30 June 2010

Jangan Biarkan Kitaran Ini

Beberapa minggu lalu, aku lepak dalam sebuah forum intelektual di DBP berkenaan penggunaan bahasa dalam filem tempatan. Dr. Google (Prof. Madya Hasbullah) adalah pengerusinya, berserta ahli panel Dr. Mahadi J Murat, dan dua akademik pejuang bahasa. Aku respek jugaklah kat prof. ni sebab ilmu retoriknya (pengucapan) ligat dan macam buku. Beliau patut menulis novel (atau skrip filem). Walaupun, aku, sepertimana Dr. Mahadi, tidak begitu menyetujui kepentingan dialog (kata bual) melampaui bahasa filem (imej, dan segala yang berkaitan membentuk sesebuah filem), mereka punya pandangan yang kuat, termasuk dua pejuang bahasa berkenaan kerosakan bahasa serta hilangnya identiti diri pembikin filem Melayu sendiri membikin filem (Dr. Google menyatakan, 80 peratus judul filem kita, contohnya menggunakan bahasa rojak atau bahasa Inggeris).

Kasihan Dr. Mahadi kerana beliau pula yang perlu menjawab persoalan itu, kerana buat aku, Dr. Mahadi tahu kepentingan "bahasa pertuturan dalam filem" tetapi BUKANNYA masalahnya untuk tegur, baik Afdlin jika keluarkan judul seperti Los & Faun, atau anak Sop Selam, Evolusi KL Drift, atau Chunk dengan Kapoow: Atoi the Ajaib Boy (sorry dude, the title is so lame, I just can't make myself to drag myself to go watch it, so so sorry). Masalah itu sememangnya datang dari diri pembikin itu sendiri.

Aku rasa, SAMPAI KIAMAT pun kalau orang akademik dan pejuang bahasa nak melalak tentang penggunaan bahasa dalam filem (aku teringat Muallaf yang sengaja dibikin sepenuhnnya dialog Inggeris, atau The Red Kebaya, hahaha), jika:

1. DBP atau mana-mana badan (LPF contohnya) tidak diberi mandat kuat kuasa menjaga bahasa.

2. Masih ada sekolah jenis kebangsaan. Hello, kita memang bukan bangsa homogenus, dan kita pun bukan jenis bangsa Siam atau Indonesia yang siang-siang menyatukan bangsa mereka dengan satu bahasa.

Jadi, tak usahlah bising-bising. Prof. Teoh sendiri menyatakan, kita perlu ubah SIKAP. Tapi, siapa nak "kawal" atau mencakna sikap? Pendedahan kita kepada filem (pembikin atau penonton) bukannya macam di Iran, Tibet, China atau Vietnam (mereka SARING atau buang filem luar), atau beralih bahasa macam di Jerman dan Peranchis. Melainkan bapak-bapak atas takhta parlimen itu yang SERIUS melakukan sesuatu.

Tapi ada kita dengar?

Tak kan?

Sudah lah ....

Yang lebih penting daripada itu (yang mana, aku sedar, tak ramai audiens pagi itu yang sedar pun) adalah makluman daripada Dr. Mahadi: Jika anda mahu UBAH sikap pembikin filem kita, anda mesti MASUK dan MENYELAM dalam filem-filem kita sekarang.

Dr. Mahadi ada poin yang kuat. Masalah filem kita sekarang, yang kepoh bagai nak mati, kecoh fasal bahasa, kualiti dan entah apa-apa lagi tu, (1) mereka jenis hanya menonton filem di TV (waktu raya, kawan aku ramai jenis macam ni, kalau aku jadi diktaktor, dah lama aku kumpul dan sembelih), (2) mereka menonton filem lain, khususnya Hollywood, dan paling bagak, (3) mereka beli DVD haram filem Melayu.

Dr. Mahadi menyatakan yang sebenarnya, realiti sekarang, majoriti penonton yang menonton filem Melayu adalah, dan masih, golongan kelas rendah ke menengah, khusus muda, khusus budak IPT. Jadi buat golongan ini, filem jenis apa yang mereka suka, bahasa apa yang mereka guna, trend apa yang mereka ikut? Pembikin TERPAKSA mengikut "arus kapitalisme" ini atas kerana "survival". Bagaimana dengan filem arwah Yasmin yang bagus, atau filem kita yang masuk festival antarabangsa, atau tak pun, aku jenguk, filem Rahim Razali macam Tsu Feh Sofiah, Pemburu dan Abang. Atau dekad dulu, Layar Lara. BERAPA KERAT YANG TONTON? Mana para intelektual yang canang mahu melihat "perubahan", adakah mereka sendiri menonton filem-filem bagus. Percayalah pada aku, TAK. Malah sekarang dalam kumpulan MELAYU pun, sudah ada kumpulan penonton yang SNOBBISH, hanya menonton filem bahasa Inggeris, malah tak tahu pun berbual atau bercakap dalam bahasa Melayu.

Inilah kitaran dajal yang melanda dunia filem kita, dari 80-an sampai sekarang.

Kenapa filem Korea tiba-tiba boleh BOOM? Macam mana dengan Jepun? Aku tak perlu pergi jauh, aku jenguk Indonesia sahaja (ingat, ini juga berbalik kepada bahasa). Dean Sham pernah beritahu aku, macam mana semangat orang Korea atau Jepun, lain macam semangat orang Melayu. Mereka, walaupun apa pun, mereka akan utamakan produk mereka dahulu, produk mereka the best (secara satira, rujuk sebuah filem Jepun yang cerdas, dan masih jadi kegemaran peribadi aku, Welcome Back Mr. McDonald). Yeap, mereka akan keluarkan juga CRAP, tapi CRAP pun mereka akan tonton, dan kata bagus. Lama-kelamaan, atas sebab PERCAYA, benda tak bagus pun jadi BAGUS (contoh: dulu mana ada orang nak beli barang atau kereta Jepun, sampailah sekarang orang pandang tinggi!) Inilah semangat orang Jepun dan Korea. Fasal tu lah mereka boleh masuk Piala Dunia!

