09 September 2010

Filem Raya Tahun Ini

Yeah, inilah penangan Ramadan. Dalam sebulan, aku memang liat sikit nak menulis, bukan sahaja kerana kesibukan kerja serta tidak menonton filem (Ok, aku banyak juga menonton, terutamanya waktu hujung minggu) tetapi Ramadan, entah kau rasa macam ada satu batu besar itu atas bahu juga duduk. Mungkin menulis ulasan filem ni banyak hasutan Syaitan kot. Haha.

Adalah beberapa filem yang menarik dan tak menarik ditonton. Aku sebenarnya ingin menulis tentang 3 buah filem yang aku bayangkan sebagai filem serangkai sempena Hari Kemerdekaan (fat chance jatuh masa Ramadan, usahlah korang nak bising, dah memang jatuh masa Ramadan – can’t even get bothered), iaitu Aftershock, Raajneeti dan Perempuan Berkalong Sorban.

Aku sengaja memilih ketiga-tiga filem ini (filem asing dan takde kena mengena dengan sejarah dan identiti kita, well, identiti tu ada sedikit dan berkait dengan penerapan budaya tiga kaum besar di Malaysia), kerana tampak sangat, setiap strata kaum penonton yang menonton filem pun berkiblatkan kepada ketiga-tiga “filem luar” secara berasingan, dua antaranya, Aftershock dari China mengambil tanda orang Cina Malaysia yang datang (see, aku sengaja tak nak guna istilah “pendatang”) dari tanah besar China (OK, mereka lebih sesuai kepada filem Hong Kong, tetapi dewasa ini mereka juga sudah mengenali pengarah di luar Hong Kong dan Taiwan). Raajneeti pula mengambil tanda kaum India Malaysia yang datang dari India (aku tak tonton apa-apa filem Tamil, OK, my wrong here), dan Perempuan Berkalung Serban mengambil sikap orang Melayu (yang ada sampai sekarang) yang pandang ke Indonesia (khususnya kepada filem, sastera dan kajian kritikal).

Tapi, sebab Ramadan, aku tersungkur untuk menulis sejak rakat terawih aku yang kesepuluh.

Jadi aku buat eceran sahajalah di sini buat pembacaan santai dan main-main:

Step-Up 3(2010)
Arahan Jon Chu. Jew boy meets dance boy (baca: we know his gonna win, at whatever course, even though he looks like a geek and innocent). Jew boy dance dance dance. Camera voyeur. Dance dance dance. Boy and girl meet up. Boy and girl putus. Boy and girl reconcile: kiss kiss kiss (nyum nyum) Aku tak pernah tonton francais Step-Up, ini kali pertama aku tonton (yang ketiga). Ya, ini filem Ebert ada hentam juga (fasal tu aku tak tengok). Adik aku yang gelenyar nak tengok. Sempena dia balik Malaysia, aku gi lah.

Ok lah. Cerita takde apa (semangat kesukanan dan Malaysia boleh a many). Tapi tariannya, fuhh! fuh! fuh! fuh! Aku yang mula sedar (ini filem apa) lantas terus melonjak, menjerit, tepuk tangan setiap kali satu rutin tarian dilakukan, aku akan woo hoo - go go go - yeeeeyy - cayalah! Yang bestnya, orang lain ikut serta sorakan aku. Yar, itu satu propaganda yang manisss.

Tapi ada satu babak tarian yang memang cun gila nak mampus yang bagi aku berbaloi sangatlah aku tonton. Ini adalah rendisi si budak Yahudi (ke Yunani dia ni?) dengan awek dia menari tepi kaki lima New York, dengan cara broadway (rujuk: Singin' In the Rain) tetapi eksperimental dan pop-agressive (is there such a word?), menyampaikan untuk apa filem ini ada dan kenapa mereka menari (watak-watak ini). Babak itu sudah cukup menyatakan, filem genre TARIAN (atau street dance?) merupakan filem "musical broadway" abad ke-21. Yeap, sebab babak itu, dengan cara pemahaman eskapisme muzikal, ia seakan-akan "melempar keluar" daripada realiti (tetapi aksi yang dilakukan tetap realiti, dengan feel yang against the consensus society), ia memaparkan bagaimana "underground"nya aktiviti mereka (orang takkan faham dengan mereka) tetapi atas sebab apa pun, mereka perlu menari (dance is life) untuk menyampaikan makna (ekspresi). Paling "terbaik", mereka menari (bukan sahaja menunjukkan ekspresi) untuk menghiburkan diri. Ini adalah suara terapi generasi muda sekarang.

