16 March 2010

Akan Datang: The Malay Chronicles:Bloodline AKA Hikayat Merong Mahawangsa


Komplen aku? Satu saja, judul Inggerisnya:

"Bloodline" sudah digunakan berkali-kali dalam judul filem, malah, jika judulnya meletakkan Xxxx: Bloodline, sudah banyak filem seram yang mempunyai judul yang serupa itu.

OK, aku tak pernah seteruja ini menunggu Hikayat Merong Mahawangsa, seperti mana aku tunggu Puteri Gunung Ledang. Dulu, aku pernah berbalah dengan arwah Kak Min, menyatakan, sebuah industri/negara, tidaklah mencapai tahapnya jika ia tidak berjaya membikin sebuah filem epik. Kak Min amat-amat tidak bersetuju, kerana ada juga filem kecil yang boleh menjadi duta negara. Ya, aku kini lebih rendah diri dan menyanggupi kata Kak Min itu, tetapi aku dibesarkan dengan menonton serta menyukai filem seperti Ran, The Ten Commandments, Lawrence of Arabia, War & Peace, Gandhi, The Last Emperor, dan pelbagai lagi filem-filem berlanskap luas dengan syot-syot jauh yang aku kagumi. Heck, malah Indonesia sudah jauh meninggalkan kita dengan filem epik mereka seperti Tjoet Nja' Dhein, Saur Sepuh, Wali Songo dan filem propaganda epikal, G30S/PKI.

Jadi, betapalah aku bersemangat bila KRU hendak membawa filem ini ke layar. Mula-mulanya aku sangsi juga bagaimana mereka hendak gambarkan Garuda dalam CGI. Tetapi dimaklumkan Garuda itu merupakan lanun dari Pulau Garuda (mungkin Langkawi, atau kawasan berdekatan Segenting Kra) aku tersengih, bagus bagus, ada kreativiti dalam menurunkan bajet, malah mungkin lebih terikat cantik dengan plot (soalan: bagaimana para lanun di semenanjung Melayu tahu pihak Yunani membawa seorang tokoh yang boleh dibuat tebusan? Kuat benarkah pasukan lanun sampai habis tentera laut Yunani dihentam? Hal-hal ini mungkin boleh dijawab bila kita menonton nanti...)

Aku juga sedar sesuatu, KRU suka sangat ambil penulis/wartawan yang dekat dengan dunia hiburan/kewartawanan. Meor Shariman, mantan pengarang hiburan The Malay Mail serta novelis popular merupakan penulis skrip Cicakman. Kemudian KRU ambil anak murid/didikan Razak Mohaideen/Metrowealth iaitu Azhari Zain yang kalau aku tak silap, juga seorang wartawan. Azhari Zain banyak menghasilkan skrip untuk filem-filem Metrowealth, dan arahan Razak Mohaideen, dan kalau aku tak silap merupakan penolong pengarah bagi beberapa projek profesor itu dengan Metrowealth, antaranya Potret Mistik, Nana Tanjung dan lain-lain. Azhari Zain juga yang memberi kita filem seram-libur, Santau buat kita awal tahun ini. Azhari Zain telah menulis skrip Duyung untuk Razak Mohaideen/KRU dan kemudiannya menulis skrip dan mengarah Jin Notti. Buat Hikayat Merong Mahawangsa, aku semak, Amir Hafizi, penulis (aku hanya tahu dia tulis novel filem Susuk dalam bahasa Inggeris) dan wartawan merupakan pencipta skripnya. Jika ini Amir Hafizi yang kita kenal, aku punya semangat yang tinggi kerana:

1. Kritis dia amat teliti dan memahami ke mana gerakan filem itu (plot lubang dijauhi).
2. Mulut dia pedas bila mengkritik, orang-orang mulut pedas je pandai bagi dialog-dialog mantap. Filem memerlukan dialog mantap untuk kesesuaian cerita dan orang boleh ingat.
3. Dia pandai menulis (walaupun aku tak baca Susuk tu lagi, ramai orang kata best).

Jadi, tak mungkin, tak mungkin budak ni boleh fu**ed up filem ni (dari segi jalan cerita). Amir, jangan ko jadikan filem ni Solomon Kane sudah. Aku takkan bantai pengarahnya, aku cari kau dulu. Yeap, apa-apa pun orang akan kembali ke jalan cerita.

Beberapa benda lain yang aku teruja adalah, selain PGL, filem ini juga menggunakan okestra MPO untuk runut bunyinya, syabas! Dan aku dengar memang penggambarannya lancar dan kini hanya sedang dalam proses pascaproduksi, di mana suntingan, suntingan suara serta masukkan CGI. Aku dengar Yusri ambil seminggu untuk buat secantik mungkin satu babak yang mungkin beberapa minit. Takpe bro, buat perlahan-lahan, jika betullah 8 minit tu betul-betul berjaya menguja pembeli luar. Biar sakit sekarang, siap nanti, whooohh, rasa puas tu lain!

OK, sekurang-kurangnya sekarang aku optimis. Yusri, kau bagi yang terbaik ya!

10 comments:

zulazahari said...

Orkestra MPO, shot jarak jauh, efek CGI, memang ada ciri-ciri filem epik yg hebat, aku pun buang curiga aku jauh2 untuk menonton filem ini.

rozinorazali said...

aku seperti biasa awal awal ini tidak mahu menilai...
mahu lihat dahulu...
kalau baik, aku cakap...
kalau x baik buat buat tak tengok...

ezza said...

awesome!!! aku teruja

elmaaniq said...

Amir Hafizi = Malay Male?

roasted kopi said...

sinematografi tampak lebbih canggih dr pgl... tapi sama gak la aku pun reserve komen aku dulu.. serik dah dgn pgl filem gah tapi editing lemah akibatnya struggle aku nak tgk sampai sudah.

dekad yang lepas ni, top filem epik bagiku termasuk lah musa, hero dan mongol.. aku harap hikayat merong adalah seasli mungkin dan tidak lah hanya menurut cliche ...

fadz said...

elmaniq, yeap, that one!

Taf Teh said...

Epic is for inspiration.
Short filem is for shorter attention span.
Futuristic represents hope.

Well, we need all kind of movies.

GAIA said...

selalu juga filem KRU indah khabar dari rupa. Harap2 yg ini tidak begitu

zulazahari said...

Sila ambil award di blog aku sempena blog yg fantastik ini

Anonymous said...

errrrr garuda di ganti dengan lanun? saya lebih suka cerita hikayat asal yang lebih berunsur mitos dari logic, itu gergasi pon tarak la cam tuh. jadi cerita nie lebih ke arah 300 dari clash of the titan atau lord of the ring la ye. harap fight scene die gempak lah.