Kita bagaimana? Kita bukan sahaja mengkritik, tetapi kita TAK GUNA atau TAK TONTON pun produk/filem tu, tapi kita tetap kritik. Itulah kita. Yah, aku tahu, aku pun bila mengulas, aku berbisa gak, tapi AKU TONTON kemudian baru aku kritik (contoh macam kenapa aku tak tonton Kapoww, itu pendapat akulah, tapi aku tak kutuk filem tu bagus ke tak, hanya aku tak tonton je atas bersebab). Ni, masalahnya, termasuk cendiakawan kita, belum apa-apa, dah GENERALISASI. Contohnya, tak ramai yang tahu bahawa sebenarnya P. Ramlee antara penyebab tradisi budaya penggunaan dialog rojak, hah! Pergilah kaji betul-betul, korang akan sedar, malah pembauran dialek pelbagai arah (sebab ini di Singapura, tempat rempah ratus Melayu Nusantara waktu tu) berlaku dalam filemnya (kita tak sedar sebab kita ingat orang bercakap macam tu zaman dulu, kalau rujuk filem Cathay Keris, barulah kita dapat dengar bahasa yang betul).

Inilah masalahnya.

Serius, aku syorkan, kepada pemikir dan orang berduit, pergi, pergi tonton filem Melayu. Lihat apa masalahnya dan NYATAKAN dalam apa-apa bentuk media atau saluran. Beri penyedaran. Bila berlaku "arus baharu penonton" (hal ini dimulakan dengan Puteri Gunung Ledang suatu masa dahulu, dan kemudian Sepet, yang sampai sekarang kami masih tunggu untuk ia berlaku lagi, golongan ini jugalah yang terlepas menonton Gol & Gincu, The Red Kebaya, Budak Kelantan dan filem-filem Indie yang bagus), baharulah ada suara "kedua" yang boleh bercantum dengan golongan rendah ke menengah anak-anak muda itu. Contohnya, bila tiba-tiba, satu "arus" penonton yang menyokong, menonton serta memperkatakan tentang Kala Malam Bulan Mengambang sekerasnya, tentulah masyarakat yang tidak tahu aku bertanya, "Apa benda semua hal ni?" dan mula "melihat". Ini dinamakan "pengaruh" serta "creating awareness". Aku kira, apa yang berlaku dengan Apa Ada Dengan Cinta, begitulah (tetapi, sebenarnya, filem ini taklah meletup besar di pawagam kita, tetapi "awareness"nya amat tinggi dalam kalangan penonton Malaysia, termasuk golongan menengah atas). Dengan memilih, tentu terbina satu "pasaran baharu" (hal inilah yang kita tunggu-tunggu berlaku sewaktu beberapa tayangan filem yang baik berlaku). Dengan "pembukaan mata", sudah tentu, kumpulan produser sekarang (yang tak ada haluan dan keberanian dan hanya mengikut satu hala kapitalisme, contohnya, memperbanyakkan filem komedi serta seram, tapi err, aku suka filem seram) akan melihat, "Oh, buat ni ada potensi rupanya."
Inilah benda yang aku mahu lihat, terjadi. Aku harap, dengan kehadiran Hanyut oleh U-Wei, kumpulan kedua ini akan berbuat sesuatu, dan bukan lagi melakukan dosa besar terhadap dunia filem kita apabila tidak mahu menjenguk filem U-Wei, sepertimana yang berlaku dengan Kaki Bakar, Jogho dan Buai Laju-laju sewaktu ia ditayangkan di pawagam. Kerana itulah, buat aku, mungkin kalau seorang pengarah melakukan dosa paling besar iaitu membunuh diri, mungkin barulah orang kita nak sedar. Sepertimana P. Ramlee yang tiba-tiba meninggalkan Malaysia yang tidak peduli akan geniusnya.
ps: Mamat ni satu contoh "kumpulan kedua" yang aku respek, beliau merupakan anak bukan Melayu yang memaksa dirinya menonton filem Melayu, dan dengan jujur menyatakan "masalah" dalam filem-filem yang beliau tonton. Aku respek kat dia sebab dia benar-benar menunjukkan dia sayang filem Melayu sebab dia paksa diri dia beli tiket walaupun dia "tahu" ini bukan filemnya atau bukan filem yang mungkin dia tak suka (dia juga mencari rohnya). Serius, orang sebegini yang perlu pembikin filem sedari, sebab dia merupakan "suara" yang mahu melihat filem Melayu "berubah".
Oh ya, dia tembak habis Kapoww. Mungkin itu jawapan aku kepada Ajami Hashim jika dia tanya kenapa aku tak tonton filem tu sampai sekarang.

27 comments:

Johnny said...

bisa sungguh!
tahniah!

Anonymous said...

Fadz, awak perlu lihat hutannya, bukan pokoknya.

-hujan bunga

fadz said...

yeap John.

Hujan, berkiaslah pulak!

hutan? aku siap tengok NEGARAnya!

TMBF said...

Thanks for the shoutout bro. :)

I've actually been thinking of writing a post similar to yours - a call for peminat-peminat filem untuk menjadi pengkritik filem. Maksudnya kena rajin pergi tonton filem Melayu dan rajin tulis rebiu yang jujur. Filem yang nampak macam taik pun pergi tonton, dan kalau memang macam taik, taikkan dia habih-habih dalam rebiu.