Serius, ini sebuah filem bertih jagung yang walaupun tidak punya resonans (sebab susunan naratifnya sangat Hollywood), tetapi suara hiburan yang memikat dalam gerakan tariannya. Oh ya, aku juga suka dengan babak perlawanan terakhir serta tarian tangan sewaktu kredit akhir.

Slice(2009)
Arahan Kongkiat Komesiri. Serius selain Korea Selatan, Thailand nampaknya jaguh dalam pembikinan filem-filem pelik (weird), larut lama (midnight movie) dan kultus (cult) dan filem ini (pelik kerana menang filem terbaik buat festival filem nasional Thailand) merupakan antara yang terbaharu. Ini sebuah filem ngeri (nasib baik bukan seram) yang tipikal tetapi menarik, bermain dengan mainan imbas pertentangan dua subjek (yang dimulakan oleh 6isxtynin9), malah banyak merujuk filem 1999 itu.

Paling tampak ialah keinginan pengarah untuk melihat pertentangan kota(neraka) dan kampung(syurga), hetero dan homo, lelaki dan perempuan, terang dan gelap, hodoh dan cantik, cinta dan benci, dendam dan kemaafan, manusia dan setan(monster), baik dan jahat, sekarang dan nostalgia, serta keadilan dan korupsi. Bagi pengarah, inilah inti Thailand sekarang (pasca Thaksin?). Hal yang menarik, pengarah menyatakan dua subjek ini disengajakan tidak diberi pembauran oleh konsesus masyarakat, dan atas kerana ini, menyebabkan kepincangan, kemerosotan dan kemunafikan masyarakat berlaku dengan leluasa (sekarang).

Yeap, ini sebuah filem kritikan masyarakat serta sekali gus cuba menangkap "kebaikan" dalam budaya Siam (khusus yang lama dan sudah tidak ada). Hanya cara (kerana banyak pembunuhan dan babak melodrama)nya sedikit kekok tetapi baik untuk filem kultus. Pengakhirannya sudah diagak (aku gelak dalam pawagam, orang semua pandang aku macam bengang) bila pembunuh dipaparkan. Ada beberapa babak yang sedikit mengelirukan (berkenaan kerja si polis di sebuah bangunan usang). Pembukaan kredit filem ni cantik nak mampus. Kenapalah pembikin filem kita tak boleh sekreatif mereka nak buka kredit filem?

Perempuan Berkalung Sorban(2009)
Indonesia kiranya bolehlah berbangga kerana seorang sutradara mereka yang muda, Hanung Bramantyo merupakan pengarah prolifik yang mengadaptasi novel ke filem. Selepas AAC, filem ini dibikin. OK, secara terus-terang filem ini mendatar, ini mungkin disebabkan cara penulisan novel karya yang diadaptasi. Malah ada beberapa babak dialog dan perbualan panjang kau akan rasakan seperti sebuah drama radio (selalunya, filem Indonesia, seperti filem British, menarik kerana dialognya yang amat witty tapi bukan filem ini) yang boleh buat kau menguap. Malah, dalam pertengahan filem aku sudah mula mempersoal, "Bila nak habis ni?", amat lain dengan cetusan-cetusan dramatik yang menghiburkan dalam AAC. Tetapi Hanung sudah melakukan yang terbaik dengan cuba bermain dengan visual laut dan pantai sebagai "semangat kebebasan" watak wanitanya (untuk mengubah persepsi masyarakat). Api pula bermain dengan semangat egois lelaki untuk menyatakan pendirian mereka dalam masyarakat.

