beberapa bulan dulu, dengan kemenyan dan bahan-bahan ilmu hitam tu, bukan poster sekarang.

19 comments:

dakwat-merah said...

pergh..
rajin nye ulas..banyok teh..
hehhe..
mcm biasalah fhad duk klate kena tgu cd kuar lah.br leh tgk.takpun kan g pahang atau k.l dulu kalu nak tgk..cita hehehe
fhad mu tak buat ko ulasan pasal slumdog milinier?
n apa pendapat ko cita tuh?
sbb aku tak terel po mu hhehe

vovin said...

Zombieland sucks.

Ok, kidding.

Intro For Whom The Bell Tolls tu memang gila babi punya best. Aku masuk wayang, tgk prolog dia dan bang! Lagu tu terus menaik semangat aku.

Antara intro terbaik filem yang pernah aku tonton. Antara.

fadz said...

dakwat, ni dia:
http://tontonfilem.blogspot.com/2009/01/slumdog-millionaire2008-sebuah-filem.html

mmg dah lama rebiu filem tu..


vovin, and My Gf Ana is full of shit, just kidding!

mana bahan, firdaus kata hang tak bagi pun password tu lagi!

vovin said...

hmmm, menarik. Aku make fun kat karya orang lain dan kau balas kat karya personal aku. Menarik menarik.

Aku dah send emel invitation untuk dia jadi admin sai fai dot com lama dah dulu.

So salah aku ke?

fadz said...

vovin, just kidding la cibai, kan aku siap masukkan antara 10 filem yg aku suka malam Maskara, haikh..

so kau dha lama hantar invitation, mungkin dia terlepas kot.. sebab dia mengaku dia terlalu sibuk... haykh, nantilah...

haykg..

asyik sigh je..

zulazahari said...

Lagu Metallica jadi tema filem Zombieland? Serius? Kenapa promo kat TV main lagu Bluegrass?

fadz said...

mungkin bluegrass "perform" lagu tu tapi manalah aku tau, yg aku tahu For Whom The Bell Tolls tu mmg le Metallica si Heatfield tu yg cipta kan.. so there..

mad hopper said...

fadz, bila u nak kumpulkan tulisan u dlm buku? i suka lah

zubin said...

fadz, u ada filem Jasmin 1 dan Jasmin 2? boleh pinjam tak? kalau tak boleh u pinjam dari Noraini Jane atau Tan Sri Kamarul atau Jamil Sulong?

fadz said...

Dr., takde.. walaupun dah tgk, kedua2nya sekali..

Nabil Fizri said...

Bagus.

Anonymous said...

kamu antara pengulas filem yg kool dimuka bumi..

fadz said...

mad, err, ada ke yg nak baca?

anon... terima kasih terima kasih terima kasih ... semuanya dari NYA.. huhu

dex said...

setuju!fadz aku pun sokong ko buat buku beb.peminat filem mesti beli punya..compile jer suma ulasan2 filem yg ko buat dari dulu lagi...aku antara org yg akan beli.yeah~!

mad hopper said...

yeah fadz, i pun nak baca ulasan-ulasan lama u.. cepat, buatlah buku!

reza said...

setuju dengan comment intro best zombieland.. antara terbaik bagi aku..lawak lak tuh tgk ada sorang awek nih lari bawak air..adengan depan stripper bar tuh pon..
intro watchmen pon aku suka..kalau intro2 camnih mmg terus pump lah aku nak layan movie-nyer

Nazim Masnawi said...

It's weird coming out of a zombie movie feelin' good. For half an hour, I dunno what to think.

Anonymous said...

x ulas filem ninja assassin ke?

fadz said...

nazim, same here..

anon, erk? ninja assassin? erk