Because that's something we don't have yet in negara kita ni - a culture of criticism. There is no, as you say, "kumpulan kedua" that can act as quality control for our creative output. The only pengukur of how good a film is is box-office, which is not reliable. Filem yang ada Farid Kamil pasti untung. Filem rempit pasti untung. Filem berdasarkan novel pasti untung. But the real baik dan buruknya filem tu, takde siapa yang benar-benar paham.

Actually, ada orang yang paham. Cuma mereka tak bersuara. I wish they would.

Taf Teh said...

Ohh Korea menggunakan teknik 'fusion' sebab itu mereka telah menjelma sebagai kuasa baru.

Dan drama/filem Korea amat artistik dan dilimpahi metafora/falsafah (walaupun kadangkala cerita diheret dengan lembap sekali).

Saya amat berharap drama/filem di Malaysia dapat meniru gaya Korea, kerana 'fusion' itu sendiri memberi maksud meniru dari yang terhebat dengan menokok-tambah unsur baru (the art of perfecting the great).

fadz said...

TMBF, my pleasure.. hehe

Taf, jadi makna saudari, mmg Korea ni pun menirulah (macam kita), tak ada jati diri, kan? tapi meniru dengan berkesan sekali, dan penontonnya tidak rimas dgn hal tu.. begitu kan?

fadz said...

tapi aku harap u tunjukkan beberapa bukti berkenaan hal ni, Taf.

i am rain said...

- Dan drama/filem Korea amat artistik dan dilimpahi metafora/falsafah (walaupun kadangkala cerita diheret dengan lembap sekali). -

u gotta be kiddin'.. is this a sick joke or what??!

fadz said...

poin aku di sini ialah, majoriti masyarakat kita TAK PEDULI pun dengan filem Malaysia (takkanlah kita nak berharap dengan segelintir penonton norma Melayu itu sahaja, yg menonton filem kita hanya utk hiburan?)

Sekarang, kalian faham tak kenapa Suhaimi Baba tiba2 mensengajakan dirinya jatuh dari tempat kehormatnya dengan mengarah filem seperti PHSM?

ini merupakan perbincangan yg berlaku dalam FB antara Ridhwan Saidi dan beberapa, termasuk aku:

Ridhwan Saidi Tak setuju dengan Fadli Al-Akiti, kita perlu kembali kepada common sense, filem sampah jika disokong lagi ligat la ia berkembang. Jika industri perfileman di M'sia runtuh sekalipun, so what?
TONTONFILEM: Jangan Biarkan Kitaran Ini
tontonfilem.blogspot.com
18 jam yang lalu · Komen · SukaTidak suka · Kongsi
Fazleena Hishamuddin dan 2 yang lain menyukai ini.
Nazim Masnawi
Nazim Masnawi
Am with you here, tapi akan talk with Fadz about this later.
18 jam yang lalu · SukaTidak suka
Cik Lyn
Cik Lyn
I just read it..agak keliru disitu..dia kata kita kena tgk filem melayu x kiralah teruk or not but in the same time fadz xnak tgk kapoww just bcuz he read a bad review bout it? Oh come on fadz like he said teruk mcmana pun kita kena tonton and support filem melayu right? *wink
16 jam yang lalu · SukaTidak suka
Ridhwan Saidi
Ridhwan Saidi
ok, dijemput join: http://www.facebook.com/event.php?eid=123736361002519&ref=mf
14 jam yang lalu · SukaTidak suka
Nazim Masnawi
Nazim Masnawi
No, Lyn. He said he disliked the title.
14 jam yang lalu · SukaTidak suka
Cik Lyn
Cik Lyn
hahaha ok got it ;)
14 jam yang lalu · Suka

fadz said...

reaksi aku dalam FB di atas:

Not really, the real point is, for ur voice to be heard, if u dont want to watch a bad movie, tell why u dont want to watch a bad movie.. problem dia sekarang, seperti yang ditonjolkan pada hari DBP tu, ramai yang TAK MENONTON apa2 filem Melayu (walaupun yang baik), jadi masalahnya, mereka mengeneralisasi benda yang salah (contoh: Semua filem P. ... Lihat seterusnya..Ramlee bagus dan ikut semangat kebangsaan).. mereka tak FAHAM apa itu filem Melayu.. Untuk Ridhwan bereaksi sebegini, bagus, sebab ini memaparkan tanggapan dia berkenaan "filem Melayu" sebab dia memahaminya.

Ini sebenarnya untuk kumpulan "penonton kedua" yang tak pernah mahu mengenali filem Melayu. Apa yang dibuat, contohnya oleh TMBF amat2 menolong (cth: kita tahu sekarang ada kebangkitan filem Cina-Malaysia komersial yang bagus).. tapi yeap, pemahaman berkenaan Dean Sham itu mmg benar, dan masalahnya, mmg kita org Melayu agak pesimis terhadap bahan ... Lihat seterusnya..produk sendiri, tapi Ridhwan it is wrong for u to dislike, becoz in the 1st place, u have watch those films, then, u "tell" about it.. jadi samalah, tapi tapak dia lain..

contoh terbesar ialah, kenapa tidak ada kumpulan penonton Malaysia (maksudnya, termasuk bukan Melayu) yang tidak cuba menonton Kaki Bakar semasa ia keluar. Filem itu antara filem terbaik Melayu yang keluar pada tahun itu, tetapi kenapa dengan "ignorance" yang melampau? Aku ingat lagi era itu, bagaimana U-Wei dan kompradornya pusing Uptown, menjaja poster dan makluman tentang tayangan filem ni, yg buat aku, impresif (ini mendahului apa yg David Lynch lakukan dgn lembu utk promo Inland empire).
(samb ..)