Ini sebenarnya sebuah filem propaganda (filem mana yang tidak?) untuk menyucuk penonton mempersoal dan menanam kebencian terhadap pondok tradisional Nahdatul Ulamak (walaupun filem ini mendasarkan para pesanteren Gontor) dan mungkin, Islam, malah mempunyai suntikan liberalisme yang halus (terbitan novel ini dijana dengan duit Ford Foundation). Ini amat dikesali kerana pondok pesanteren yang aku tahu, kebanyakan pelajarnya lebih "terbuka" malah "liberal" daripada apa yang dipaparkan dalam filem ini (contohnya, di Pondok Lirboyo, para pesantrinya membaca pelbagai buku liberal dan kiri sebagai pemahaman tambahan). Tetapi Hanung "menjaga" hal ini dengan memaparkan "kejadian jumud" dalam pondok benar-benar terjadi (maka itulah filem ini propaganda). Tetapi, memang jelas, produksi dan latar seni filem ini lebih baik daripada AAC, serta watak utama wanitanya agak kuat sebagai protagonis.

Untuk filem "pondok" yang lebih baik buat aku, tonton filem 3 Doa 3 Cinta.

Aftershock(2010)
Arahan Feng Xiaogang. Sebuah filem weepies yang efektif, well, tak mungkin dapat kalahkan Not One Less Zhang Yimau, ataupun Taegukgi (setakat ini, inilah filem yang berjaya menyatukan efek khas dan genre perang dengan melodrama yang amat menghiba jiwa), tetapi filem ini agak sudah dekat dengan filem baik Korea Selatan itu. Bagi aku pengkahirannya sahaja tidak ditutup kemas. Flem ini sepatutnya diakhirkan dengan imej paparan berbaris teratur kubur-kubur mangsa Tangshen, sebagai pelengkap jukstaposisi terhadap awalan imej yang memaparkan rumah roboh selepas gempa yang tidak teratur - mengikat ironi hidup/lepas hidup serta kaitannya dengan manusia yang masih terselamat/yang memerhatikan tragedi ini berlaku. Pengakhiran dipaparkan dengan propaganda, jasa Kerajaan Republik China membina monumen peringatan (yang kosong dan tiada makna bagi aku kecuali mengampu kerajaan).

Tetapi babak di antara, semasa dan selepas setiap gempa bumi dibikin dengan kreativiti yang amat tinggi, ketelitian yang amat tajam dan keikhlasan yang amat terasa nilai wayangnya (cinematic value). Ini merupakan kekuatan filem ini, iaitu penunjukan drama-drama manusianya yang kuat (memikirkannya saja buat aku menangis), yang difokuskan terhadap si ibu yang SETIA (kesetiaan merupakan jati diri orang Cina yang amat kuat) dan si anak perempuan yang TIDAK BOLEH MEMAAFKAN HIDUP (sisi suicidal orang Cina).

Ada satu babak, aku menangis kuat-kuat bila si ibu, selepas gempa, melihat kedua-dua anaknya terperangkap dalam timbusan bangunan, lantas melihat awan dan merintih, "Celaka kau Tuhan!!" Filem ini amat benar dalam pemahaman humanismenya.

Yang lebih penting daripada itu, filem ini juga meraikan hidup dan penerusan hidup (setiap tragedi dan kematian, ada kehidupan), dan ini berkait cantik dengan sifat sejarah China yang bertahun-tahun melalui pelbagai peristiwa buruk (satu lagi propaganda). Sifat meneruskan hidup ini berkait kuat dengan sifat si ibu yang tanpa berhenti "menunggu" kehadiran suami dan anak perempuannya "yang mati".

Menariknya, Feng tidak menipu kita dengan mengatakan ini "memang" filem propaganda. Dalam satu babak, dipaparkan anak-anak mangsa gempa bumi Tiangshen menonton wayang "propaganda" era komunis itu di bawah langit malam. Ikatannya jelas. Aku terkejut betapa jujurnya Feng menyatakan pendiriannya menggemilangkan filem propaganda komunis dengan pembikinan filem ini. Penerimaan sepenuhnya ini menarik jika dibandingkan dengan filem-filem "generasi kelima" seperti Zhang Yimau (yang juga sudah mula membikin filem propaganda China seperti Hero). Penerimaan kini sama kuat dengan melawan doktrin.