fadz said...

tetapi apa yg berlaku? hanya aku dan siap 2 org sahaja yang menonton. Ketidakpedulinya msykt terhadap Kaki Bakar waktu itu menjengkelkan (semacam menyatakan, kita ada filem bagus, tpai kita TAK NAK filem bagus).. aku salahkan "penonton kedua" ini kerana tidak "memberi jalan" untuk majoriti Malaysia mengenal U-Wei.. rujuk sinema Jerman, Jepun dan ... Lihat seterusnya..Peranchis, sekurang2nya mereka "menyokong" (biasalah, filem mereka yang ala HOllywood lebih menampung penonton, tapi ini bukan poinnya) filem2 berat/art house, di sini bagaimana kita mengenali Francois Ozon. INI TAK BERLAKU DI MALAYSIA: berapa ramai kalian korang menonton Punggok Rindukan Bulan Azharr bila keluar? JANGAN NAK TIPU AKU!

Yang Ridhwan silap di sini ialah, Ridhwan tak nampak "kuasa" penonton kedua.. Cthnya, macam TMBF, bila ia menonton Kapoww, dan mendapatinya bangang, aku yang pernah menonton filem Azizi (yang aku benci dan letak pada diri aku tak mau menonton) rasa musykhil pada awlanya kerana Ajami mengatakan ia BAGUS. Tapi bila TMBF sudah menyatakan, aku AKUR. ... Lihat seterusnya..INI PENTING sebab dalam dunia media sekarang, wartawan perdana TIDAK DIBENARKAN mengutuk filem Melayu, jadilah ulasan2 yang tidak jujur, separa benar dan tipikal ulasan Huzz (semuanya bagus dan perlu tonton).. malah Pak wahab juga sudah "dipaksa" tone down kepedasannya (kalian sedar atau tak taringnya sudah hilang?)

Baru2 ini, malah, dalam pratonton Mantra, ada seorang sang pengarah dgn seloroh menyatakan, "Ha, aku ada di sini, jaga2 korang, tulis yang baik2 aja." JADI, inilah kitaran celaka yang sedang kita lalui, wartawan menulis "pembohongan" dan penonton kedua "tak peduli" pun dgn filem Melayu. Ia tak pernah berubah. Bagi aku, apa yg TMBF dan beberapa ... Lihat seterusnya..kawan "cuba" lakukan (menonton) itu sangat penting. Ya, kadang2 kita akan temui sesuatu dalam sampah (pernah tonton Pink Flamingo?) yang dahulu, aku paksa diri aku menonton filem Prof Razak dulu, dan aku MENYATAKAN apa yang salah/betul ttg filem Prof Razak (ini utk penonton juga, mengasah sendiri mata mereka bila menonton).. tapi ya, aku sampai sudah naik muak, aku berhenti terus menonton filemnya (2 tahun lepas).. Ridhwan kena faham, masalah kita sekarang bukan mentaliti penonton, tetapi sikap kita yang meletakkan apa2 yg kita buat "bodoh" (cth: aku boleh kira berapa org kawan aku yg baca sastera melayu), jadi mereka lebih SENANG menonton filem Hollywood, walaupun ianya bodoh. Ini lebih mensesalkan (kerana menafikan filem kita sendiri) daripada melihatnya sebagai "common sense". dan ya, tulisan aku sebenarnya berbau "retorik" daripada "a matter of fact".

jadi, jaga2lah Ridhwan, hal ini juga akan berlaku pada anda, dan sebab itu anda memerlukan sokongan "penonton kedua" ini..

fadz said...

tetapi apa yg berlaku? hanya aku dan siap 2 org sahaja yang menonton. Ketidakpedulinya msykt terhadap Kaki Bakar waktu itu menjengkelkan (semacam menyatakan, kita ada filem bagus, tpai kita TAK NAK filem bagus).. aku salahkan "penonton kedua" ini kerana tidak "memberi jalan" untuk majoriti Malaysia mengenal U-Wei.. rujuk sinema Jerman, Jepun dan ... Lihat seterusnya..Peranchis, sekurang2nya mereka "menyokong" (biasalah, filem mereka yang ala HOllywood lebih menampung penonton, tapi ini bukan poinnya) filem2 berat/art house, di sini bagaimana kita mengenali Francois Ozon. INI TAK BERLAKU DI MALAYSIA: berapa ramai kalian korang menonton Punggok Rindukan Bulan Azharr bila keluar? JANGAN NAK TIPU AKU!

Yang Ridhwan silap di sini ialah, Ridhwan tak nampak "kuasa" penonton kedua.. Cthnya, macam TMBF, bila ia menonton Kapoww, dan mendapatinya bangang, aku yang pernah menonton filem Azizi (yang aku benci dan letak pada diri aku tak mau menonton) rasa musykhil pada awlanya kerana Ajami mengatakan ia BAGUS. Tapi bila TMBF sudah menyatakan, aku AKUR. ... Lihat seterusnya..INI PENTING sebab dalam dunia media sekarang, wartawan perdana TIDAK DIBENARKAN mengutuk filem Melayu, jadilah ulasan2 yang tidak jujur, separa benar dan tipikal ulasan Huzz (semuanya bagus dan perlu tonton).. malah Pak wahab juga sudah "dipaksa" tone down kepedasannya (kalian sedar atau tak taringnya sudah hilang?)