Oh ya, ini juga filem adaptasi sebuah novel. See?!!

Raajneeti (2010)
Film's Tagline: Politics ... and beyond!? Buzz Lightyear this is not!

Filem ini juga adaptasi sebuah buku, tetapi lebih "menarik", sebuah kitab lama yang agung, Mahabrata sendiri! Aku betul-betul mahu menonton filem ini, tetapi selepas menontonnya, aku membanting DVDnya dan mengamuk dan mengecam filem ini. Adakah filem ini begitu "hebat" sampai aku berfikiran begitu? Aku tilik kembali dan aku tahu, tidak. Ianya bukan kerana kelicikan Prakash Jha menyampaikan maksud "kekotoran dunia politik" (bagi aku tidak berkesan) tetapi cara Prakash dengan simplisistic, melodrama dan penggunaan tipikal Bollywood dalam hero worship (atau idol worship: star) untuk "memenangkan" realiti kekotoran politik itu. Itu buat aku bukan genius dan licik, tetapi pemalas dan kurang matang.

Filem ini mempunyai pembukaan premis yang amat menjanjikan, malah epikal. Jelas ia mempunyai turutan cerita yang mengikat kita dari awal kredit. Tetapi kondisi Prakash untuk hanya melihat "persaingan" dan "pergaduhan" antara dua kumpulan sebuah parti politik (atau keluarga, baca: dinasti) serta para media dan penyokongnya, tanpa melihat penjuru-penjuru (langsung tidak ada kuasa luar, atau menteri luar yang involve dalam perbalahan mereka yang tampak masalah anak-beranak) lain atau parti-parti lain, menyebabkan filem ini "satu hala". Ini dihodohkan lagi dengan ekspetasi Prakash untuk penonton memberi "simpati" terhadap watak "gelap" Prakash dengan memaksa penonton menelusi babak melodrama filem ini (ini kena-mengena dengan watak muka Al Pacino tu dengan abang dia si Arjun Rampal), lebih janggal lagi, watak-watak ini diberi "full focus" apabila mereka di layar, menyucuk mata penonton dengan menyatakan "mereka ni hero filem ni beb".

Hello?

Bagaimana dengan watak Ajay Devgan? Inilah masalah filem ini. Kita diberi pemahaman dan "pandangan" pada awal lagi, bahawa filem ini berkenaan Ajay (si anak terbuang yang dianggap pariah, tiba-tiba naik dalam dunia politik) dengan babak si ibu melihat Sungai Ganges (ini satu pembukaan yang kuat, air ialah penghidupan). Kita diberi "cerita" tentang "aksi jahat" Ajay. Tetapi aku menyokong Ajay (hasil tipu pengarah) sebab walaupun kerja dan cara Ajay tampak "jahat", beliau sekurang-kurangnya berintegriti. Tetapi itu bukan masalahnya. Masalahnya ialah, banyak hal yang besar, resolusi yang memerlukan kuasa dramatik besar untuk watak Ajay, dilemparkan dengan babak-babak lemah (contohnya cara si ibu mendepani Ajay untuk pertama kali). pengarah secara terang-terangan melakarkan Ajay dan si ibu yang mulanya di"angkat" lantas diperkecilkan dan diperkecilkan (tidak ada signifikan) sampailah wataknya sudah tidak ada makna pada akhir filem (dengan cara ini memanipulasikan penonton untuk menyatakan wataknya boleh dihapuskan, malah babak si ibu langsung sudah tidak ada makna pada pertengahan filem). Ini satu muslihat yang sungguh jelek.

Aku lebih suka jika pengarah memanjangkan intrig dan pergaduhan "lisan" dua kumpulan ini (ini macam kumpulan A dan B dalam UMNO, wa cakap luuu) dengan penyertaan beberapa parti lain, mungkin satu sudah cukup, sebagai satu "keseimbangan" terhadap pergaduhan anak-beranak filem ini yang mula membuat aku geleng kepala (semacam menonton sebuah drama pergaduhan keluarga politik Pinoy pulak).

Filem ini boleh sahaja besar seperti The Godfather (sila lihat bagaimana filem ini bermain dengan pelbagai elemen luar yang mempengaruhi strategi dan gerakan keluarga itu, dan sifat humanis yang betul pada tempatnya, drama yang tidak dibuat-buat, serta bagaimana seimbangnya ia memaparkan pemahaman kuasa dan sumpahannya) tetapi tersasar yang amat. Bagi aku, keluhan Shah Rukh Khan terhadap Kamal Hassan dalam Hey Raam! sewaktu si polis menyanya Shah Rukh Khan yang tenat di atas katil (polis bertanya Shah, siapa sebenarnya pengganas yang bercadang membunuh Gandhi) lantas Shah bercakap nama Kamal serta frasa "dia saudaraku" - babak ini jauh lebih mendalam, lapisan yang pelbagai dan besar daripada keseluruhan keinginan filem ini (yang menunjukkan bagaimana darah daging sendiri boleh membunuh untuk kuasa).

NOTA BENE
Semalam, kawan aku Fareed kata, ada sesuatu yang menarik untuk Syawal kali ini. Prof. Hatta mengarah filem Senario Asam Garam. Yeap, WTF kan? Dia kata, "What the hell engko sebagai seorang Prof. belajar tinggi-tinggi buat filem sebegini?" Like I care. Janji tak layan. Tapi tiba-tiba Fareed nyatakan lagi beberapa polemik, dan aku mula sedar sesuatu, ada dua PROF akan berentap bulan ni, jeng jeng jeng! The Duel of the Two Profs! (unfortunately, both making easy to sell films) Prof. Hatta (lagi besar sebab dia dekan) buat Senario, dan Prof. Razak buat 4 Madu! Aku ketawa terbahak-bahak, aku siap cakap, "Prof. Razak, kau terima je lah, zaman kejatuhan kau dah dekat. Dekan kau nak lipat kau kali ni, main game kau sekarang ..."

Aku sedar satu hal lagi, afasal Metrowealth selalu kamcing dengan tenaga pengajar atau warga UiTM ah? Prof. Hatta UiTM, Prof. Razak UiTM, Ahmad Idham graduan UiTM (bidang lain, bukan filem), Farid Kamil pelajar UiTM, apa hal David Teoh dengan UiTM?? Something is fishy here.. Patutlah aku pernah datang tayangan filpen kat Puncak Perdana UiTM, seorang budak ni mati-matian (selepas tayangan memaparkan filemnya yang tak seberapa) kata dia anak didik Prof. Razak dan mengatakan dia akan dapat kerja "baik punya" lepas ni dan hasilkan filem-filem komersial "pecah panggung" seperti Prof. Razak.. Hmm, adakah aku buta atau peka, adakah anak-anak murid pelajar filem UiTM buat praktikal dengan bikinan filem Metrowealth (budak dapat "expertise", tauke mungkin dapat kurangkan kos sebab amik budak-budak, kot?) .. patutlah hari tu kalau ada pratonton filem kat UiTM, budak2 UiTM ni bagai nak rak ajak aku menonton filem-filem pensyarah deme.. hmmmmmmmmmmmm...

pishy, belly pishy ...

Anw, Fareed maklum pada aku, Mamat Khalid mengarah Senario Lang Buana (filem Senario paling gagal di pasaran). Ini buat aku tertarik nak tengok buah tangan Prof. Hatta, sebab serius, aku pernah tonton 3 Budak Melayu skrip nukilan Prof. Hatta (tetapi alas, bukan arahannya) yang buat aku sebuah spot on satira tentang nasib pembikinan filem Melayu di Malaysia. Jadi aku nak tengok, jika Prof. Hatta true to his words atau dia pun 2 x 5 (baca: munafik) dengan subjek yang beliau kenakan baik-baik punya dalam 3 Budak Melayu. Mari kita tengok, jika dia bikin filem "untuk kahwin", atau bikin filem, untuk filem.