Baru2 ini, malah, dalam pratonton Mantra, ada seorang sang pengarah dgn seloroh menyatakan, "Ha, aku ada di sini, jaga2 korang, tulis yang baik2 aja." JADI, inilah kitaran celaka yang sedang kita lalui, wartawan menulis "pembohongan" dan penonton kedua "tak peduli" pun dgn filem Melayu. Ia tak pernah berubah. Bagi aku, apa yg TMBF dan beberapa ... Lihat seterusnya..kawan "cuba" lakukan (menonton) itu sangat penting. Ya, kadang2 kita akan temui sesuatu dalam sampah (pernah tonton Pink Flamingo?) yang dahulu, aku paksa diri aku menonton filem Prof Razak dulu, dan aku MENYATAKAN apa yang salah/betul ttg filem Prof Razak (ini utk penonton juga, mengasah sendiri mata mereka bila menonton).. tapi ya, aku sampai sudah naik muak, aku berhenti terus menonton filemnya (2 tahun lepas).. Ridhwan kena faham, masalah kita sekarang bukan mentaliti penonton, tetapi sikap kita yang meletakkan apa2 yg kita buat "bodoh" (cth: aku boleh kira berapa org kawan aku yg baca sastera melayu), jadi mereka lebih SENANG menonton filem Hollywood, walaupun ianya bodoh. Ini lebih mensesalkan (kerana menafikan filem kita sendiri) daripada melihatnya sebagai "common sense". dan ya, tulisan aku sebenarnya berbau "retorik" daripada "a matter of fact".

jadi, jaga2lah Ridhwan, hal ini juga akan berlaku pada anda, dan sebab itu anda memerlukan sokongan "penonton kedua" ini..

fadz said...

sambungan lagi, reaksi Nazim yang juga aku sokong:

But no one wants to our hear it, Fadz. Even the filmmakers. You know why? Because films don't matter to them (yes, bagi penonton dan pembikinnya).

See, as much as we loved reviewing films, kita kena akui usaha kita ni sebesar mana sangat. The reason aku ulas filem lagi di Skrin adalah untuk berhubung dengan orang yang sudah tersedia tahu filem - to communicate with 'em; bukan nak ajar a total idiot apa yang membuatkan this particular film work for them or not. Sebab this idiot tak nak baca ulasan to begin with. You know why orang dekat Jerman, Jepun, Perancis, dan sebagainya sokong filem diorang no matter what? Sebab bagi diorang film mattered, bahawasanya di sebalik karya hiburan juga ia boleh berada at the center of the culture and could say things about people. Tapi di Malaysia ni lain, cinema menjadi a major economic force dalam hiburan semata-mata, sejak berakhirnya zaman Cathay Keris it feels more and more menjauh dalam heart of the culture tu. Instead of directing the culture, cinema seems to reflect it."

Apa yang bestnya tentang Jerman, Jepun, dan sebagainya adalah masyarakat diorang realised that all movie had VALUE, dan pengulasnya tidak dipandang sebagai wartawan konsumer saja, tapi sarjana dan sejarahwan. Paling best adalah diorang boleh buat filem-filem bergenre yang bijak, dengan pengarah yang membuat mainstream, populist films getting recognised as masters of the art. Tapi di Malaysia tidak, oh, tidak sama sekali. When it comes to filem komersial, ada semacam backlash bahawasanya kau tak boleh jadi bijak dalam membuatnya, dan inilah yang membuatkan orang macam aku or Ridhwan fell out of favour. Para pembikinnya sendiri cakap, "Oh, tak payah fikir, enjoy saja." Inilah benda yang aku paling benci sekali, dan aku banyak kali gaduh besar pasal ni. Lagi celaka, some good filmmakes like Mamat Khalid atau arwah Yasmin Ahmad pun fikir begini. "Tak payah fikir, rasa je." Fuck!

Lagi sial tentang pembikin filem Malaysia ni adalah kebanyakannya tak tahu apa itu fungsi filem dan cinema. Kebanyakan diorang sekadar gembira untuk bekerja and gembira buat filem that hit all the quadrants on the demographics sheet (hei, satu famili, atuk, nenek semua boleh enjoy. wohoo!). Bayangkan kalau diorang sendiri tak peduli dengan kesenian dalam karya diorang, tell me Fadz, why should I give a fuck about it?"

Kalau nak bercakap tentang filem berseni, okey fine, tapi Yasmin Ahmad sendiri banyak kali tolak pendapat pengkritik dengan mengatakan biar peminat sendiri yang judge. Woo Min Jing pun pernah cakap begitu. Suhami Baba pun sama. It's sad to see, ya know, these filmmakes stand so adamantly on the side of the stupid - diorang totally bought into the myth bahawasanya amatur itu sama je dengan professional. Terus terang cakap, kita-kita pengkritik ni bukannya pro sangat pun, atau pun berpengetahuan sangat, tapi plenty are. An understanding of filmmaking and of critical thought is what makes a film critic more qualified to judge movies than a random gay guy from Yasmin's Blogspot comment section. Aku tak kisah kalau arwah Kak Min was decrying the debasement of film criticism through an inundation of morons at Facebook status. But she's painting painting almost everybody in film criticsm with the worst possible brush.