26 comments:

M-Yusof said...

ulas la secara detail Perempuan Berkalong Sorban,aku nak baca..
anyway,aku try buat nanti yg ko suruh try tu..
apa-apapun,slamat hari raya,maaf zahir dan batin :)

GAIA said...

Fadz, opening Sympathy for Lady Vengeance lagi cun dari Slice ^_^!

Aku tengok aftershock sebab pengarah The Banquet, tapi aku rasa filem ni cuba sedaya upaya utk tidak melodramatik....babak adik bersemuka dgn kakak pun sengaja ditiadakan...tapi walaupun tak dramatik, emosi dia kita dapat rasa...lebih baik begitu dari over-dramatik kan?

Ajami Hashim said...

aku ada versi muatturun The Killer Inside Me yg sadis brutal kpd wanita! mau?

syanim said...

sape dak2 uitm tu? ramai sgt ke? pantat kuning le tu....

Anonymous said...

I had to. I cannot be TMBF, fearless chronicler of local films no matter how bad, if I've never seen a Senario movie. There've been 8 of 'em since 1999; they're practically a national institution by now, for better or worse. And I've already missed out on one,

Okaylah, taklah taik sangat. Tapi busuk jugak.

Adam (Azlee Jaafar) and Asam (Zaibo) are contractors who frequently compete for jobs, as well as the affections of the lovely widow Hawa (Julia Hana), whose warong brings all the boys to her yard. (She can teach you, but she'd have to charge.) When a mysterious fire burns down Hawa's warong, Adam and his partner Tam (Sathiya) are first to help her build a new one, because Hawa's son Amin (Shafimie Saedon) and her sisters Odah (Nadia Mustafar) and Yan (Adeline Tsen) are sweet on him already. But Asam isn't out of the game yet, and he and his assistant Garam (Mazlan Pet Pet) have some no good to get up to.

- jadi filem-filem Senario yang lain tu memang takde jalan cerita? Plotnya cuma setakat "kumpulan Senario buat lawak sukati diorang"?
- adeke Julia Hana tu hawt sangat? Aku lebih rela nak renung Adeline Tsen yang jauh lagi kiut
- wahai Prof Hatta, ko reti tak abende Gilligan Cut? It's one of the most basic comedy gags, and always funny if done well

amer zaman said...

hahaha

fadz said...

M-, hmmm, tgklah macam mana..

ada satu simbolisme yg menarik, dan ia berkenaan air.. (air sumur, air pili, air laut) itu aja, hahahahah


GAIA, well, aku serius tak tgk Lady Vengence lagi, tapi buat filem yg cuba2 guna larutan dan air (Kwaidan lagi cun), pembukaan Slice tu lagi baik dari mana2 pembukaan filem kita apa..

Aftershocks mmg bagi aku, bebebrapa babak melo yg tak perlu ditiadakan itu bagus.. aku masih tka suka akhirnya..

fadz said...

Ajami, cam biasa: nak!

anon:
- filem2 Senario yg lain ada cerita, tapi tak ada premis yg kuat (Cerita dan premis lain bukan?), My fav is the second one, arahan Aziz M. Osman, pratically a road movie, kisahnya ttg suami yg gatal dan suara wanita yg ingin didengar.. premis yg mamat khalid tu besar tapi retak kerana produksi dan tiada kekuatan pelakon senario utk membawa skrip sebaik tulisan mamat khalid itu. Sekurang2nya, kesemua filem Senario adalah "plot", malah filem ketiga Senario merupakan salinan Chicken Rice War dari Singapura. BTW, aku tak tgk langsung yg diarahkan oleh Ahmad Idham tu..

Adeline Tsen? Hmmmmmm, kena tgk ni..

fadz said...

amer, maklumkan kenapa ko ketawa..

caya nona lif said...

btol tu,nape ko ketawa amer..bukan ko pun study uitm gak ke?bakal produk metrowealth

Anonymous said...

mulanya razak kemudian aminah dan kini hatta. Bermuridkan nurliana dan farid.

pilunya uitm itu selidah dengan mak bapak aku dan pedihnya bila teman yang tak selidah dengan mak bapak aku mengkaitkan uitm, melayu dan filem2 yang digarap oleh pensyarah2nya... Aduh!!!

ikhlas

Penchinta Ruang Gelap

Anonymous said...

mulanya razak kemudian aminah dan kini hatta. Bermuridkan nurliana dan farid.

pilunya uitm itu selidah dengan mak bapak aku dan pedihnya bila teman yang tak selidah dengan mak bapak aku mengkaitkan uitm, melayu dan filem2 yang digarap oleh pensyarah2nya... Aduh!!!

ikhlas

Penchinta Ruang Gelap

fadz said...

aku dengar, azhari zain tu dulu bekas budak mass comm uitm, betul ke tak betul?

Anonymous said...

fact baru 10 tahun dibuka, hampir semua yang into seni persembahan dulu ambil mass comm.

GAIA said...

Eh Fadz!

serius ko dah tengok Sympathy for Lady Vengeance tu, bukan ke aku yg bawak dvd ke rumah ko dulu...filem Korea pasal perempuan yg keluar penjara n planning revenge kat x-teacher dia yg phedopile....

Anonymous said...

salam bro,ko kata movie senario 3 tu salinan dari movie Chicken Rice War dari Singapura?kalo xsilap aku movie tu CRW tu tahun 2000kan?

bukan ke skrip senario 3 tu diadaptasi dari citer drama aziz m.osman yang main kat tv3 tahun 90an dulu..

tajuknya "CANAI".aku dah lupa sapa pelakonnya..tapi yang aku ingat watak utama drama tu lepasan dari U..dan menggnggur susah nak dapat keje..then dia datang kl menumpang umah pakcik dia..

kalo xsilap yang jadi pakcik dia,pak aziz sattar..
last2 dia keje tolong pakcik dia meniaga kat warung sebagai pembancuh air..

jalan citer sama tapi dah tukar2 sikit untuk movie,mamat yang tebar roti canai tu cabut kat gerai sebelah yang baru di buat untuk saingan sebab jeles anak pak sattar suka kat hero..

then dia belajar sendiri tebar roti masa dia basuh kain..siap wat canai terbang rock & roll..haha

sebab tu bila movie tu kuar tahun 2001 dulu aku tgk cam penh tgk je jalan citer dia..

tapi aku teringat lah ada satu drama kat tv3 dulu tajuk cermin..
kisah sorang budak ni family dia kerek..selalu xpuas ati dgn dia..
last2 dia masuk dalam cermin yang mana dalam dunia cermin tu ada family dia tapi versi baik..

fadz said...

Salam Anon,

Apa yg ko katakan ini, Canai itu sebulat2 macam Senario ketiga tu? Menarik!! bagus 3x..

Sebab Chicken Rice War pun sadur daripada Romeo & Juliet.

Yang telefilem Cermin tu arahan U-Wei Shaari lah, aku pun suka!!! Zaman tu, mmg drama2 Cerekarama aku tunggu2.. sekarang tak lagi, dah klise.. melodrama memanjang.. aku lagi suka jenguk drama2 RTM sekarang.

Anonymous said...

Salam kembali Bro,

Yup,jalan citernye sama..aku ingat lagi part yang mamat di upah oleh Mazlan suh bubuh lipas kat makanan di warung Azlee sama dgn drama Canai tu..

Adakah ini bermakna yang "Canai" juga adalah saduran dari romeo dan juliet?jeng jeng jeng..

Adakah Aziz peminat romeo & juliet..?muahahaha

Aku dah lupa sapa yang jadi hero dan antogonis drama Canai tu..mula2 aku ingat Zulkifli M.Osman(watak wahid) dgn Along Kamaruddin(watak Saiful Apek)yg berlakon.Tanya adik aku untuk mengesahkannya dia pun teringatkan dua nama tu..tapi aku takut silap..
al maklumlah masa kitaorang sekolah dulu tgk drama tu..

Tapi bila aku cari info tadi aku jumpa kat imdb satu ulasan..

Dia tulis Azman Abu Hassan & Fairuz Loy yang berlakon drama canai tu..

hmmm..nampak sgt otak aku dah berkarat beb!