Peminat dia pun sama. Aku ingat lagi aku pernah tulis some esei about Sepet and then ada peminat Yasmin cakap "you're thinking too much." Wow! Peminat filem Yasmin ni, yang from the beginning kutuk filem Prof. Razak sebab bodoh sangat.

fadz said...

samb Nazim Masnawi:

"The thing is, Fadz, aku bukannya disliked filem tempatan; aku simply dismissing them. Aku tak tahu Ridhwan berdiri dekat mana about this tapi aku syak he's with me. Peminat filem dan pembikin filem sendiri bagi kitorang lampu hijau. Aku still tengok filem Melayu - aku tonton Elephant and the Sea dan Punggok Rindukan Bulan (kedua-duanya aku pilih sebagai the worst films of 2008), Pensil; fuck, even Toger Wohoo pun aku tengok. Tapi seriously, I'm not gonna talk about them because nobody cares unless it's a good review. So all and all, fuck it. Unless there's a Godsend came along, aku takkan bercakap mengenainya. Ever."

fadz said...

samb Nazim Masnawi:

"The thing is, Fadz, aku bukannya disliked filem tempatan; aku simply dismissing them. Aku tak tahu Ridhwan berdiri dekat mana about this tapi aku syak he's with me. Peminat filem dan pembikin filem sendiri bagi kitorang lampu hijau. Aku still tengok filem Melayu - aku tonton Elephant and the Sea dan Punggok Rindukan Bulan (kedua-duanya aku pilih sebagai the worst films of 2008), Pensil; fuck, even Toger Wohoo pun aku tengok. Tapi seriously, I'm not gonna talk about them because nobody cares unless it's a good review. So all and all, fuck it. Unless there's a Godsend came along, aku takkan bercakap mengenainya. Ever."

fadz said...

jawapan aku kepada Nazim:
Rasa" is bad word eh? hahah, no, itu strategi mereka.. hal itu aku biarkan "to each to their own".. mereka tahu jika mereka gunakan perkataan "pikir" sepertimana yg Mansur Puteh lakukan terhadap Seman, "they gonna get it" oleh para penonton, tapi KENAPA mentaliti ini? Hang dha nyatakan pad apoin pertama, yang aku doakan ia bukan "kitaran" yang akan terus berlaku.

ur 3rd and 4th point pun aku setuju, the reason is, kau ada "suara" dan meletakkan nilai (walaupun "peminat melihatnya secara negatif), jadi KENAPA kau perlu merasa "rimas" dengan hanya komen2 "peminat" (melainkan niat hati kau lain, iaitu untuk memberontak atau sengaja cari fasal). Yah, aku pun tahu dan merasakan "who the fuck cares", kerana itu ...

fadz said...

samb:
jadi, aku nak gali balik perasaan aku untuk letak persoalan yg sudah lama terkubu ini, kepada luar sana. Maybe tat entry in my blog, def was not meant for u or Ridhwan, but for the typical audience yg masih kata "kita nak hiburan" , kepada penonton Melayu yg bawa anak-beranak menonton filem, yang bercakap2 dalam wayang dan kata betapa cantiknya ... Lihat seterusnya..fesyen Fazura atau tebalnya makeup Umi Aida kat katil. Bagi aku, aku tak boleh pesimis dalam hal ini, kalau ia tidak diperkatakan (seperti bagusnya, kau londehkan kelemahan filem arwah yasmin), ia akan menjadi satu hal yang tidak diendahkan. SUARA ini penting, jika kita pesimis dalam hal ini, aku rasa, masa depan macam Ridhwan hanya berlegar dalam kitarannya sahaja, seperti mana yang berlaku dengan pengarah Tropicla Malady itu yang perlu menagih dana daripada org luar unutk membikin filemnya, kerana tak ada masyarakatnya pun yang peduli dengan filemnya, walaupun ia memenangi Palme D'Or di Cannes (ini satu fakta, dan aku sudah lihat ia berlaku di Thailand).

fadz said...

Jawapan Nazim:
Actually, this last point aku bersetuju dengan kau. Dan aku rasa pasal entri dekat blog kau tu, let's just say that aku dan Ridhwan sudah termakan cili rather than faham keseluruhan konteks. Dan ya, suara itu penting, tapi only kalau orang faham apa poin suara tu.

Terdapat ramai pengarah, even yang indie-indie pun, doesn't seem to geddit. Bila ... Lihat seterusnya..kita talk about their works negatively, diorang akan nampak this as a hate spread. Macam Dean Sham cakaplah, "Bila kita asyik bercakap mengenainya (like aku dengan filem arwah Yasmin) itu maknanya kita sukalah tu, but in a whole different way."

Tapi pembikin dan peminat filem ni tak faham. It's either kau suka or tak, and that's about it. Nice, judge benda seni as a consumer product through and through. Fenomena Seni dengan bangkainya pun boleh bincang medium seni dengan rupa gini. Serious, Fadz, aku sokong perjuangan kau - go for it! Memang penting ada fahaman gini, tapi I'm not gonna tag along. I'm just tired. Setiap kali aku nak ulas filem ke apa, aku kena justified sekali again and again apa poin ulasan secara umumnya sebab ada je reactors celaka yang terdiri daripada golongan bijak pandai sendiri that say, "Eww, you think too much."

Serious, people, pick up a film book and read about it!

wisemek said...

palm d'or pun dah laku kat siam.

http://thaifilmjournal.blogspot.com/search?q=Uncle+Boonmee+Who+Can+Recall+His+Past+Lives

fadz said...

poin menarik Ridhwan Saidi:
Kita pernah tengok Antoo Fighter pastu mengharapkan Azizi Chunk hasilkan Pink Flamingo, ini ajaib Fadz. Ianya ok untuk tak tengok filem-filem tempatan daripada pembikin yang sama. Sebab kat negara ni, ianya ok untuk judge a book by it's cover. individualiti, perangai & fiil itu terserlah secara harfiah, ianya terlampau boleh dijangka (daripada ... Lihat seterusnya..tajuk, poster, make up, pakaian dll.). Cuma harapan itu boleh kita sandarkan kepada first time filmmaker (dan pembikin yang boleh kita percaya, macam Uwei.) Bila kita rasa ada potensi, kita aware, sampailah bila pembikin tu mengecewakan kita diakhirnya haha.