La..U-Wei ke yang mengarah telefilem cermin tu?aku memang xleh lupa drama tu beb..
memang best..

Kena pulak bila U-Wei arahkan Drama bersiri Luk Tujuh lakonan Eman Manan..aku suka!kalaulah di diterjemahkan ke versi filem..

Yang memang aku tggu2 dan xsabar nak menunggu..HANYUT..

Anonymous said...

Oh ya bro,lupa..terima kasih sebab beritahu sapa pengarah telefilem "Cermin" tu.

fadz said...

Salam Anon,

ohhh. tak tahu pula aku.. tapi akutahu, Aziz pernah membikin sebuah telefilem yg mana dua keluarga bergaduh kerana berlainan parti sedang anak mereka (daripada 2 parti berkenaan) bercinta.. haha, itu lagi dengan dgn Romeo Juliet..

kau berkarat? aku ni pun sama gak..

aku x pernah tonton Luk Tujuh.. bila semua ni nak di dvdkan?

Anonymous said...

Cerekarama dulu memang ditunggu-tunggu. Betullah, sekarang ni banyak melodrama yang membosankan.

Drama "CANAI" tu ku ingat & salah satu pelakonnya memang Azman Abu Hasan. Begitu juga dgn "CERMIN".

Pengarah Malaysia kalau nak hasilkan drama yang bagus sila tonton drama2 di HALLMARK. Memang best dan tak membosankan.

GAIA said...

Aku ingat cerekarama Cermin tu...satu lagi cerekarama Topeng Marah, rasanya U-Wei jugak yg arah kan? ada mamat kopratasa belakon dlm tu...seram siot.

Anonymous said...

Ya, drama topeng marah tu pun aku ingat. Siapa yang menaikkan kemarahan dia, siaplah topeng tu akan balas dendam. Last sekali dia marah pada dirinya sendiri, dan topeng itu pun nak membunuh tuan dia sendiri...

Anonymous said...

Salam bro,
Telefilem pasal dua keluarga bergaduh kerana berlainan parti?

Aku tak pernah tgk la bro,tapi VCD drama Cinta Tiga Musim yang Aziz direct lakonan Akasyah & Amy Mastura adalah aku tonton.

Siri Luk Tujuh tu tayang awal tahun 90.Ada 13 episod rasanya..pendek je.Eman Manan pegang watak Kilat yang handal bersilat..tapi dia lupa ingatan,watak dia misterius sikit.

Topeng Marah?yang Sani suddin berlakon tu ke?

Ada satu cekerama U-Wei arahkan, tajuk dia aku tak ingat..pasal askar jepun yang cedera..pastu ada satu keluarga melayu jumpa dan rawat dia hingga sembuh..

Anonymous said...

Dulu-dulu Aziz M.Osman & adiknya Zulkifli banyak buat drama-drama,telefilem & cekerama yang bagus2 juga..

Drama paling awal yang mengenalkan aku pada karya dua beradik tu,judulnya "Perambat" yang di tayangkan di RTM 1.

Masa tu tayang pada hari Sabtu pukul 2 ke 3 ptg..Juga awal 90an.

Drama tu lain dari lain sebab jalan citer dia mengisahkan watak utama ni,nak balik kampung dgn menaiki sebuah kereta proton saga..

Di tgh perjalanan tu ada sorang perempuan tahan kereta dia,perempuan tu minta dia hantarkan balik ke kampungnya..

Bila sampai ke kampung perempuan tu,hari dah lewat malam dan dia dipersalahkan pulak oleh perempuan tu sebab menculik dia,kelam kabut dia lari kena kejar dgn orang2 kampung..

Habis kereta kena pecah,dompet kena curi,terjumpa dgn makcik misteri yang berpura-pura berlakon baik..cerita tu sepanjang malam asyik lari je..endingnya dia dapat jumpa jalan besar dan menumpang di belakang sebuah lori kecil dgn camera zoom ke arah mukanya yang masih kabur & shock.

Cerekarama yang Zami Ismail jadi hantu raya dulu tu pun best juga..elemen seram dia suspen siot.

Anonymous said...

tada pigi previu hanyut ka itu hari?