Bagi mereka yang main bedal tonton semua filem yang diorang tahu tak best, seolah seperti ada unsur masokis bawah sedar, dera diri sendiri, ish ish ish tak senonoh betul.

Macam kata Nazim, majoriti penonton kita ni konsumer. Jadi siapa yang feed konsumer ni? Semestinya 'industri perfileman tempatan' itu sendiri, yg terdiri daripada para penerbit dan cukong sinepleks: kolektif oligarki, geng jahat.

Tak semestinya kita perlu tengok sesebuah filem tu kat panggung Fadz, ini zaman moden, kita ada TV, komputer, DVD player, Youtube, set home theatre. Kita tak sekadar membatu dan pasif dalam gelap, itu old-fashioned cinema, kini kita boleh pause, zoom in, rewind, fast foward, upload ke Youtube part kita suka, participate, interact dll. Tak ke panggung tak bermakna kita tak 'menyokong' filem tersebut.

Kalau betul pembikin ini membikin atas nama 'seni' - wang kutipan jualan tiket dan keuntungan tak menjadi hal. Sebab in the first place, masyarakat kita yang meletakkan NILAI pada sehelai kertas yang bernama duit (kalau pembikin pun sama meletakkan nilai pada kertas bernama duit ini, 2x5 lah). Selagi masyakarat kita tak sedar yang nilai duit itu sebenarnya hutang, yang sistem 12 jam 12 bulan ini terpesong daripada waktu sebenar, yang bangunan dengan sistem tertutup memutuskan hubungan mereka dengan alam fizikal, selagi itu mereka mahukan 'hiburan'.

Oh ya, masyarakat Jerman, Jepun, Perancis, dan sebagainya secara kolektif sedar akan hal fundamental ini. Daripada kesedaran ini barulah kita bertoleransi (supaya tak dianggap gila). Inilah yang membezakan orang berbudaya yang faham seni dengan orang yang gila kertas (konsumeris). Masalahnya, kedua-dua golongan ini pakai SUARA yang berbeza Fadz, macam itik bercakap dengan ayam. Ini bukan lagi soal endah tak endah, ini masalah komunikasi, macam kabel Mac nak cucuk kat PC, tak work. Ini bukan pendapat seorang pessimis, tapi pendapat seorang realis.

fadz said...

aku suka poin Ridhwan, rasionalnya menyerlah, dan aku hormati cara dia mahu menonton (di sini, dinyatakan YouTube) sepertimana seseorang tu (TMBF) menonton di pawagam dengan tiket. Aku suka dua2 walaupun kaedahnya berbeza. Bagi aku, cara TMBF lakukan itu ADALAH menyampaikan "compatible" Mac dengan PC tadi, ya, ia mengganggunya, tapi untuk ... Lihat seterusnya..MENYEDARKAN pihak "komersial" itu, dia harus bertindak sesuatu. Aku tahu, hal yg dia lakukan itu pun amat kecil (malah takkan merubah apa2), tapi apa yg ia lakukan pun bukannya lama, tapi baru. Tapi aku masih berharap bukan apa bro, jika Pauline Keel pun mengambil masa untuk dikenali suaranya, apatah lagi TMBF. Lagipun, setakat ini, tak ada data yang MUNASABAH untuk menunjukkan filem2 Melayu yg didownload, atau ditonton di Youtube (kalau rujuk, tak ramai sgt berbanding penonton norma, penonton pertama) itu sekurang2nya menyamai atau melebihi penonton biasa. Kalau kau ada kerajinan, mohon diselidik hal ini (ini termasuk road show yg dilakukan terhadap universiti) dan paparkan data ini.. Dengan itu, barulah aku boleh pegang dengan kata2 kau bro.

TMBF said...

My response to Ridhwan:

"Tak semestinya kita perlu tengok sesebuah filem tu kat panggung Fadz, ini zaman moden, kita ada TV, komputer, DVD player, Youtube, set home theatre. Kita tak sekadar membatu dan pasif dalam gelap, itu old-fashioned cinema, kini kita boleh pause, zoom in, rewind, fast foward, upload ke Youtube part kita suka, participate, interact dll. Tak ke panggung tak bermakna kita tak 'menyokong' filem tersebut."

BULLSHIT.

Ko ingat ko download movie tu atau tengok kat YouTube tu maknanya "sokong"? Cuba ko cakap macam tu kat pengarah atau penerbit atau pelakon filem tu. Katakan yang ko dah tengok filem dia, ko suka, tapi ko tak bayar sesen pun.

Ko tau tak Jason Chong, pengarah filem Belukar, kecewa giler sebab filem dia flop kat box-office? Ko ingat dia akan lega ke kalo dia tau filem dia dapat download beribu-ribu? Ko ingat dia akan berterima kasih kepada kau sebab ko tonton filem dia kat YouTube?

"Penyokong" konon.

Taf Teh said...

Ohhhhhh panjangnya diskusi, dah boleh buat mini thesis...


"Taf, jadi makna saudari, mmg Korea ni pun menirulah (macam kita), tak ada jati diri, kan? tapi meniru dengan berkesan sekali, dan penontonnya tidak rimas dgn hal tu.. begitu kan?"


Iya fadz...
Tetapi kenapa perlu kaitkan teknik fusion/meniru dengan jati diri??? Kerana apa yang kita mahukan sekarang filem melayu atau output seni yang hebat.

(Di dalam bisnes, teknik meniru sebegini dinamakan benchmarking, oleh itu tidak ada yang pelik dengan fusion)

fadz said...

Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .
U-wei perlukan RM16 juta
Oleh Rozdan Mazalan
rozdan@bharian.com.my
2010/07/21
Penonton filem kita banyak cakap tapi tak pernah ke panggung

SEGELINTIR masyarakat kita yang lebih suka membebel pasal filem tempatan tetapi pada masa sama tidak memberi apa-apa sokongan, malahan tidak pernah ke panggung untuk menonton, dinasihatkan supaya jangan banyak cakap.
Bahkan mereka yang suka buat bising mendesak karyawan filem membuat filem kenegaraan juga diminta bersikap jujur iaitu bersikap terbuka, menonton dan baru memberikan sebarang pandangan. Masalahnya, penonton memberi pelbagai alasan untuk tidak menonton filem tempatan yang berunsur kenegaraan.
“Celakalah dia (penonton)”, kata pengarah filem Hanyut, U-Wei Saari apabila diajukan persoalan filem berunsur kenegaraan sering tidak mendapat tempat di hati penonton negara ini.

“Bagi saya, celakalah dia. Celaka dia ke atau celaka saya, saya pun tak tahu tapi celaka dia kot. Kalau bukan penonton kita yang menyokong filem kita siapa lagi yang harus sokong. Sifat berkarya saya setiap saat harus ada rasa kebimbangan, kerisauan dan kesangsian.

“Tiap-tiap saat berkarya saya akan membawa itu. Kalau penonton kita tidak mahu tengok filem kita, celakalah dia,” sambungnya lagi.

U-Wei ditemubual di di lokasi penggambaran filem terbaru arahannya itu di Kampung Padang Tungku, Kuala Lipis, Pahang baru-baru ini. Penggambaran filem ini mengambil masa hampir dua bulan. Filem Hanyut yang memulakan penggambaran pada 9 Mei lalu mendapat pinjaman daripada Dana Industri Kreatif sebanyak RM5 juta.
Bagaimanapun, sehingga kini filem terbitan Tanah Licin Sdn Bhd itu sudah membelanjakan sebanyak RM11 juta. Timbul persoalan, adakah bajet yang tinggi itu mampu menarik penonton menonton filem ini?

fadz said...

Mengulas perkara itu, U-Wei menjelaskan, sifat berkarya yang sering diamalkan di dalam setiap produknya harus menanamkan tiga aspek iaitu kebimbangan, kerisauan dan kesangsian terhadap persepsi penonton.

“Bagi saya kos yang sudah dihabiskan itu sebenarnya masih tidak mencukupi. Saya memerlukan kos sebanyak RM16 juta untuk berada di tahap selesa.

“Kalau kita hendak membuat filem bertaraf antarabangsa, jangan mimpi saja dan kita harus sedar untuk sampai satu tahap, kita harus cukup peluru. Semangat saja tidak boleh pakai tetapi bajet harus ada.

“Sesiapa yang ada idea romantis dalam bidang filem ini lupakan sajalah kalau persediaan bajet tidak ada. Buat filem ini adalah kerja yang keras. Kos yang tinggi bagi menampung penataan seni, peralatan filem, tenaga pekerja yang dianggarkan 130 orang sehari dan ada kalanya pernah mencecah 180 orang sehari,” katanya yang beranggapan filam Malaysia dalam konteks filem dunia seperti masih seorang bayi saja.

fadz said...

U-Wei berkata, sepanjang menjalani penggambaran, cabaran utamanya adalah alam yang tidak menantu menyebabkan pelbagai emosi dalaman dirasainya.

“Ini adalah filem yang paling sukar pernah saya buat. Segala perasaan teruji di sini. Kerja saya adalah kerja bermasalah, jika produksi mengatakan kerja itu tidak ada masalah bererti ada masalah pada produksi itu.

“Cabaran yang paling sukan adalah alam. Kami menghadapi pelbagai cabaran seperti hujan, arus yang deras, kabus, api, air dan sebagainya,” katanya yang akan menjalani pos-produksi di Australia.

Sementara itu, Pegawai Pemasarannya, Deen Syam berkata, penggambaran filem Hanyut dibuat selepas tiga bulan kerja pembinaan set siap dilakukan. Set untuk filem ini dibina sepanjang tebing Sungai Jelai di kampung Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang.

“Set yang siap dibina ini terdiri daripada perkampungan Melayu berserta Istana Raja Ibrahim, Perkampungan Arab, Rumah Almayer serta Almayer’s Folly.

“Perkampungan Melayu adalah set utama yang dibina bertentangan dengan kedua set yang boleh dilihat dari kedua-dua arah. Sehingga kini set filem Hanyut menjadi set filem tempatan yang paling mahal setakat ini.

“Selain Padang Tengku di Kuala Lipis, Sungai Miang di Pekan, dan Taman Rimba Kenong, juga dipilih sebagai lokasi penggambaran. Kesemua lokasi filem adalah di negeri Pahang darul Makmur,” katanya.

Filem Hanyut menampilkan pelakon Australia, Peter O’ Brien untuk menjadi teraju utama memegang watak Almayer. O’ Brien pernah muncul dalam banyak siri TV dan filem di Australia dan uga di peringkat antarabangsa, seperti X-Men Origins: Wolverine, drama bersiri popular Spellbinder 2 dan Rogue Nation.

Memperkuatkan filem ini ialah pelakon handalan dari Indonesia iaitu El-Manik yang memegang watak Raja Ibrahim manakala Alex Komang sebagai Sayed Abdullah. Pelakon lain seperti Khalid Salleh (Orang Kaya Tinggi), Sofia Jane (Mem) Diana Danielle (Nina), Adi Putra (Dain Maroola) dan Rahayu Saraswati (Taminah).

fadz said...

Bila Ridhwan nak jawab persoalan TMBF di atas? Adakah Ridhwan sudah tersepit?